Saturday, October 31, 2015

Kuliah : Doa merawat sakit pinggang

Sakit pinggang. Sekadar perkongsian. Anda boleh baca doa ini sambil mengurut dan menepuk bahagian yang sakit. Doa ini juga sesuai untuk merawat sakit pada sendi dan sakit buah pinggang. Wallahu'alam.


Perkongsian dari FB AnugerahQuran.

Thursday, October 29, 2015

Petua : Penawar kembung perut

Jika mengalami masalah sakit perut, perut kembung, masuk angin atau cirit birit, berterusan. Boleh la kome mencuba petua ini. Walau pun begitu, sebagai pilihan pertama dapatkan lah rawatan dan nasihat dari mereka yang pakar. Apa pun, sebagai pilihan alternatif, kome boleh guna petua ini.

Sakit Perut

Gambar ehsan Google.

Caranya mudah, ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu bersama sedikit garam lalu di kunyah daun tersebut sehingga hancur. Daun ini boleh di makan mentah seperti ulam. Insya-Allah sakit perut anda akan hilang.

Pucuk Jambu Batu

Gambar ehsan Google.

Sebelum nie teman ada juga kongsikan petua untuk merawat kembung perut. Klik link di bawah untuk membacanya.

Petua untuk merawat kembung perut baby.
Mengatasi kembung perut dengan mengunakan halia.

Selamat mencuba.

Petua : Untuk mengatasi masalah sakit kepala dan migrain

Kebanyakkan kita pernah mengalami masalah sakit kepala dan migrain. Memang menyeksakan. Apa pun kita perlu tabah menghadapinya. Ada satu petua nie yang berkesan untuk menghilangkan sakit kepala dan melegakan migrain. Mudah saja untuk amalkan petua nie.

Teh Campur Kayu Manis

Gambar ehsan Google.

Bahan utamanya ialah teh dan kayu manis. Caranya macam nie. Buat teh (teh O) seperti biasa. Kurangkan gula didalam minuman. Kemudian, campurkan bersama kayu manis sepanjang 5 cm. Biarkan seketika, dah siap untuk di nikmati. Teh kayu manis tidak hanya nikmat untuk di minum, malah sangat bermanfaat untuk kesihatan.

*Peringatan, kepada ibu mengandung tidak di galakkan mengambil / makan kayu manis

Selamat mencuba.

Monday, October 26, 2015

Kasi password WiFi

Kebanyakkan cafe atau kedai mamak semua ada WiFi percuma. Biasa la, dalam keadaan tertentu, lokasi inilah yang jadi pilihan untuk access ke internet. Nak di jadikan cerita,.. Line hand phone ada masalah... Dah cuba banyak kali masih juga gagal untuk connected ke internet... Apa pilihan yang ada... Ke kedai mamak lah jawabnya... lepak kat kedai mamak order air... ada WiFi...

WiFi

Gambar ehsan Google.

lepas tu mintak password... mamak tu cakap makan dulu... apa daa... Nak mintak password WiFi pun suruh makan dulu...

Password

Gambar ehsan Google.

try cara lain pulak... mamak lain sampai hantar air... cuba mintak password kat dia pulak... sama jugak jawapannya... "makan dulu" Last-last tak ada pilihan lain, order pulak maggi goreng... bila sampai maggi goreng... mintak lagi password kat mamak tu... mamak tu cakap makan dulu jugak...

Hangat betul laaa.... tapi sabar je la... teman pun makan laaa... siap makan, panggil mamak tu mintak password lagi... last-last mamak bisik... anee...sini password m.a.k.a.n.d.u.l.u.😅😅😅😅

Sunday, October 25, 2015

Kuliah : Bertuah WANITA di dalam Islam

Sekadar perkongsian dan renungan. Semoga kita mendapat iktibar dari perkongsian ini.


Saturday, October 24, 2015

Kuliah : Bergaduh sesama Islam

Sebagai peringatan kepada mereka yang selalu bergaduh. Apabila bergaduhnya seseorang muslim itu, Allah tidak pandang siapa betul, siapa yang salah. Tapi Allah pandang pada siapa yang minta maaf terlebih dahulu. Ingatlah, Allah maha mengetahui segala sesuatu.


Gaduh

Friday, October 23, 2015

Di capatikan lagi?

Pagi nie cadangnya nak breakfast makan capati. Kedai tutup la pulak. Geram betul... Sudah la tu.... janji-janji tidak di tepati.... memang patut capatikan orang tua tu. Tidakkah dia tau, tidak menepati itu adalah ciri-ciri orang munafik.


Capati

Gambar ehsan Google

mmm... berbalik di isu di per capatikan... Start 15 October lepas, beberapa lebuhraya telah di naikkan kadar tol nya... Memang sangat drastik kenaikan tu. Kesian mereka yang terpaksa menanggung kos kenaikkan tol yang sangat tidak bertimbang rasa.


Kadar tol baru

Gambar ehsan Google

Paling perit adalah bagi mereka yang berada di golongan pertengahan. Biasanya mereka nie berpendapatan dari RM5000 hingga ke RM10,000. Sudah lah tidak mendapat BR1M, kena bayar pula cukai pendapatan dan perlu bayar GST lagi Dibebankan pula dengan kos kenaikan tol yang melampau. Itu belum lagi kira kenaikkan harga petrol dan charge parking kereta.

Janji-janji kosong

Gambar ehsan Google

Hidup dan bekerja di Kuala Lumpur nie, kalau ikutkan gaji RM5,000 tu bukannya cukup pun. Siap ada yang buat kerja sanpingan untuk menampung kehidupan seharian. Itu pun ada yang tidak mencukupi.

Mari kira barapa kos sebulan untuk seorang yang duduk di Saujan Utama Sungai Buluh dan berkerja di Kuala Lumpur. Jarak ke tempat kerja 40KM.

Petrol > RM 320.00 (seminggu sekali isi minyak penuh RM80 RON95)
Bayar Tol > RM192.00 (lima hari berkerja X 20 Hari)
Parking > RM 300.00 (per entry RM15 X 20 hari)

Tol yang di lalui :

  Guthrie Highway (RM 3.8 sehala X 2 (pergi dan balik) X 20 hari = RM152.00
  Tol NKVE (Shah Alam - Subang) (RM1 sehala) X 2 (pergi dan balik) X 20 hari = RM40

So, kos untuk pergi berkerja sahaja RM820 sebulan. Nie baru kenaikkan di Tol Guthrie. Belum lagi kira mereka yang terpaksa lalu tol lain yang terlibat dengan kenaikkan tu.

Komen mengampu...


Kaki kipas

Gambar ehsan Google

Walaupun gaji RM5,000, RM500 telah pun di tolak untuk potongan cukai berjadual. Belum masuk lagi potongan KWSP dan insurance. So, purata pendapatan yang dibawa balik dalam RM4,000. Itu belum lagi bayar duit rumah, duit kereta, belanja dapur dan persekolahan anak-anak. Tambah perit jika mempunyai lebih seorang anak. Kesiankan mereka. Di tindas dan di zalimi. Nampak je gaji riban-riban, kenyataannya mereka miskin di bandar. Tinggal pun masih di rumah sewa.

Tak apa la. Kita ada Allah s.w.t, tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan serta petunjuk.

Surah Taaha, Ayat 132

Gambar ehsan sigir.uitm.edu.my

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Thursday, October 22, 2015

Petua : Mengatasi masalah kelumumur

Anda ada masalah kelumumur tak? Jika masalah kelumumur kome kritikal, pasti rimaskan bila melihat kelumumur diatas bahu baju. Rambut pula kelihatan berhabuk. Untuk mengatasi masalah tu, teman akan kongsi petua untuk merawat masalah kelumumur dalam entry nie.

Kelumumur

Gambar ehsan Google.


Bahan utama yang di perlukan ialah minyak kelapa dan kapur barus. Caranya mudah saja. Campurkan sedikit kapur barus ke dalam minyak kelapa. Simpan di dalam botol. Macam mana nak mengunakan? Ok, ambil sedikit campuran tersebut, kemudian sapu dan lakukan urutan lembut pada kulit kepala. Gunakannya setiap malam sebelum tidur.

Kapur Barus dan Minyak Kelapa

Gambar ehsan Google.

Campuran minyak ini bukan saja bagus untuk membantu merawat kelumumur malah dapat menyejukkan kepala.

Sebelum nie teman ada juga kongsikan petua untuk mengatasi masalah kelumumur. Klik dibawah untuk membaca entry tersebut.

Petua merawat kelumumur dengan mengunakan limau purut.
Merawat kelumumur dengan mengunakan buah mengkudu.

Selamat mencuba.

Tuesday, October 20, 2015

Pasang hazard light sambil main handphone

Teman terserempak dengan pemandu wanita nie pada 9 October, 2015 lepas. Masa tu teman baru je keluar dari plaza tol Rawang di persimpangan lebuhraya NKVE menghala ke lebuhraya Guthrie. Teman berada lorong paling kiri sekali. Tetiba ada satu kereta MyVi nie memotong kereta teman. Biasalah kan. Cuma yang bestnya, minah nie drive sambil main handphone. Lepas tu, siap bagi hazard light lagi. Akai ada ker? :)




hehehehe... teman pun sama juga... tapi, untuk perkongsian nie... teman buat jugak la... Apa pun, jangan tiru aksi ini ye.

Thursday, October 15, 2015

Petua : Untuk merawat bisul

Kome pernah kena bisul tak? Orang-orang tua dahulu pernah berkata "Jangan duduk di atas bantal, nanti dapat bisul kat punggung". Dah lama juga tak dengar ungkapan nie... Dalam entry nie, teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi dan menyembuhkan bisul. Walau pun kecil, memang menyakitkan.

Rawat bisul
Gambar ehsan Google.


Petua rawatan bisul nie senang saja. Cuma perlu mengunakan bawang putih. Caranya, ambil bawang putih yang telah di buang kulitnya. Tumbuk sehingga lumat, kemudian sapukan pada bahagian bisul tersebut. Lakukan dua kali setiap hari. Bisul tersebut akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

Sebelum ini teman ada juga kongsikan beberapa petua untuk merawat bisul. Klik di bawah untuk membacanya.

Petua : Untuk merawat gastrik

Masalah gastrik. Gastrik menyerang tanpa ada tanda-tanda awal. Lain pula ceritanya jika di bulan Ramadhan. Ada yang berpura-pura mengalami gastrik di sebab tidak mahu berpuasa di bulan Ramadhan. Dalam entry kali ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk menghindar masalah gastrik ini dan boleh dijadikan amalan seharian. Caranya mudah saja.


Rawat gastrik
Gambar ehsan Google.

Minum satu atau dua sudu madu lebah asli bersama satu gelas air suam. Amalkannya dua kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Apa yang penting, pastikan madu lebah itu asli. Jadikan ini amalan seharian.

Sebelum ini teman ada kongsikan beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mengatasi masalah gastrik. Klik di bawah untuk membaca petua-petua tersebut.

Thursday, October 8, 2015

Petua : Untuk merawat masalah selsema, batuk dan sakit tekak.

Atasi selsema, batuk dan sakit tekak. Sejak pencemaran jerebu melanda negara kita, makin ramai pula yang mengalami masalah selsema, batuk dan sakit tekak. Termasuklah teman nie. Dalam entry hari nie, teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah selsema, batuk dan sakit tekak.

Atasi masalah selsema, batuk dan sakit tekak
Gambar ehsan Google.

Untuk petua ini, bahan yang di perlukan ialah madu lebah dan halia. Caranya begini, halia ini hendaklah di kisar untuk mendapatkan jus sekurang-kurangnya sebanyak 2 sudu teh. Air halia ini kemudiannya di campurkan pula dengan dua sudu teh madu. Sebolehnya gunakan sudu yang dibuat dari tembikar atau plastik untuk mengambil madu nie. Campuran ini kemudian di kacau sehingga sebati dan minum. Sebaik-baiknya amalkan pengambilan ramuan ini tiga kali sehari.

Ramuan ini bukan sahaja dapat melegakan batuk, selsema dan sakit tekak, malah dapat melegakan tekak dari ledir kahak.

Selamat mencuba.

Wednesday, October 7, 2015

Wordless : Apa nama jambatan nie?

Hampir sebulan tak dapat tengok keindahan di langit. Penuh dengan jerebu. Bila tersangkut dalam traffic jem, boleh la ambik gambar macam nie...

Jambatan di Selangor

Thursday, October 1, 2015

Petua : Untuk melembutkan daging

Petua untuk melembutkan daging. Ini adalah petua supaya daging yang dimasak cepat empuk. Sebelum nie teman ada juga kongsikan beberapa petua untuk memasak daging supaya cepat empuk. Kalau kome nak baca petua tu, klik link di bawah nie.


Gambar ehsan Google.


Kali ini, petua untuk melembutkan daging dengan mengunakan daun pandan. Caranya mudah saja, masa masak tu, campur saja dengan daun pandan. Kemudian masak seperti biasa.


Gambar ehsan Google.

Dengan mencampur daun pandan juga dapat mengelakkan makanan dari cepat basi.

Selamat mencuba.