Tips untuk mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah. Sekadar perkongsian. Teman sendiri pun masih terkial-kial untuk belajar dan mencari tips untuk mendidik anak. Tips boleh diikuti dan di jadikan panduan dalam mendidik anak-anak.
Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Sunday, April 30, 2017
Saturday, April 29, 2017
Kuliah : Empat perkara sebelum tidur walau sesibuk manapun dengan tugas harian
Amalan sebelum tidur. Walau sesibuk mana sekali pun cuba kita luangkan masa untuk melakukan empat perkara ini.
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ 'lam yalid walam yuulad’ 'walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat.
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau...
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar " ( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...
Jangan jemu saling mengingatkan😊
Thursday, April 27, 2017
Petua : Untuk melangsingkan badan
Petua untuk melangsingkan badan. Untuk entry hari ini, teman akan menambahkan lagi koleksi petua untuk melangsingkan badan. Hasilnya sama saja, badan akan nampak langsing dengan berat badan yang ideal. Bezanya cuma ramuan yang digunakan petua ini lain sikit.
Gambar ehsan Google.
Bahan-bahan untuk membuat petua ini adalah;
- Dua biji lobak merah (di potong kecil)
- Sebiji mentimun segar
- Sebiji limau nipis
Caranya, begini... Lobak merah dan timun ini hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan airnya. Kemudian, campurankan bersama perahan air limau nipis. Kemudian, minum air ini. Amalkan pengambilan air ini dua kali sehari, di waktu pagi dan malam. Amalkan petua ini sehingga mendapat berat badan yang ideal. Selamat mencuba.
Saturday, April 22, 2017
Kuliah : Zikir yang diajar oleh Rasulullah S.A.W
Sekadar perkongsian. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. Ini adalah antara zikir yang boleh di amalkan seharian. Manfaatnya sangat besar. Semoga kita istiqomah dalam menjalankan ibadat seharian.
Thursday, April 20, 2017
Petua : Rawatan selepas bersalin
Petua selepas bersalin untuk kerekahan dan pecah-pecah pada kulit. Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu petua untuk penjagaan wanita selepas bersalin. Petua ini, dapat membantu mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut.
Gambar ehsan Google.
Caranya, mudah saja. Mula-mula dapatkan bahan-bahan ini;
- Dua ketul halia (sederhana besar)
- Dua sudu cuka
Tumbuk halia ini sehingga hancur lumat. Kemudian, gaul ramuan ini dengan dua sudu cuka. Setelah itu, sapukan pada keliling pinggang dan boleh la memakai bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan untuk menegangkan semula perut selepas bersalin.
Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan petua untuk mengatasi masalah stretch mark dan menegangkan kulit perut. Klik disini untuk membaca entry tersebut.
Wednesday, April 19, 2017
Tak nak bayar hutang?
Ramai yang suka pinjam duit... tapi sangat payah untuk bayar balik hutang... Perlu ingat, hutang itu bukan sekadar pinjam duit saja... hutang nie ada macam-macam jenis... sebagai contoh, katakanlah suatu hari, kereta kita di langgar dari belakang... Biasa la, bila dah eksiden tu kata, nanti saya tanggung repair kerosakkan kereta tu..
Gambar ehsan Google.
Ok la, kita pun repair la kerosakkan tu dengan harapan, nanti claim semula pada orang yang melanggar tu.
Ye la kan, repair sendiri lagi cepat dari menunggu untuk claim insurance. Kalau tunggu claim insurance, mau berbulan-bulan menunggu untuk kereta tu siap...
So, berbalik semua pada cerita di atas, bila dah siap repair... nak claim semula pada orang yang melanggar tu... punya lah payah... selagi dia tak bayar pada kita... selagi itu lah dia berhutang dengan kita... nie la contoh orang yang berhutang... mungkin dia tak sedar... di akhirat nanti, hutang-hutang tu semua kena balik...
Gambar ehsan Google.
Perlu ke kita halalkan, bila orang yang berhutang dengan kita tu sengaja tak nak bayar hutang pada kita... pada hal, duit dia ada je...
Pada teman, tak usah halal kan hutang-hutang dia pada kita... di akhirat nanti, orang-orang yang berhutang tu akan berjumpa dengan kita dan akan menanggung dosa-dosa kita. Mereka Ini adalah saham kita di akhirat nanti.
Harap, orang-orang yang berhutang tu bersegeralah melunaskan hutang masing-masing selagi ada kesempatan.
Monday, April 17, 2017
Badai melanda Impiana Palace
Telah di takdirkan pada 2 petang bersamaan 13 April, 2017 Impiana Palace telah di badai dengan angin kencang yang menumbang pohon kuini sebesar dua peluk orang dewasa. Beberapa pohon manggis dan durian juga tumbang menyembah bumi. Syukur alhamdulillah tiada kerosakkan pada teratak Impiana Palace. Syukur alhamdulillah, tiada kecederaan dan kejadian yang tidak di ingini berlaku.
Sunday, April 16, 2017
Kuliah : Siapa yang paling luar biasa?
Bertuahnya manusia diakhir zaman. Walau pun mereka tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, tetapi kecintaan, keimanan mereka tetap utuh. Ada juga mereka yang tersesat. Itulah antara cabaran serta dugaan manusia di akhir zaman.
Gambar ehsan Google.
Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"
Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."
Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."
Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."
Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih,
"Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."
Sollu 'alan nabiy..
Kredit : Dr Nur Ilyani Nawawi
Saturday, April 15, 2017
Kuliah : Pejuang yang laknati oleh agamanya sendiri
Sekadar perkongsian. Kita selalu dengar perkataan 'Jihad'. Tapi, ramai yang tidak faham erti jihad yang sebenarnya sehingga berlaku salah faham sehingga Islam di kaitkan agama yang menghalalkan keganasan dan pertumpahan darah. Mereka lupa, perkataan 'Jihad' itu sendiri sangat besar pengertiannya.
Berikut adalah perkongsian bertajuk "Pejuang yang dilaknati oleh agamanya sendiri"
Wednesday, April 12, 2017
Sunday, April 9, 2017
Kuliah : Keberkatan surah Al-Ikhlas
Dalam entry pagi ini, teman hendak panjang kan perkongsian ilmu berkenaan Surah Al-Ikhlas. Perkongsian ini menyentuh tentang amalan membaca Surah Al-Ikhlas dalam aktiviti seharian kita.
Gambar ehsan Google.
Ketika hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum masuk ke dalam rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah *bersolat* kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.
Khatam al-Quran
Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• _Qul Huwallahu Ahad_ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• _Allahhus Somad_ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• _Lamyalid walam yuulad_ tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• _Walam yakullahu kufuwan ahad_ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota :
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."
Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.
SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ :
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Kuliah : Jangan bersedekah sehingga menjatuhkan maruah orang
Bersedekah jangan sampai jatuhkan maruah orang.. Sebuah cerita yang sangat menyentuh dan inspiring !!
Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....
Pemilik kedai: '' Mahu cari apa pakcik?'', bertanya ramah.
Lelaki tua: '' saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi....'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: '' Tapi kenapa pakcik?''
Lelaki tua: '' Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin.''
Pemilik kedai: '' Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai.''
Lega...🌟💫
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya dan terus pulang.
Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:''adakah kamu tersilap? Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada dikedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?'' katanya, kehairanan.
Pemilik kedai berkata: '' Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah.
Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu.
Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka..._''
Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa membuat orang lain berasa rendah diri.
Saturday, April 8, 2017
Kuliah : Lapan jenis rezeki dari Allah
Sekadar perkongsian ilmu. Yakin lah bahawa rezeki itu adalah jaminan Allah. Untuk apa kita menangis kalau tidak ada rezeki kita di situ. Come on laa... Allah tidak bagi apa yang kita nak, tapi Allah beri apa kita perlu...
Gambar ehsan Google.
1. Rezeki Yang Telah Dijamin.
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).
2. Rezeki Kerana Usaha.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).
3. Rezeki Kerana Bersyukur.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).
4. Rezeki Tak Terduga.
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).
5. Rezeki Kerana Istighfar.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
6. Rezeki Kerana Menikah.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).
7. Rezeki Kerana Anak.
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).
8. Rezeki Kerana Sedekah.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).
Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Amiin...
Thursday, April 6, 2017
Petua : Untuk melebat dan menghitamkan bulu kening
Tips untuk menghitam dan melebatkan bulu kening. Apa saja yang terdapat di wajah adalah penting kepada penampilan seseorang itu. Ini termasuklah bulu kening. Bulu kening yang lebat kehitaman dan tersusun rapi menjadi penyeri wajah seseorang itu. Pernah tengok ada orang yang membuang bulu kening mereka. Nampak pelik kan...😆😆😆🤗😋
Gambar ehsan Google.
Ok, dalam entry hari nie... teman akan kongsikan satu petua untuk melebat dan menghitamkan bulu kening. Petua hanya boleh diamalkan dari masa kecil lagi... untuk baby yang sehingga umur setahun saja. Untuk mereka yang sudah dewasa tu, boleh lah mencuba petua yang teman telah kongsikan dalam entry yang lepas. Klik disini untuk membacanya ye...
Ok, membuat nie, kome hanya perlu mendapatkan daun sirih. Ambil sehelai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya. Kemudian, sapukan bahagian yang bergetah itu pada bahagian kening. Lakukan setiap hari. Perlu di ingatkan sekali lagi, petua nie hanya untuk baby di bawah usia setahun. Kalau dah besar tu, susah la sket ye...
Ok, selamat mencuba petua nie ya... 🤗😎😋👌
Wednesday, April 5, 2017
Sunday, April 2, 2017
Kuliah : Selawat ke atas nabi
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majar dari Jabir R.A.)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga” (Hadis Riwayat Abu As-Syaikh dari Anas R.A.)
Sabda Nabi S.A.W. “Hinalah hiduP orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Sabda Nabi S.A.W. “Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Saturday, April 1, 2017
Kuliah : Kajian Islam - Tiga wasiat emas
Sekadar perkongsian dari video Ustadz Rifky Ja'far Tholib yang membicarakan tentang tiga wasiat emas. Tiga wasiat emas tersebut adalah seperti berikut;
Untuk kita yang ingin dosa di ampun oleh Allah s.w.t
- Membaca tasbih 100x dalam sehari.
Untuk kita yang ingin keselamatan dari fitnah kubur
- Surah Al-Mulk, jadi kan membaca sudah Al-Mulk sebagai amalan seharian.
Untuk kita yang ingin satu rumah di syurga.
- Membaca 10X surah Al-Ikhlas sehari
Semoga perkongsian ini memberi maanfaat kepada semua.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)