Saturday, April 25, 2015

Kuliah : Malam mustajab doa

Sekadar perkongsian. Antara malam-malam yang di mustajab kan untuk berdoa. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Sunday, April 19, 2015

Kuliah : Kemuliaan Rejab di cemari dengan kepalsuan

Alhamdulillah. Kita bertemu semula dengan bulan Rejab. Di alam maya ini, begitu banyak pembohongan  berkenaan bulan Rejab yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertangungjawab.


Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan / hadis palsu ialah:

  1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
  2. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
  3. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
  4. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
  5. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
  6. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.


HARAM MENYEBAR HADIS PALSU

Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka."
(Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu."
(Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).

Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu. Sili rujuk ke portal E-Fatwa.

Wallahu a'lam.

Monday, April 13, 2015

CPUV : TGIF - Meal For Two

TGIF - Meal For Two. Ini adalah CPUV yang ke 5 untuk bulan April 2015 dan CPUV ke 20 untuk 2015. Nuffnang telah memberikan 3 CPUV TGIF - Meal for two sekali gus menjadikan 12 CPUV yang sedang berlegar di ruang iklan Nuffnang.


Sebelum ini, blog teman juga di berikan CPUV ke 4 untuk bulan April dan CPUV ke 19 untuk 2015 berkenaan Asiapromoted: HITV Immuno Therapeutic Vaccine. Teman tak sempat nak buat entry berkenaan CPUV dah pun di credit kedalam akaun Nuffnang teman. CPUV ini adalah berkenaan vaccine cancer. Untuk maklumat lanjut, klik disini ye.


Actually, teman tak pernah pun berkunjung ke TGIF nie. Bukan apa, last time masa lalu depan TGI Fridays teman nampak banyak deretan botol arak. Jadi teman agak musykil dengan status halal TGI Fridays nie. Bila search kat Direktori Halal Malaysia, tak jumpa pulak TGI Fridays nie dalam list. Tapi ada juga yang kata hanya TGI Fridays Alamanda saja yang halal. Tu kata blogger nie dalam entry dia. Klik kat sini kalau nak membacanya. Apa pun mencari yang halal itu adalah fardhu. Kalau sudah was-was baik tinggalkan dan jauhkan.



Klik disini untuk maklumat lanjut promosi ini.

Apa pun, untuk Nuffnang thanks for 3 CPUV nie. Nanti tambahkan lagi la CPUV kat blog teman nie. Appreciate sangat.

Friday, April 10, 2015

Kuliah : Doa hari Jumaat

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Ada negeri-negeri yang cutinya di hari Jumaat. Ada negeri yang hari Jumaat adalah hari bekerja. Apa pun, tanggungjawab kepada yang satu adalah keutamaan. Jangan lupa solat Jumaat ye.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ُِ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. َ

Thursday, April 9, 2015

Petua : Untuk mengatasi tumit dan tapak kaki merekah

Masalah kulit di tapak kaki yang sensitive, merekah, keras, kasar, pecah-pecah, dan tumit kaki merekah / pecah-pecah. Kesihatan kaki juga perlu di jaga sebaik mungkin. Dengan mengunakan losyen, kome boleh melembab dan melembutkan tapak kaki. Tapi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, cara ini kadang-kala tidak berkesan juga. Dalam entry hari ini, teman nak kongsikan satu petua yang perolehi dari Sinar FM.


Tumit dan tapak kaki merekah

Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja. Dapatkan bahan-bahan ni.

  • 1 cawan air panas atau air suam
  • 1/2 cawan cuka masakan
  • 1/2 cawan listerin
Cuka masakan

Listerin

Gambar ehsan Google.

Campurkan kesemua bahan di atas kedalam sebuah besen kecil (saiz cukup untuk memasukkan kaki). Kemudian biarkan campuran ini sebati. Setelah itu, rendamkan kaki kome tu untuk 15-30 minit. Kome pastikan sukakan hasilnya.

Selamat mencuba ye.

CPUV : Sunsilk Pink Variant

Sunsilk Pink Variant (Mar). Nie adalah CPUV ke tiga untuk April 2015 dan CPUV ke 18 untuk 2015. Blog teman diberi 3 CPUV sekali gus menjadikan 18 CPUV sedang berlegar di ruang iklan Nuffnang ketika ini.

CPUV Sunsilk Pink

Setakat nie, tak ada la pulak teman nampak CPUV nie kat blog teman. Apa pun CPUV kali nie untuk mempromosikan produk Sunsilk Pink Variant. Patut la masa di Setia City Mall last week ada promoter Sunsilk pakai baju pink dan putih. Tapi idak la depa nie approach teman... Hehehehe...

Sunsilk Pink - Setia City Mall

Bagus jugak iklan nie... Teman pun baru je tau Sunsilk ada produk penjagaan rambut yang melembutkan dan mengharumkan rambut sepanjang hari.

Sunsilk Pink harum

Ok, untuk kome yang gemar sangat berselfie nie... Apa kata kome masuk pertanding nie... Mana lah tau kome boleh menang... at least idok le sia-sia hobi kome yang suka sangat berselfie tu...

Sunsilk Selfie

Jangan lupa, pertandingan nie sehingga 3 May, 2015 saja tau. Cer cepat-cepat sket submit gambor kome tu. Mana la tau kome berpelung ikut serta dalam Sunsilk Biggest Selfie Movie tu. Untuk maklumat lebih lanjut, kome boleh ke FB Sunsilk atau klik disini untuk ke portal Sunsilk Malaysia.

Akhir kata, terima kasih Nuffnang untuk 3 CPUV nie... Nanti bagi lagi la CPUV untuk blog teman nie...

Tuesday, April 7, 2015

CPUV : MCDONALDS - FROZEN FANTA

McDonalds Frozen Fanta. Nie adalah CPUV ke dua untuk April 2015 dan CPUV ke 17 untuk tahun 2015. Alhamdulillah, blog teman yang seberapa nie masih lagi di kepercayaan untuk iklan-iklan dari Nuffnang. Ada 3 CPUV McDonalds Frozen Fanta menjadikan keseluruhan CPUV yang sedang berjalan berjumlah 15 CPUV.


Dengan tag line "Real Taste Real Frozen" di datang dengan 2 flavour iaitu Fanta dan Coca-Cola. Actually, ini bukanlah produk terbaru McD. Mungkin iklan ini untuk merancakkan program pemasaran McD yang terjejas di sebalik isu boikot.

Bab isu boikot nie, terpulanglah kepada pemikiran masing-masing. Banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk membantu Palestine. Yang peliknya, rokok tu tak nak pulak di boikot. Dah terang lagi bersuluh. Fatwa dah pun menyatakan rokok itu haram. Tapi ramai yang tak ambil peduli. Lagi pun rokok itu juga antara produk Israel jahanam tu.


Gambar ehsan McD.

Untuk iklan kali ini, McD menawarkan 1 million free cup of Frozen Fanta and Frozen Coca-Cola. Apa yang perlu kome buat, download jer kupon tu kat sini.

Untuk yang tak boikot, apa lagi tunggu. Download cepat-cepat kupon tu sebelum promosi nie tamat pada 30 April, 2015 nie. Yang boikot, teruskan memboikot. Jangan tergoda dengan iklan nie. Cobaan...

Untuk maklumat lebih lanjut, klik jer iklan McD yang keluar tu atau dapatkan info tu disini. Untuk Nuffnang, terima kasih untuk 3 CPUV nie.

Saturday, April 4, 2015

Kuliah : Doa murah rezeki

Sekadar perkongsian. Dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar dan menguji kesabaran kita sebagai umat Islam. Sama-samalah kiya berdoa semoga kita sentiasa di permudah dan di murahkan rezeki. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Doa murah rezeki

Samalah kita jadikan doa ini sebagai amalan seharian. Semoga kita mendapat keberkatan dari NYA. 

Friday, April 3, 2015

CPUV : Chipsmore 25th Anniversary

Chipsmore. Alhamdulillah, nie CPUV Nuffnang pertama untuk April 2015. CPUV nie adalah berkenaan kempen Chipsmore bersempena ulang tahunnya yang ke 25 dan blog teman di beri 3 CPUV sekali gus menjadikan 15 CPUV yang sedang rancak di ruang iklan Nuffnang blog teman nie. Ini adalah CPUV ke 16 untuk 2015.

Chipsmore 25th Anniversary

Chipsmore original

Sebenarnya banyak kenangan teman bersama Chipsmore nie. Dulu, masa stay kat hostel masa study dulu, biskut chipsmore nie la yang menjadi teman di waktu malam. Sambil study, sambil makan chipsmore. Cicah pulak dengan air milo. Pergghhh... memang bercoklat betul la... tetiba loceng untuk berkumpul berbunyi... tak sempat nak simpan biskut chipsmore tu... tinggal je kat meja study... Bila masuk bilik semula... biskut chipsmore teman tu dah hilang... waaaaaa.... tu lah satu-satu kenangan bersama chipsmore masa study dulu... kejap ada... kejap tak ada...

Chipsmore 25th Anniversary

Apa pun, kejap sangat rasanya. Tak tahu pulak teman biskut chipsmore dah menyambut birthdaynya yang ke 25. So, happy birthday Chipsmore. April is month of Chipsmore. Lama dah bawak chipsmore kat office. mmm... need to consider that.


Chipsmore 25th Anniversary

Any way, kalau kome nak tahu kisah chipsmore biskut yang sangat owwsome nie, sila la klik sini untuk ke web site rasmi Chipsmore. Mana la tahu, kome mungkin antara pemenang yang bertuah untuk memiliki hadiah wang tunai yang di tawarkan tu.

Untuk Nuffnang, thanks so much for the 3 CPUV and "Love you so much".

Thursday, April 2, 2015

Penangan di hari kedua GST

Dihari 2 ke bulan April nie, teman baru kena penanggan GST. Biasalah, teman tiba di office pukul 7 pagi. Nak sarapan, macam awal saja. So, sambil-sambil buat kerja kat office tu nyam... nyam.. roti nie dulu... biasa harganya dalam RM1.00 je... Pagi dah naik 0.05 sen... jadi RM1.05... Campur GST kata peniaga tu... Agak-agaknya roti nie termasuk dalam senarai barangan yang di kenakan GST ke...


Gardenia - Soft Roll

Sepatutnya pihak berwajib perlu senaraikan semua jenis barangan yang di kenakan GST... Barulah pengguna boleh buat rujukkan. Ini tidak, peniaga dengan sesuka hati naikkan harga barangan dengan alasan GST. Dah la tu, tak keluarkan resit pulak tu...

Apa tindakkan pihak berwajib? Takkan nak biarkan saja. Awareness penguna masih lagi di tahap yang tak tahu barangan apa yang dikenakan GST. Pihak berwajib perlu ambil inisiatif untuk mengiatkan lagi sesi penerangan berkenaan GST nie kepada penguna.

Petua : Untuk menyimpan daun pandan supaya tahan lama

Cara untuk menyimpan daun pandan supaya tahan lebih lama. Kalau di kampung, tak ada masalah untuk mendapatkan bekalan daun pandan. Tapi berbeza di jika dibandar. Daun pandan perlu dibeli di pasar. Di jual pulak daun pandan nie, serumpun. Banyak tu. Biasa dalam masakan hanya guna dua atau tiga helai daun pandan saja. Selebihnya nak buat apa. Simpan saja. Tapi lama-kelamaan daun pandan nie akan kecut dan akhirnya kering. Macam mana nak pastikan daun pandan tahan lama?

Daun pandan

Gambar ehsan Google.


Ok, dalam entry nie teman kongsikan petuanya. Mudah saja caranya. Mula-mula bersihkan daun pandan tu. Kemudian, bungkus daun pandan tu dengan surat khabar. Lepas tu, simpan dalam peti sejuk. Cara nie akan dapat memelihara kesegaran daun pandan tu dan tahan lebih lama.

Petua : Untuk mendapatkan telur mata kerbau yang sempurna

Goreng telur mata kerbau. Sapa yang tak macam mana nak goreng telur mata kerbau? mmm... hampeh betul la sapa yang tak tau nak goreng telur mata kerbau tu. Nie perkara yang paling simple dan senang sekali. Teman pun, sekali sekala teringin sangat nak makan nasi berlaukkan telur mata kerbau dan kicap :d

Telur mata kerbau
Gambar ehsan Google.


Sebenarnya, nak goreng telur mata kerbau nie pun perlu tahu tekniknya, Kalau tak, telur mata kerbau tu tak cantik. Tak sempurna. Hari nie, teman nak kongsikan macam mana nak mendapatkan telur mata kerbau yang sempurna. Senang je.

Mula-mula, ambil telur tu dan pisahkan kuning dari putihnya. Lepas tu goreng kuning telur tu sehingga masak dan angkat. Kemudian goreng pula bahagian putih telur tu. Setelah separuh masak, masukkan kuning telur tadi di tengah. Siramkan dengan minyak yang digunakan untuk mengoreng dan balikkan agar keseluruhan bahagian masak rata. Bila dah masak, boleh lah di hidangkan.

Senang saja kan. Ok, jom masak telur.

Wednesday, April 1, 2015

Ingat April, ingat GST

Kome dah bersedia ke untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan kemunculan GST nie. Mungkin ramai lagi tak tahu ada barangan yang tidak dikenakan GST. Info nie teman perolehi di portal berita Harian Metro.

Teman berharap sangat inisiatif kerajaan ini tidak membebankan rakyat. Kalau tak, tahu lah kome untung nasib kome masa PRU nanti. Apa yang teman faham, jika selama ini segelintir rakyat yang berpendapatan tinggi sahaja dikenankan cukai. Tapi sekarang, semua golongan akan dikenakan cukai. Inilah namanya kerajaan yang sangat perihatin pada rakyat. Prihatin sangat ke macam nie??? Apa pun kita perlu bersabarkan... Kita yang pilih dema tu... so, kalau tak suka next time jangan pilih dema lagi. Mudah je.

Barangan sifar GST

Dalam kekalutan isu GST, pasaraya Maidin membawa berita baik kepada pelanggan mereka. Pihak pasaraya Maidin akan serap semua GST yang kerajaan kenakan kepada rakyat.

GST Maidin yang bayarkan

Lepas nie rasa teruk sangat sebab banyak cukai dikenakan kerajaan pada rakyat. Kita jimatkan perbelanjaan kita. Kalau nak beli barang rumah, beli je Maidin. Kurangkan berbelanja dan makan di luar. Bila barangan yang perlu saja. Pilih barangan yang tidak ada GST. :)

Mungkin selepas ini, kita buat sambutan setiap 1 April, kita sambut hari GST. OK ke tak, cadangan nie?