Thursday, October 30, 2014

Petua : Mengatasi masalah gastrik

Penyakit gastrik. Biasa penyakit gastrik yang sengaja di buat selalu muncul di waktu bulan ramadhan. Biasa lah, mereka nie selalu mencari alasan untuk tidak berpuasa. Tapi bagi mereka yang betul-betul mengalami masalah gastrik nie, hanya mereka saja yang tahu bagaimana sengsaranya penyakit ini. Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali. Jangan pula makan makanan yang bersifat asid seperti buah limau tu.

Gastrik

Gambar ehsan Google.

Dalam entry petua kali ini, teman kongsikan beberapa makanan yang dapat membantu kome yang mengalami masalah gastrik ni.

Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik. Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik

Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Ok, selamat mencuba ye. Teman harapkan info yang di kongsikan ini memberi manfaat kepada semua.

3 comments :

  1. Semua petua ni senang nak buat. Nak kena cuba juga untuk elakkan gestrik ni. Cegah sebelum kena kan..

    ReplyDelete
  2. kalo makan asam halia okey tak? haaaahaaaa~ wat lawak lak saya ni.. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer... janji halia... Halia kan bagus untuk buang angin...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...