Setiap tahun usia akan bertambah. Dari berfikiran keanak-anakan sehinggalah mencapai kematangan usia. Umur adalah sekadar nombor yang bertambah dari tahun ke tahun. Ada pepatah mengatakan "Life begin at 40". Kenapa dengan umur 40? Sebab di umur 40 puluh manusia akan berada di persimpangan, samada untuk berubah menjadi lebih baik lagi atau terus alpa dalam kesesatan duniawi. Nie teman kongsikan beberapa nasihat untuk mereka yang mencapai usia kematangan ini.
Kepada mereka yang sudah mencapai umur 40an, 50an, 60+, ini teman memanjangkan perkongsian beberapa nasihat yang boleh di praktikan dalam kehidupan seharian. Semoga kita berbahagia dalam meniti kehiduapan yang mendatang.
Gambar ehsan Google.
Nasihat pertama
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf. Kurangkan pengambilan minuman berais atau tinggalkan minuman berais sebab inilah salah satu penyebab kesakitan urat saraf.
Nasihat kedua
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
Nasihat ketiga
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
Nasihat keempat
Jaga permakanan. Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
Nasihat kelima
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.
Nasihat keenam
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
Nasihat ketujuh
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
Nasihat kelapan
Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
Nasihat kesembilan
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
Nasihat kesepuluh
Bersedekah,berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham-saham ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..
Nasihat kesebelas
Makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan ini macam-macam penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.