Monday, April 18, 2011

Are We Strong Enough???

Just sharing...



Semoga menjadi iktibar dan renungan buat kita semua... insyaallah...

Rumah Ku Syurga Ku

Biasanya Suami...


Menyerahkan bulat-bulat tugasan mengurus rumah tangga kepada isteri walaupun dia tahu isterinya pun penat kerana turut bekerja. Baginya, kerja rumah itu kerja perempuan.




Suami yang luar biasa...


Sentiasa memberi dorongan kepada isteri dalam urusan rumah tangga, karrier and anak-anak untuk mengejar keredhaan tuhan. Menyelesaikan masalah rumah tangga adalah satu kerja yang amat besar bagi seorang ibu demi melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang takut dan cintakan tuhan.



Biasanya suami...


Suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. Sebab itu banyak kes-kes suami main kayu tiga. Porak peranda rumah tangga dibuatnya.



Suami luar biasa...


Berpegang pada larangan tuhan supaya tidak memandang wanita lain. Yakni, tidak memandang secara lahiriah atau memberi perihatian dan perasaan terhadap wanita lain. Maka hati suami tertumpah pada isterinya sahaja. Baru aman rumah tangga....

Doa-doakanlah aku semoga menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk isteri dan anak-anak aku ye...

Friday, April 15, 2011

KLCC... Ohhh KLCC...

Entah mengapa... aku suka sangat tengok bangunan KLCC nie... bukan apa... aku kagum dengan ciri-ciri seni binanya laa... :d

Gambar nie aku ambil selepas solat asar kat Masjid Kampung Baru...



Nie pulak gambar yang aku ambil dari dalam kereta... bukan masa drive tau... tapi waktu tunggu lampu isyarat laa...


Thursday, April 14, 2011

Suatu Hari Di Level 54

N3 kali ini merupakan kompilasi gambar-gambar yang diambil di Level 54... maknanya... Waktu aku ambil gambar tu... adalah sewaktu aku sampai awal ke office, balik lewat atau pun waktu aku release tension... :d


Gambar dibawah di ambil pada 22 Jun 2010, nie mesti masa aku buat senaman mata... :d Gambar nie diambil mengarah ke Mid Valley...



Gambar kat bawah nie pulak di ambil pada 13 July 2010... confirm laa waktu nie aku balik lewat... waktu matahari terbenam... nak masuk waktu maghrib laa tu.. 



haaa... gambar kat bawah nie pulak di ambil pada 21 December 2009... Waktu tengahari... sempat lagi snap gambar sementara menunggu lif... :d



Nie pun gambar di ambil semasa matahari terbenam... tunggu waktu maghrib laa... sambil-sambil mengintai traffic Federal Highway menghala ke Shah Alam...



Gambar nie pulak di ambil pada 13 April 2009... sewaktu sampai ke office... waktu-waktu macam nie... Kuala Lumpur nampak tenang dan nyaman jer kan... aku suka tengok bandaraya Kuala Lumpur nie di selimuti awan... kiranya pemandangan aku waktu ini... diatas awan laa... :d



Gambar nie pulak di ambil pada 13 April 2009... Waktu pagi... sempat lagi aku snap gambar sebelum masuk office... :d



Gambar kat bawah nie aku ambik pada 19 November 2010... waktu pagi... sebelum masuk office... masa drive ke office tadi, hujan belum turun lagi... cuaca mendung laa... tapi... bila naik ke office... nampak macam hujan dah start turun... kalau kome... renung-renung kat cermin tuh... boleh nampak titik-titik air hujan... nampak gayanya matahari pun segan-segan je nak keluar...


Tuesday, April 12, 2011

Second Time Visiting I-City, Shah Alam

Actually this my late entry laa... Last year on April 2010, i went to I-City, Shah Alam again... This time around, there is many changes... Last time there is LOVE SWAN which located in the center of the park... Maybe due uncontrolled visitor, they had move it to some where else...



This is among new structure... looks like butterfly... :d



and this peacock... also new structure...





and here are crowd of swan... 



Perhaps, maybe this structure is the one known as LOVE SWAN...




and more Panda coming in...





Monday, April 11, 2011

Sekadar Renungan Bersama

. . . .buat renungan bersama . . .

Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca !

Citer dia camni .....

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan!

Wednesday, April 6, 2011

Spotted : G1M 188

Hari Isnin (4 April 2010) hari tu... masa on the way balik dari office... kat Federal Highway, menghala ke Shah Alam... tetiba terlihat lah pulak kereta idaman ku ini... BMW X6 series nie.... perrgggg no plat nya unik sekali... :d G1M 188


Gagasan 1 Malaysia 188

kalau search kat internet... kalau nak amik no plat nie... bayaran minima nak bid pun dah RM5000... tuh belum beli keretanya lagi... pergggg.... lebih baik laaa aku beli rumah... nampak gayanya... impian hanya jadi impian jer laa...