Saturday, December 12, 2020

Kuliah : Cara bacaan Al-Quran pada huruf yang tiada baris di permulaan ayat.

Teman nie idak le bagus. Memang tak pandai pun sebenarnya. Masih lagi belajar. Jadi, dalam entry pagi nie, teman nak kongsikan cara bacaan Al-Quran jika tiada baris pada huruf di permulaan ayat. Dalam Quran, banyak bacaan yang bermula dengan huruf aliff yang tak ada baris. Dulu pakai main redah saja dengan membaca sebagai baris atas. Tapi rupa-rupanya ada cara nak baca.

Baca Al-Quran
Gambar ehsan Google.

Di permulaan ayat, ada tiga cara baca yakni dengan membaca aliff tu dengan baris atas, bawah atau hadapan.


Baris atas

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ

(Surah Al-Fatihah:1)


Cara bacaan: Alhamdulillah

Apabila bermula dengan alif lam ialah dengan membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris atas. 


Baris bawah

ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ

(Surah Yassin: 64)


Cara bacaan: Islauhal yauma

Apabila ia tidak bermula dengan alif lam, kita perlu lihat kepada huruf ketiga. Seandainya huruf ketiga berbaris atas atau bawah, kita membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris bawah. Maka huruf ketiga ialah huruf lam yang berbaris atas maka bacaannya ialah dengan baris bawah bagi hamzah wasol itu.


ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا

(Surah Attaubah: 41)


Cara bacaan: Infiru khifafan



Baris hadapan

ٱنظُرۡ كَيۡفَ

(Surah An-Nisa: 50)


Cara bacaan: Undhuru kaifa

Apabila ia tidak bermula dengan alif lam dan huruf ketiga adalah baris hadapan, maka cara bacaannya ialah dengan membaca hamzah wasol itu seolah-olah ianya baris hadapan.

Alangkah indahnya sekiranya kita faham bahasa Arab supaya kita boleh faham apa yang kita baca kan. Dan cara bacaan ini tidak akan menjadi sebarang isu. Namun, alhamdulillah hukum tajwid begitu teratur dan mudah untuk kita ikuti dan moga kita akan arif apabila memulakan ayat kita dengan hamzah wasol.


Sekarang mudah untuk kita dapati Al-Quran berserta dengan terjemahannya. Semoga kita dapat memahami Al-Quran dengan sebaik mungkin.

Wallahualam.

Terima kasih buat mereka yang membuat perkongsian ilmu ini di blog masing-masing. Semoga perkongsian tersebut mendapat ganjaran berterusan buat mereka.


Sunday, November 22, 2020

Kuliah : Istiqomah jaga lidah

Pagi ini, teman nak kongsikan istiqamah kita untuk menjaga lidah Lidah tidak bertulang, tetapi ia berupaya untuk mengegar dunia. Lidah juga mampu untuk menusuk hati kalbu, dan perlu ingat lidah juga mampu menghadirkan dosa buat kita.

عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ اِسْتَقَمْنَا وَإِنِ اعْوَجَجْتَ اِعْوَجَجْنَا


Daripada Abu Said al-Hudari dari Nabi S.A.W baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” (HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan.

Lidah
Gambar ehsan Google.


Pengajaran:

  1. Lidah boleh menjadi penyebab seseorang kufur.
  2. Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah, seseorang itu akan selamat di sisi Allah.
  3. Lisan yang tidak dijaga (termasuk tulisan) malah biasa dengan mengumpat dan memfitnah, maka perbuatan itu akan berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.
  4. Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh malaikat dan akan dihisab.

Firman Allah:

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ 

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). [Qâf:18]

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, November 21, 2020

Kuliah : Disebabkan air kencing solat tidak sah dan doa tidak makbul

Dalam segment kuliah pagi ini, teman hendak kongsikan berkenaan 13 golongan ini di mana solatnya tidak sah dan seterusnya doa tidak makbul disebabkan oleh air kencingnya. 

Pertama:
Salah satu darinya adalah mengencing kakinya sendiri semasa kencing.

Yang ke 2:
Percikan kencing tidak dicuci sebaliknya hanya cuci di tempat yang dikencing dan tempat percikan tercebut dipijaknya pula untuk keluar dari bilik tandas.

Yang ke 3:
Cuci kencing kalang kabut. Ingatkan dah bersih rupa2 zahir sahaja yang bersih namun batinnya tidak.

Solat
Gambar ehsan Google

Yang ke 4:
Kencing terkena pada pakaian dan digunakan untuk solat.

Yang ke 5:
Menahan kencing, dah terkeluar sikit. Tapi selesai kencing hanya cuci macam biasa. Nak solat tak tukar seluar atau menanggalkannya.

Yang ke 6:
Setiap percikan air kencing akan menghasilkan 3 pantulan air kencing di sekeliling kawasan tempat kencingan. Tentukan dibersihkan sebelum keluar tandas.

Yang ke 7:
Jika kita pergi ke mana2 tandas di masjid mahupun surau pastinya ada selipar ataupun terompah sebab hendak menentukan najis tidak dibawa keluar dari tandas tersebut.

Ke 8:
Kencing adalah najis. Najis tidak boleh dibawa ke tempat solat dan ibadah.

Ke 9:
tandas yang berbau hancing tidak membuktikan bahawa tandas itu bersih lagi suci.

Ke 10:
Kencing akan meninggalkan sisa di bahagian batin (dalam) belajar dengan orang yang lebih arif terhadapnya.

Ke 11:
Tidak ada buang air besar sebelum buang air kecil oleh yang demikian cuci kedua2nya selepas membuang hajat.

Ke 12:
Kepentingan kencing adalah membuang sisa (najis) di dalam tidak najis tapi di luar akan jadi najis.

Ke 13:
Jangan jadikan kencing sebagai alasan kerana tidak boleh solat namun sebaliknya cuci dengan sempurna dan (yakin) membolehkan kita bersolat.*



🌾Ada sejenis syaitan yang menggoda kita agar tidak membersihkan tempat kencing kerana itulah tempatnya mereka berlindung ketika azan berkumandang.

✍ semoga bermanafaat walaupun hanya satu dari 13 perkara tersebut yang mampu kita lakukan.
✍ tandas tempat yang kotor tapi melambangkan keimanan kita.
✍ di akhirat nanti ada tempat yang dijanjikan oleh Allah swt kepada orang yang menjaga kebersihan tandas.
✍jadikan tangan2 kita sebagai tangan2 yang mampu membersihkan tempat buangan najis ini.💖



CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BENAR

Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum bererti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya.

Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata:

”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”

Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang menyepelekan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.

LELAKI:
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sampai bersih.


WANITA:
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bagian dalamnya dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih. Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.


SANGAT PENTING:

Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk memasukan satu jari kedalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.

Sudah benar atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama-sama kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Karena telah dijanjikan neraka bagi mereka yang tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).


Rasulullah SAW bersabda: 

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala".

Catatan:

1. Tidak ada kata malu dalam urusan agama.
2. Jangan beranggapan ilmu fiqih itu jorok, karna fiqih itu menjelaskan sejelas-jelasnya. 👌

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Wednesday, November 18, 2020

Wordless : ELMINA 8

Sejak laluan ke tiga dibuka dari Saujana Utama Sungai Buluh ke Guthrie Highway melalui ELMINA, makin ramai pula yang aktif berbasikal dan melakukan aktiviti berjogging. Kawasan yang menjadi tumpuan ialah di sekitar ELMINA Valley Rainbow Bridge dan bulatan ELMINA 8. Sama la dengan teman, tak lepaskan peluang.

Biasanya, di hujung minggu selepas solat subuh, mula la gerak ke sini... tak jauh mana pun dari rumah... dalam 5-10 minit drive je...


Apa pun, "Stay Safe" and "Keep the Distance". We still on war and fighting the Covid-19.

#kitajagakita


Tuesday, November 17, 2020

Burung dengan batu

Masa sekolah dulu, kome pernah tak dengar atau baca buku kisah burung dan batu. Cerita-cerita biasanya di ceritakan dalam kisah dongeng dan tauladan. Salah satu adalah kisah burung dan botol air.

Kisah tu menceritakan di suatu ketika cuaca panas dan tiada lopak air. Nak dijadikan cerita, berhampiran tempat itu ada botol air. Burung tu nak minum air dalam botol tu, tapi tak sampai sebab paruhnya pendek. Jadi, burung tu masukkan batu kecil satu per satu untuk meninggikan paras air dalam botol tu.

Rupanya kisah dongeng nie betul laa... Kalau kome tak percaya, tengok perkongsian video nie...


Sebelum nie, teman ada juga kongsikan kisah Arnab dan Kura-kura. Kome boleh klik kat sini untuk mengetahui kisah benar tersebut.


Monday, November 16, 2020

Aplikasi SaveMe 999

Aplikasi SaveMe 999 ini baru saja di lancarkan. Bantuan kecemasan kini lebih mudah dengan mengunakan applikasi SaveMe 999. Applikasi SaveMe 999 ini di bangunkan sebagai alternative untuk menghubungi MERS 999 bagi kegunaan semua golongan termasuk OKU penglihatan dan OKU pendengaran. Pengguna hanya perlu search "SaveMe 999" di Google Play atau Apple Store dan download applikasi berkaitan seperti di bawah ;

SaveMe 999 Polis ini adalah untuk mereka yang normal.

SaveMe 999 POLIS


SaveMe 999 - Deaf pula adalah untuk mereka yang cacat pendengaran.

SaveMe 999 Deaf


SaveMe 999 - Blind ini pula adalah untuk mereka yang cacat penglihatan.

SaveMe 999 Blind

Kome boleh tonton perkongsian video di bawah untuk tutorial cara pengunaan applikasi ini.


Kesemua aplikasi ini boleh di buat turun di Google Play, Apple Store, Windows Store dan juga Blackberry Apps World. Tapi perlu ingat, applikasi ini bukan di buat untuk saja-saja main-main report atau laporan palsu ya. Ingat tu...

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, November 14, 2020

Kuliah : Sedekah membahagiakan

Untuk entry pagi ini, teman nak kongsikan kisah di bawah nie. Kebanyakkan kita tahu apa hikmah "Sedekah", betapa besar ganjarannya di akhirat nanti. Tapi, kebanyakkan dari kita takut atau berat hati untuk bersedekah. Teman panjangkan perkongsian di bawah ini semoga kita dapat pengajaran darinya.

Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.


Gambar ehsan Google.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,

"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,

"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara:

"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"

"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"

Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"

Jutawan itu ketawa besar.

"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan mudah. Apalah soalan kamu ni"

Pemandu tadi tersenyum.

"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"

Jutawan tadi terdiam,.. rasa tersentak, Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua...


Wednesday, November 11, 2020

Wordless : Smart Tunnel

Sejak PKPB di Wilayah Persekutuan nie, tak ada nampak traffic langsung. Bagus la rakyat Malaysia nie. Patuh pada arahan kerajaan. Macam nie la rakyat yang baik. Bukan senang nak ambil gambar kat Smart Tunnel nie kosong, tiada traffic... kikikiki...

Kome kalau nak tau pasal Smart Tunnel nie, boleh la klik kat sini ye... Kat Wikipedia semuanya ada...

Smart Tunnel




Wednesday, November 4, 2020

Wordless : RailBus

Sebelum wujudnya Komuter.. LRT semua, dulu inilah satu-satunya yang ada, RailBus (disebut relbas). First time teman naik railbus ni dari Kampar ke Slim River... Sewaktu form 4 untuk balik ke asrama. Memang nie kenangan yang tak boleh dilupakan sebab yang naik keretapi KTM memang ramai, tapi tak semua dapat merasa naik railbus. Tambahan pulak, waktu tu ramai kawan-kawan sekolah kat dalam RailBus tu. Macam-macam perangai ada. Maklum la, budak-budak baru nak UP... Kemo pernah naik RailBus tak?

RailBus


Rinduuuuuuu..... tauu...

Nie teman kongsikan sedikit fakta berkenaan perkhidmatan RailBus nie.


Info mengenai perkhidmatan RailBus

  • Perkhidmatan relbas telah dilaksanakan bagi enam laluan iaitu:
  • Kulai / Singapura / Kulai mulai 27hb Ogos, 1988,
  • Ipoh / Kuala Lumpur/Ipoh mulai 29hb September, 1988.
  • Ipoh / Butterworth/Ipoh mulai 26hb Oktober, 1988.
  • Gemas / Mentakab / Gemas mulai lOhb Disember, 1988.
  • Pelabuhan Klang / Kuala Lumpur/Sentul mulai 18hb April,1989.
  • Butterworth / Arau / Butterworth mulai 15hb Mei, 1989.

Sayang kan, perkhidmatan yang baik nie dah tak ada pulak sekarang nie...



Friday, October 23, 2020

Work From Home

Sejak Covid-19 melanda negara kita nie. Work From Home (WFH) sudah menjadi norma baru dalam situasi perkerjaan sekarang nie. Memang nampak mudah, tapi berkerja dari rumah nie pun ada kesan sanpingannya. 

Jom sama kita nilaikan situasi di bawah.

Seorang Pengarah menelefon Pengurusnya untuk urusan kerja.

Work Frome Home

Pengarah:
Tadi saya telefon awak, tapi isteri awak yang jawab dan bagi tau saya, awak sedang sibuk memasak didapur. Kenapa awak tak telefon saya balik?


Pengurus:
Saya dah telefon tuan, tapi isteri tuan yang jawab, dia bagi tau saya, tuan pun sedang sibuk menyuci pakaian didalam kamar mandi tadi.

Ada apa tuan telefon saya?


Pengarah:
Nak bagi tau awak esok kita kerja dipejabat saja, saya dah tak tahan kerja dari rumah ni, asyik kena suruh buat itu dan buat ini oleh isteri saya.


Pengurus:
Ok tuan, saya setuju, sangat...


kikikikiki... sekadar hiburan... Stay Safe every one... #kitajagakita.


Wednesday, October 21, 2020

Wordless : Air sebagai nama tempat

Air Tawar terletak di Perak. Air Hitam pula di Johor. Air Hangat di Langkawi. Air Keroh di Melaka. Air Takde pula di Selangor... Sabor aje la ya orang Selangor. Orang politik nie, dema tu pandai bercakap je. Kadang-kadang tu deme bercakap ikut sedap mulut je tak fikir langsung pasal orang lain. Dah tu, kome yang memilih deme tu sebagai wakil kome. Nak buat macam mana kan... Bertaboh lee kome yee... Dalam dok meroyan tak ada air tu, jangan pulak kome pegi hambat lori nie dan tadah baldi pulak... Lori nie bukan lori bawak air kome oooiiii... Nama je lori nie "Indah" sama macam janji-janji orang politik tu... Indah je kata-kata deme tu... Kalau kome geram, sumbat je orang politik mulut longkang tu kat dalam lori nie... kikikikiki... Memang level mereka tu sama macam benda dalam lori nie pun...



Bersabor je la ye Orang Selangor oooiii