Thursday, June 30, 2016

Petua : Hilangkan bintik-bintik hitam di wajah

Macam mana hendak hilangkan bintik-bintik hitam di wajah? Tak di nafikan wajah merupakan antara asset yang terpenting buat seseorang individu itu. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan bintik-bintik hitam yang hanya mengunakan bahan alami sahaja.

Petua pertama
Mula-mula dapatkan sebiji timun. Timun yang biasa dibuat ulam tu. Caranya, parut atau kisar timun tersebut sehingga hancur. Kemudian, campurkan bersama sedikit tepung jagung dan gaul sehingga sebati.

TimunGambar ehsan Google.

Kemudian, sapukan pada wajah yang bermasalah. Biarkan sehingga kering dan kemudian boleh lah dibilas sehingga bersih. Sebaik-baiknya amalkan setiap pagi. Hasilnya, kulit akan nampak bersih dan lembut.

Petua kedua
Dapatkan dua biji telur ayam dan ambil putih telur sahaja. Ambil tisu lembut dan rendam kedalam putih telur tersebut. Kemudian tampalkan tisu tersebut pada bahagian yang bermasalah. 

Putih telur
 
Gambar ehsan Google.

Biarkan sehingga kering. Kemudian, bolehlah dicuci dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan petua ini dua kali seminggu.

Petua ketiga
Dapatkan beras pulut dan kulit kayu manis. Campurkan kedua-dua bahan ini, dan goreng tanpa minyak sehingga berubah warna kekuninggan.

Beras pulut 
Kayu manis 
Gambar ehsan Google.

Kemudian, kisar kedua bahan ini sehingga halus. Untuk menggunakannya ambil sedikit serbuk campuran ini dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian lumur dan gosok pada wajah. Amalkan dua kali seminggu. Bintik-bintik hitam akan hilang dan wajah akan bersih tanpa bintik noda.

Semoga perkongsian petua ini memberi manfaat dan selamat memcuba petua-petua ini.

Wednesday, June 29, 2016

Wordless : Petronas Twin Tower

Bangga rasanya bila ada mercu tanda antara yang tertinggi di dunia berada di Malaysia.

Petronas Twin Tower

Sunday, June 26, 2016

Kuliah : Merenung hikmah sakit sebagai satu ujian

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmah dan rahsianya, antaranya:

1) Sakit itu Zikrullah. Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

sakit 
Gambar ehsan Google.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah s.a.w dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya

15) Sakit itu tingkatan darjat. Apa saja jenis sakit termasuk stress, tekanan fikiran hatta tercucuk duri sekecil apa pun akan menjadi asbab seseorang ditingkatkan darjatnya disisi Allah.

*Kesemua hikmah ini akan diperolehi hakikatnya apabila sakit itu diterima dengan hati yang sabar dan redha tanpa hati mempertikaikan dan protes terhadap ketentuan Ilahi.

Wednesday, June 22, 2016

Ada apa dengan make up?

Ada tak wanita yang berani keluar rumah tanpa mengenakan make up atau solekan? Bagaimana pula kome yang membaca entry nie? Apa pendapat kome pasal tajuk entry teman nie? Agak-agak ada tak diluar sana yang berani menyahut cabaran keluar rumah tanpa mengenakan sebarang make up?

Wanita dan bersolek 

Gambar ehsan Google.

Kalau tanya pendapat teman, teman lebih suka tengok wanita yang natural. Cukup sekadar solekan asas. Tak perlu la nak make up terlebih melampau. Kadang-kadang bila tengok wanita bersolek melampau, terfikir pula bagaimana agaknya mereka menjaga solat mereka. Solekan perlu dibersihkan terlebih dahulu dan barulah sempurna wuduk.

Bila hendak bersolek semula, mesti ambil masa yang lama kan. Kalau suami atau pak we yang ada isteri atau awek yang gemar bersolek, sabar je laa ye dengan kerenah mereka.

Kadang-kadang tu, tergelak jugak teman bila tengok orang-orang perempuan nie yang gemar sangat memakai solekkan tebal. Bila panas, nampak berkilat... Make up cair laa tu...

Saturday, June 18, 2016

Kuliah : Tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor

Soalan : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

Tidur sekejap 
Gambar ehsan Google.

JAWABNYA:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin dan syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti berkah.

Siapa baca sampai habis untung 😊

Kalau share lagi untung. Pahala berterusan seperti sungai, siapa tak nak kan...🤗

Untuk point ke-3 dan ke-5, Nabi SAW bersabda:

"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor:

              [U]فوائدالقيلوله          الصحيحة[/u]

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah"
(Riwayat at-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus.

Sama-sama la kita qailullah@nap sekejap sebelum zohor .😊😃
************
Assalamualaikum,
Apakah itu Hailulah , Qailulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (orang yang  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Kongsikan kepada rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap orang yang lalai.

Oleh itu:
JANGAN TIDOR LEPAS SOLAT SUBUH DAN ASAR👍👍👍
Google.

Friday, June 17, 2016

Wordless : Suatu hari di bazar ramadan

Kalau pegi ke bazar ramadan, mesti air antara yang mesti dibeli. Mana kan tidak, di dalam bulan Ramadan nie la timbul bermacam-macam jenis air... Antaranya air di bawah nie... Tak tau la teman apa yang best sangat Air Mak Kau Hijau nie...🤗🤗🤗

Air Mak Kau Hijau 

Nie pulak jus poligami... Biasa nya order masa makan kat Ayam Penyet... Jus Poligami nie sebenarnya jus mangga jer...

Jus Poligami

Apa macam, kome suka minum air apa masa berbuka?

Thursday, June 16, 2016

Petua : Air rebusan untuk wanita menjaga tubuh

Kebanyakan wanita hari ini jarang yang amal minum air rebusan seperti ini, walaupun sudah tahu tentang khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.

Namun jika benar anda mahu jaga badan untuk Encik Abang Sayang, bolehlah jadikan minuman ini sebagai amalan...

Air rebusan 

Gambar ehsan Google.

1. REBUSAN SERAI & HALIA

Ambil 3 batang serai

4cm halia @ 2 ketul

Diketuk kedua bahan di atas. Kemudian Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air. Tunggu suam dan boleh lah diminum.

Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.


2. REBUSAN SIREH

Ambil daun sireh 3 ke 5 helai.
Direbus dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan diminum.
**Tambahan: boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.

Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
Rebusan ini seeloknya diamalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.


3 . REBUSAN SIREH & DAUN INAI

3 atau 5 helai daun sireh.
Segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.

Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.

Elok diamalkan selepas haid.


4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH & KUNYIT

2 / 3 batang serai diketuk
3cm halia (tua/muda) diketuk
2cm kunyit diketuk
Sedikit kulit kayu manis / bunga
Cengkih / bunga lawang
Daun pandan sehelai
Sedikit gula batu (boleh diganti madu jika suka)

Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja. Bagus untuk mewangikan tubuh badan wanita dalaman dan luaran.

Segala resepi dan ramuan di atas, anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. Tidak disyorkan ambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.

Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak.

Monday, June 13, 2016

Berapa Jauhkah Anda Boleh Memandu Dengan Signal Petrol atau Lampu E Menyala?

Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila lampu amaran tangki minyak simpanan mula menyala? Penting untuk anda mengetahui jarak anggaran yang boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.

Fuel empty 
Gambar ehsan Google.

Jadi berbalik kepada persoalan berapa jauh jarak yang boleh dicapai sekiranya lampu amaran ini sudah menyala? Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda.

Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5 liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan akan berkelip dengan lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 6.0 liter.

Menurut Dato’ Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ)

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih *mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.

2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.

3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km

3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

Nota – Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

☝☝☝☝
Info berguna untuk semua... Selamat memandu...

Sunday, June 12, 2016

Kuliah : Sedekah jariah

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bagi kita peluang untuk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?
Mari kita baca jawapannya...

Sedekah atau infak 
Gambar ehsan Google.

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Pertama
 Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." (surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Kedua
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Ketiga
Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Keempat
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Kelima
Bersedekahlah... Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada  orang-orang yang bersedekah.

Keenam
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga.

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur.

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah).

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat.

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat).

9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan.

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya.

11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi).

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar.

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan.

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.

Thursday, June 9, 2016

Petua : Lebih cepat kurus dengan timun

Mungkin banyak sangat petua diet yang dicuba sebelum ini, hasilnya tetap sama. Tetapi kalau anda tahu kesan timun ini lagi berkesan, pasti anda akan teruja. Lagi syok, bahan yang diperlukan juga jimat. Jom cuba...

Timun 
Gambar ehsan Google.

Bahan-bahan:
Sebiji timun (Tak perlu buang kulit)

Air (100ml) = 1 cawan
Gula anggaran dua sudu

Cara sediakan:
Basuh timun sehingga bersih, potong dan kisar semua (kulit, biji) bersama air dan gula sampai halus. Tak perlu tapis, bila siap boleh terus minum.

1 biji timun untuk 2 kali minum (Pagi dan malam)


Apa yang bagusnya petua ini?

1. Timun adalah detox semula jadi.
2. Minum bersama pati boleh buat anda cepat kenyang.
3. 95% timun berasaskan air, jadi kalau malas minum air banyak liter sehari, minumlah jus timun.
4. Minum secawan jus timun perut terus padat.
5. Membersihkan usus sangat bagus untuk bersihkan racun-racun dalam badan.
6. Paling bagus boleh kurangkan perut buncit.
7. Bila usus bersih, jerawat susah nak naik. Sila amalkan selama seminggu, pasti berat badan turun. Tapi makan pun kena kontrol, ya.

Bagi ibu mengandung tidak ada masalah tetapi kalau lepas bersalin, timun sifatnya sejuk. Orang dulu-dulu tak bagi makan makanan sejuk. Jika mahu cuba juga anda boleh amalkan lepas pantang 1-2 tahun.

INFO:
Ingat, jangan minum ketika period sebab timun sifatnya sejuk yang akan menyebabkan darah tersekat nak keluar.

Wednesday, June 8, 2016

Short Video : Kasih seorang bapa

Berbaktilah kepada kedua ibu dan bapa kita selagi mereka ada dan berdoalah buat mereka semoga mereka bahagia di akhirat nanti. Tersentuh hati ini bila menonton video pendek ini.


Semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran dari perkongsian ini.

Wordless : Menara Taming Sari, Melaka

Menara Taming Sari. Terletak di Bandar Melaka dan antara tempat yang mesti pegi jika berkunjung ke Melaka.

Menara Taming Sari, Melaka

Sunday, June 5, 2016

Kuliah : Wanita solat sunat tarawih di rumah lebih afdhal

Wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar.

Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

 

Gambar ehsan FB amirasulaiman

Bayangkan solat sunat terawih yang dikerjakan di surau atau masjid dilakukan tanpa rehat..kadang kadang laju..

Selalunya kita buat sunat terawih 10 rakaat dengan 5 salam dan diikuti dengan witir 3 rakaat 2 salam. Kalau buat kat rumah, buat 4 rakaat lepas tu boleh rehat rehat sekejap. Katalaa kita nak tengok Ustaz Don sekejap, lepas tu sambung lagi untuk menghabiskan lagi 6 rakaat. Lapar laa pulak, berhenti makan sekejap lepas tu sambung witir..3 rakaat..

Tetapi kalau dah bagi duduk..rasanya boleh direct habiskan jer 13 rakaat solat sunat tu.. takat 23 pun boleh.. sangatlah berehatnya.. jadi takda alasan penat.. kan kan..bagi yang ada anak kecil..kasi mereka tidur dahulu..jadi bolehlaa kita buat solat sunat tu..Subhanallah..

Terimakasih Ustazah dan ayah Yusof Mohd Rashid Thaniah di atas ilmunya..i love you.. 

SOLAT SUNAT TERAWIH
p/s Tambahan.. Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah

Niatnya :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu. Kalau boleh buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai." 


Semoga Bermanfaat buat umat islam 😋

Kuliah : Jom bersahur

Menu sahur yang cepat dan mudah, supaya sahur tidak kita ambil mudah dan acuh tak acuh. 

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

“Makanlah sahur karena sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat berkah.” 

[HR Al Bukhari (1923) dan Muslim (1095)]

sahur 
sahur 
sahur 

sahur 

sahur 

sahur 

sahur 

Sumber Kreatif: Hafizhamidun
#RamadhanReminders
Hafizhamidun

Saturday, June 4, 2016

Kuliah : Amalan doa Rasulullah s.a.w

Sekadar perkongsian. 

Berdoa
Gambar ehsan Google.

Mari kita mengikuti amalan yang dilakukan Nabi SAW, pendakwah, Ustaz Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji berkongsi doa yang sering diamalkan setiap kali usai solat, doa yang bermaksud: "Ya ALLAH, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksaan kubur, seksa neraka jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Perkongsian dari Sinar Harian 20 Mei, 2016

Thursday, June 2, 2016

Petua : Meredakan sakit gigi

Bila ada gigi yang berlubang, memang menyakitkan. Selagi gigi itu tidak dicabut, selama itu lah kome akan menanggung kesakitan sakit gigi. Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk meredakan sakit gigi akibat gigi berlubang.

Sakit gigi 
Gambar ehsan Google.

Untuk membuat petua ini, ambil sebiji buah tomato muda. Kemudian, lumatkan buah tomato ini. Setelah itu, ambil tomato yang telah dihancurkan itu dan masukkan kedalam gigi yang berlubang itu. Biarkan seketika sehingga kesakitan sakit gigi itu reda. Kemudian bolehlah berkumur seperti biasa.

Sebaik-baiknya, jika sakit gigi berkunjunglah ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan.

Selamat mencuba.