Macam mana nak baiki pam tandas yang rosak?
Kalau kome ada masalah macam nie, agak-agaknya apa yang kome akan buat?
Takkanlah nak biarkan saja, nanti membazir air pula dan dah tentu bil air akan
meningkat. Kalau nak ditutup dan buka punca air, macam menyusahkan pula. Jalan
yang paling mudah, ialah dengan membaiki kerosakan tersebut. Macam mana nak
baiki, kome boleh pilih sama ada nak panggil tukang paip untuk membaikinya atau
pun baikinya sendiri.
Perkara pertama sebelum mula membaiki ialah
dengan mencari alat gantinya. Alat ganti boleh di dapati di kedai hardware.
Harganya dalam RM2+.++ je. Yang ini jenis biasa saja. Untuk membaiki kerosakan
pam tandas nie, teman dapatkan alat ganti di kedai menjual peralatan bilik
mandi. Teman dapatkan alat ganti dari jenis yang elok. Harganya dalam RM50 dari
jenis Roy. Entah jenis pam apa nie pun teman tak tahu lah... Apa yang teman
tahu, tokeh tu yang rekemen jenama nie.
Lagi pun hanya jenama nie jer yang di jual di kedai tu. Dia kata, nie je stock yang ada.
Tinggal satu jer pun. Tokeh tu kata lagi, ramai yang telah beli pam nie. Teman
hanya mengiyakan je lah kata-kata tokeh tu.
Langkah pertama. Tutup punca air yang
masuk, ke dalam tangki. Kemudian buka
penutup tangki tersebut. Lepas itu, tanggalkan saluran air masuk ke tangki.
Ini lah pam tandas yang rosak tu. Actually, pam tak lah rosak. Cuma seal dekat tapak bawah tu dah keras dan menyebabkan air dalam tangki nie meleleh keluar. Kalau di biarkan, mau naik bil air setiap bulan.
Selepas itu, tanggalkan skru pengikat tangki di dinding dan juga di body tandas itu. Selepas semua skru pengikat tangki itu di buka, angkat tangki seramik itu dengan berhati-hati dan letakkan di atas lantai. Terlangkup kan tangki tersebut untuk membuang baki air yang tinggal. Ok, selepas itu tanggalkan pelampung untuk memudahkan kerja-kerja menukar pam tersebut. Untuk menanggalkan pam, buka pengikat utamanya yang terletak di bahagian bawah (luar).
Nie pam yang rosak tu. Kalau nak repair... mungkin boleh... tapi kena ambil masa sket... nak kena cari bahan getah yang sesuai... Silap hari bulan bocor balik... Kiranya kalau nak repair pam nie macam try and error lah... Kos nya pula, mungkin sama je kalau gantikan dengan pam baru...
Selepas pam yang rosak itu ditanggalkan, boleh mulakan pemasangan pam baru. Kemudian, pasang punat tekan pam di penutup tangki. Laraskan ketinggian punat tekan pam dengan memotong spillway paip slit yang tidak diperlukan seperti di dalam gambar yang teman kongsikan di bawah nie. Punat tekan pam boleh di laras dengan adjusting skru.

Selepas tangki air ini siap di pasang pada tempatnya, masukkan air untuk memastikan tiada kebocoran dan segalanya berfungsi dengan baik.
Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. So, rajin-rajin la yer... Ringan-ringan tangan kome tu membuat sendiri atau membaiki sendiri kerosakkan di rumah. Selain dari menjimatkan duit, kome juga boleh asah skill kretiviti kome tuh... tak gitu... :d
kalo panggil maintainance, masih percuma.. takpe...heeee~
ReplyDeleteKalo air tak masuk dlm tangki nak repair camne?tq
ReplyDeleteSenang je, periksa punca kemasukkan air. Biasanya, kalau guna pengunci air berhampiran pam tandas yang grade rendah, confirm dalam tu penuh karat. Sebab tu, saluran air tu tersumbat. Berhati-hati masa bukak pengunci air tu. Biasanya pengunci tu akan mereput dan mudah patah.
DeleteSalam
DeleteKalau air asyik mengalir dlm mangkuk tandas mcm mana?sama kes ke dgn masalah bro?
Ya, pam dalam tangki tu rosak dan perlu di ganti. Kalau tak air dalam tangki akan sentiasa mengalir keluar masuk ke dalam mangkuk tandas tu...
Deletewah kalau rusak bagaimana tuh
ReplyDeletekayaknya lebih sulit dari kelihatannya
Perlu di ganti dengan pam baru...
DeleteBro kalau flush jenis plastik, sama jugak ke? Ke nie hanya untuk jenis ceramic je? Thanks.
ReplyDeleteKalau tank plastik, dia guna pam jenis lain... Pam yang saya share disini hanya sesuai untuk tank jenis seramik... Apa pun, caranya lebih kurang sama jer...
Deletejika rajin memang boleh buat DIY sendiri kerja-kerja membaiki tandas nie
ReplyDeleteKalau pam susah nak tekan tu adakah sebab pam dah rosak juga?
ReplyDeleteYa, ada kemungkinan... Perlu buka dan periksa pam tersebut...
DeleteBang kalo lpas flush pump xtrun balik sebab ape eh?nk kne tukar ape eh?
ReplyDeleteMasalah pada pam tu... Bergantung pada jenisnya... Check dulu keadaan pam tu... Kadang-kadang ada blocking... Kalau perlu tukar baru, tukar je...
DeleteSalam bang, kalau bila kita flush, air dalam mangkuk tandas tu lambat clear apa sebab? sumbat? tandas tingkat bawah.. yang terus ke tangki kumbahan.
ReplyDeleteTersumbat la tu...
DeleteSalam, klau air tak masuk dlm tangki simbah mcmna, tangki simbah tinggi
ReplyDeletePeriksa salauran air masuk dalam tangki tu, mungkin pelampungnya tersekat...
DeleteKlu pam jenis ceramic tu air tak masuk.. Panggil plumber kna caj rm200😠logik ke harga tu eh.. Terkejut tp redha je la sbb kita yg panggil..
ReplyDeleteUntuk ganti part yang rosak tu pun kosnya dah hampir RM100, itu tak termasuk upah... jangka masa untuk ganti, dalam 45 minit... Boleh consider mahal jugak la tu...
DeleteMcm mana pulak air tangki tandas sentiasa kurang..tp airnya takde pulak nampak keluar ke mangkuk tandas..naik tu keluar ke mane ye?dok belek keliling tandas xnmpk leaking atau titisan air..tp air tangki tandas asyik kurang dan sentiase auto diisi
ReplyDeleteMcm mana pulak air tangki tandas sentiasa kurang..tp airnya takde pulak nampak keluar ke mangkuk tandas..naik tu keluar ke mane ye?dok belek keliling tandas xnmpk leaking atau titisan air..tp air tangki tandas asyik kurang dan sentiase auto diisi
ReplyDeletePelik jugak tu... tuan kena siasat lebih detail lagi nie... tak kan la air tu boleh hilang begitu je kan?
Delete