Thursday, August 31, 2017

Petua : Untuk menyimpan udang supaya tahan lama dan nampak segar

Macam mana nak simpan udang supaya tahan lama dan nampak segar? Sebelum nie, teman ada juga kongsikan petua nie. Kalau kome nak bacanya, klik disini ye. Dalam entry hari nie, teman akan kongsikan satu lagi petua mudah untuk memastikan udang yang disimpan itu nampak segar dan tahan lama.

Udang

Gambar ehsan Google.

Petua nie mudah saja. Gaulkan sama rata udang tersebut bersama air perahan limau nipis. Kemudian simpan di dalam fridge bahagian sejuk beku. Hasilnya udang tersebut akan tahan lama dan segar.

Selamat mencuba ya.

Wednesday, August 30, 2017

Wordless : Basikal

Kome ada basikal tak? Sekarang nie, selain basikal di jadikan alat pengangkutan basikal juga di jadikan perhiasan. Terfikir pula teman, tahun 2020 nanti ada lagi ke basikal macam nie...

Basikal

Sunday, August 27, 2017

Kuliah : Qailulah

Apakah Qailulah? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Nabi SAW bersabda:

"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."

Qailulah

Gambar ehsan Google.

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor:


              [U]فوائدالقيلوله          الصحيحة[/u]

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus.


Sama-sama lah kita qailullah@short nap sebelum zohor

Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah ?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (orang yang  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam).


3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Kuliah : Waktu haram solat sebelum waktu zohor

Sekadar perkongsian. Terdapat waktu-waktu yang diharamkan untuk kita melakukan solat.

*Soalan* : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

Solat
Gambar ehsan Google.

*JAWAPANYA*:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.


2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:
  • Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat
  • Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin dan syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api. Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah. Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.

Saturday, August 26, 2017

Kuliah : Tips untuk memperbaiki diri

Untuk perkongsian hari ini, teman hendak kongsikan tips untuk memperbaiki diri untuk menjadi umat yang cemerlang.

1. Jika anda diuji cintakan nafsu syahwat, sila muhasabah dan perbaikilah kualiti solat.
(Rujuk Surah Maryam: 59-60)

Surah Maryam 59-60



2. Jika anda rasa hidup penuh kesengsaraan dan selalu tidak bernasib baik, sila muhasabah dan perbaikilah hubungan dengan ibumu.

Surah Maryam Ayat 32
(Rujuk Surah Maryam: 32)


3. Jika anda dapati perasaan anda selalu tertekan dan rasa sempit, sila muhasabah dan perbaikilah hubungan dengan al-Quran.

Surah Taha : 124

(Rujuk Surah Taha: 124)

Sumber rujukkan portal Surah.

Thursday, August 24, 2017

Petua : Untuk menghalus dan mencerahkan kulit

Kulit yang halus mulus. Rasanya teman dah beberapa kali kongsikan petua untuk menghaluskan kulit dalam blog teman nie. Ramuan yang digunakan pun berbeza. Setiap bahan yang digunakan tu ada manfaat mereka yang tersendiri. Ok, dalam entry hari nie pun teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus mulus. Tak perlu berbelanja mahal pun untuk memiliki kulit tubuh yang cerah dan halus.

Kelapa parut

Gambar ehsan Google.

Apa yang perlu kome buat? Gunakan kelapa parut sebagai skrub badan. Guna kelapa parut tau... bukan hampas kelapa yang telah di perah santannya... Sental seluruh tubuh terutama bahagian yang bermasalah seperti ketiak dan celah kangkang dengan mengunakan kelapa parut tu. Kelapa parut membuatkan kulit lembab dan membantu menghilangkan parut secara semula jadi.

Selamat mencuba ya... 🤗😁😌☺️

Petua : Untuk mengugurkan bulu roma

Membuang bulu roma yang lebat. Petua nie untuk golongan wanita yang mempunyai bulu roma yang lebat. Terutama di bahagian lengan dan betis. Mereka mungkin tidak selesa dengan keadaan ini.

Bulu roma

Gambar ehsan Google.

Boleh la mencuba petua ini dengan hanya mengunakan bahan alami.

Pokok Cili

Caranya mudah sahaja. Dapatkan beberapa helai daun cili. Bersihkan dan kemudian tumbuk atau kisar daun cili ini sehingga halus. Setelah itu, lumurkan pada bahagian yang bermasalah. Biarkan seketika sehingga kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini setiap hari. Bulu roma akan gugur sendiri dan kulit akan menjadi bersih.

Selamat mencuba petua nie 🤗😁.

Wednesday, August 23, 2017

Wordless : Tewas

Entry hari kurang berbicara, tewas juga akhirnya...

Tewas

Sunday, August 20, 2017

Kuliah : Tips untuk menduduki peperiksaan

Bila sampai time peperiksaan je, mesti ramai sibuk mentelaah dan mengulang kaji subjek-subjek yang di ambil. Ye la kan, usaha adalah tangga kejayaan. Tapi kadang-kadang tu, fikiran kita akan buntu dan tiba-tiba boleh blur dan tak ingat tentang sesuatu itu. Mungkin over confident kot. Apa pun dalam segmen kuliah pagi nie, teman kongsikan satu tips untuk ingat kembali sesuatu yang kita lupa tu.

Tips peperiksaan

Perkongsian dari FB AnugerahQuran.


Saturday, August 19, 2017

Kuliah : Manusia yang tidak pandai untuk bersyukur

Sekadar perkongsian. Topic video ini adalah berkenaan manusia yang tidak pandai untuk bersyukur. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan iktibar buat semua.



Friday, August 18, 2017

Warkah buat seorang Isteri

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Sebaik saja kita menikahi isteri kita, maknanya kita telah pun melengkapkan agama kita. Isteri adalah anugerah Allah kepada kita sebagai seorang lelaki. Kita adalah Khalifah Allah di muka bumi ini. Isteri di datang kan khas buat kita untuk menemani kita di dunia sebagai teman hidup, sebagai teman untuk berbual, berkongsi suka dan duka. Kenapa teman katakan ISTERI itu anugerah Allah? Sebabnya, daripada berjuta wanita di luar sana, kita hanya memilih wanita ini sebagai teman hidup kita. Kenapa kita memilih wanita ini sebagai teman hidup kita di dunia ini?

Tentu lah wanita yang dipilih sebagai isteri itu seorang yang hebat. Mana kan tidak, wanita itu sanggup hidup bersama sepanjang hayat untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki ini. Sanggup bersusah payah semata-mata untuk membahagiakan seorang lelaki. Sanggup menahan kesakitan ketika melahirkan zuriat buat lelaki itu. Sanggup bersama ketika susah dan bersabar dalam membesarkan dan mendidik anak-anak.

Isteri solehah

Gambar ehsan Google.


Untuk Mu isteri ku, sesungguhnya engkau adalah anugerah dari Allah buat ku. Diri Ku begitu bertuah dapat memiliki cinta mu dan akan ku gengam hingga akhir hayat ku, insya Allah.

Wahai suami, jika engkau memilih isteri mu sebagai teman hidup, sebagai pelengkap dalam kehidupan mu... sayangilah isteri mu sebaik mungkin... sama-sama lah kita membina rumah tangga kita semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

Sekadar perkongsian buat para suami. Ingatlah, rumah tangga yang hendak dibina, bukanlah seorang sahaja yang berusaha untuk mengukuhkannya tetapi memerlukan kedua-duanya untuk memperteguhkan tiang-tiang rumah tangga itu. So, jangan ingat isteri je yang perlu buat kerja-kerja di rumah tu ye...

"Selamat Hari Lahir Sayang"

*sebagai peringatan buat diri sendiri juga.

Wednesday, August 16, 2017

Wordless : Temerloh

Once upon a time at Temerloh, Pahang.

Temerloh, Pahang

Sunday, August 13, 2017

Kuliah : Doa untuk menduduki peperiksaan

Dalam entry hari ini, teman ingin kongsikan doa untuk menduduki peperiksaan. Di dalam Islam, setiap perkara yang hendak kita lakukan hendaklah dimulakan dengan bismillah dan di ikuti dengan doa supaya segala apa yang kita hendak lakukan itu dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Doa untuk menduduki peperiksaan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, August 12, 2017

Kuliah : Istimewanya seorang wanita di dalam Islam

Wanita menurut Islam merupakan golongan yang di angkat dan mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Dimanakah keutamaan dan keistimewaan mereka itu? Ok, dibawah ini disenaraikan beberapa keutamaan wanita menurut Islam.

Istimewanya Wanita  
Gambar ehsan Google.

KEUTAMAAN WANITA

  1. Doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali.
  2. Isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Qur'an.
  3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yang memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.
  4. Isteri yang membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1
  5. Isteri yang kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur
  6. Seorang ibu yang menyusui setiap tetes susunya senilai 200 x sholat khusu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)
  7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keredhoan suami.
  8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.
  9. Bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yang tidak hamil.
  10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.
  11. Wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.
  12. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".
  13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.
  14. Apabila ia membaca pada hari pertama keluar haid "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" maka Allah Swt akan membebaskannya dari jahanam, shirat dan adzab.
  15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dengan pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.

SUBHANALLAAH... betapa sayang nya Allah s.w.t terhadap kaum wanita.

Friday, August 11, 2017

Pemimpin makan rasuah

Orang yang pecah amanah dan rasuah sepatutnya di layan macam nie. Mereka nie lah sampah masyarakat. Harapkan pagar, pagar makan padi itulah peribahasa buat golongan nie. Orang yang buta hati saja yang masih nak sokong orang macam nie lagi...


Kalau sampah, kita kutip dan buang dalam tong samapah. Orang yang pecah amanah dan makan rasuah nie pun sepatutnya kita buang dalam tong sampah jugak. Mereka memang sampah masyarakat pun...

Thursday, August 10, 2017

Petua : Untuk menaikkan seri wajah

Menaik serikan wajah. Orang-orang lama selalu amalkan petua ini. Terutama bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan. Biasanya orang perempuan akan mengalami masalah kulit kusam dan pucat. Untuk mengatasi masalah ini, kome boleh mencuba petua ini. Pasti ramai yang tahu kegunaan daun inai. Selain digunakan untuk berinai, daun inai juga bermanfaat untuk tujuan kesihatan dan kecantikkan. Kalau kome nak baca, teman ada kongsikan manfaat air rebusan inai dalam entry yang lepas. Kome boleh klik disini petua penjagaan bibir dan disini untuk kesihatan dalaman wanita.

Daun inai

Gambar ehsan Google.

Ok, berbalik pada entry petua untuk hari ini, daun inai juga digunakan untuk menaikkan seri wajah. Caranya macam nie. Amalkan minum air rebusan daun inai setiap pagi. Air rebusan daun inai bukan saja dapat memanaskan badan, malah membantu untuk melancarkan perjalanan darah dan membuatkan kulit tampak kemerahan.

Wednesday, August 9, 2017

Wordless : Mana be-bird nie?

Di sekitar Impiana Palace... Pandai kau buat sarang nie kat celah pokok orkid ye...

Sarang burung

Monday, August 7, 2017

KL2017 Touch Run

Majlis nie berlangsung pada 7 August di perkarangan Menara TM, Bangsar. Unutk maklumat lanjut berkenaan KL2017 Touch Run nie, kome boleh layari laman rasmi Kuala Lumpur 2017 29th SEA GAMES.

KL2017 Touch Run


Macam nie la suasananya di ruang legar lobi utama Menara TM pada awal pagi 7 August lepas. Majlis bermula dengan kemunculan "Rimau" mascot Kuala Lumpur 2017 29th SEA GAMES. Majlis di meriahkan lagi dengan sokongan anggota TM yang menyarung jersi "Team Malaysia" iaitu baju rasmi Pasukan Sorak Rasmi Atlet Negara.

KL2017 Touch Run

KL2017 Touch Run

Rimau bersama menunuggu di check point 1 untuk menerima obor dari pembawa obor Tenaga Nasional Berhad (TNB) di hadapan balai Polis Bangsar.

KL2017 Touch Run

Ramai wanita dan gadis-gadis teruja untuk memeluk sang Rimau nie... mmm... teringin pulak menyarung costume Rimau nie... ada vacant tak..? nak buat part time... hehehehehe...

Teman di tempatkan di Check Point 1 nie, di barisi oleh staf dari division Global & Wholesale...

KL2017 Touch Run

Itu dia... ketibaan obor sukan SEA yang dinanti...

KL2017 Touch Run

Obor diserahkan oleh pembawa obor dari TNB.


mmmm... basah lenjun pembawa obor tu.... tak jadi la teman nak join lari sama... kejap lagi nak attend meeting di TM @ Damansara...

Hehehehehe... Apa pun, seronok dapat bersama menyumbang untuk KL2017 Touch Run dan juga KL2017 SEA Games 29th untuk international broadcast network solution designer.

Sunday, August 6, 2017

Kuliah : Perihal ketika ajal datang menjemput

Sekadar perkongsian. Teman kongsikan video ini untuk tatapan kita bersama. Video ini mencerita bagaimana saat kematian itu menjemput manusia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.



Semoga kita istiqomah dengan amal ibadat kita seharian. Insya Allah.

Saturday, August 5, 2017

Kuliah : Perihal memberi salam di laman sosial

Sekadar perkongsian. Di zaman serba canggih nie, ramai yang telah meng online kan diri dan ramai juga yang bersosial di laman maya jika berbanding bersua muka secara fizikal. Bila dah bersosial dan bertegur sapa secara maya nie, ramai yang memendekkan ucapan "Assalamualaikum" menjadi salam, akum... dan sebagainya. Jom kita tengok apa Ustaz kata pasal nie...


Thursday, August 3, 2017

Petua : Untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah

Petua untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Wajah yang bersih mulus tanpa cela adalah dambaan setiap insan terutama yang bergelar wanita. Wanita akan tampak lebih anggun dan mempersonakan dengan wajah bersih mulus dan bergaya. Sekali lagi teman tampilkan satu lagi petua dalam entry ini untuk mengatasi masalah bintik-bintik hitam ini.

Bintik-bintik hitam

Gambar ehsan Google.

Sebenar-benarnya, bukanlah suatu yang mudah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam ini. Jika tidak di rawat dengan segera, bintik-bintik hitam ini akan merebak pada keseluruhan wajah.

Bawang putih

Gambar ehsan Google.

Sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini, gunakan bawang putih. Belah bawang putih kepada dua bahagian. Pada bahagian bawang putih yang di potong itu, gosok pada bahagian yang bermasalah secara perlahan-lahan. Lakukan selalu. Pigmentasi atau bintik-bintik hitam akan pudar dan hilang secara beransur-ansur.

Selamat mencuba ye.

Wednesday, August 2, 2017

Wordless : Tropicana Golf and Country Resort

Hanya sekadar gambar saja.

Tropicana Golf and Country Resort

Tropicana Golf and Country Resort

Tropicana Golf and Country Resort