Tempat menarik di Port Dickson, Muzium Tentera Darat. Untuk entry hari ini http://apakehei.blogspot.com/ nak kongsi pengalaman ketika melawat Muzium Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sebenarnya entry ini adalah rentetan dari hari Keluarga PERKESO di Bayu Beach Resort, Port Dickson hari tuh... Since dah stay lama sket kat PD, kami pun merayaulah untuk mencari tempat-tempat menarik untuk di jelajahi... Muzium Tentera Darat adalah salah satu yang menarik untuk di kunjungi di Port Dickson. Sekurang-kurangnya, dapat mendidik kita untuk lebih mengetahui perjalanan, pahit getir para pahlawan negara kita memerangi musuh negara di era kegemilangan Kesultanan Melaka hingga lah ke hari ini.
Simbol Tugu Pahlawan... Disini tercatat nama-nama pejung tanah air yang gugur mempertahankan tanah air tercinta dari PENJAJAH.
Nie adalah simbolik semangat pejuang tanah air kita... HARIMAU MALAYA menyambut pengunjung di pintu masuk utama.
Ini pula adalah tengkorak gajah. Ia digunakan sebagai peti surat oleh pihak Komunis.
Didalam ruang pameran, selain pakaian dan senjata terdapat juga terowong Komunis untuk di lawati.
Apa pun, dalam banyak-banyak pameran, hati ini terpanggil untuk berkongsi kisah Adnan Bin Saidi atau lebih di kenali sebagai Leftenan Adnan.
Perwira Melayu yang pantang berundur... "Biar putih tulang, jangan putih mata"
Leftenan Adnan yang gagah berjuang menentang tentera Jepun. Sebak hati ini bila dapat tahu bagaimana Leftenan Adnan mati di bunuh. Di ruang pameran ada diletak simbolik bagaimana pejuang negara ini dibunuh. Tapi, teman tak mampu untuk mengambil gambarnya. Entah laa kenapa... terlalu sedih, hingga nak mengalir air mata... Mungkin di sebabkan lauggan semboyan tu menyebabkan hati teman tersentuh...
Apa pun, hanya ini lah yang dapat di kongsikan berkenanaan Adnan Saidi... Jadi kita anak bangsa Melayu... hargailah pengorbanan mereka... hargailah kemerdekaan kita ini... Jadilah anak bangsa yang berguna buat bangsa dan negara...
Inilah muka ketua penganas "Komunis" Chin Peng... Yang banyak menumpah darah rakyat Malaysia...
Di sekitar bangunan berbaris kenderaan tempur dan berperisai ATM Sibmas...
Sibmas 6x6
Sibmas 4 X 4 APC
Ini pula adalah kenderaan tempur berperisai semasa era penentangan komunis di Malaysia yang di gunakan pada waktu tersebut.
Selain kenderaan berperisai, terdapat juga helikopter Nuri, Helikopter tempur, pesawat Hercules dan jet pejuang HAWK.
nie ialah helikopter Aloutte yang digunakan sebagai pesawat tempur untuk membantu pasukan serangan darat.
Ini pula adalah aset pertahanan udara.
Tidak jauh dari situ terdapat deretan gerabak kereta api kegunaan raja-raja melayu dan para pemimpin untuk bermasyuarat....
Terdapat juga kapsul masa. Kalau ikut pada penyataan nie, kapsul nie telah di letakkan pada 1 Mac 2008 dan akan di buka oleh Panglima Tentera Darat pada 1 Mac 2033. Kalau kome nak tahu, 1 Mac adalah hari ulang tahun Tentera Darat Malaysia. Klik disini untuk ke portal rasmi Muzium Tentera Darat.
Sebenarnya banyak lagi benda yang menarik disini tapi masa tidak mengizinkan untuk berada lebih lama disini. Apa pun, lain kali kalau berkesempatan, pasti saya akan singgah disini lagi untuk meneroka keseluruhan muzium ini.
Jangan lupa, masuk adalah PERCUMA sahaja... :)
Ini koordinate GPS bagi kawan-kawan yang ingin berkunjung kesini.
2° 29'47.64N 101° 50'52.31E
Klik untuk Google Map
Sebenarnya, bagus kalau kita bawa anak-anak kita ke muzium nie... ajar mereka tentang erti sebuah kemerdekaan... Tunjuk kepada mereka betapa susahnya perwira-perwira kita berjuang untuk membebaskan tanah air kita dari belengu penjajah, sehingga mengadaikan nyawa demi anak bangsa.