Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Wednesday, October 30, 2019
Monday, October 28, 2019
Siapa nak jaga kita nanti bila kita dah tua?
Pernah juga teman terfikir tentang masa depan diri ini. Maklumlah, teman ada anak sorang je... Itu lah satu-satunya permata hati teman nie... Macam mana la agaknya nanti ya... Tak apalah, Allah adalah sebaik-baik perancang. Kita hanya mampu membuat perancangan, namun Allah jua yang membenarkan perancangan tersebut berlaku.
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak...
Di tangan suami...
Di tangan isteri..
Walhal yang jaga kita itu ALLAH.
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60..70..80.. masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki. Dan rezeki itu hak Allah. Yakin... yakin... yakin...
Jangan kita runsingkan kerja Allah. Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni. Entry blog pun banyak yang tersadai di draft.
Jangan runsing belum ketemu jodoh. Jangan gusar belum ada zuriat. Jangan sedih hanya kerana beranak sorang. Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki. Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jangan takbur sangat bila kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan "eh nanti tua siapa nak jaga kau." Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti. Sempat ke kita tua?
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah. Dan Allah itu adil. Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kepada Allah, itu yang paling penting.
Pendek kata... ALLAH ADA..
Saturday, October 26, 2019
Kuliah : Doa pemanis dan penyeri wajah
Untuk entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongsian ini. Ini adalah doa yang boleh di jadikan amalan seharian. Doa ini adalah bersumberkan dari Al-Quran, surah Yusuf, ayat 4. Bukan setakat golongan wanita, malah golongan lelaki juga boleh amalkan doa ini seharian.
Info ehsan dari FB AnugerahQuran.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Thursday, October 24, 2019
Tips untuk membuat perangkap lalat
Serangga bernama lalat nie memang merimaskan. Umum mengetahui, lalat suka pada tempat-tempat yang kotor. Kalau di kawasan kediaman kome tu berdekatan atau terdapat ladang penternakkan ayam, masalah nie akan lebih teruk lagi walaupun ladang ayam tersebut jauh dari rumah kome tu.
Dalam entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongian video ini. Kretif juga cara mereka membuat perangkap maut untuk lalat dengan hanya mengunakan bahan-bahan kitar semula dan bahan sumber alam yang terdapat di dapur.
Untuk membuatnya, bahan utama yang di perlukan teman senaraikan di bawah;
- Botol plastik
- Sepotong dua ikan masin (di potong kecil)
- Air
Ok, begini caranya untuk membuat perangkap maut lalat nie. Mula-mula botol plastik tersebut di bersihkan dan di tebuk satu lubang kecil (muat-muat untuk lalat tersebut masuk) di bahagian tengah botol plastik tersebut. Setelah itu, masukkan air dan potongan ikan masin ke dalam botol tersebut. Ok, dah siap pun perangkap maut lalat nie.
Botol nie, boleh la kita letakkan di tempat-tempat tumpuan lalat. Aroma dari air rendaman ikan masin tersebut akan menarik minat lalat untuk masuk ke dalam botol tersebut dan lalat-lalat ini akan gagal untuk keluar dan terperangkap di dalam botol sehingga mati.
Mudahkan. Kos hendak membinanya pun sangat rendah. Kome boleh tonton perkongsian video di bawah.... Selamat menontonnya ya...
Apa macam??? Faham ke idok...
Tuesday, October 22, 2019
Surprise gift dari blogger Anies
Alhamdulillah... Dalam bulan Oktober nie, banyak betul kejutan demi kejutan. Ini antara kejutan yang tak di sangka-sangka bila blogger Anies kirimkan kejutan di bulan kelahiran ku ini. Terima kasih daun keladi, harap tahun depan dapat lagi.
Terima kasih ye blogger Anies, bungkusan yang di kirim telah selamat di terima. Terima kasih ye. Ilmu yang kita ada tak akan berguna jika kita tidak amalkannya dan sampaikan atau kongsikan kepada orang lain.
Kiriman dari blogger Anies ini berupa sebuah buku bertajuk "200 tips bijak komunikasi" gaya Rasulullah oleh Noor Ainil Munirah Faizol terbitan PTS Publishing House.
Kiriman dari blogger Anies ini berupa sebuah buku bertajuk "200 tips bijak komunikasi" gaya Rasulullah oleh Noor Ainil Munirah Faizol terbitan PTS Publishing House.
Alhamdulillah, teman sudah habis membacanya.
Terima kasih... Sayang semua...
Terima kasih... Sayang semua...
Thursday, October 17, 2019
Reward untuk diri sendiri
Alhamdulillah... Oktober datang lagi... Setiap kali Oktober datang... Bertambah lagi angka... Alhamdulillah syukur atas nikmat kesihatan yang baik dan rezeki yang Allah kurniakan nie... Alhamdulillah, teman di kelilingi oleh orang-orang yang positive dan sentiasa beri dorongan dan nasihat untuk mengharungi hari-hari muka ini...
Ok, sempena bulan kelahiran nie... Teman nak rewardkan untuk diri sendiri. Dari awal tahun lagi phone nie dah merangam sebenarnya... Lagi pun, dah lebih dari 5 tahun guna iPhone 5s nie. Memang performancenya terbaik la. Cuma hari tu terjatuh, kamera nya ada masalah sket. Bateri pun dah 3 kali di ganti. Last ganti bateri hari bulan April, 2019 di I2Fix.com Empire Shopping Gallery. Dah tukar bateri pun, tak menyelesaikan masalah sangat sebab phone teman nie heavy usage. Skrin phone dah defect sket. Dalam sehari je message kat WhatsApp adalah dalam 1K. Itu message personal + urusan kerja. Teman nie jenis yang tak reti nak guna 2-3 hand phone sekali gus. Ada orang tu, dia asingkan hand phone personal satu, hand phone ke dua untuk urusan kerja dan hand phone ke tiga untuk scandal opppsss.... kikikikiki...
Sebenarnya, teman nak beli phone nie masa lunching hari tu, 27 September, tapi waktu itu teman berada di ward SJMC bersama anakanda permata hati. So, tak dapat lah nak memeriahkan suasana kat Machines tu.
Permata hati bagi tau, papa order la online... kan senang... katanya... Tapi, teman nie agak sibuk kerja sket lately. Petang isnin, 14 October baru ada masa nak place online pre-order kat Machines. Ok la done untuk hari itu. Delivery katanya dalam seminggu dua bergantung kepada stok. Teman memilih untuk collect sendiri di Machines Setia City Mall, Setia Alam. Betul la penantian itu satu penyiksaan. Tak sabar rasanya.
Tup...tup... Masa meeting pagi Rabu 16 October nampak email masuk... Pergghhh dah boleh collect laaa... waaa seronoknya... Kebetulan hari rabu tu agak free sket... Apa lagi, terus bergegas dari Bangsar ke Setia City Mall, Setia Alam. Nampak tak, jauhkan perjalanannya... kikikiki...
So, inilah hasilnya... Memang berbaloi teman bersabar dan menunggu... sangat tidak mengecewakan... Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t atas rezeki yang di kurniakan ini... Akhirnya, Iphone 11 Pro berada dalam gengaman...
Wednesday, October 16, 2019
Broadband percuma - UniFi Pay Nothing
Teman hendak memanjangkan berita best nie untuk penguna UniFi sedia ada. Untuk mereka yang berminat untuk melanggan pun boleh menikmati promosi nie sehingga hujung tahun 2019 nie kalau mereka melanggan dalam tempoh promosi nie.
Untuk pelanggan UniFi sedia ada, mereka hanya perlu renew contract UniFi mereka untuk tempoh 24 bulan atau 2 tahun. Apa kelebihan bila renew contract? Bila renew dan service masih dalam contract, modem and router akan di extend warranty oleh TM. Dan pelanggan juga dapat menikmati bayaran bulanan percuma sehingga 31 Desember, 2019. Kita dapat penjimatan dari membayar bil bulanan.
Best weeiii dapat unlimited broadband percuma nie. Bukan senang nak dapat promosi best macam nie. So, jangan lambat ye. Lagi cepat kome sign, lagi cepat dapat menikmati promosi broadband percuma nie. Promosi nie sehingga hujung tahun nie je.
So, jangan tunggu lama-lama. Nie antara pakage yang di tawarkan.
Pengalaman hiburan dan internet terbaik untuk semua orang di rumah. Klik disini untuk mendaftar pakage 300Mbps. Info pakage seperti di bawah.
Satu pelan jalur lebar untuk hiburan keluarga dan keperluan internet anda. Klik disini untuk mendaftar pakage 100Mbps + UniFi TV Media. Info pakage seperti di bawah.
Dapatkan pengalaman internet terbaik dengan data tanpa had di rumah. Klik disini untuk mendaftar pakage 30Mbps dengan data tanpa had. Info pakage seperti di bawah.
Saturday, October 12, 2019
Kuliah : Solat ketika bermusafir (Jamak dan Qasar)
Solat itu adalah tiang agama. Solat adalah fardhu dan wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syaratnya. Solat perlu ditunaikan walau dalam apa keadaan sekali pun. Termasuklah jika kita sedang bermusafir. Allah telah memberi kemudahan untuk kita menunaikan solat ketika kita sedang bermusafir. Untuk mereka yang sedang bermusafir, mereka boleh menjamak dan qasarkan solat mereka. Untuk mengerjakan solat jamak dan qasar, seseorang itu perlulah sedang bermusafir sekurang-kurangnya 2 marhalah iaitu lebih kurang 90KM jarak perjalanan. Maka seseorang diharuskan solat Qasar jika sudah mencapai dua marhalah.
Firman Allah Taala :
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ
“Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini, maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat (solat empat rakaat dijadikan kepada dua rakaat)”. (Surah An-Nisa’:101)
Nas di atas ini menunjukkan dalil dibolehkan solat qasar (iatu solat empat rakaat dipendekkan kepada 2 rakaat) hal keadaan alkhauf (ketakutan) seperti berperang bukan keadaan aman.
Solat Qasar ialah solat empat rakaat (zohor, asar dan isyak) dipendekkan kepada dua rakaat dengan syarat-syarat yang tertentu.
Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian niat solat jamak dan qasar.
Teman sekadar berkongsi ilmu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Ini adalah kemudahan buat kita untuk beramal. Semoga kita sentiasa istiqomah dalam menjalani ibadat seharian.
Tuesday, October 8, 2019
Tips kesihatan oleh Tun M
Teman saja nak kongsikan tips kesihatan yang di kongsikan oleh Tun M. Apa yang Tun M kongsikan tu, semunya dah ada. Cara permakanan orang Islam. Cuma kita nie yang tak amalkan. Kita adalah apa yang kita makan. So, nak sihat, nak cergas, amalkan gaya hidup yang di anjurkan oleh Islam sepenuhnya.
Islam itu syumul. Apa yang Tun kongsikan itu semuanya ada dalam tata cara hidup sebagai seorang Muslim. Cuma kita nie saja yang tak nak praktikkannya. Apa pun, tepuk dada tanya selera. Kalau hendak lakukan, tak perlu di tangguh dan memberi pelbagai alasan. Yang penting, kita mampu untuk mengubahnya.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)