Ehsan dari blog seindahcintaislam.
Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Saturday, August 29, 2015
Kuliah : Hikmah berzikir
Sekadar perkongsian - hikmah berzikir. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Friday, August 28, 2015
Lelaki pertama Malaysia merasai pengalaman bersalin
Memang mustahil sesorang lelaki untuk mengandung dan melahirkan anak. Namun, dengan teknologi, pengalaman ini boleh di realisasikan. Siapakah orang yang bertuah itu? Seseorang lelaki bernama Prem yang juga merupakan seorang DJ di stesyen radio Mix FM terpilih untuk program ini.
Video ehsan YouTube.
Tujuannya hanyalah untuk turut merasai sendiri bagaimana kehidupan yang di lalui oleh seorang ibu yang hamil. Apa pun ia masih tidak dapat menyamai pengalaman sebenar yang di lalui oleh seorang ibu. Hargailah ibu dan isteri anda.
Hisap
Mereka ini memang suka menghisap. Sejak dari kecil lagi sudah pandai menghisap. Sampai ke tua pun masih lagi menghisap. Mungkinkah mereka ini golongan yang suka menghisap?
Thursday, August 27, 2015
Petua : Ubati sakit dada
Sakit dada. Sebaik-baiknya jika sakit dada dapatkan lah nasihat dan rawatan dari pakar. Sebagai usaha dan rawatn alternatif, teman kongsikan satu petua untuk merawat sakit dada. Petua ini hendaklah dijadikan amalan setiap hari.
Gambar ehsan Google.
Untuk amalkan petua ini, dapatkan bahan yang di perlukan di bawah;
- Halia
- Sebiji telur ayam kampung
- Madu lebah (tulen)
Mula-mula, tumbuk sehingga lumat beberapa ulas halia. Kemudian dapatkan airnya. Ambil sebiji telur ayam kampung, ambil kuningnya sahaja. Campurkan air halia, kuning telur ayam kampung dan madu lebah. Kacau sehingga rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari.
Selamat mencuba.
Petua : Penawar sakit tekak
Sakit tekak. Cuaca sekarang tidak menentu. Diburukkan lagi dengan pencemaran udara. Cuaca sebegini kadang-kala mengakibatkan sakit tekak. Tekak akan menjadi perit dan menjejaskan aktiviti seharian. Jika ianya berlanjutan, sakit tekak boleh menjejaskan kesihatan.
Gambar ehsan Google.
Untuk petua kali, bahan utamakan yang diperlukan ialah asam keping. Dalam entry yang lepas, teman ada juga kongsikan petua merawat sakit tekak dengan mengunakan asam keping. Klik disini untuk membacanya. Tapi petua kali ini agak berbeza sedikit.
Ambil beberapa keping asam keping atau asam gelugur. Kemudian, dibakar sehingga hangus. Selepas itu tumbuk sehingga halus dan gaulkan dengan air sirih sehingga sebati. Campuran ini boleh lah disapukan pada bahagian tekak yang sakit. InsyaAllah, sakit akan cepat sembuh.
Sebelum ini, teman kongsikan beberapa petua untuk mengatasi sakit tekak. Klik link di bawah untuk membacanya.
Wednesday, August 26, 2015
Besar melampau
Apa ke heinya pok cik nie. Besornya nombor plat moto pok cik nie. Nie mesti penyokong tegar si Jib tu. Agak-agak, JPJ nak saman tak?
Monday, August 24, 2015
Macam mana nak mendapatkan semula message di Facebook?
Cara untuk mendapatkan semula chat message di Facebook yang telah di delete. Sekarang nie ramai yang telah mengunakan function chatting di Facebook untuk berhubung. Ada juga yang mengunakan medium ini mengembangkan perniagaan. Kadang-kadang, bila message dah banyak sangat ada yang membuangnya terus.
Dalam entry kali ini, teman hendak kongsikan satu cara untuk mendapatkan semula message yang telah di delete tu. Sila ikuti langkah-langkah yang telah di kongsikan dalam Youtube di bawah ;
Credit to +Jashan Tube
Ayam masak merah JJCM
Biasa lah, jika ada kelapangan di hari minggu masa di isi dengan menonton TV. Rancangan Jalan-jalan Cari Makan, terbitan TV3 memang antara rancangan yang teman suka tonton. Macam biasa, untuk segment 2015 rancangan ini di kendalikan oleh Naz.
Gambar ehsan Facebook Jalan-jalan Cari Makan TV3.
Sebagai pembuka rancangan... Naz memberitahu dia mencari lokasi menu ayam masak merah yang paling best... so, bermula menerjah kedai... ada dua tiga kedai, ada yang tak beroperasi... ada yang ayam masak merahnya dah habis... last-last sampai la kat satu restoran tu... Owner restoran tu kata menu ayam masak merahnya dah habis... tapi, untuk tidak menghampakan Naz, dia pun masak lah ayam masak merah tu special untuk Naz... Siap masak apa... segment makan-makan lah dengan penuh gayanya... lepas tu sambung pulak expedisi mencari ayam masak merah yang terbaik... kali nie owner kedai tu pun ikut sekali...
Kome tau tak Naz bawak penonton kemana??? Dia pegi KFC daa... untuk makan KFC Masak Merah Rice Wrap... hampeh betul... rupa promo iklan KFC :d
Gambar ehsan portal KFC
Sunday, August 23, 2015
Kuliah : Doa di pertemukan jodoh untuk wanita
Sekadar perkongsian. Ini adalah doa yang boleh diamalkan oleh wanita supaya di pertemukan jodoh dengan lelaki yang baik amalannya. Semoga perkongsian ini memberi maanfaat kepada semua.
Saturday, August 22, 2015
Kuliah : Doa penggikat kasih sayang di antara Suami dan Isteri
Doa penggikat kasih sayang diantara suami dan isteri. Semoga amalan ini membawa kebahagian dalam kehidupan berumah tangga. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Gambar ehsan Darussyifa.org
Thursday, August 20, 2015
Petua : Untuk mengelak masalah gastrik
Masalah gastrik. Ada antara kita yang mengalami masalah gastrik nie. Jika tidak di rawat akan memberi kemudharatan kepada tubuh. Entry ini adalah sebagai perkongsian kepada mereka yang mengalami masalah gastrik. Gastrik merupakan penyakit yang terjadi pada gangguan perut. Pesakit akan mengalami rasa sakit pada ulu hati yang biasanya disertai rasa memulas dan perit. Elakkan gastrik dengan mengamalkan petua ini.
Gambar ehsan Google.
Dapatkan kunyit dengan ukuran dua jari. Bersihkan kunyit tersebut dan parut. Tambahkan sedikit air bersih pada parutan kunyit tersebut. Kemudian, letakkan kunyit yang telah di parut ini di atas sehalai kain bersih.
Perah kunyit tersebut. Hasil perahan kunyit tersebut di biarkan sebentar. Ambil air ini dan minum. Amalkan dua kali sehari. Sebaik-baiknya di lakukan di sebelah pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur.
Sebelum ini teman ada juga kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah gastrik. Klik link di bawah untuk membacanya.
Selamat mencuba.
Petua : Untuk mengatasi masalah uban
Mengalami masalah uban walaupun usia masih muda. Tidak dinafikan ramai yang mengalami masalah ini. Walaupun usia masih muda remaja, tetapi rambut di kepala sudah mula memutih. Untuk membuat rawatan rambut, pasti akan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Masalah uban ini, kadang-kala disebabkan masalah akar rambut yang tidak sihat.
Gambar ehsan Google.
Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah uban. Petua ini menguna dua bahan utama iaitu minyak kelapa dan juga daun kari.
Ambil dua atau tiga sudu besar minyak kelapa. Masukkan ke dalam periuk kecil dan panas minyak kelapa ini bersama segenggam daun kari. Masak pada api sederhana sehingga daun kari tersebut hangus. Kemudian, biarkan ia sejuk pada suhu bilik. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan setiap hari.
Selamat mencuba.
Wednesday, August 19, 2015
Awan berdoa
Ini adalah fenomena gumpulan awan yang membentuk seolah-olah seorang manusia sedang berdoa. Kejadian ini di rakamkan berlaku di Tawau, Sabah pada 13 Ogos, 2015 sekitar jam 6:13 petang menjelang masuk waktu maghrib.
Memang cantik apabila dapat melihat matahari terbenam. Bagi mereka yang beriman, itulah tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t yang telah menjadikan siang dan malam.
Tuesday, August 18, 2015
Spotted : QAYB0
Gambar nie teman ambil masa on ke open house di Menara Kuala Lumpur. Unik plat kereta Lexus CT F Sport nie di padankan dengan nombor plat QAYB0. QAYB0 ke atau QAY80. Mungkin ownernya saja buat begitu agaknya.
Ok, gambar nie teman ambil di area Bangsar, berdekatan dengan Bangunan TNB menghala ke arah station LRT Bangsar. Kereta Lexus CT F Sport nie berharga MYR 320,864.58 on the road, termasuk GST tidak termasuk insurance Teman kena fikir banyak kali kalau nak beli kereta nie. Ikut keadaan semasa, lebih baik lah teman beli rumah.
Ok, untuk kome yang suka kereta sport macam nie... apa kata kunjungi web site rasmi Lexus Malaysia untuk spesifikasi lengkap Lexus CT F Sport di sini.
Friday, August 14, 2015
Pelangi
Kisah Pelangi. Bukan mudah untuk bertemu dengan Pelangi. Pelangi kebiasaannya muncul di waktu petang yang cerah selepas hujan. Kisahnya bermula dengan seorang guru yang baru ditukar ke sebuah sekolah di luar bandar.
Gambar ehsan Google.
Sebelum memberi pelajaran, cikgu baru ingin berkenalan dengan murid-muridnya.
Cikgu: “Cuba kamu yang di hadapan, apa nama dan apa hobi kamu?”
Murid #1: “Nama saya Wahyu, hobi memancing di sungai sambil lihat pelangi, cikgu!”
Guru: “Cuba yang duduk di sebelahnya?”
Murid #2: “Nama saya Marwan, hobi makan ubi rebus di pinggir sungai sambil lihat pelangi, cikgu”
Guru: “Ooo sama, kalian bersahabat ya? Cuba yang duduk kat belakang tu..?”
Murid #3: “Nama saya Abu, hobi bersembang di pinggir sungai sambil lihat pelangi, cikgu....!"
Guru: “Wah … sama juga? Rupanya korang satu geng lah ya?
Cuba yang hansem di sudut sana?”
Murid #4: “Nama saya Adi, hobi makan cendol di pinggir sungai sambil lihat pelangi. Cikgu.....!"
Guru: “Ya hobi kamu semuanya sama ya,
Cuba yang cantik manis di bangku tengah tu, apa nama dan hobi kamu?”
Murid #5: “Nama saya Pelangi, hobi mandi di sungai. Cikgu...!”
Guru: “Oooo... Patut lerr....!!!"
Thursday, August 13, 2015
Petua : Untuk susutkan berat badan
Petua untuk menurunkan berat badan. Terutama golongan wanita, ramai yang mengalami masalah berat badan. Dalam entry petua kali ini, teman akan kongsikan dua langkah petua untuk di amalkan sebagai satu pilihan untuk menurunkan berat badan.
Gambar ehsan Google.
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya setiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).
Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.
Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan.
Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.
Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.
Petua : Untuk menguatkan lutut
Dalam entry petua hari nie, teman kongsikan satu petua untuk menguatkan lutut. Boleh juga mencuba petua ini jika ada masalah lemah lutut atau sakit lutut. Petua nie mudah saja untuk dibuat. Sayur Bendi biasanya di campur didalam masakan kari atau pun di goreng dan ada boleh juga di rebus atau dicelur sebagai hidangan. Tapi kali ini, di ambil manfaat sayur bendi dalam rawatan masalah lutut.
Apa yang penting dapatkan bahan-bahan di bawah nie ;
- Bendi muda (beberapa batang)
- Air panas
Caranya, bendi muda ini hendaklah di racik nipis kemudian di rendamkan di dalam air panas. Sebaik-baiknya di lakukan sebelum tidur. Biarkan ia semalaman. Keesokkan harinya, minum air ini sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Hasilnya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.
Selamat mencuba.
Wednesday, August 12, 2015
Short video : Misteri kejadian ikan melompat dari laut
Ini adalah rakaman kejadian misteri ikan melompat dari air yang dirakamkan di jeti Jana Manjung, Sri Manjung, Perak. Jana Manjung ialah sebuah stesyen jana kuasa elektrik yang mengunakan arang batu. Kejadian ini di rakamkan sekitar jam 2 petang pada 8hb Ogos, 2015.
Tuesday, August 11, 2015
Wordless : Dapur minyak tanah
Masih wujudkah dapur minyak tanah ini? Atau pun sudah menjadi tinggalan sejarah untuk tatapan anak cucu. Sama-sama tinggalkan komen kat entry nie yek...
Short Video : Aksi melampau
Rakaman video amatur aksi melampau seorang lelaki ketika memanjat pohon kelapa. Kalau dia jatuh ke bawah, pasti tiada siapa yang pedulikan dia.
Monday, August 10, 2015
Hacker serang peranti Android
Ramai penguna peranti atau gadget berasaskan platform Android di luar sana. Satu kelemahan telah dikenal pasti yang boleh memberi kesan kepada hampir semua peranti Android. Penggodam atau hacker yang berniat jahat boleh mengambil alih sepenuhnya peranti Android anda dan mencuri maklumat peribadi dengan hanya menghantar video pendek dalam bentuk Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) mesej teks.
Kemas kini untuk membetulkan kelemahan ini boleh didapati dengan mengunakan software update, tetapi ianya dijangka mengambil masa.
Sebagai langkah pencegahan ;
- Sila ambil langkah-langkah berikut untuk melindungi peranti Android anda.
- Jangan buka mesej teks MMS dari nombor yang tidak diketahui
- Gunakan hanya aplikasi mesej yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan
- Jangan guna Google Hangouts atau aplikasi mesej teks yang secara automatik membuka fail untuk paparan.
Thursday, August 6, 2015
Petua : Untuk menyimpan buah pisang supaya tahan lebih lama
Petua untuk menyimpan buah pisang supaya tahan lebih lama. Anak teman suka sangat makan pisang. Beli seikat pisang, seminggu lebih baru habis. Maklumlah anak sorang. Nak beli pisang sikit-sikit, penjual tak nak jual. Paling kurang, mereka jual seikat pisang. Hari nie, teman nak kongsikan petua untuk menyimpan pisang supaya tahan lebih lama.
Caranya mudah saja. Dari sesikat pisang tu, kome pisahkan dan potong bahagian yang menyambungkan buah pisang tu dan jadikan beberapa bahagian yang menyambungkan dua atau tiga biji pisang. Kemudian, balut bahagian tangkai pisang tu dengan plastik pembalut dan simpan di tempat kering dan sejuk. Macam gambar nie.
Elakkan buah pisang ini disimpan bersama buah-buahan lain. Hasilnya, buah pisang ini akan tahan lebih lama tanpa lebam.
Selamat mencuba!
Wednesday, August 5, 2015
Saturday, August 1, 2015
Kuliah : Manusia di akhir zaman
Nanti akan datang di akhir zaman, menjelang kiamat. Akan kamu lihat kata nabi, pemimpin-pemimpin manusia ketika itu adalah seumpama singa. Dan menteri-menteri mereka pada ketika itu adalah diibaratkan seperti serigala. Hakim-hakim mereka pula adalah anjing gila. Dan manusia yang hidup pada ketika itu diibaratkan kambing-kambing yang hidup tanpa pedoman.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)