Thursday, January 30, 2020

Petua : Merawat sakit kepala dan angin dalam badan


Kadang-kadang kita dah iktiar makan ubat, kepala masih tak lega, betul tak? Lagi pulak musim panas teruk sekarang ni. Ok, dalam entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongsian petua untuk merawat sakit kepala dan angin dalam badan.

Kome boleh cuba cara mudah ni. Kesan dia sangat baik pada tubuh badan kita tau. Kome perlu dapatkan bahan-bahan nie;


Limau nipis dan ais

Bahannya

  1. Ais (tak kisah banyak mana)
  2. Limau nipis 3 biji ( boleh buat kiraan ganjil)
  3. Air sebaldi


Caranya
Campurkan semua kedalam baldi.
Sebelum mandi baca ayat ayat ni diluar bilik air ye dan tiupkan dalam air dan niatlah yang baik baik. 


Bacaanya ;
  1. Surah Al Fatihah 7x
  2. Surah Al Ikhlas 3x
  3. Selawat 3x
Limau nipis dan ais

  • Mandi macam biasa bersihkan diri dulu. Akhir sekali baru bilas dengan air sebaldi tadi. Sebaik mandi lepas waktu asar ye.
  • Mulakan siram dari kaki bawak ke atas hingga kepala. Lebihnya boleh siram bahagian tengkuk. Kalau nak berendam pun lagi bagus yee.
  • Jangan lap dulu, kalau dapat kering sikit lebih baik.


Air ni bukan untuk masalah sakit kepala je... sakit sendi, susah tidur malam, badan bisa, pun boleh buat macam nie...

Limau nipis dan ais


Antara khasiat lain kalau amalkan air mandian ni,

  1. Naikkan seri wajah
  2. Kuatkan badan
  3. Kuruskan badan
  4. Aura positif
  5. Merawat kulit jadi sihat paling berkesan
  6. Hilangkan bisa dan angin kat badan
  7. Menguatkan imunisasi dan antibodi badan
  8. Kuatkan tulang
  9. Insya Allah menjauhkan dari benda-benda halus
  10. Menenangkan jiwa (stress/kesedihan/ketakutan/panas baran)


Korang cuba la ye mana tahu makin berseri makin sihat bertenaga anasir negatif pun susah nak dekat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Wednesday, January 29, 2020

Wordless : Al-Sakinah Eco Resort

Nie percutian pendek pertama tahun 2020 nie. Sempena cuti raya cina CNY, adinda plan short break di Al-Sakinah Eco Resort di Janda Baik, Pahang. Stay disini dua hari satu malam. All in termasuk diner and breakfast. Lama dah tak berendam dalam sungai. Seronok betul la sampai sehari suntuk dok main air sungai.

So, that's all today entry... Dah nama pun wordless... kikikikikiki...

Al-Sakinah Eco Resort

Al-Sakinah Eco Resort

Al-Sakinah Eco Resort

Al-Sakinah Eco Resort



Wednesday, January 22, 2020

Wordless : Suatu ketika dahulu

Suatu ketika dahulu bila terima telegram dari Jabatan Telekom Malaysia (JTM), pasti hati berdebar-debar. Biasanya berita kematian di hantar melalui telegram ke saudara mara terdekat. Maklumlah, hand phone dan kemudahan telefon tiada dan agak terhad ketika itu.


Jabatan Telekom Malaysia


Tuesday, January 21, 2020

Tipuware

Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,

"Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa."

"Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok."

Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,

"Botol air pun tertinggal ayah."

"Sreeettttt!"

Terus aku brek emergency.

"Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?"

"Tak tahu jenama apa."

Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.

Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,

"Kenapa tu bang?"

"Tertinggal botol air cikgu!" Balasnya dari kejauhan.

Tipuware

Gambar ehsan Google.


"Tupperware ke?" Jerit aku lagi.

"Yaaaaa!"

"Kahkahkah."

Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram. 😅

Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,

"Tertinggal apa cikgu?"

"Nyawa."

Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.

Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan. 


#Wanitabukanmakhlukbumi
Sumber : FB Mohd Fadli Salleh


Thursday, January 9, 2020

Whatsapp Group Sekolah

Nie bukanlah benda lama... Tapi sejak bukak sekolah nie... tambah lagi satu whatsapp group sekolah... Tahu tak, camana rupanya dalam Group WhatsApp kelas anak-anak zaman 2020 ni...

Cikgu Ayu:  Esok bawa pensel warna

Mak 1: ok cikgu. Tq.

Mak 2: Brand ape pun tak kisah kan cikgu?

Mak 3: Seeloknya jenama luna, sebab kualitinya cantik.

Mak 2: Tapi haritu dah terbeli yg jenama Swan.

Ayah 3: Cikgu, boleh mtk jadual. Jadual anak sy hilang.

Mak 1: kan jadualnya cikgu ada bagi kat atas2 tu, cuba scroll.

Ayah 3: tu jadual kelas ni ker?

WhatsApp Group

Gambar ehsan Google.

Mak 3: Sy ade ltak jadual dlm beg anak sy. Tp anak sy ckp Muzamil koyakkan. Bkn marah tp sy sgt sedih sbb anak sy baik tak pernah kcu org. Kat rumah die selalu tlg kemas stor dan cuci pinggan mangkuk. Harap parent lain dpt nasihatkan anak2 ye.

Ayah 4: sy ayah Muzamil. Muzamil ckp die xbuat.

Mak 3: so encik igt sy buat cerita la? Sy xkesah pun tp sy tau anak sy mcm mn. Jgn igt sy xtaw apa yg berlaku kat skolah. Anak sy slalu balik mengadu mcm2!

Ayah 4: sy mak Muzamil. Hey pompuan, ckp elok ckit! %/@=-+)/(44:+)75)@+44) you!!

Mak 5: open order Karipap frozen janda belakang rumah, satu pax rm10.

Mak 6: cikgu esok sabtu sekolah cuti kan?

Ayah 2: cikgu, nanti asahkan colour pensil anak saya, pengoreknya hilang ni.

Mak 7: *sent voicemail
Mak 7: *sent voicemail
Mak 7: *sent voicemail
Mak 7: sory anak main fon.
Mak 7: This message has been deleted

Ayah 8: maaf, sy ayah hamzah. Hamzah ckp cikgu kelas baik orgnye. Mcm bekas isteri sy. Klu ad masa reply pm sy ye cikgu. Bkn ape, nk tanye kerja rumah je. Lgpun sy ajak cikgu naik kete ptg td cikgu taknak. Ye sy faham kete sy kecik, tp percayalah cikgu, sy sanggup berusaha lebih demi kita.

Cikgu kelas: Cikgu kelas has left the group

Pening palo cekgu 🤣


Wednesday, January 8, 2020

Wordless : NOVUM @ Bangsar South

Sudah menjadi kebiasaan, teman bila berjalan mesti akan abadikan gambar-gambar yang teman rasa unik. Lebih-lebih lagi bila dah guna Iphone 11 Pro, memang suka bebenor la mengambil gambar. Ini adalah antara bangunan master piece yang terdapat di Bangsar. Seni binanya agak unik, moden dan menarik.Bila kita tengok sekitar, bangunan ini akan lebih menonjol.

Bangunan ni adalah Tower A, Novum @ Bangsar South.

Novum @ Bangsar South

Novum @ Bangsar South


Monday, January 6, 2020

e-Tunai Rakyat

Siapa nak duit sebanyak RM30? Siapa nak, sila angkat tangan dan register disini ya. Ini bukan scam tau. Ini betul-betul, bukan tipu. Kalau tipu, nampak gayanya kita nie di capatikan oleh kerajaan Pakantan Harapan la jawabnya. Untuk pengetahuan kome, Touch 'n Go eWallet secara rasminya merupakan rakan e-Tunai Rakyat! Program e-Tunai Rakyat adalah inisiatif kerajaan Pakatan Harapan dalam Bajet 2020 yang diperkenalkan untuk menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia memilih pembayaran digital untuk transaksi yang lebih selamat, tanpa tunai dan efisien, sama ada anda seorang pelanggan atau pemilik perniagaan kecil.


e-Wallet Touch 'N Go

Melalui program ini, kerajaan memperuntukkan bajet sebanyak RM450 juta untuk mengagihkan insentif digital RM30 untuk 15 juta rakyat Malaysia yang layak yang boleh digunakan di mana-mana pedagang yang mengambil bahagian.

e-Wallet Touch N' Go


Adakah kome layak? Apa syarat-syarat kelayakkannya? Ok, ini syarat-syaratnya :
  1. Warga negara Malaysia yang mempunyai MYKad yang sah
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020
  3. Berpendapatan tahunan kurang dari RM100,000 pada tahun 2018

Kelayakkan adalah di sahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

mmm... tak cukup syarat juga lah nampaknya teman nie... Tak apalah kan, tak ada rezeki... Tapi kalau kome download apps Touch 'n Go E-Wallet tu guna link di bawah nie, sekurang-kurangnya dapat la juga teman rebate toll... Kome yang daftar guna link yang teman kongsikan di bawah nie pun akan dapat rebate toll 100% sebanyak 3 kali. Rebate nie untuk penguna RFID dan juga pay direct ya.



So, apa tunggu lagi. Cepat-cepat download, verify akaun e-Wallet dan start guna e-Wallet Touch 'n Go. Banyak kelebihannya. Apa yang penting, kita sebagai penguna perlu bijak berbelanja. Ini dapat menjimatkan lagi perbelanjaan seharian kita.

Untuk maklumat promo terkini, sila semak di applikasi TNG eWallet di ruangan promotions.


Saturday, January 4, 2020

Kuliah : Info untuk kaum penghisap

Nie teman nak kongsikan info buat kaum penghisap. Agama itu adalah nasihat. Islam adalah the way of life. Ulama adalah pewaris nabi. Tapi malangnya, apa yang di ungkapkan oleh para ulama, jauh sekali masyarakat Islam hendak mengikutinya. Bukan lah semua, adalah segelintir golongan tersebut yang terus mengingkarinya.



Jika mereka ini tidak sayangkan diri mereka, begaimana pula mereka hendak menyayangi keluarga dan agama. Renung-renungkan lah ye...

Selamat beramal.


Thursday, January 2, 2020

Petua : Kencing tak lawas

Masalah kencing tidak lawas. Apa maksudnya? Benda nie jadi tiba-tiba je... Tak di jangka langsung... Kome hendak kencing, tapi tak boleh... Pernah tak kome mengalami situasi macam nie... Dalam entry sebelum nie, teman ada juga kongsikan satu petua masalah kencing tak lawas nie... Kalau kome nak baca boleh la klik kat sini ye.

Teman hanya kongsikan info nie. Teman pernah juga alami kencing tak lawas nie... Info nie teman baru je dapat dan teman tak pernah cuba lagi...

Ini adalah pengalaman seorang doktor yang terkenal kerana artikel perubatan.

Beliau berusia 70-an dan pakar ENT. Menakjubkan untuk mendengar pengalaman beliau.

Pada suatu pagi, dia dapati susah kencing, puas dicubanya tidak juga keluar-keluar padahal dia berasa hendak kencing sangat-sangat.

Kencing tak lawas

Gambar ehsan Google.

Pada usia lanjut ramai orang susah kencing seperti dia, mungkin setelah dicuba berkali-kali baru boleh kencing.

Dia cuba berkali-kali dengan pelbagai kaedah dan cara, namun air kencingnya tidak juga keluar.

Walaupun dia seorang doktor, tidak terkecuali untuk menghadapi masalah seperti itu kerana dia juga manusia biasa yang tercipta dari daging dan darah seperti orang lain.

Dia terasa bawah perutnya menjadi berat dan keras, tidak dapat duduk dan berdiri, siksanya hanya Tuhan saja yang tahu. Mukanya berkerut menahan sakit.

Dia call kawannya seorang doktor pakar urology dan beritahu masalahnya.

Urologist itu jawab yang dia berada di sebuah hospital di pinggir bandar dan akan sampai dalam masa setengah jam lagi. Ahh... siksanya nak tunggu setengah jam lagi.

Kebetulan ketika itu kawannya dari zaman kanak-kanak, juga seorang doktor buat panggilan. Apa lagi, dia terus mengadu kepada kawannya itu.

Kawannya jawab, "Oh, pundi kencing tuan penuh dan tuan tidak boleh  kencing. Jangan risau, lakukan seperti yang saya akan bagitahu".

"Berdiri dan lompat kuat-kuat, sambil lompat angkat kedua-dua tangan seolah-olah tuan cuba mencapai (jurangai) buah pelam yang tak sampai dipetik, 15 hingga 20 kali".

"Apa? Dengan pundi kencing yang penuh dia suruh saya melompat?" rungutnya dalam hati.

Walaupun sedikit gusar dan skeptikal dia cuba juga sebagaimana disarankan.

Baru lompat 5~6 kali, air kencingnya mula keluar. Dia pun meneran sekuat tenaga hingga kesemua air kencingnya keluar. Banyak sekali air kencing dari biasa, barulah terasa lega yg amat sangat.

Dia begitu gembira dan berterima kasih kepada kawan zaman kanak-kanaknya yang telah membantunya menyelesaikan masalah itu dengan kaedah yang begitu mudah, jika tidak, dia sebagai seorang doktor perlu masuk hospital, yang akan menerima rawatan dengan dimasukkan catheter di dalam pundi kencing, suntikan, anti biotik dan lain-lain.

Jika anda dan keluarga payah kencing, lakukan seperti doktor tadi, insya Allah pundi kencing yang salurannya tersumbat akan keluar air kencingnya.

Tidak perlu panik hendak bawa ke hospital bagai.

No harm to try... Tapi berhati-hati ketika melompat tu, jangan pulak melompat di dalam bilik air... Tergelincir pulak nanti... 

Wallah hu a'lam... Semoga perkongsian ini bermanfaat.