Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Saturday, January 31, 2015
Friday, January 30, 2015
3 cara untuk mengetahui si dia adalah jodoh anda
Macam mana nak tahu si dia adalah jodoh kita? Zaman sekarang nie zaman moden. Orang bercinta dengan mengunakan teknologi moden. Tak perlu lagi hantar surat melalui POS. Orang sekarang nie bercinta melalui Facebook, Twitter, Whatsapp, LINE... apa lagi? Macam-macam apps dah berlambak di Google Play dan App Store. Tapi, macam mana kita nak tahu si dia tu adalah jodoh kita.
Gambar ehsan Google.
First thing, perlu kenal dulu si dia nie macam mana. Nie kenal dalam erti kata sebenar, bukannya kenal setakat di ONLINE tu. Macam mana nak buat... haa... minta tolong la... kat siapa nak minta tolong tu? Haa, minta tolong pada kawan baik si dia... tanya apa yang patut... siasat terlebih dahulu orang yang ingin kita kenali tu. Biasanya jika lelaki yang meminati seseorang gadis, dia akan meminta kenalan untuk mengetahui latar belakang gadis itu. Cara ini dibenarkan di dalam Islam.
Second, bila dah berkenalan tu cuba kenali hati budi supaya wujud keserasian di antara satu sama lain. Pertemuan bukanlah untuk berpacaran sehingga menimbulkan maksiat - si gadis perlu membawa bersama muhrimnya untuk mengelakkan fitnah apabila bertemu dengan lelaki itu.
Dan akhir sekali, bila telah kenal hati budi, jika ada keserasian, lakukan solat istikharah dan perbanyakkan berdoa agar dipertemukan jodoh. Jika terdapat petanda yang baik di antara kedua-dua pihak, Insya-Allah orang tersebut adalah jodoh anda
Heheheheh... macam lah teman nie pakar sangat. Apa pun, entry nie sebagai perkongsian pengalaman untuk golongan muda dalam mencari pasangan.
Thursday, January 29, 2015
Petua : Untuk mengurangkan kolesterol dan lemak dalam badan
Kome ada masalah kolesterol tak? Hari tu, saja la teman buat full body medical check up. Result, semuanya OK, kecuali kolesterol. Tak banyak pun, sket jer. Tapi dah trigger flag merah untuk precaution. Mengikut nasihat dietitian, selepas nie teman perlu jaga makan dan perlu bersenam sekurang-kurangnya 2 jam seminggu. Tak perlu makan ubat. mmm... Ok la... teman jaga permakanan.
Gambar ehsan Google.
Macam mana nak kurangkan kolesterol. Ok, nie tips atau petua yang dietitian bagi.
1. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng, coklat, kek dan biskut
2. Lebihkan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) yang rendah lemak.
4. Masukkan pegambilan makanan berasaskan oat.
4. Masukkan pegambilan makanan berasaskan oat.
5. Hadkan pengambilan daging merah.
6. Pilih makanan kekacang, ayam, ikan atau kacang soya.
7. Hadkan pengambilan makanan laut seperti kerang, ketam dan udang
8. Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan
9. Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)
10. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.
Nie la tips yang dapat teman kongsikan. Selepas nie, sekurang-kurangnya 4 bulan sekali teman plan nak buat full medical check up. Bak kat orang, mencegah lebih baik dari merawat. Kalau kome ada tips lain, kongsi-kongsi lah ye.
Petua : Untuk wajah berseri
Menaikkan seri wajah. Cantik tapi tidak tidak berseri dan nampak kusam pun tidak bermakna. Adalah menjadi kelebihan bila cantik nampak berseri di wajah. Semua ini memerlukan amalan seharian. Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan doa penyeri wajah yang boleh dijadikan amalan harian. Kalau nak bacanya klik disini ye.
Gambar ehsan Google.
Teman ada jugak kongsikan beberapa petua untuk menaikkan seri wajah. Kalau nak baca, klik link kat bawah ye.
Petua yang teman nak kongsikan disini juga mengunakan beras sebagai ramuan utama. Cuma caranya berbeza dari yang sebelum nie. Ok, caranya begini. Mula-mula masak nasi seperti biasa. Ketika nasi yang dimasak itu hampir kering, ambil dua atau 3 sudu besar air nasi tersebut (air nasi kelihatan agak pekat). Ketika air tersebut masih suam, lumurkan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air bersih. Jadikan ia amalan seharian.
Selamat mencuba.
Wednesday, January 28, 2015
Spotted : QKD 7
Kereta bernombor pendaftaran QKD 7. Teman nie memang fanatik bila terjumpa kereta bernombor pendaftaran unik. Biasa la, teman nie penguna setia lebuhraya persekutuan. Walau pun kadang tu azab, tapi sebagai manusia kita perlu bersabar. Itukan cubaan. Apa yang penting, rancangkan perjalanan kome tu. Hari isnin lepas (26 Januari, 2015) masa on the way balik dari office tu, tetiba terpandang satu kereta Merz nie... Wow cunn la nombor plat kereta nie. Apa lagi since jalan pun tak berapa nak smooth, sempat lagi teman ambik iPhone 5s teman untuk capture gambar kereta nie untuk tatapan segment spotted kat apakehei.blogspot.com
Mengikut semakan kat pakcik wiki QKD nie nombor pendaftaran bandar Kuching, Sarawak. Apa pun, nombor pendaftaran satu digit nie sangat owhsome...
Tuesday, January 27, 2015
CPUV : Lactacyd 150ml Promo
Lactacyd nie terkenal dengan produk penjagaan wanita. CPUV Nuffnang kali ini adalah berkenaan kempen promosi Lactacyd 150ml. Tahun 2014, teman diberi 3 kempen CPUV berkenaan produk Lactacyd nie. Yang pertama tu, Sanofi Lactacyd, dan yang kedua Lactacyd Malay Millennium.
Monday, January 26, 2015
Bila merotan anak di sabit jenayah
Boleh di dakwa kerana merotan anak? Apa pendapat kome? Bagi teman la, susah jugak macam nie. Ibu bapa biasanya merotan anak untuk mendidik. Bak kat pepatah melayu, "Sayang anak, tangan-tangankan, Sayang isteri, tinggal, tinggalkan".
Pada pendapat teman, rotan adalah simbol ketegasan. Merotan anak bukanlah untuk menghukum, tetapi lebih kepada mendidik. Merotan anak juga tak sama macam merotan pesalah di dalam penjara tu. Tindakan merotan anak hanyalah di ambil sebagai jalan terakhir. Ibu bapa merotan anak dengan penuh kasih sayang untuk menjadikan mereka manusia yang berguna bila besar nanti. Impak rotan ke atas anak-anak pun tidak sampai mencederakan mereka. Kebaisaannya rotan yang ada dirumah hanya di gantung di dinding dan jarang sekali digunakan untuk merotan anak.
Jika anak-anak tersebut cedara di rotan, itu boleh di kategorikan sebagai mendera dan patut dikenakan tindakan undang-undang.
Pada pendapat teman, rotan adalah simbol ketegasan. Merotan anak bukanlah untuk menghukum, tetapi lebih kepada mendidik. Merotan anak juga tak sama macam merotan pesalah di dalam penjara tu. Tindakan merotan anak hanyalah di ambil sebagai jalan terakhir. Ibu bapa merotan anak dengan penuh kasih sayang untuk menjadikan mereka manusia yang berguna bila besar nanti. Impak rotan ke atas anak-anak pun tidak sampai mencederakan mereka. Kebaisaannya rotan yang ada dirumah hanya di gantung di dinding dan jarang sekali digunakan untuk merotan anak.
Jika anak-anak tersebut cedara di rotan, itu boleh di kategorikan sebagai mendera dan patut dikenakan tindakan undang-undang.
Pengubalan akta baru ini akan mengantikan Akta Kanak-Kanak 2001 sedang di perhalusi dan di jangka mendapat kelulusan Parlimen pada Julai depan. Selanjutnya untuk laporan lengkap sila ke Utusan Malaysia.
Dalam Islam memang telah ada hukuman merotan anak-anak. Namun ada cara dan adab2nya, malah kalau mengikut Islam syarat yang sampai nak membolehkan pukul anak itu agak ketat yang menunjukkan tidaklah senang-senang je kita boleh memukul anak.
Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda :
Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh
penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.
Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan
sanad HASAN.
Dalil Pukul Anak.
Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan
pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan
tempat tidurnya”.
(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)
Pukul mendidik.. rotan tapak kakinya.. bukan pukul ikut
nafsu _______________
Had angkat tangan ketika merotan
Jangan melebihi paras ketiak.. umpama kepit buku di ketiak..
jangan jatuh buku tu masa angkat tangan..
Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak tu amanah Allah.. penghuni
syurga.. jangan sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka.
So, kesimpulannya tak perlulah kita nie mengikut sangat telunjuk barat. Lihat lah apa yang terjadi pada masyarakat mereka. Masyarakat mereka hancur, budak kecil membawa senjata api dan menembak kawan-kawan sekolah, pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehinggakan lahirnya anak luar nikah. Adakah ini yang kita inginkan terjadi apa anak cucu kita? Renung-renungkan.
So, kesimpulannya tak perlulah kita nie mengikut sangat telunjuk barat. Lihat lah apa yang terjadi pada masyarakat mereka. Masyarakat mereka hancur, budak kecil membawa senjata api dan menembak kawan-kawan sekolah, pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehinggakan lahirnya anak luar nikah. Adakah ini yang kita inginkan terjadi apa anak cucu kita? Renung-renungkan.
Sunday, January 25, 2015
Kuliah : 13 perkara yang perlu WANITA pelihara
Segment kuliah kali ini teman tujukan khas buat kaum wanita yang sangat teman sayangi. Terutama buat mereka yang sentiasa memberi sokongan buat teman dan juga pengikut setia blog apakehei.
Gambar ehsan Google.
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng –Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Tegur/pesanlah jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda.
TO ALL PEREMPUAN & WANITA... Mohon kepada gadis-gadis dan juga para wanita baca post ni sampai habis.
Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, pakaian n kain yg nipis @ jarang... , berlengan pendek , tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur.
Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." Allahu. Saudaraku. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Dia di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk saudaraku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini.
Salam sayang dan selamat beramal utk kebahagiaan di akhirat.
Saturday, January 24, 2015
Kuliah : Doa untuk memperolehi zuriat
Jika anda masih belum mendapat anak lagi. Mohon kepada Allah dengan membaca kombinasi doa-doa ini:
1. Baca surah Al-Fatihah.
2. Baca Surah Al-Anbiya' ayat 89, Surah Ali Imran ayat 38 dan Surah Al-Anbiya' ayat 30.
3. Akhir sekali, baca doa ini sebanyak 7 kali.
Gambar ehsan FB AnugerahQuran
Usaha dengan membuat pemeriksaan kesihatan di LPPKN dan hospital.
Insya-Allah, dengan usaha, doa dan tawakal, anda akan dikurniakan anak.
Thursday, January 22, 2015
Aura sejuk di Kuala Lumpur
Sekarang nie heboh disana-sini, cuaca berubah menjadi sejuk. Di UAE dah salji dah turun. Nie teman kongsikan video yang member hantar kat teman. Salji turun kat timur tengah.
Di Kuala Lumpur pun cuaca berkabus. Tapi tak sejuk sangat. Nie teman kongsikan gambar yang teman ambil sekitar pukul 10:30 pagi tadi.
Petua : Merawat ulser mulut
Pernah kena ulser kat mulut tak? Teman pasti ramai yang pernah kena ulser di mulut. Bila kena ulser nie, mesti susah nak makan. Rasa pedih bila terkena makanan. Dalam entry petua hari nie, teman nak kongsikan satu petua untuk merawat masalah ulser.
Gambar ehsan blogger flipflopkita.
Gambar ehsan Google.
Caranya mudah saja, ambil madu lebah dan sapukan saja pada tempat yang terkena ulser tu. Dengan cara nie, ulser tu lebih cepat sembuh jika di bandingkan dengan pengunaan ubat di farmasi tu.
Petua : Mengatasi masalah tumit pecah
Masalah tumit kaki pecah. Kebanyakkan orang ada masalah ini. Cuma sama ada mereka ini mengambil berat masalah ini atau tidak. Zaman serba moden nie, ramai yang mengunakan lotion untuk mengatasi masalah tumit pecah. Mungkin juga ada di antara lotion nie yang tidak bersesuaian dengan kome. Sebelum nie, teman ada kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah nie. Klik kat sini kalau sudi membacanya.
Gambar ehsan Google.
Kali ini, teman akan kongsikan satu petua orang lama untuk mengatasi masalah ini. Untuk amalkan petua ini, kome perlu dapatkan buah belimbing buluh. Biasanya belimbing buluh nie dimasukkan dalam masakan. Masak lomak pun sodap :)
Dalam petua nie, kita nak pulihkan masalah tumit pecah. Caranya mudah saja. Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Ok, selamat mencuba.
Petua : Menghindarkan bau ketiak
Bau ketiak masam dan tidak menyenangkan. Perrgghh memang tak tahan tajuk entry hari nie. Tapi inilah realiti. Baik pada lelaki dan wanita, ada yang mengalami masalah ini. Kadang-kadang kita nak tegur, nak bagi tau mereka yang bau tu tak menyenangkan hidung kita. Tapi, itulah. Susah dan agak sensitif nak bagi tau. Dah guna deodorant pun masih tak boleh lagi mengatasi masalah ini.
Gambar ehsan Google.
Hari ini, teman nak kongsikan satu petua orang-orang dulu untuk mengatasi masalah ini. Petua ini tiada bahan-bahan tertentu. Cuma perlu di amalkan setiap hari.
Ok, caranya senang je. Semasa mandi tu, gosok ketiak kome tu di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali selepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Nie orang dulu-dulu punya cara. Terpulang lah kepada kome sama ada hendak mencubanya atau pun tak. Teman sendiri pun masa mendengarnya terasa macam pelik jer. Apa pun, kalau kome pernah cuba petua nie dan dijadikan amalan seharian, cer tingglkan komen kome tu kat entry nie.
Wednesday, January 21, 2015
Restoran Temerloh Catering
Tempat makan best di Shah Alam. Sapa yang suka makan ikan patin masak tempoyak tempat nie memang the BEST... terbaik punya... Sebelum nie teman ada post entry pasal patin masak tempoyak grill style di Patin Place. Kome boleh klik disini untuk membacanya. Teman cari Restoran Temerloh Katering nie pun adinda teman suruh Google kan kat lokasinya... Teringin nak makan katanya sebab anak owner restoran nie kawan dia kat zoomba-zoomba tuh. Teman dapat info nie pun dari portal otaiselangor.net. Dah dapat info koordinate tuh, apa lagi terus ambik koordinatenya dan dapatlah lokasi sebenar tempat yang hendak di tuju.
Nie koordinatenya teman share kat blog teman nie...
3° 03' 54.18"N,101° 31' 28.11"E
Nie alamat restoran tu,
RTC - Restoran Temerloh Catering
Alamat;
2-G, Jalan Pahat J15/J,
Kompleks Dataran Otomobil,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
SELANGOR.
TEL. : 019-5751 308 (Pengurus : Aida Zulyahaniez Abdul Jazam)
Dari kelas piano Aisar di Rawang, teman terus ke Shah Alam. Tak sarapan pun, kira brunch jer nie :) Tak susah sangat nak cari restoran nie, nak parking kereta pun senang. Yang penting, kome yang bercadang untuk makan tengahari disini perlu berada sini dalam pukul 12 tengahari. Bukan apa, restoran nie ramai peminatnya. Kalau lambat, meja penuh dan ikan patin pun habis.
Selain ikan patin, di Temerloh Catering nie ada juga menjual ikan sungai yang lain, seperti spesis Kelah, Krai, Jelawat dan sebagainya. Cuma untuk ikan sungai yang jenis rare nie, kome perlu buat tempahan lebih awal.
Ok, nie lah menu makan tenghari teman. Ikan Patin Buah masak tempoyak, kacang buncis goreng, daging opor dan masak lemak pucuk manis campur labu.
Memang terbaiklah ikan patin buah nie... Kuah masak tempoyak nie pun best... licin sampai tinggal mangkuk kosong jer... Ikan patin buah nie harganya RM20 sepotong, ikan patin mas pulak harganya RM15 sepotong, dan ikan patin sangkar pula harganya RM10 sepotong.
Di restoran Temerloh Catering nie, mereka sediakan tiga periuk besar masakkan ikan patin tempoyak nie mengikut jenis ikan patin tu. Special dish nie memang di hidangkan panas-panas. Kome kena beratur la kalau nak menu masak tempoyak nie. Kalau dalam periuk tu dah habis, melepas la kome.
Nie daging opor... kalau kat Perak, macam rendang tok... sedap... lain dari lain... susah nak dapat kat kedai masakan daging kerbau nie... memang sodap...
Kalau nak tau, rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 tu pun pernah bersiaran disini. Tokeh kedai nie fan skuad Tok Gajah. Depan restoran nie ada satu akuarium, banyak ikan sungai kat dalam tu. Tapi, lupa pulak nak ambik gambarnya.
Akhir kata, menu istimewa kat sini ikan patin masak tempoyak tu memang best. Teman pernah sekali tak dapat makan kat sini sebab tiba lewat. Bukannya lewat sangat pun, jam baru pukul 12:50, ikan patin yang ada cuma tinggal kepala je. Meja pulak semuanya penuh. So, kalau nak makan kat sini, pastikan kome tiba disini sebelum pukul 12 tengahari.
Kalau nak tau, rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 tu pun pernah bersiaran disini. Tokeh kedai nie fan skuad Tok Gajah. Depan restoran nie ada satu akuarium, banyak ikan sungai kat dalam tu. Tapi, lupa pulak nak ambik gambarnya.
Akhir kata, menu istimewa kat sini ikan patin masak tempoyak tu memang best. Teman pernah sekali tak dapat makan kat sini sebab tiba lewat. Bukannya lewat sangat pun, jam baru pukul 12:50, ikan patin yang ada cuma tinggal kepala je. Meja pulak semuanya penuh. So, kalau nak makan kat sini, pastikan kome tiba disini sebelum pukul 12 tengahari.
Tuesday, January 20, 2015
CPUV : DiGi Year End Sale
DiGi Year End Sale. Nie adalah CPUV ke 3 untuk tahun 2015. DiGi Year End Sale nie adalah satu program oleh DIGI untuk menghargai para pelanggan mereka. Terima kasih pada Nuffnang kerana masih sudi menberi CPUV pada blog teman yang tak seberapa nie. Ada 2 CPUV DiGi Year End Sale yang sedang rancak berjogging di blog teman nie.
Banyak program DiGi untuk memberi reward kepada pelanggan setia mereka. Kalau nak tahu lebih lanjut, rajin-rajin lah melawat web site DIGI. Untung la pelanggan setia DIGI, boleh dapat smart phone secara percuma jer.
Perlu ke murid bawa hand phone ke sekolah?
Perlu ke murid-murid sekolah bawa hand phone ke sekolah? Silap-silap hari bulan, hand phone murid lebih canggih dari cikgu... Untuk pengetahuan murid-murid sekolah adalah dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Secara tidak langsung, sekolah adalah kawasan larangan kepada murid-murid. Apa pendapat kome pasal perkara ini? Pada pendapat teman, untuk sekolah yang biasa nie memang patut la tidak dibenarkan. Untuk sekolah berasrama, pada pendapat teman patut di beri kebenaran terhad. Maksudnya, pengunaan telefon bimbit hanya dibenarkan dikawasan tertentu sahaja.
Gambar ehsan Google.
Ketika ini, pihak kementerian pendidikan sedang menjalankan survey berhubung perkara ini. Jom klik kat sini untuk bersama survey nie.
mmm... kalau murid-murid bawa hand phone ke sekolah, bila pulak mereka nak belajar... sibuk main game jer... betul tak... tak sangka juga dalam undian tu, 31.06% respondent bersetuju supaya murid sekolah di beri kebenaran bawa hand phone ke sekolah.
mmm... kalau murid-murid bawa hand phone ke sekolah, bila pulak mereka nak belajar... sibuk main game jer... betul tak... tak sangka juga dalam undian tu, 31.06% respondent bersetuju supaya murid sekolah di beri kebenaran bawa hand phone ke sekolah.
CPUV : Nestle Kitkat Launch
Nestle Kitkat Launch. "Have a break, have a KIT KAT". Alhamdulillah, nie adalah CPUV kedua dari Nuffnang untuk tahun 2015. CPUV pertama hari tu dari Hotlink OhhSome Fest, dapat 3 CPUV sekali gus. Tapi teman tak sempat nak buat entrynya, dah pun credit ke akaun.
Ok, berbalik pada CPUV Nestle KitKat Launch nie, kome tau tak macam mana wujud nya KitKat nie. Haaa... meh sini teman cerita sket.
KitKat nie sebenar dicipta pada tahun 1935. Masa tu, makanan nie di kenali sebagai Rowntree Chocolate Crisp. Selepas 2 tahun baru di tukarkan menjadi Kit Kat. Dan pada tahun 1988, barulah Kit Kat nie di masukkan dalam senarai produk Nestle. Kalau kome nak tau lebih detail lagi pasal sejarah Kit Kat nie, klik la kat sini yer. Untuk maklumat lanjut, kome boleh melawat portal Nestle disini.
Sekarang nie Kit Kat dah popular dengan tag linenya "Have a break, have a KIT KAT"
Apa pun terima kasih Nuffnang untuk 3 CPUV Nestle Kitkat Launch nie.
Monday, January 19, 2015
Wordless : 19 January, 2015
Hari Isnin, 19 January, 2015. Selepas solat asar, teman sengaja mencuci mata menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa. Maha suci Allah yang berkuasa di atas segala-galanya.
Sunday, January 18, 2015
Thursday, January 15, 2015
Petua : Mengatasi masalah rambut gugur
Rambut gugur. Kome ada masalah rambut gugur tak? Jika rambut tu gugur dalam anggaran 10 helai sehari, itu adalah normal. Tetapi jika rambut gugur lebih dari 10 helai sehari, itu tandanya masalah. Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan beberapa petua yang boleh kome bacanya dengan klik disini dan disini juga.
Dalam entry hari nie, petua yang teman nak kongsikan disini mengunakan lemak ayam. Selalunya, apabila membersihkan ayam, kita akan buang bahagian lemak ayam itu. Ambil lemak ayam tersebut dan masak lemak tersebut sehingga menjadi minyak. Lemak ayam ini dimasak dengan sedikit air. Air bergantung kepada berapa banyak lemak ayam tersebut.
Setelah ayam tersebut cair menjadi minyak, biarkan ia sejuk. Kemudian, sapukan pada kulit kepala dan kemudian biarkan untuk seketika (setengah jam). Sebaik-baiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Selepas itu, bilas dengan air bersih dan lap rambut sehingga kering. Lakukan setiap hari. Cara ini juga dapat mencegah kelumumur.
Ok, Selamat mencuba. Tinggalkan komen ada disini bila dah cuba petua nie.
Friday, January 9, 2015
Thursday, January 8, 2015
Petua : Untuk menghilangkan kesan parut jerawat dan bintik hitam di wajah
Macam mana nak hilangkan kesan parut jerawat dan bintik hitam di wajah? Kesan parut nie boleh terjadi apa bila tubuh mengalami kecederaan. Kesan parut juga boleh di sebabkan oleh perubahan hormon badan yang menyebabkan jerawat.
Gambar ehsan Google.
Sebelum ini, teman ada kongsikan beberapa petua menghilang parut. Kome klik link dibawah untuk membacanya;
Dalam entry kali, teman kongsikan petua untuk menghilangkan parut jerawat dan bintik hitam dengan mengunakan kayu manis dan bedak sejuk.
Caranya mudah saja, ambil sebatang kayu manis dan tubuk sehingga halus. Kemudian, kayu manis yang telah di tumbuk halus ini dibancuh dengan sedikit air dan campurkan dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapukan rata pada bahagian yang berparut. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan, kesan parut ini akan hilang.
Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Jangan lupa tinggalkan komen kome tu bila dah cuba petua nie. Selamat mencuba!
Monday, January 5, 2015
Jom bantu mangsa banjir
Sedekah atau menderma merupakan suatu amalan yang mulia di sisi Islam. Tapi, kadang-kadang mungkin kita lupa konsep sebenar sedekah atau menderma ini. Sebagai umat Islam, kita di galakkan bersedekah atau menderma untuk mendapatkan ganjarannya di akhirat. Barangan atau harta benda yang hendak di sedekahkan itu hendaklah sesuatu yang kita sayangi dan bukan harta atau barang yang hendak dibuang. Sebagaimana yang sedia maklum, saudara-saudara kita pantai timur sedang menghadapi dugaan musibah banjir besar yang memusnahkan rumah dan harta benda mereka.
Tapi sayang, ada juga segelintir golongan yang menjadikan pusat pengumpulan barangan untuk di dermakan kepada mangsa banjir sebagai tempat membuang barangan yang mereka tidak ingini. Kenapa lah manusia yang berfikiran macam nie ye.
Selain dari barangan keperluan, kita juga boleh dermakan wang ringgit. Biar sedekah kita itu kecil, yang penting kita ikhlas untuk membantu. Di zaman serba canggih nie, kita kalau nak menderma pun dah mudah. Hantar je SMS boleh menderma. Menderma secara SMS nie di anjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Klik disini untuk maklumat lanjut. Kalau nak menderma secara SMS, taip je BANJIR 5 (BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada 13999. Jumlah yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40 atau 50.
Kalau nak transfer duit, boleh saja di salurkan pada tabung yang tubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan seperti di bawah nie:
Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan
Akaun bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD, Kubang Kerian, Kota Bharu
Nombor Akaun : 03018010080024
Nama Penerima : PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KELANTAN
Untuk maklumat lanjut, kome boleh lah klik disini untuk ke portal Kerajaan Negeri Kelantan atau hubungi Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan di talian 09-748 1957 sambungan. 4315
Pengarang kitab Tanbihul Ghafilin, Imam Samarqandy mengatakan:
"Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar. Kerana, dalam sedekah itu ada Sepuluh Manfaat; Lima akan diberikan di dunia, dan Lima lagi akan diberikan di akhirat kelak".
Apa pun, inilah cabarannya. Semoga usaha ini di permudahkan dan diberkati Allah. Amin.
Friday, January 2, 2015
Prestasi 2014 blog apakehei
Setiap tahun, mesti kita perbaharui azam kita. Kome macam mana? Apa azam kome untuk tahun 2015 nie. mmm... tahun nie teman berhasrat memhapuskan hutang piutang dan nak ada diverse income. Entah la boleh dicapai atau tidak. Yang penting niatnya sudah ada. Seperti January, 2014 yang lepas teman ada buat entry berkenaan hasrat teman untuk blog yang tak berapa nak meriah nie. Awal 2014 hari, teman sangat berharap visitor blog apakehei mencapai sasaran 1 juta visitor.
Di penghujung Disember 2014, jumlah visitor blog apekehei memang telah merapati angka 1 juta. Cuma kekurangan kurang dari 10 ribu visitor untuk mencapai jumlah sasaran. Apa pun pencapaian ini memang sangat bererti buat teman. Menjelang 3 January 2015, visitor ke blog apekehei telah pun melepasi angka 1 juta. mmm... 7 tahun berblog baru dapat 1 juta visitor. Manakan tidak, teman mula menulis blog bulan Disember 2009. Itu satu entry je. Mula aktif tahun 2012 dengan 354 entry. Tahun-tahun berikutnya, semakin aktif dengan 250 entry keatas setahun.
Melampau tahap gaban ke nak sasar visitor 1 juta tahun 2015 nie... tahun 2014 pun tak lepas setengah juta visitor... mmm... lantak la, mana tau kot menjadi realiti... dah nama pun teman buat blog, mesti la nak ramai visitor... tak gitu... :) Untuk unique visitor pula, teman harap 2015 nie dapat melepasi 1,000 setiap hari... Pergghh... tinggi betul impian tu...
Banyak suka duka teman selama berblog nie. Paling teruk tahun 2014 nie. Blog apakehei nie terjejas teruk akibat samsung Tab yang teman guna sync dengan semua applikasi Google. Masa mengodek-godek Galaxy Tab tu la terman secara tak sengaja terdelete semua gambar dalam blog nie. Sedihkan. Bukan sikit gambar, banyak tu. Ini semua gara-gara Google Apps yang buatkan Galaxy Tab teman tu hang. Tuh yang kome dapat tengok banyak gambar kat bawah nie...
Learn from the lesson. Lepas nie kena lebih berhati-hati. Galaxy Tab tu teman dah reset back to factory. Mana yang ada backup, teman update semula gambar kat blog tu slow-slow. Biar lambat, asalkan dapat betulkan semula damage tu.
Untuk 2015 nie, teman cadang nak tukarkan back ground blog apakehei nie. Tapi templetnya tak boleh nak diapply pulak. So, still maintain guna background lama jugak la nampaknya...
Apa pun, teman nak ucapkan berbanyak terima kasih pada pengkomen terhangat tahun 2014.
Jom ziarah blog top 10 nie...
Azlan Strider - Borther tak tahu menghilang kemana... sunyi sepi je blognya... entry terakhirnya bertajuk kemana aku menghilang... +Azlan Strider
Norey - Banyak perkongsian yang berguna dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. Teman doakan ayahanda kak Norey di kurniakan kesihatan yang baik. +raihan md zain
Pokok Manggis Depan Rumah - Ada ke pokok manggis kat depan rumah dia :d. Banyak perkongsian tentang bagaimana cara nak menambah pendapatan sanpingan. +Pokok Manggis Depan Rumah
eMMe - Ibu kepada twin yang sangat comel. +eMMe NuR
acik idah - Banyak berkongsi pengalaman dalam kehidupan berkeluarga. +acik idah
Tihara - Blogger dari negeri Pahang Darul Makmur. Seorang business woman dari rumah.
Gee Lion - Macam nak stop jadi blogger jer. Tak caya, kome baca entrynya kat sini. +Gee Lion
Gadis Bunga - Seorang photographer dan gadis yang suka mencabar diri.
Jie Susanos - Banyak perkongsian menarik untuk tatapan semua. Rugi kome kalau tak selalu ke blognya. +Jie Susanos
Kesuma Angsana - Seorang ibu kepada 3 orang anak. Macam-macam ada kat blog nie. +Kesuma Angsana
Apa pun, teman nak ucapkan berbanyak terima kasih pada pengkomen terhangat tahun 2014.
Jom ziarah blog top 10 nie...
Azlan Strider - Borther tak tahu menghilang kemana... sunyi sepi je blognya... entry terakhirnya bertajuk kemana aku menghilang... +Azlan Strider
Norey - Banyak perkongsian yang berguna dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. Teman doakan ayahanda kak Norey di kurniakan kesihatan yang baik. +raihan md zain
Pokok Manggis Depan Rumah - Ada ke pokok manggis kat depan rumah dia :d. Banyak perkongsian tentang bagaimana cara nak menambah pendapatan sanpingan. +Pokok Manggis Depan Rumah
eMMe - Ibu kepada twin yang sangat comel. +eMMe NuR
acik idah - Banyak berkongsi pengalaman dalam kehidupan berkeluarga. +acik idah
Tihara - Blogger dari negeri Pahang Darul Makmur. Seorang business woman dari rumah.
Gee Lion - Macam nak stop jadi blogger jer. Tak caya, kome baca entrynya kat sini. +Gee Lion
Gadis Bunga - Seorang photographer dan gadis yang suka mencabar diri.
Jie Susanos - Banyak perkongsian menarik untuk tatapan semua. Rugi kome kalau tak selalu ke blognya. +Jie Susanos
Kesuma Angsana - Seorang ibu kepada 3 orang anak. Macam-macam ada kat blog nie. +Kesuma Angsana
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)