Tuesday, May 31, 2011

Spotted : CF 70 Hummer H2 Limosine

Semalam... aku pergi laa service kereta kat area Puchong, Bukit Puteri... tetiba lalu kereta nie... pergg.... aku memang laaa suka kereta nie... tapi setakat suka tengok jer laa... kalau nak beli nie... setakat nie memang laaa tak berkemampuan pun... so, setakat tengok jer laa...

Sebenarnya kalau setakat Hummer macam gambar kat bawah nie... memang laa dah biasa aku tengok...

Nie model Hummer H2... kereta impian ku... tak tau laa bila agaknya boleh dapat...

Hummer H2


Gambar ehsan carlist.my

Nie pulak Hummer H2 Limosin... panjang betoi...


Hummer H2 Limosine

Kereta nie boleh di customizekan interiornya... Jadi setiap kereta akan berbeza nie bahagian dalamnya... cantik tak???



Nie pulak kereta yang aku jumpa masa service kereta kat Puchong... punya laa panjang... plat number CF 70... agak2nya laa aku kena ada lesen bas baru boleh pandu kereta nie... :) sapa laa punya kereta nie yer... yang aku tau drivernya melayu... mamat botak kepalanya... :d



Gambar ehsan Google.

Tu la gamaknya gambar driver yang teman nampak hari tuh... bila search kat Google boleh jumpa pulak gambarnya...

Kat bawah nie gambar Hummer H2 Limosine yang sempat teman ambik hari tuh.

Hummer H2 Limosine Malaysia

Hummer H2 Limosine Malaysia


Nie interiornya...


Hummer H2 Limosine Interior


Hummer H2 Limosine Interior


Hummer H2 Limosine Interior


Hummer H2 Limosine Interior

Hummer H2 Limosine Malaysia Road Tax

Gambar ehsan Otorview.my

Banyak juga kereta jenis nie Malaysia. Ingatkan model nie hanya ada satu je. Kalau Hummer H2 yang pendek tu pun harganya dah MYR360K, yang model Hummer H2 Limosine nie mesti lagi mahalkan.

Bila search kat Google, rupanya kereta CF70 nie boleh di sewa daa... sapa nak sewa boleh lah contact kat bawah nie.

This "only HUMMER Limousine in Malaysia" is for Rental. For more info, please call Alex Tan: 013-388-3203.

Burung-burung yang cantik di dunia

mmm... aku pun ada bird jugak... :d


nie burung-burung yang tercantik didunia... tapi aku tak tau laa pulak nama-namanya... Apa yang burung-burung nie cantik-cantik... mmm... sapa-sapa yang tau nama burung-burung nie boleh laa tinggalkan comment ye...











Pokok Limau Purut

haaa... nie la pokok limau purut pemberian bonda ku masa pindah ke rumah baru... Tak sampai setahun, dah berbuah la... mmm... my wife laa yang selalu petik daunnya... maklum laa... wife i kan hobinya memasak... :d

Nie laa pokoknya... tanam dalam pasu jer pun...





Ya Rasullullah s.a.w

Sebagai renungan kita bersama...


Friday, May 20, 2011

Aktiviti di hujung bulan

Seperti biasa... setiap hujung bulan atau selang sebulan... aktiviti aku tertumpu untuk memenuhkan stok makanan dan bahan mentah dalam peti ais... 30 April yang lepas, seperti biasa pasar Pasir Penambang menjadi destinasi untuk mendapatkan bekalan hasil laut... dan sudah tentunya Ikan Bayan menjadi buruan ku di pasar ini...

Nasib ku baik... ada seekor first class Ikan Bayan menunggu aku... terus aku minta untuk di reservekan untuk aku...

Nie laa Ikan Bayan first grade... They all cakap laa, bukan aku... Nie pun seekor je yang aku jumpa hari nie... Harga sekilo dalam RM20.++ nie harga pasaran sekarang la... memang sedap... rasa macam isi ketam weiii... sebab tu laa ikan nie kemestian dalam stock aku...



Nie pun Ikan Bayan... Tapi yang nie second grade... Rasanya sedap... tapi sedikit lembik... hari ini banyak laa pulak ikan nie... selalunya kurang sangat...


Nie pulak, Ikan Telinga Gajah... Sebab apa namanya macam tu... Aku pun tak tau laa... Ikan nie agak besar dan lebar... Harga pasaran sekarang dalam RM15.++ sekilo... Nie second time aku beli ikan nie... First time beli hari, saja try laa... sebab tokey tu kata ikan nie sedap...

Guest what... Ikan nie memang sedap pun... Tapi jangan terkejut, walau pun ikan nie tak banyak tulang... tapi tulangnya panjang-panjang... sehinga ada yang sampai 10cm... Kali ini, aku ambil sampai 3 ekor sekali :d




Nie pulak Ikan Kembung Pipi... Sebab apa namanya macam tu... aku pun tak tahu la... Mungkin sebab pipinya kembung kot... Honestly, aku belum lagi cuba ikan nie... and tak tau laa pulak macam mana rasanya...



Ikan nie pulak... Aku dah lupa namanya laa... Kalau tak salah aku, namanya Ikan Siakap Batu... Aku dah try ikan nie... Tokeh tu kata, best kalau masak kari... Tapi serius... macam tak best jer ikan nie...



Isu tudung - Jangan pakai tudung cara biarawati Nasrani

Perhatian Untuk Kaum Hawa...
Isu Pemakaian Tudung Cara Kristian... Atas Nama Mengikuti Fesyen...




Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.



Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)




Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.

Tetamu Menumpang

Hari tuh, masa balik ke rumah FAMA ku... bonda kata, kat rumah kita nie ada penyewa baru... tapi depa tak bayar pun... saja tumpang sekejap kat pasu bunga... ingatkan apa benda... rupanya si burung nie... padan laa... masa lepak-lepak kat depan selalu nampak si bird nie kehulu kehilir terbang... maklum laa aku lepak dekat dengan rumahnya...




ada dua ekor anaknya... patut laa mama bird risau bebenor... :d

Sesuatu yg baik dalam Ugama kita yg Syumul-Islam For All.


Kalau tak berminat nak baca tak dapat lah manfaat dari artikel pesanan ni, tapi kalau dah baca dan rasa berguna jangan TQ kat saya tapi say thank you to Allah, lafaz syukur kerana jadi insan terpilih untuk beroleh sedikit  ilmu walau dgn cara yg amat santai..walaupun sikit dapat juga kerana dalam 24 jam sehari berapa lama masa kita ada peruntukkan untuk cari ilmu Allah?kalau ada ok kalau takde hmmmm.. so silakan baca…



Sabda Nabi SAW: sampai lah pesanku w/pun sepotong ayat… Baca dengan penuh teliti, faham, amalkan dan sebar-sebarkan. Buka dada, buka minda dan azam sungguh-sungguh untuk kita sama-sama amal ilmu yang dikongsikan ini.



Assalamualaikum Semua...


Last weekend Nasha and Kak Has ada menghadiri ceramah “Dahsyatnya Doa Seorang Ibu” oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia (Kor Agama Angkatan Tentera -KAGAT) sebelum ini. So, kat sini nak share laa info yang menarik kot-kot kawan-kawan, kakak-kakak, makcik-makcik,adik-adik boleh ambil manfaat sama. Catatan ini agak panjang, kalau malas nak baca, baca laa yang ada tanda *** 



Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan KEBERKATAN hidup kita. Ingat; kita adalah di bawah murka Allah apabila kita ada masa untuk buat benda tak baik, tapi sebaliknya takdak masa nak buat yang baik.

Jika kita tak pernah rasa cukup duit, maksudnya kita tidak diberi keberkatan oleh Allah.

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang. So para ibu, jangan jatuh air mata anda yer. Dan para anak, jangan bagi ibu jatuhkan air matanya yer. Kalau balik tengah malam, buka lampu dan cuba tengok atau tatap wajah ibu. Sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka ;



1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata 
2. Membaca quran sehingga menitis air mata 
3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinangan air mata


Ada 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup kita, terutama tengok masa mereka tidur;


1.        Anak 
2.        Ibu 
3.        Suami





Tips Selingan: kata ustaz, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengak laa muka bila dia tidur. Kalau masih timbul perasan kasih-sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Tapi jika tiada langsung rasa tu semua, maksudnya jodoh dah memang takde, boleh teruskan pergi mahkamah la.

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya (tak menangis teruk la). Jadi, bagi siapa yang masih ada ibu, pandang laa ibu selalu. Dapat pahala tau...

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu (dianggap tidak beradab). So, kalau nak tunjukkan sesuatu, tunjukkanlah dengan baik-baik dan penuh rasa hormat.

Kalau ada niat yang baik, teruskan laa. InsyaAllah, Allah akan bersama, jangan takut. Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun dah kira ok. Jadi, kalau tak mampu nak tolong orang, pasang niat ikhlas kita nak tolong pun dah memadai (kalau tak mampu). Kalau mampu tolong, tapi hanya pasang niat jer tu, tu lain cerita yer.

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik, dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik!



Tips supaya makbulkan doa (melalui Wasilah Amal) 
Ada kaedah yang mana kita boleh minta atau mohon bantuan daripada Allah, iaitu dengan “mengungkit” kebaikan yang kita lakukan supaya Allah makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”. Contoh nak buat wasilah amal ialah kita berdoa seperti berikut;

“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”

*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Maksudnya wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang kita buat kepada ibu kita. (Tapi geng, kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan. huhu)



Apabila ditimpa sakit atau musibah 
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah ialah;
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa “Innalillahi wainnaillaihirojjiuun”. Kemudian, kita berdoa dengan Allah ;

“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”


“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Hatta, kebaikan kita suapkan makanan untuk anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang untuk ibu yang sudah meninggal dunia, maka dia dikira sebagai anak derhaka. Walaupun pada waktu ibunya hidup, dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakan ibu kita!

Ingat : Doa orang yang masih hidup adalah makbul untuk orang yang hidup atau pun orang yang sudah meninggal dunia. Jadi, pastikan kita sentiasa doakan ibu kita, terutamanya ibu yang telah tiada!

*** Doa orang yang mati pun makbul untuk orang yang masih hidup.

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Sedih gak laa. Pergi la ke pusara mak kita cakap;

“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada, tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin kan” atau “Ayah, saya nak kawin esok, kalau ayah ada, pasti ayah akan gembira tengok saya kan…” 

Ustaz kata, luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka boleh mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

Adab pergi atau melalui kawasan perkuburan 
Bila lalu kawasan perkuburan, perlahankan kenderaan dan beri salam! Penghuni kubur akan mendoakan kita balik seperti doa mereka “Berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakah lah orang ini”. Jadi, jangan lupa bagi salam pada ahli-ahli kubur kalau pergi ke kubur yer.

Tanda-tanda murka Allah atas muka bumi ni ialah antara lainnya, kita simpan harta sampai mati tak pernah sempat untuk kita keluarkan.

***Sesiapa yang selalu bersedekah selalu, maka dia takkan miskin selamanya…



Tips mudah untuk menderma 
Bila nak berbelanja atau bershopping, selalu lah peruntukkan duit untuk sedekah, kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit tu sikit. Allah hantarkan orang-orang susah ini datang pada kita minta sedekah, ini peluang kita untuk dapatkan pahala! Maka, jangan lah lepaskan peluang buat baik. 


*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde, teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! Semasa bersedekah, niatkan begini ;

“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. 


Itu lah yang patut kita buat supaya ibu kita bahagia di sana . Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita, baru kita ringan tangan nak bersedekah.

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Maka, jagalah mereka dengan baik. Insyallah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka, jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa. Jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum DIA mengambil kita balik.




Selalu Bergaduh Dengan Ibu 


Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan juga kita diganggu saka.




Antara ganguan saka ; 
  • Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi.
  • Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Selalu sakit tulang belakang
  • Rasa seperti tulang belakang bengkok
  • Selalu rasa mengantuk selepas asar
Saka boleh dipindahkan melalui harta pusaka, walaupun sebiji pinggan. Boleh juga dipindahkan melalui amalan tertentu dan sentuhan.




Simptom dah terkena saka ialah ; 
  • Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang terlena.
  • Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar
  • Susah nak dapat anak, senang gugur
  • Ada rasa kelibat orang lalu
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan. Jadi bila kita “bersama”, berbual-bual la sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Antara cara hilangkan saka ialah dengan berzikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.


Antara penyakit yang biasanya disebabkan saka adalah kanser payu dara, kanser rahim dan kanser tulang.


3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah KANSER, AIDS dan LEUKEMIA. Kalau dapat ni, pergi la berusaha merawat di pusat-pusat perawatan cara islam juga.


Kalau ibu kita sakit kanser dan dia tak mampu berzikir, kita boleh tolong zikirkan.


Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas; “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari




Tips atau petua kalau anak lari dari rumah 
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya di ‘hanger’ atau penggantung baju, kemudian anginkan baju tersebut. Hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.


Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyaAllah akan sampai panggilan kita kepadanya.




Tips atau petua kalau anak degil

*** Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala anak dan pangil roh anak. Ni seram sikit masa nak buat hehehe. Mula-mula jer seram, lepas tu dah biasa ok la.
Contoh seruan yang boleh dibuat;

“Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.” 

You can ask anything! Anda boleh doakan apa saja. Nak anak senang bangun ke sekolah, cakaplah supaya roh anak itu senang bangun tidur. Just try and see.

So, info dah disampaikan, marilah kita sama-sama praktikan mana-mana yang boleh. Sebarkan info ini kepada kawan-kawan yang lain.

Selamat beramal. 

Sunday, May 15, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu--suatu pengajaran

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 

1)  Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik. 
                       
2)  Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah. 
                       
3)  *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.          

4)  Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                        

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka. 
Ø       Melihat kaabah sehingga menitis air mata. 
Ø       Membaca quran sehingga menitis air mata. 
Ø       Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata. 

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! 
Ø       Anak.                        
Ø       Ibu.                        
Ø       Suami.          
              
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J 

5) Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.      
          
6) Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu. 

7) Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita. 

8)  Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai. 

9)  *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                        

10)  Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.

Ø       *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.       

11)       Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah. 

12)     Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..

Ø       “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
Ø       “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.   

13)       *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 

14)       Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

15)       *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup. 
Ø       Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana . 

16)      Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika. 

17)       Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                        

18)       Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.. 

19)       Bila nak 
berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.                        

20)      *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana . 

21)      Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.                        

22)      *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya. 

23)      Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.                          


Selalu Bergaduh Dengan Ibu 

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar. Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan. 

Ø       Symptom terkena saka: 
v       Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.                        
v       Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar. 
v       Susah nak dapat anak, senang gugur. 
v        Ada rasa kelibat orang lalu. 
v       Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam. 
 
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.                        

24)       Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang. 

25)       3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.                           

26)       Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan. 

27)       Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari. 

Anak Lari Dari Rumah 

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.                        

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.                          

Anak Degil 

q       *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK 
Ø       Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi.
Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see. 

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....

SMS 62100

Bermula 1 Mei 2011, pihak TM telah memperkenalkan perkhidmatan SMS 62100, yang merupakan satu saluran baru bagi memudahkan pelanggan untuk berhubung dengan TM.

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dibuat melalui SMS :




Sila layari laman web TM di www.tm.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan SMS 62100 atau taip HELP dan hantar ke 62100.

Perkhidmatan SMS 62100 ini  merupakan sebagai pelengkap bagi platform, Pusat Khidmat Pelanggan TM yang lain seperti  Pusat Khidmat pelanggan (100), laman web TM (www.tm.com.my) dan e-mel (help@tm.com.my).