Saturday, March 31, 2012

Voucher KFC for download (RM 19.90)

Sapa nak makan KFC... Teman ada voucher KFC untuk 2 orang makan... voucher nie valid sampai 30 Jun 2012... 



Sesiapa yang nak makan KFC tu... download laa vouchernya kat sini...  nie skydrive teman... kome download, lepas tu print laa yer... lepas tu gunting laa ikut bentuknya... teman pun dah print voucher nie... dah beli dan makan pun... anyway, voucher nie tak termasuk tax tau...


OK la... Selamat Menjamu Selera

Wordless - Menara Axis, Petaling Jaya


Bila tersangkut dalam jemm... benda-benda nie laa yang teman selalu buat... taking picture, what ever attract my interest... inclusive this building... nie masa drive kat lebuh raya persekutuan.

Earth Hour Comes Again

Earth Hour 2012... What you can contribute to save our lovely planet... Join us with just switch OFF the light for 1 HOUR starting 8:30pm till 9:30pm... on Saturday 31st March.


Go beyond the hour. We CAN! We WILL! WILL you?





What WE CAN DO?


Tell People Around You...
Spread the word about Earth Hour by involving your friends, family, workmates and neighbours to pledge and most importanly, turn off the lights from 8.30pm -9.30pm on Saturday, 31st March 2012.


It's TODAY...

Thursday, March 29, 2012

Kereta Motor hasil ciptaan dari Project Snaefell Laverda Sidecar

Entry kali nie, teman nak share sesuatu... Kereta yang begitu unik sekali, sampaikan teman sendiri pun tak ter... imagine adanya kereta macam nie... rasanya kereta nie satu jer dalam dunia... tengok laa sendiri yea... dan komen laa kat entry nie...

Nie bahagian kokpitnya... kereta racing, biasa laa... nampak menarik kan... :)


nie pulak pandangan dari luar... baru lah terserlah ke unikkannya...


Tak berapa jelas lagi kan... OK nie pandangan dari atas dan belakang pulak...




mmm... apa macam, ada yang teringin nak beli tak... :D
Nak tahu lebih lanjut... layari laa web site nya... kat sini

TM Career & Education Fair 2012

Hari nie, teman nak share info berkenaan peluang kerjaya di sektor telekomunikasi. Teman mendapat maklumat, pihak TM akan membuat pengambilan untuk mengisi kekosongan hampir 300 pelbagai jawatan di TM. Temuduga akan di buat pada 6 - 8 April bermula dari 10 pagi hingga 6 petang.




Sesiapa yang berminat, sila klik disini untuk mendaftar dan hadir pada tarikh tersebut di bangunan TM Convention Centre. Tak tahu bagaimana nak ke sini... amik koordinate kat bawah nie atau klik disini


3.116085,101.666005

*bawa la bersama resume kome tuu...

Tuesday, March 27, 2012

Kuliah - "Jangan" dalam ISLAM

Hari ini, teman nak kongsikan bersama sesuatu yang dipandang ringan oleh umat Islam. Entry tengahri ini adalah berkenaan perkara-perkara di tegah atau JANGAN dilakukan dalam ISLAM.



  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna.
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Wordless - Crystal Plaza, Petaling Jaya


Entry Wordless untuk hari ini. Kebiasaanya, bila terperangkap dalam kesesakkan jalan raya... Ini la yang akan teman lakukan untuk menghilangkan ketensionan kepala otak teman nie...

Monday, March 26, 2012

Lagi sarang burung di Impiana Palace

Hari tu teman ada buat entry berkenaan burung bersarang di pokok buluh dalam pasu kat rumah ayah and ibu teman. Kalau nak baca entry tu, klik laa kat sini

Balik weekend hari tu, bonda kata abang pegi laa tengok bunga yang tergantung kat tiang depan tu. Ada tetamu lagi datang menginap. So, teman pun dengan gigihnya pegi laa check. Sekali tenung, macam tak nampak apa-apa pun.



Kali nie, teman berdiri atas kerusi... tengok dari atas pulak...



patut laa riuh rendah jer waktu pagi dan petang... rupanya ada tetamu dok buat rumah baru kat bunga plastik nie... hehehehe... burung pun dah tak boleh nak compare bunga plastik atau bunga original.... masih belum siap sepenuhnya... patut laa busy memanjang...

Nie pulak area depan rumah... keliling rumah penuh dengan kehijauan dan rimbunan pokok... patut laa rumah nie jadi hotspot... ingatkan free WIFI jer... rupanya jadi port tempat burung bersarang...


Kat depan tuu ada pokok rambutan dan pokok pulasan. Ada juga pokok limau... bila time berbuah... memang riuh bunyi burung-burung mencari rezeki... :D

Sunday, March 25, 2012

Restoran Chamca

Tempat makan best di Puchong. Restoran ini terletak di Bandar Bukit Puteri, Puchong sebaris dengan entry teman sebelum ini berkenaan Restoran Baser. Klik disini untuk membaca entry tersebut. Restoran Chamca ini merupakan antara restoran kegemaran teman.

Kalau kome semua nak tahu, restoran Chamca nie dah masuk pun dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan, di TV3 tu. Kalau tak percaya, cuba tengok plak kat bawah nie...


Kalau pagi2 teman datang sini, teman mesti order roti kukus. Kalau tak pun roti bakar. Ianya dihidangkan dalam set atau pun boleh juga di pesan secara al-carte. Di waktu tengahari, ada juga dihidangkan nasi campur. Tapi teman tak pernah cuba makan nasi campur disini.

Kebiasaanya, kalau datang kesini di waktu tengahari teman lebih suka makan kuew tiaw ratna. Sayur-sayurannya segar dan rasanya pun menyelerakan. Kuahnya agak pekat sedikit. Selain dari sayuran, antara ramuannya adalah udang dan sotong. Mmm... Memang sedap. Cuba lah, dan rasa lah sendiri. Maklum la, cita rasa kita berbeza...





Untuk kali ini, teman order Sirap Bandung special jer... rasanya memang menyegarkan dan dapat menghilangkan kekeringan di tekak nie...


Disini juga, ada disediakan surau untuk pengunjung bersolat. Walaupun ianya kecil, tapi cukup laa untuk pengunjung menunaikan kewajipan masing-masing dalam keadaan yang selesa.

Restoran Chamca juga menyediakan access WIFI secara percuma. Jadi boleh pengunjung mengunakan masa yang terluang dengan melayari internet. Sebagai komen teman terakhir, restoran ini mengamalkan kebersihan ditahap yang boleh di banggakan.



Kalau berkunjung ke kawasan Puchong, singgah-singgah la menjamu selera di Restoran Chamca nie. Teman sharekan koordinate GPS seperti di bawah.

3° 0'48.93"N
101°36'56.64"E

Saturday, March 24, 2012

Wordless - suatu hari di petang Jumaat


Friday, March 23, 2012

Peringatan untuk semua...

Pencuri, perompak, penculik, peragut, perogol dan sebagainya mempunyai pelbagai taktik yang digunakan keatas mangsa mereka. Oleh itu, kita perlu lah sentiasa beringat dimana sahaja, dalam apa jua yang kita lakukan. Jangan cipta peluang untuk penjenayah ini melakukan jenayah mereka.

Teman nak kongsikan disini satu lagi tektik terbaru penjenayah dalam melaksanakan jenayah mereka ini... Renung-renungkan laa dalam tampalan gambar di bawah sebagai peringatan kita bersama.



Wordless - Bangsar South



Click here for Bangsar South view from Menara TM.

Thursday, March 22, 2012

Cerita Anak Kembar

Entry hari nie, teman nak berkongsi cerita lawak habeh pasal dapat anak kembar... hehehehehe... ye laa... mungkin kebetulan kan... apa2 pun layan jer laa




4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,"Tahniah! ...awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"

Jangan minum guna bekas nie

Bekas minuman yang dicorakan dengan lukisan beruang "Koala sedang melukis", sekilas pandang mesti tak perasan, tapi kuasa allah tu maha besar & agung memberikan penglihatan dan penelitian yang tajam supaya kita dapat mengenalpasti apa yang bercanggah disisi agama islam..







gambar ini telah diambil pada hari jumaat di perkarangan masjid yg bertentangan sunway piramid di PJ. Anda diberi pilihan sama ada untuk berkongsi cerita ini dan berdiam dan menangung dosa atau mencari pahala dengan fowardkan gambar @ emailkan entry ini supaya kita dapat melumpuhkan dan mengelak dari membeli minuman yg menggunakan cawan plastik ini. Insyallah..

Dulu & Sekarang

Hari nie teman saja nak share... dulu lain... sekarang dah lain kan... masa hadapan nanti, macam mana la agaknya yea...







Tuesday, March 20, 2012

Petua - Daun ati-ati ubat lelah

Pernahkah anak atau tuan puan sendiri menghidap lelah atau semput? Sesetengah orang akan berasa begitu penat, susah bernafas diperingkat agak serius, dada akan terasa berat, sakit dan menjadi lekuk.



Lelah agak sukar diubati tetapi ada satu petua bagi melegakan atau mengurangkan rasa lelah itu. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan kemudian lenyekkannya mengunakan sedikit air. Setelah lumat, sapukan bahan tadi ke dada dengan cara berbaring. Sapulah dari atas dada ke pusat beberapa kali. Insya-Allah, tuan puan akan berasa lega.


Satu lagi cara moden adalah dengan membersihkan udara dirumah. Klik disini untuk maklumat lebih lanjut.

Jom layan komik...

Cerita seram nie... :D








Shadow Art Show

Lain orang lain kretivitinya... macam-macam ada... sampaikan, yang kita tak pernah fikir pun mereka boleh buatnya dengan begitu baik sekali... ini lah yang dikatakan pemikiran yang inovatif dan kretif... tak payah nak tiru orang lain... guna kelebihan yang ada pada diri sendiri... Apa pun, jom layan Shadow Art Show nie...