Pada sesiapa yang mencari tempat menganjurkan majlis, boleh la mempertimbangkan TM Convention Centre nie... Boleh jugak kalau nak buat majlis kahwin disini. Untuk maklumat lanjut, boleh la klik disini ye.
Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Wednesday, February 28, 2018
Sunday, February 25, 2018
Kuliah : Strategi Iblis untuk menyesatkan umat manusia
Apakah strategi utama Iblis untuk menyesatkan umat manusia? Mari kita tonton perkongsian video di bawah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Kredit video pada YuFid.tv
Saturday, February 24, 2018
Kuliah : Doa supaya hujan berhenti
Hujan adalah rahmat dari Allah dan kita sebagai hambanya patut mensyukuri atas nikmat yang telah di kurniakan. Mungkin pada waktu tersebut kita sedang mengadakan majlis dan jika hujan, maka majlis akan terganggu, boleh lah berdoa kepada Allah dengan doa di bawah memohon hujan tersebut di bawa ketempat lain.
Perkongsian dari FB AnugerahQuran.
Entry ini adalah sekadar memanjangkan perkongsian dari portal AnugerahQuran. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Thursday, February 22, 2018
Petua : Untuk menghilangkan rekahan pada perut
Rekahan pada bahagian perut ataupun pinggang selalu terjadi disebabkan pengembangan bahagian tersebut. Umumnya masalah rekahan ini terjadi kepada kaum wanita yang mengandung. Ketika hamil kulit perut akan merekah dan meninggalkan parut.
Gambar ihsan Google.
Bagi mengatasi masalah rekahan pada bahagian perut ketika hamil hendaklah mengamalkan sapuan minyak kelapa pada bahagian tersebut setiap malam. Ini hendaklah dilakukan ketika perut masih belum membesar. Hasilnya boleh perut tidak akan merekah. Malah kulit akan menjadi lebih halus dan lembab.
Petua yang sama ini juga boleh dilakukan pada bahagian tumit kaki. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Selamat mencuba!
Wednesday, February 21, 2018
Wordless : Gigitan
Bila masuk dusun atau masuk hutan, mesti tak lepas dari gigitan nyamuk nie... Sekali hinggap tu dia... berkenduri pulak tu...
Sunday, February 18, 2018
Kuliah : Lakukan 5 perkara ini sebelum tidur
Sekadar perkongsian. 🌻Cerita ini sangat menarik, tolong luangkan masa, tak sampai 5 minit untuk membacanya.
Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :
Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...
◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..
◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..
◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.
◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.
◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.
Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?
Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :
◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.
◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.
◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dengan harga Syurga.
◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yang berselisih.
◆4 kali membaca "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.
Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...
Gambar ehsan Google.
Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya, namun lihatlah semua kebaikan amalan yang akan perolehi... Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tersebut dalam nota hand phone tu untuk dibaca sebelum tidur & boleh juga ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya 😊.... Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....
🌻Lebih indahnya jika hebahkan entry ini kepada seramai Muslim yang boleh kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan-amalan ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.
Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...
🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah
🌻 Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.
🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.
🌻Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.
🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.
🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.
🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.
🌻Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.
🌻Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.
Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah.
"Aamiin Yaa Robbal Aalamiin "
🌸🌺🌸🌺🌸🌺🌸🌺
Saturday, February 17, 2018
Kuliah : Doa bila putus cinta
Bila bercinta, ada yang tidak kesampaian. Terputus di tengah-tengah. Ajal, jodoh, pertemuan semuanya sudah di tentukan oleh NYA untuk menguji sejauh mana keimanan kita terhadap yang maha ESA. Dalam entry hari ini, teman nak kongsikan satu doa untuk mengubat hati yang terluka. Semoga kita di pertemukan dengan seseorang yang terbaik buat kita.
Perkongsian dari FB AnugerahQuran.
Thursday, February 15, 2018
Petua : Untuk menyeri dan mengilatkan rumah
Setiap bulan, aktiviti di hujung minggu di habiskan dengan aktiviti mengemas rumah, sekurang-kurangnya sebulan dua kali. Antara aktiviti yang buat ialah mengemas dapur dan mengelap kabinet. Ok, macam mana nak mengilatkan kabinet? Dalam entry hari nie, teman akan kongsikan satu petua untuk menggilap permukaan almari atau kabinet. Satu tips atau petua yang teman hendak kongsikan Dalam entry hari ini mengunakan cuka epal.
Gambar ehsan Google.
Selain digunakan dalam bahan makanan, cuka epal sememangnya memiliki banyak kegunaannya. Sifat asid yang terkandung di dalam cuka epal dapat membantu untuk membersihkan permukaan yang kotor terutama di dapur, bilik mandi dan kabinet.
Malah cuka epal juga sesuai digunakan di permukaan kayu. Caranya dengan menambah satu mangkuk cuka epal di dalam satu baldi air. Kemudian, lap permukaan yang kotor tersebut. Sental sehingga kotoran hilang kemudian bilas dengan air bersih.
Selamat mencuba!
Wednesday, February 14, 2018
Wordless : Pisang udang
Orang panggil pisang warna merah nie Pisang Udang. Tapi ada juga yang panggil pisang Raja Udang. Ada orang kata pisang nie orang tertentu tak boleh makan... Teman sendiri pun tak pernah makan pisang jenis nie... Kome pernah makan pisang nie tak?
Tuesday, February 13, 2018
Menaip WhatsApp mesej tanpa menggunakan keypad
WhatsApp messenger atau WhatsApp adalah aplikasi pesanan ringkas untuk smart phone. Melalui WhatsApp pengguna boleh membuat penghantaran semua jenis media seperti gambar, video dan juga pesanan bersuara tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk penghantaran SMS. Aplikasi WhatsApp messenger menggunakan rangkaian 3G, 4G atau Wi-Fi untuk komunikasi data.
Untuk pengguna iPhone yang menggunakan platform iOS versi terkini, mereka bukan sahaja menikmati penambah baikan terhadap sistem iOS itu sendiri, malah kini mereka boleh menghantar mesej melalui WhatsApp tanpa perlu menaip mesej tersebut menggunakan virtual keyboard di iPhone. Untuk mengguna features ini pengguna iPhone perlu mengubah setting phone mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan dalam perkongsian video dibawah;
Perkongsian video oleh RazzOhhRazz.
Untuk pengguna platform Android jangan jeles ye... Nanti Android upgrade la features nie...
Monday, February 12, 2018
Bagaimana untuk mengelak rabun jauh atau myopia di kalangan kanak-kanak?
Teman sekadar hendak memanjangkan perkongsian dari Dr Aisyah. Rabun jauh atau dalam istilah perubatan di panggil “Myopia” adalah keadaan mata yang menyebabkan mata seseorang itu hanya boleh melihat dengan jelas pada objek yang dekat saja. Bagi objek yang jauh, pandangan matanya akan kelihatan kabur. Apa yang di perkatakanya itu ada kebenarannya. Berlaku pada diri teman sendiri.
Kebelakangan ini ramai golongan kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan gadget dari bermain diluar. Jadi kawal pengunaan gajet di kalangan anak-anak kita.
Masalah Myopia atau rabun jauh ini boleh di rawat dengan mengunakan kaedah yang di kongsikan oleh Dr Aisyah. Jadi, dapatkan peperiksaan doktor untuk merawat masalah ini. Rawat sebelum ianya menjadi lebih teruk. Tonton video dibawah ini untuk maklumat lebih lanjut lagi.
Sunday, February 11, 2018
Kuliah : Persoalan amalan Sedekah di hari Jumaat
Kuliah Jumaat minggu sudah menyentuh amalan bersedekah dan kemuliaan bersedekah di hari Jumaat. Antara yang di sentuh adalah berkenaan amalan bersedekah pisang ketika solat Jumaat. Ada pandangan yang tidak mengalakkan untuk sedekah pisang ketika solat Jumaat. Ini kerana, kebanyakkan jemaah melebihkan makan pisang dari menyempurnakan amalan sunat lain di dalam masjid seperti solat sunat tahiyatul masjid, iktikaf serta solat sunat qabliyah
Sedekah Pisang Pada Hari Jumaat
Soal :
Apakah hukumnya amalan sebahagian masyarakat melayu yang bersedekah dengan pisang atau nasi lemak di kuburan kepada setiap orang yang datang berziarah pada hari jumaat? Adakah benar perkataan orang yang menghukumnya sebagai bidaah?
Jawab :
Hendaklah diketahui bahawa perbuatan sedekah ialah termasuk membelanjakan harta ke jalan Allah dan merupakan amalan yang sangat besar kelebihannya yang disuruh di dalam Quran dan Hadith. Orang yang bersedekah ialah orang-orang yang berbuat baik di sisi Allah.
Firman Allah :
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Ertinya : "Dan belanjalah harta kamu pada jalan Allah dan jangan kamu binasakan diri kamu dan berbuat baiklah kerana Allah suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikkan." (Al-Baqarah : 195)
Jelas pada ayat ini Allah menyuruh bersedekah dan orang yang suka bersedekah ialah orang yang Allah suka.
Orang yang bersedekah akan mendapat naungan pada hari kiamat dengan sedekahnya itu.
Sabda Rasulullah saw :
ظِلُّ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَمَةِ صَدَقَتُهُ.
Ertinya : “Naungan orang mukmin pada hari kiamat nanti adalah sedekahnya.”
(Hadith Ibnu Khuzaimah)
Manakala hari jumaat pula adalah hari yang paling baik dalam seminggu dan mempunyai kelebihan dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
.خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ
Ertinya : "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari jumaat..." (Hadith Muslim)
Maka siapa yang bersedekah pada hari jumaat dia telah mendapat dua kelebihan yaitu kelebihan sedekah memebri makan kepada manusia dan kelebihan berbuat kebaikkan pada hari jumaat.
Ketika ditanya apakah amalan yang sangat baik dalam Islam maka Rasulullah saw bersabda :
Ertinya : "Kamu berikan makanan dan kamu ucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal." (Hadith Bukhari)
Dan yang bersedekah pisang atau nasi lemak sebagaimana dalam soalan telah mendapat kedua-dua kelebihan tersebut. Bersedekahlah dimana sahaja dan bila masa sahaja tetap mendapat pahala dan ganjaran yang besar samada hari jumaat atau hari yang lain dan samada di kubur atau dimana sahaja.
Firman Allah :
Al-Baaqarah: 274
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ
Ertinya : ""Orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada malam dan siang dan pada ketika tersembunyi atau terang maka dapat bagi mereka pahala dari sisi Tuhan mereka. Tiadalah mereka akan merasa bimbang lagi dan tiada akan berdukacita lagi." (Al-Baqarah : 274)
Yang dikira di sisi Allah dalam bersedekah bukanlah nama buah atau nama barangan tetapi niatnya dan menafaatnya.
Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah saw telah bersabda :
مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ وَلاَ يَقْبَلُ اللهُ إِلاَّ الطَّيِّبَ، وَإِنَّ اللهَ يَتَقَبَّلُهَا بِيَمِينِهِ ثُمَّ يُرَبِّيهَا لِصَاحِبِهِ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ حَتَّى تَكُونَ مِثْلَ الْجَبَلِ.
Ertinya : "Barangsiapa bersedekah dengan hanya nilai sebiji kurma dari harta yang baik kerana Allah hanya menerima yang baik maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan baik kemudian Allah akan suburkan sedekahnya bagi tuannya sebagaiaman menternak seorang kamu akan haiwan hingga jadi banyak seperti bukit." (Hadith Bukhari)
Kesimpulan :
- Sedekah adalah termasuk membelanjakan harta di jalan Allah yang dijanjikan dengan banyak kelebihan di dunia dan di akhirat.
- Hari jumaat adalah hari yang paling baik dalam Islam.
- Bersedekah pada hari apa sahaja yang kita mahu adalah harus dan berpahala.
- Bersedekah pada hari jumaat lebih afdhal dari hari yang lain.
- Bersedekah pada waktu mana pun dibolihkan samada siang atau malam dan samada ketika tersembunyi atau terang.
- Bersedekah tidak ditetapkan dengan tempat. Boleh di mana sahaja samada di masjid, di pasar, di kubur, di pekan atau di mana sahaja.
- Bersedekah tidak ditetapkan jenis harta tetapi bebas sahaja kita bersedekah dengan yang memberi menafaat samada wang atau harta benda dan samada kurma atau pisang dan samada nasi lemak atau nasi tiada lemak asalkan ia halal dan niat yang ikhlas.
- Perkataan orang yang mengatakan tidak bolih bersedekah pada hari jumaat itu adalah perkataan yang salah manakala orang yang mengatakan bidaah sedekah pisang kepada orang yang ziarah kubur itu adalah orang-orang yang bodoh yang dilarang oleh agama mengikut perkataannya.
Wallahua'lam
Saturday, February 10, 2018
Kuliah : Maanfaat sedekah
Teman sekadar memanjangkan perkongsian ini. Manfaat sedekah. Marilah bersama-sama bersedekah harta kita di jalan Allah. Semoga kita mendapat keberkatan darinya.
Thursday, February 8, 2018
Petua : Menghilangkan batuk dan selsema
Batuk dan selsema. Pucuk kaduk biasanya tumbuh meliar di kawasan kampung. Pucuk kaduk bukan saja enak dijadikan ulam. Malah pucuk kaduk boleh digunakan untuk merawat batuk dan selsema. Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk merawat batuk dan selsema.
Gambar ehsan Google.
Untuk petua kali ini, bahan utama yang di perlukan adalah;
Gambar ehsan Google.
Untuk petua kali ini, bahan utama yang di perlukan adalah;
- Segenggam pucuk kaduk
- 3 cawan air
Macam mana nak membuatnya? Mudah je. Kome rebus je pucuk kaduk nie sehingga mendidih sehingga air rebusan tersebut tinggal untuk secawan. Minum air rebusan ini setiap hari sebelum tidur sehingga sembuh.
Selamat mencuba ya.
Wednesday, February 7, 2018
Wordless : Shopping at Speedo Fit
Teman nie tak la pandai berenang, tapi entah macam mana boleh pegi habiskan duit kat Speedo Fit Setia Alam... Mungkinkah tahun nie teman akan pandai berenang... Nie semua start sejak hantar Aisar belajar berenang...
Sunday, February 4, 2018
Kuliah : Sedekah
Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah s.w.t dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.
Adakah kamu tahu antara kebaikan-kebaikkan sedekah itu?
Rujukan dari hadis-hadis
- Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah s.w.t
- Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang.
- Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam.
- Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah s.w.t dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.
- Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah s.w.t akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.
- Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan.
- Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah s.w.t
- Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.
- Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang telah dibuat
- Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah s.w.t dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda
- Orang-orang yang memberi sedekah ialah orang-orang yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t
- Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah s.w.t Inn Syaa Allah
- Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang-orang yang disayang oleh masyarakat
- Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.
- Sedekah mampu melepaskan anda daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah s.w.t Inn Syaa Allah
- Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.
- Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup.
- Sedekah adalah ubat
- Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.
- Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang-binatang atau burung-burung.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Saturday, February 3, 2018
Kuliah : Dosa besar derhakai Ibu
Sayangilah ibubapa kita. Sekadar perkongsian untuk entry hari ini. Tahukah kamu, adalah berdosa besar jika kita menderhakai ibu kita.
Dosa Besar Derhakai Ibu
عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ
Dari Al Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, mempercayai setiap khabar yang tak tentu sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)".
(HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:
- Mendurhakai ibu
- Menanam anak perempuan hidup-hidup
- Mempercayai kepada khabar yang tidak pasti sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar, TV dan lain-lain) lalu di sebarkan (forward).
- Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba
- Boros terhadap harta (tidak berjimat).
Marilah kita menjadi Muslim yang Rahmah dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya sebelum mempercayai dan disebarkan, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta.
#Sayangiibukita
Friday, February 2, 2018
Telur tegak berdiri dan gerhana bulan penuh (supermoon)
Tahun 2018 sekali lagi menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 31 January. Gerhana Bulan berlaku apabila jasad Bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi yang berada di angkasa lepas. Ia hanya boleh berlaku ketika Bulan berada di dalam Fasa Purnama (Bulan Penuh) sahaja. Ketika ini, Matahari, Bumi dan Bulan berada di dalam satu garisan lurus yang sempurna.
Kredit to Sahabat Ku.
Kredit to Sahabat Ku.
Pihak NASA mengklasifikasikan fenomena gerhana bulan kali ini sebagai supermoon, blue moon, dan gerhana bulan penuh. Pada waktu lintasan ini bulan berada pada jarak yang paling hampir dengan bumi iaitu 358,994 km. Kali terakhir gerhana bulan berlaku seperti ini pada 2015.
Dalam pada orang dok sibuk-sibuk tengok gerhana bulan. Ada jugak kawan-kawan yang dok sibuk buat eksperimennya. Kawan-kawan teman sibuk dengan ekperimen dengan telur. kekekekekeke... depa dok buat ujian telur siapa boleh tegak...
Thursday, February 1, 2018
Petua : Untuk merawat masalah tonsil bengkak
Sakit anak tekak ataupun bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kira umur samada kanak-kanak ataupun yang dewasa. Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan hang nie kurang air, tue jadi bengkak tue”. Nak menunjukkan yang dalaman badan kita “panas” hingga tonsil boleh membengkak.
Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita. Bengkak tonsil boleh dikurangkan dengan aiskrim dan air garam. Tompokan putih menunjukan jangkitan kuman.
Gambar ehsan Google.
Gambar ehsan Google.
Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk “menapis” semua bakteria yang cuba masuk. Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus), dipanggil tonsillitis. Apabila ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ia boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.
Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau. Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.
Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang. Jom teman kongsikan disini cara yang mudah, senang dan murah untuk hilangkan bengkak tonsil.
Ada 2 cara mudah untuk hilang bengkak tonsil:
1. Makan aiskrim vanilla
Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat kan. Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Hanya ais krim berperisa vanila saja tau. Elak mengambil aiskrim yang perisa chocolate ataupun strawberi ke.... Bengkak tonsil boleh dirawat dengan aiskrim vanila Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.
2. Berkumur dengan air garam
Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian dikumur kan. Bengkak tonsil boleh dirawat dengan air garam Jangan sampai tertelan pula ye. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.
Selamat mencuba yea.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)