Thursday, May 16, 2013

Petua : Penawar sakit tekak dan batuk

Sekarang nie, ramai yang mengalami batuk dan sakit tekak. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang agak panas dan permakanan tidak dijaga dengan sempurna. Dulu, ada teman kongsikan satu petua berkenaan sakit tekak nie. Klik la disini kalau hendak membacanya. 

Hari nie teman nak kongsikan satu lagi petua untuk merawat batuk dan sakit tekak. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati. Kome hanya perlukan madu asli, halia dan juga lemon. Bahannya sama seperti entry petua batuk teman sebelum nie. Cuma caranya agak berbeza sedikit.

Dapatkan madu asli didalam bekas balang yang tertutup. Halia dan lemon perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Halia tersebut perlu dibuang kulitnya dan dihiris. Begitu juga dengan lemon, bersihkan dan dihiris.

Halia + Lemon + Madu

Hirisan halia dan lemon ini kemudiannya di masukkan kedalam balang bertutup yang berisi madu. Balang ini kemudiannya perlu disimpan didalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar dan tahan selama 2 hingga 3 bulan didalam peti sejuk.

Cara mengunanya;
Masukkan satu sudu madu ini kedalam gelas berisi air suam. Kacau sehingga rata dan minum.  Amalkan dua hingga tiga kali sehari sehingga batuk dan sakit tekak anda sembuh.

Halia + Lemon + Madu

Teman ada juga membuat entry petua rawatan batuk untuk kanak-kanak. Klik disini untuk membacanya. Klik disini juga.

Selamat mencuba!

7 comments :

  1. garam kasor...teman kebam(kulom)macam isap coklat.insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. atee... kalau dah hisap garam kasar... mau nya terbeliak bijik mata disebabkan dek kemasinan tuuu :d

      Delete
  2. oo kena buh halia juga..thanks for the infos

    ReplyDelete
  3. Informasi yang sangat menarik untuk di ketahui bersama… Bagi anda yang ingin mengetahui ubat yang mampu merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser yang dialami anda dengan cara yang selamat serta terbukti berkesan, Sila KLik Sini

    ReplyDelete
  4. boleh cuba ni sebab skrg tgh sakit tekak..thx for sharing

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...