Monday, October 29, 2018

5 cara selamat untuk kekal kuat di ranjang

Perkongsian khas untuk kekal kuat di ranjang. Entry nie khas untuk pasangan sah yang telah bernikah saja. Entry nie memang menjadi suatu yang penting buat insan bergelar lelaki. Kepuasan kepada pasangan dan sentiasa bertenaga untuk seks melambangkan keperkasaan seseorang lelaki. Sebab itu, ramai yang sanggup membuat apa saja termasuk mengamalkan ubat-ubatan "kuat" untuk merealisasikan perkara ini.

Namun untuk memastikan prestasi seks suami kekal hebat tidak semestinya mengunakan ubat-ubatan saja. Ada cara lain yang lebih selamat dan semula jadi malah dilihat berkesan. Tentu kome nak tau macam mana... Jom baca sampai habis info yang teman kongsikan disini.

Senaman

Gambar ehsan Google.


Jaga permakanan
Darah dan hormon berfungsi mentafsir nutrisi yang bermanfaat bagi bagi tubuh. Nutrisi yang bagus merupakan kunci untuk mendapatkan seks berlipat kali ganda. Karbohidrat adalah nutrisi yang baik untuk menghasilkan energy yang diperlukan bagi aktiviti seks. Nasi, pasta dan roti merupakan sumber karbohidrat penuh yang boleh dijadikan makanan utama. Selain itu, anda juga perlu mengambil zat besi setiap hari yang merupakan bahan penting dalam testosteron cairan air mani dan sperma. Ia juga boleh didapati daripada makanan laut, kekacang atau pengambilan suplemen. Sebaiknya hindari dari makan berlebihan sebelum melakukan hubungan seks. Pastikan anda makan sejam sebelum melakukan hubungan seks supaya proses pencernaan berjalan dengan sempurna.

Awas ubat
Beberapa ubat-ubatan yang diambil untuk merawat masalah kesihatan tertentu boleh menyebabkan lelaki mengalami masalah ejakulasi pramatang. Contohnya, ubat untuk kemurungan. Jika anda mengalami gejala seperti ini maka bertemu doktor untuk penerangan lebih lanjut selain meminta alternatif ubat agar tidak memberi kesan sanpingan kepada daya tahan seks anda.

Elak kepenatan
Terlalu bersemangat untuk seks menyebabkan anda mengeluarkan banyak tenaga. Jika ingin ketahanan seks maka simpan energy anda itu. Kepenatan akan memberi kesan pada saraf hingga menyebabkan anda hanya ingin cepat selesai sewaktu hubungan intim.

Jangan gugup
Gugup, stress, marah akan menyebabkan tubuh menghasilkan hormon yang menghalang stimulasi pada otak. Individu yang gugup dan stress juga mengalami peningkatan kadar dengupan jantung dan aliran darah yang lebih pantas. Keadaan ini memberi kesan kepada enjakulasi apabila ia lebih cepat memberi respond pada rangsangan hingga mengakibatkan orgasma berlaku terlalu awal. Itulah sebabnya mereka yang gelisah dan mudah gugup sering mengalami masalah daya tahan seks.

Amalkan senaman
Amalkan senaman yang menumpukan bahagian perut, pinggang dan otot pelvis. Senaman ini dapat membantu untuk memperlahankan ereksi. Selain itu, senaman ini juga dapat membantu mendapatkan bentuk tubuh yang lebih baik sekali gus meningkatkan keyakinan diri sewaktu bersama pasangan.


Sunday, October 28, 2018

Kuliah : Pengakhiran yang terbaik

Kuliah malam ini mengambil pengajaran sempena kemenangan Perak ke atas Terengganu. Walau pun kita memulakannya dengan baik, pengakhirannya tidak semesti baik juga.

Penyu menangis
Begitu juga dengan kehidupan kita. Jangan kita ingat mereka yang melakukan dosa neraka tempatnya. Tiada siapa tahu taubat diakhir hayatnya diterima Allah.

Jangan kita berbangga dengan amalan kita, kerana kemungkinan dengan hanya sedikit kelalaian akan menjerumuskan diri kita ke neraka jahanam.

Tahniah buat skuad Bos Gaurus atas kejayaan memenangi Piala Malaysia edisi 2018.

Kuliah : Sangkaan Ku Meleset

Aku sangka aku alim, warak solat di saf depan, jadi orang masjid. Istiqomah ibadah tapi aku tak sedar anak anak aku tak solat pun masa aku solat...

ALLAH HINA AKU...

Aku sangka akulah orang yang paling bagus, siang malam pergi masjid... tapi bini atau suami aku dok mengumpat mengata, jaja cerita orang merata-rata...

Rapatkan saf
ALLAH HINA AKU...

Aku sangka aku hebat baca al-Quran setiap hari... khatam tiap-tiap bulan rupanya. Anak perempuan aku  dedah aurat slamber jaa... belakang aku...

 ALLAH HINA AKU...

Aku sangka seronok... Hari-hari sedekah... tapi aku lupa ambik tau sanak saudara aku kesempitan dalam hidup... berhutang meminjam merata-rata...

 ALLAH HINA AKU...

"Ya ALLAH tutupilah aibku, amankanlah ketakutanku, ampunilah kesalahanku.." adakalanya kita tak
sedar yang ALLAH  HINA DIRI KITA...

Dengan kekhilafan isteri/suami kita, anak-anak kita, saudara mara kita, jiran tetangga kita mahupun masyarakat kita... tanpa kita sedar... melihat kejahilan orang lain muhasabahlah... nipisnya iman ku...

Jadikan ikhtibar buat diri sendiri dan keluarga... agar jadi pedoman buat peringatan...

Sama samalah ingat... Semoga Ada Manfaatnya.

HIDUP INI JANGAN SOMBONG


Saturday, October 27, 2018

Kuliah : Tips untuk menjadi seorang yang berjaya

Perkara yang baik perlu di kongsikan. Inilah yang teman lakukan untuk entri pagi nie. Teman nak memanjangkan perkongsian video ini berkenaan tips untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Lakukan amalan di bawah;


  1. Bangun awal pagi, lakukan solat tahajud dan solat subuh berjemaah di surau atau pun masjid.
  2. Jaga, hormati dan sayangi kedua ayah dan ibu sebaik mungkin.
  3. Menjadikan surah Al-Waqiah sebagai amalan harian.




Friday, October 26, 2018

Tiang elektrik senget

Pelik tetapi benar... Ini lah yang di sebuah perkampungan di India. Terdapat satu tiang lertik di perkampungan tersebut agak unik. Apabila anda melihat dari tepi kanan ia akan senget sebalah kanan, sekiranga dilihat sebelah kiri ia akan sengat disebelah kiri pula. Tetapi sebenarnya tiang tesebut tegak dan lurus. Tiang elektrik ini terletak di jalan antara Dibiyapur dan Kannuj.

Sehingga sekarang pun para saintis tidak dapat menghuraikan, bagaimana kejadian ini boleh terjadi?





Thursday, October 25, 2018

Petua : Untuk menghilangkan gatal-gatal di gigit nyamuk

Kalau terkena gigitan nyamuk nie, memang gatal benor. Kalau nyamuk mengigit budak-budak, jenuh la dema menggaru-garu... Lagi teruk kalau menggaru sampai berdarah... Dalam entry hari ini, teman nak kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah gigitan nyamuk nie.


Bahan yang di perlukan ialah rokok dan sedikit air.

Tembakau

Gambar ehsan Google

Mula-mula keluarkan tembakau dari batang rokok tersebut. Kemudian rendam dan ramas tembakau tersebut di dalam air. Biarkan seketika. Kemudian, ambil air tersebut dan sapukan pada bahagian yang terkena gigitan nyamuk tersebut.

Selamat mencuba ya.


Wednesday, October 24, 2018

Wordless : Memang cacat

Saja je capture moment nie... Ruang pakir adalah untuk parking kereta golongan kurang updaya... Tapi yang masuk dalam kotak parking tu, motosikal yang sepatutnya tak parking kat dalam tu... Owner motosikal tu, mungkin memang kurang sket agaknya...


Ruang parking


Wordless : Nenas Batu

Teman cuma tau buah nenas je. Tak pernah pulak dengar Nenas Batu. Inilah rupanya Nenas Batu. Tak tau la pulak macam mana rupa pokok Nenas Batu nie. Ada sesiapa yang tau tak rupe pokok nenas batu nie? Nenas Batu nie teman jumpa di Lata Iskandar, Tapah. Kalau kome nak pegi ke Cameron Highland melalui Tapah, mesti akan tempoh Lata Iskandar nie dulu. Ada sapa-sapa tau tak macam mana nak guna nenas batu nie untuk ubat buasir?

Nenas Batu



Monday, October 22, 2018

Tak usah pening-pening

Sekarang nie musim hujan. Pagi-pagi lagi time nak pegi kerja, hujan masih lagi turun. Itu yang malas nak pegi kerja. Niat dihati nak sambung tidur je. Tapi apakan daya, tugas dan tanggungjawab yang digalas perlu di laksanakan. Orang kata hari Isnin “Monday Blues”. Pernah juga terfikir, kenapa “Monday Blues”?

Mungkin sebab Sabtu dan Ahad, tak kerja. So, lambat la sket nak warm up semula masa masuk office hari Isnin. Ok la, teman nie dah melalut pulak... jom layan perkongsian video nie... jangan pulak kome pening kepala sehingga berpinau biji mata memikirkan persoalan budak tu, udah le...😂😂😂

Begini pantunnya... sorong papan, tarik papan... buah keranji di atas peti. Bila mati, kena kapan. Lepas tu di tanam. Bila dia tanam, besoknya dia hilang. Bila dia hilang, nasib baik orang kampung jumpa... bla, bla, bla, kome tonton la perkongsian video nie. Pening teman memikionye... Kat Melaka ada berapa kubur ye???😂😂😂😂😂




Saturday, October 20, 2018

Kuliah : Jangan meremehkan nasihat walau pun ianya datang dari budak kecil

Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.

Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.

"Nu'man namaku", jawab si imam.

Tergelincir
Gambar ehsan 
Google.

"Ooo.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.

"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.

Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR, YB, Tan Sri, Dato' dan sebagainya.

Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir... Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.

Ingatlah...

"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."


Ketahuilah...

"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).


JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN.


Thursday, October 18, 2018

Petua : Untuk menghalau lipas

Lipas adalah serangga yang pengotor. Lipas sangat gemarkan sampah sarap, terutama sisa makanan. Untuk menghalau lipas, sampah sarap hendaklah dibuang di luar rumah sekerap yang mungkin. Selain dari menjaga kebersihan di rumah, kome boleh juga mengunakan cara ini untuk menghalau lipas dari rumah. Caranya mudah sahaja.

Sabun

Gambar ehsan Google.

Mula-mula, dapatkan sebuku sabun mandi jenis wangi. Kemudian, potong kecil-kecil dan letakkan di tempat lipas selalu kelihatan terutama berhampiran dengan tong sampah.

Kebiasaannya lipas akan menghindarkan diri dari lokasi berbau wangi tersebut.


Wednesday, October 17, 2018

Wordless : Saja cari pasal

Keretanya dah bagus... Tapi, OTAKnya tak berapa nak bagus. Agak-agaknya ye, berapa RM tuan punya kereta nie bid no VBU7014 nie... Dah dapat no plat, buat pulak no plat yang tak mengikut specifikasi JPJ. Kan dah kena...😂😂😂


Friday, October 12, 2018

7 sebab hilangnya rezeki : Suami, Isteri dan Keluarga

Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan amalan-amalan kepada kunci rezeki. Klik disini ye untuk membaca entry tersebut. Dalam entry pagi nie, teman nak kongsikan 7 sebab "Kenapa rezeki tidak hadir dalam hidup kita".


Gambar ehsan Google.


1. Sering bergaduh
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi- lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat...

2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah s.w.t. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk di kongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar
Bersabarlah dalam menanggani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak-anak. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit...

7. Kurang berdoa
Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.


Thursday, October 11, 2018

Petua : Untuk menghalau kutu beras

Masalah kutu beras. Biasanya apabila beras disimpan agak lama di dalam bekas akan mengundang kutu-kutu beras bermastautin di dalam bekas berisi beras tersebut. Pasti kome pernah mengalami masalah seperti ini. Beras juga akan berbau hapak. Untuk mengatasi masalah ini, teman kongsikan satu petua orang dulu-dulu untuk menyimpan beras supaya tahan lebih lama.

Mula-mula, kome dapatkan bahan-bahan ini. Jumlahnya bergantung kepada banyak beras di dalam bekas tersebut.

  1. Bawang putih
  2. Cili Kering
  3. Kayu manis

Petua menghalau kutu beras

Caranya mudah sahaja. Kome ambil kesemua bahan-bahan di atas dan masukkan kedalam bekas berisi beras tersebut. Kemudian, boleh di simpan seperti biasa.

Selamat mencuba ya!


Wednesday, October 10, 2018

Wordless : Makcik Kuning

Ingatkan Mak Hijau je yang ada... rupanya Makcik Kuning pun ada jugak la...

Makcik Kuning



Sunday, October 7, 2018

Kuliah : Apa itu Istidraj?

Untuk segmen kuliah pagi nie, teman nak kongsikan berkenaan Istidraj. Kita selalu dengar orang cakap pasal istidraj. Tapi, kita tahu tak apa itu istidraj? Ketika Allah SWT tetap memberikan kita.

✅1. Harta yang berlimpah padahal tidak pernah atau jarang sangat bersedekah apa pun jenisnya.
✅2. Rezeki berlipat kali ganda padahal jarang sangat solat dan terus berbuat maksiat.
✅3. Dikagumi, dihormati; padahal akhlaknya buruk 
✅4. Diikuti, diteladani dan di jadikan idolakan padahal mendedahkan aurat dalam berpakaian.
✅5. Sangat jarang diuji sakit, padahal dosa-dosa menggunung tinggi dan membukit.
✅6. Tidak pernah diberikan musibah padahal hidup penuh dengan kesombongan, angkuh dan hipokrit.
✅7. Anak-anak sihat, cergas dan bijak padahal diberikan makanan dari harta hasil penipuan dan rasuah.
✅8. Hidup bahagia penuh tawa ria padahal banyak orang merana kerananya ternoda dan terluka.
✅9. Kariernya terus melonjak padahal banyak orang yang di pijak dan di susahkan.
✅10. Semakin tua semakin makmur dan bermewah padahal hidup sentiasa berkubang dengan dosa sepanjang umur.

Istidraj

Gambar ehsan Google.

☪Hati-hati kerana itulah yang dinamakan ISTIDRAJ.!!

Renungan :
Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa_..”  

(Qs. Al-An’am: 44)

Maka janganlah ghairah  dengan kejayaan dan kemegahan yang ditampilkan seseorang;
Kemungkinan dia sedang mengalami istidraj... Dan pada saatnya nanti Allah SWT tiba-tiba akan mencabut semua kenikmatan itu, tanpa dia di sedari..

☪ Sebagai orang beriman yang dikasihi Allah SWT maka Allah SWT akan selalu menjaga kita dari segala kemaksiatan, tidak dibiarkan dalam kesesatan.
☪ Jadi kalau kita sudah beramal soleh, namun kita masih diberi ujian dan dugaan, maka itulah tanda kasih sayang Allah pada hamba-hambaNYA, berupa keringanan dosa-dosa dan menuju keampunan-NYA

SEMOGA KITA SELAMAT DARI ISTIDRAJ.


Saturday, October 6, 2018

Kuliah : Jenazah yang dipuji dan jenazah dicela

Perkongsian untuk kuliah pagi ini. Teman hendak kongsikan berkenaan ‘Jenazah’. Terdapat dua situasi dimana, jenazah yang dipuji dan jenazah yang dicela.

Jenazah

Gambar ehsan Google.

Anas Ibnu Malik r.a berkata bahawa para sahabat telah melalui suatu jenazah lalu menyebut-nyebut kebaikan jenazah itu, maka bersabdalah nabi: telah tetap! Kemudian mereka melalui suatu jenazah yang lain, maka mereka pun menyebut-nyebut keburukannya. Maka berkatalah nabi : telah tetap baginya. Kemudian berkatalah Umar Ibnu Khattab : Apa yang telah tetap itu? Nabi menjawab: Yang tadi kamu sebutkan kebajikannya, maka tetaplah (pastilah) dia mendapat syurga. Dan yang ini kamu sebut keburukannya maka pastilah ia mendapat neraka. Kamu memang saksi-saksi Allah di bumi.
Hadis Riwayat : Bukhari dan Muslim

Thursday, October 4, 2018

Petua : Untuk merawat buasir

Sakit buasir. Dalam entri hari ini, teman sekadar memanjangkan perkongsian video yang teman terima menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan dengan petua tradisional untuk merawat sakit buasir. Petua ini telah di amalkan oleh orang-orang kampung sejak dulu lagi dengan hanya mengunakan bahan semula jadi sahaja.

Petua ini menggunakan siput Gondang sebagai bahan utama untuk merawat sakit buasir ini. Menurut video ini, siput Gondang ini perlu di masak, tak kisah lah masak apa, janji mereka yang mengalami masalah buasir ini perlu makan masakan siput gondang tersebut.

Siput Gondang
Gambar ehsan Google.

Menurutnya lagi, sakit buasir tersebut akan beransur-ansur pulih dalam tempoh 24 jam. Klik disini untuk membaca artikel yang di siarkan.




Wednesday, October 3, 2018

Wordless : Sedot Dosa

Tak tau la nak komen apa lagi... Ada jugak ye service macam nie... Makin pelik dunia sekarang nie...

Sedot Dosa