Tuesday, April 30, 2013

Wordless : JKG6



Monday, April 29, 2013

Kelas muzik di Saujana Utama Sungai Buluh

Kelas muzik di Saujana Utama Sungai Buluh. Memilih untuk membeli rumah memang memerlukan banyak pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk membeli. Di Saujana Utama Sungai Buluh, terdapat pelbagai kemudahan telah disediakan. Kemudahan asas seperti sekolah, klinik serta pusat komersial memang telah sedia ada. Pusat jagaan kanak-kanak tumbuh bak cendawan selepas hujan. Jadi tiada masalah untuk menghantar anak-anak semasa ibubapa keluar bekerja.

Selain dari kemudahan asas diatas, di Saujana Utama Sungai Buluh telah sedia ada rumah club untuk penduduk Saujana Utama. Kelas renang turut diadakan disini dengan yuran pembelajaran yang berpatutan.

Terdapat juga individu-individu yang mengusahakan pusat-pusat tuisyen untuk pra sekolah sehinggalah ke peringkat SPM and STPM. Antara yang unik di Saujana Utama, ialah kelas belajar muzik. Kalau berminat untuk menghantar anak anda belajar muzik, boleh lah hubungi nombor dibawah. Bagaimana pun, alatan muzik yang diajar adalah terhad kepada beberapa alat muzik muzik yang tertentu sahaja.

Kelas muzik ini di jalankan di sebuah kediaman di Sungai Buluh Country Resort (SBCR), rumah bernombor 363, Jalan Seroja 1/1. Untuk lebih tepat, guna saja koordinate GPS yang teman kongsikan disini.


Kelas muzik di Saujana Utama Sungai Buluh



Untuk mereka yang berminat, koordinate GPSnya adalah seperti di bawah ;


Entry ini sekadar berkongsi maklumat, dan bukannya bertujuan untuk mempromosikan kelas muzik diatas,

Nak tahu lebih lanjut, call saja nombor yang tertera disitu.

Kelas muzik di Saujana Utama Sungai Buluh


mmm... teman pun ada terfikir untuk menghantar Aisar belajar main piano... tengok lah nanti macam mana... kalau jadi, teman akan buat entry pasal nie...

Sunday, April 28, 2013

Kuliah : Rahsia keberkatan wudhu

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


Wuduk

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "YaAllah,berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan.



4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri



5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padangMasyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal
di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilahdosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengarorangmengu mpat,memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanla h aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati
Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

*Gambar ehsan Google

Kuliah : Tanda-tanda rezeki yang berkat

Saturday, April 27, 2013

Kuliah : Kelebihan istighfar

Kuliah : Jaga solat

Cabaran untuk kaum lelaki yang akan bergelar SUAMI. Jika kamu tidak mampu menjaga solat mu... mana mungkin kamu mampu menjaga anak DARA orang... Renung-renungkan dan selamat beribadah...

Thursday, April 25, 2013

Petua : Hilangkan sakit kepala

Bila sakit kepala biasanya kita makan panadol. Kali nie, teman nak share petua untuk sakit kepala dengan mengunakan asam keping. Asam keping nie, selain digunakan dalam masakkan, boleh juga digunakan dalam rawatan.


Sakit kepala ada kalanya menyerang tanpa diduga. Untuk melegakan rasa sakit kepala, ambil tiga atau empat keping asam keping. Rendamkan dalam air suam. Minum air tersebut.

Selamat mencuba...!

Wednesday, April 24, 2013

Saujana Utama Sungai Buluh - PRU13

Perang poster sekitar Saujana Utama Sungai Buluh sempena PRU13.




Tuesday, April 23, 2013

Ada masalah sinki tersumbat?

Kome ada masalah saluran paip atau sinki tersumbat? Jangan panik. Sebenarnya, kome boleh selesaikan masalah nie sendiri. Tak payah keluar belanja mahal panggil tukang paip untuk selesaikan masalah nie. Apa yang kome perlukan hanyalah sedikit ilmu. Mana kome nak dapatkan ilmu nie? mmm.... Jangan risau... Teman kongsikannya disini... Free jer... Lagi pun, ilmu yang ada tidak berguna kalau tidak dikongsikan bersama.

Bahan yang kome perlu ada ialah benda nie... Untuk entry nie, teman gunakan jenama PYE Drain Clog Free. Jenama lain pun ada jugak. Harganya tak jauh pun bezanya. Mudah jer nak dapatkan benda nie, kome cari jer di kedai-kedai hardware. Untuk rujukkan, harganya dalam RM2+.++ jer... Guna lah sebotol atau dua botol bergantung pada tahap kritikal masalah sinki kome tuu... Bahan ini adalah bahan penghakis. Bahan ini selamat untuk digunakan keatas saluran air PVC tetapi menghakis bahan dari logam. Jadi pastikan anda mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum mengunakannya. Pastikan ruang tempat kome bekerja mempunyai aliran udara yang bergerak, buka tingkap dan pintu sebagai langkah keselamatan. Jangan pula anda menyentuh cecair nie... Nanti habis jari jemari kome...


Sebelum memulakan kerja-kerja nie, perkara pertama yang perlu kome lakukan ialah mengeringkan sinki yang bermasalah tu... Kalau tak boleh juga, cuba kurangkan air yang bertakung tu... Mungkin, boleh juga kome boleh tidak mengunakan sinki ini untuk satu hari atau lebih untuk mengurangkan air didalammnya.

Nie sinki kat rumah teman, telah tidak digunakan semalaman. Nampak keringkan. Tapi, bila buka paip, airnya tak mengalir pun. Ambik masa berjam-jam untuk mengalir keluar.



Bila sinki telah kering atau airnya telah dibuang keluar, curahkkan PYE Drain Clog Free kedalam sinki yang tersumbat itu. Bergantung pada saiz sinki, anda boleh menggunakan dua botol atau lebih bahan itu.



Setelah itu, biarkan setengah jam atau sehingga sejam. Sementara menunggu, anda boleh la memasak air untuk digunakan bagi membersih saki baki kekotoran didalam sinki. PYE Drain Clog Free akan menghancurkan segala yang menghalang laluan air tadi. Setelah air yang tersumbat tadi mengalir keluar, anda boleh la masukkan air panas yang dimasak tadi kedalam sinki tersebut. Tujuannya adalah untuk membersihkan saki baki kesan kekotoran berlemak didalam saluran air tersebut. Setelah itu, dengan kuantiti air yang banyak masukkan air paip kedalam sinki tersebut untuk mengeluarkan segala bahan yang menghalang laluan air keluar. Di peringkat ini, memang perlukan banyak air dengan tekanan yang tinggi untuk alirkan kotoran tu keluar. Teman curahkan air dari dalam baldi jer untuk alirkan kotoran itu keluar.

Selesailah sudah tugasan untuk menyelesaikan masalah sinki atau saluran air tersumbat.

Cara ini memang sangat berkesan untuk mengatasi masalah sinki atau saluran air tersumbat. Teman telah mencuba cara nie dua kali. Kali pertama di rumah teman. Untuk kali kedua, teman gunakan untuk settelkan masalah saluran air tersumbat nie di Impiana Palace.

Kalau kome malas juga. Boleh la rogger teman. Teman boleh settelkan masalah kome. Tapi rate teman agak mahal :d.

Wordless : Sekitar perang poster PRU13


Monday, April 22, 2013

Papan tanda larangan merokok

Nie antara papan tanda larangan merokok yang sangat tegas. Memang patut pun. Kalau teman sendiri pun, kalau perokok tu merokok jugak ditempat larangan merokok, memang patut di tembak.



Jom mengundi

Tarikh mengundi semakin hampir. Sudahkah anda menetapkan pendirian anda? Parti manakah pilihan anda? Calon manakah yang menjadi pilihan anda?

Teman pun teruja bebenor nak mengundi. Kalau berjaya mengundi tahun, maknanya kali kedua lah teman mengundi pilihan raya nie... :) Pilihan raya yang lepas, teman tak sempat mengundi. Tak sempat nak menukar tempat mengundi... Tapi kali nie teman dah ready... Cuma tengah fikir, nak pilih yang mana satu yer...




mmm... yang pasti teman memilih Malaysia, teman akan mengundi... :) Undi itu kan rahsia... Mana boleh bagi tau... :d

Sunday, April 21, 2013

Kuliah : Zikir-zikir penenang hati

Kuliah : Amalan menghidar sakit kepala dan migrain

Saturday, April 20, 2013

Kuliah : Ucapkanlah Laa Haula Wa Laa...

Kuliah : Doa penutup / Tolak bala

Friday, April 19, 2013

Mekar kembali

Bunga kaktus. Dulu teman ada  buat entry berkenaan pokok kaktus nie berbunga. Kemain penuh lagi bunganya. Sangat-sangat teruja teman dibuatnya. Klik disini untuk membaca entry tersebut. Kali pertama pokok kaktus nie berbunga pada awal tahun 2012 hari tu, dalam bulan February. Tahun nie, pokok kaktus bonda teman di Impiana Palace berbunga kembali. Mungkinkah pokok kaktus jenis nie berbunga setahun sekali... mmm.... Nanti lah, teman check kat Pakcik Google. Lagi pun, teman bukannya tahu pokok kaktus nie jenis apa... :d

Waktu teman balik awal April hari tu, bunganya masih belum kembang mekar lagi. Ada masa nanti, jika berkesempatan teman akan kongsikan bunga kaktus yang kembang mekar nie. Apa pun, nie lah hasil photo shoot teman kali nie.






Klik disini untuk membaca entry bunga kaktus nie pada entrynya yang lepas.

Bangunan kedai untuk dijual atau disewa

Sekadar berkongsi. Ada tak pembaca http://apakehei.blogspot.com/ sedang mencari bangunan kedai atau tapak perniagaan untuk memulakan perniagaan. Mungkin anda boleh pertimbangkan Saujana Utama Sungai Buluh sebagai lokasi perniagaan anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari web site Glomac.

Antara bangunan kedai yang telah dibangunkan.



Thursday, April 18, 2013

Petua : Sembuhkan luka bersalin

Kali ini, teman hendak kongsikan satu petua untuk kegunaan ibu-ibu yang baru bersalin dan inginkan luka cepat sembuh. Puan-puan boleh amalkan petua ini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk petua ini adalah seperti dibawah;




  1. Beberapa helai daun jambu batu
  2. dua keping asam keping


Gambar ehsan carian Google

Caranya mudah sahaja. Apa yang puan perlu buat hanyalah dengan merebus kedua-dua bahan ini sehingg mendidih. Kemudian biarkan seketika sehingga air ini menjadi suam. Dengan mengunakan air rebusan ini, cuci bahagian luka tersebut. Amalkan setiap hari sehingga luka tersebut sembuh.

Spotted : GIM 8908

Kereta Sport dan motor bike... memang teman suka sangat... Setakat tengok jer la... Nak beli tak mampu... masa jenjalan hari minggu, tetiba terpandang kereta nie... Tak tahu pulak teman apa nama kereta nie... Yang teman tahu, kereta nie sangat sporty :) Kalau lah boleh test drive... :d




Wednesday, April 17, 2013

Vendalism

Kat mana-mana, ada je vandalisme nie... dari merosakkan sehingga lah menconteng... termasuk lah dibangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur nie. Tidak ketinggalan, Menara TM turut menjadi mangsa vandalisme. Tak lah banyak, tapi terkena juga lah tempias kegiatan nie.



Belum lagi kita terjah lembih mendalam lagi... Kenapa lah agaknya mereka nie suka menconteng dinding dan merosakkan harta benda awam...?


Ada cadangan tak macam mana kita dapat membendung masalah nie? Yang ruginya, kita lah yang setiap tahun membayar cukai. Sepatutnya, cukai yang dibayar boleh disalurkan untuk tujuan lain. Terpaksa lah gunakannya untuk membaiki kerosakkan disebabkan kegiatan vendalisma nie...

Tuesday, April 16, 2013

Seloka PTPTN

Hapuskan PTPTN... macam mana yer... Kalau dah berhutang, jangan lupa bayar hutang tu... Jangan la macam meminjam tu... semuanya OK, time nak bayar... buat-buat lupa... :)



Sunday, April 14, 2013

Spotted : Jaguar ber nombor plat BLB 1

Tengah syok drive, tetiba teman terpandang kereta Jaguar nie, bernombor plat BLB 1. Cantik kan kereta nie. Mesti mahal :)

Teman setakat tengok jer la... Simpan angan-angan nak memiliki kereta sport suatu hari nanti.


Kuliah : Ganjaran selawat keatas Nabi

Kuliah : Penawar hati

Saturday, April 13, 2013

Kuliah : Sunnah sebelum tidur

Islam itu indah. Islam itu syumul. Islam itu the way of life sehinggakan untuk tidur pun islam telah tetapkan tata carannya, sunnah sebagai ikutan. Kali ini, teman kongsikan disini sunnah nabi sebagai panduan dan amalan kita seharian.


Hantaran pertunangan atau perkahwinan

Ini entry kedua teman berkenaan hantaran perkahwinan yang lain dari kebiasaan. Mungkin, kita tak pernah terlintas difikiran untuk membuat seperti ini. Tapi, lain orang lain cita rasanya. Itu lah indahnya kehidupan ini. Penuh dengan warna-warni kehidupan. Inilah cinta. Pelikkan CINTA itu. Demi CINTA, kita sanggup buat apa sahaja. Persoalannya, bagaimana pula CINTA kita terhadap yang maha Esa?


Klik disini untuk membaca entry teman berkenaan keunikkan barangan hantaran pertunangan atau perkahwinan.

Kuliah : Solat diwaktu keuzuran

Solat adalah wajib... Solat adalah tiang agama... Umat Islam perlu menunaikan solat walau dalam apa keadaan sekali pun... Disini teman kongsikan solat di waktu keuzuran (tidak sihat) sebagai tatapan bersama.

Friday, April 12, 2013

Flush day

Lets flush after used...


Lambung anak...

Anak adalah anugerah tuhan buat kita yang telah berkahwin. Anak juga merupakan simbol dan pengikat kasih sayang diantara suami isteri. Adalah biasa kita menimang anak, bermain dengan mereka dan bermesra dengan mereka. Tapi, melambung anak setinggi-tingginya... adakah ini juga satu cara bermain dengan anak? Tinggi tu... Dibuatnya kita tersasar untuk menyambut mereka... Pasti anak itu terhempas kebawah... Bahaya kan... Tapi inilah yang berlaku... teman tak tahu dimana... pasti anak tersebut fobia, gayat, jantung berdegup kencang... mmm....


Jom mengundi

Lama betul kita tak mengundikan... Nie kali kedua teman nak mengundi... last time tak mengundi pun, teman tak sempat menukar tempat mengundi... Tapi kali nie, persediaan sudah pun di buat dari awal lagi... OK, jom kita mengundi... Tunaikan kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.


Jangan lupa, sebelum pergi mengundi semak dulu tempat mengundi anda dimana. Klik disini untuk ke laman web SPR untuk menyemak daftar pemilih dan lokasi mengundi anda.

Thursday, April 11, 2013

Petua : Legakan sesak nafas

Hari nie teman nak kongsikan petua berkenaan sesak nafas. Petua ini dapat membantu anda yang sering mengalami sesak nafas.


Gambar ehsan blogger : nivashare

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah ;
  1. empat helai daun buah keras laut
  2. sedikit madu lebah
Inilah pokok buah keras laut.



Gambar ehsan blogger : adrydaud

Caranya ;
Ambil empat helai daun buah keras laut tadi, kemudian diramaskan daun tersebut bersama air bersih (air masak). Kemudian, saring atau tapis air tersebut sehingga mendapat setengah gelas. Tapisan air tersebut kemudiannya diembunkan semalaman. Apabila bagun dari tidur keesokkannya, minum air tersebut dengan campuran sedikit madu lebah.

Amalkan lah selalu.