Thursday, May 31, 2012

Petua - Ubat Bisul

Pernahkah anda mengalami bisul-bisul di punggung dan di atas kepala (Setengah orang panggilnya sawan). Ianya tentu menyeksakan.




Gambar ehsan : blogger Jual Herba Kolesterol

Ubatnya ialah menggunakan madu lebah dikacau bersama kapur sirih. Caranya ambil lebih kurang dua titik madu lebah, di campur lebih sedikit kapur daripada madu, dikacau-kacau dengan jari hingga sebati. Kemudian, sapulah segera ke atas bisul itu sebelum campuran itu keras. Seelok-eloknya bisul yang baru nak menjadi, sapulah dua atau tiga kali sehari, bisul itu tidak akan menjadi dan akan terus hilang. Setiap kali nak disapu, bancuhlah kapur dan madu lain.




Gambar ehsan : blogger TRYMASAK

Sekiranya tiada madu dan kapur, kita boleh juga gunakan daun cili padi. Caranya ambil tiga helai atau lebih daun cili padi, digesel-geselkan di tangan sampai keluar airnya. Kemudian sapukan pada bisul tadi.




Gambar ehsan : Adsenseephoto

Wordless - 31 May 2012

Wednesday, May 30, 2012

5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara

Kemuliaan Bulan Rejab

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: "Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku"


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
  1. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) 
  2. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 
  3. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 
  4. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. 
  5. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka. 
  6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. 
  7. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 
  8. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 
  9. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. 
  10. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 
  11. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 
  12. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. 

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

  1. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. 
  2. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. 
  3. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. 
  4. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
  5. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
  6. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
  7. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
  8. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
  9. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
  10. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. 


REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.


REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya


REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Tuesday, May 29, 2012

Wordless - Apa Ke Jadahnya...

Lepas geram di pagi hari

Nie entry lepas geram di pagi hari... ada ke patut parking kat tepi selekoh nie... Tak kan la tak nampak sign board NO PARKING kat tiang tu... Nie pun nasib baik teman selalu awal ke office... kalau lewat sket nie... confirm jem... Menyusahkan betul la... Kot ye pun nak sarapan kat restoran Amjal tu... Parking la kat tempat yang selamat... nie tidak, ikut sesuka hati je nak parking kat mana-mana...



Monday, May 28, 2012

Jom Sertai Fan Run...

JOM BERSAMA... sertai larian rakyat bersama Team Malaysia di Team Malaysia Fan Run sebagai tanda sokongan padu anda kepada Kontinjen Malaysia yang akan bertanding di London dalam bulan Julai ini.



30 atlit negara akan bertanding menentang atlit-atlit dari 200 negara lain untuk memenangi medal Emas di acara sukan termasyhur dunia. Larian ini adalah yang pertama pernah dianjurkan oleh Team Malaysia untuk para atlit negara kita.

Butiran acara adalah seperti berikut:

Tarikh              : 17 Jun 2012 (Ahad)
Tempat            : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa                : Seawal jam 7.00 pagi

Yuran Pendaftaran : RM40.00
Kategori           : Larian 3km dan 7km

Untuk setiap pendaftaran, anda akan mendapat jersi Team Malaysia PERCUMA, medal eksklusif, sijil penyertaan, 'goodie bagmenarik dan peluang memenangi hadiah Cabutan Bertuah.

Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda untuk lari bersama para atlit Kebangsaan kita dan memeriahkan suasana di acara ini. Team Malaysia juga akan mengadakan karnival di Dataran Merdeka pada hari yang sama. Pelbagai permainan, aktiviti dan pertunjukan menunggu anda!

Terdapat 2 cara untuk mendaftar:

1)   Daftar secara ‘online’ di www.tm.com.my/teammalaysia dan klik butang Fan Run. Tarikh tutup pendaftaran ‘online’ selewat-lewatnya pada 4 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.
2)   Daftar di 2 lokasi di bawah, selewat-lewatnya pada 8 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.
-     Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
-     Twentyfirst Century Sports, No 51, Jalan SS 18/6, Subang Jaya, Selangor

‘Race Kit’ boleh diambil pada:

Tarikh              : 9 & 10 Jun 2012
Tempat             : Tingkat 2, Dewan Serbaguna, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Masa                : 10.00 pagi – 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tm.com.my/teammalaysia atau emel kami di teammalaysia@tm.com.my.

Kontinjen Malaysia mengharapkan sokongan anda!

Thursday, May 24, 2012

Jom Ke Fiesta Mangga

Jom ke Pesta Mangga... Masuk adalah PERCUMA...



Antara varieti mangga lain yang terdapat di Fiesta Mangga @ Menara Kuala Lumpur adalah Chokanan, Maha, Harumanis, Perlis Sunshine atau lebih dikenali sebagai Sala, Masmadu, Waterlilly dan Lemak Manis. Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan produk hiliran mangga seperti jus, jeruk, ais krim, vacuum fried mangga dan tidak ketinggalan KopieSatu yang turut membuat jualan air kopi khusus buat peminat kopi.

Petua - Mengantikan Ubat Nyamuk

Ada orang tidak senang dengan ubat nyamuk atau racun serangga yang lain yang disembur. Gunakan cara orang tua-tua dahulu untuk mengatasi masalah nyamuk ini.



Ambil limau nipis, kupas kulitnya melingkar bulat.


Gambar hiasan ehsan dari Sitik's Blog.

Kemudian kulit itu dijemursehingga kering. Sangkutkan kulit itu pada sesuatu yang tidak mudah hangus atau terbakar. Kemudian, bakarlah kulit limau kering tersebut. Hasilnya anda akan memperolehi ubat nyamuk yang tidak berbau busuk. Cubalah.

Wednesday, May 23, 2012

Because he Muslim

Today entry just to express what i feel...

A nun Muslim can be covered from head to toe in order to devote herself to God, right?


But, then if a Muslim girl does the same, why is she oppressed?

When a western woman stays at home to look after her house and kids, she is respected by the entire society because of sacrificing her life to her family...

But, then if a Muslim woman does the same, why is she oppressed?


Any girls can go to university wearing what she wills and have her rights and freedom?


But when a Muslim Girl wears HIJAB, they prevent her from entering the university!





When a child dedicates himself to a subject, he has potential and talent...



But when he dedicates himself to Islam, he is hopeless!




When someone sacrifices himself to keep other alive, he is noble and everyone respects him...



But when a Palestinian does that to save his son from being killed, his brother's arm being broken, his mother being raped, his home being destroyed and his mosque being violated... He gets the title of terrorist!




When a Jew kills someone religion is not mentioned.

but when a Muslim is charged with a crime it is Islam that goes to trial!




When there is trouble, we accept any solution available , right?



However, if the solution lies in Islam we refuse to take a look at it.




When someone drives a perfect car in an improper manner, no one blames the car...

But when any Muslim makes a mistake or treats people in a bad manner - people say "Islam is the reason"!




Without giving a glance at Islamic laws, people believe what the news paper say. But question what the Holy Quran Says!










Monday, May 21, 2012

Wordless - TM SME Biz Fest @ Penang

Friday, May 18, 2012

Pelangi petang di Saujana Utama

Tak selalu kan kita jumpa pelangi sekarang nie... teringat teman masa dulu-dulu... Orang-orang tua banyak sangat ceritakan kisah pelangi nie... macam-macam cerita... tak tahu la teman, apa motif disebalik cerita mereka tu... apa yang penting, pelangi nie cantik... dan kita patut bersyukur dapat menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa.


Teringat teman pada satu kisah yang diceritakan kepada teman masa zaman kanak-kanak dulu... 


Menurut cerita yang dikisahkan, dipangkal pelangi tersebut tersembunyi kotak harta karun... tapi kalau kita fikir secara logik... kita tak kan dapat mengejar pelangi tu... semakin kita dekati... semakin jauh pelangi tu dari kita...

Satu lagi kisah yang teman masih ingat lagi, kata orang tua-tua dulu... kononnya, bila pelangi muncul di kaki langit... ada puteri bunian turun mandi di dunia nie... mmm.... macam tak logik jer kan... kat mana laa dunia mereka tu... kita sendiri pun tak pernah tahu...

Kisah yang nie lagi best... Orang-orang tua memang pantang betul kalau pelangi muncul... anak-anak mereka menunding jari ke pelangi tuu... Katanya nanti jari kudung atau bengkok kalau menunding jari ke pelangi... mmm... kalau difikirkan memang tak releven langsungkan... apa kaitannya pelangi dan jari kita nie...

Tapi itu lah realiti masyarakat melayu kita nie... penuh dengan pantang larang orang tua-tua turun-temurun... ada yang boleh diterima... dan ada yang langsung tak releven...

Apa pun, pelangi hanya la fenomena alam yang terbentuk akibat biasan cahaya matahari oleh zarah-zarah atau molekul-molekul air dalam udara yang terapung di langit. Inilah fakta saintifik yang merungkaikan asal kejadian pelangi.

Thursday, May 17, 2012

Wordless - Cahaya SPK

Wednesday, May 16, 2012

Sotong Kangkung, Penang

Kat Pulau Pinang nie, selain terkenal dengan Pasembur, kome boleh juga layan sotong kangkung dan sotong bakar. Kalau kat pantai timur, terkenal dengan ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Bila datang ke Penang, boleh cuba Sotong Kangkung nya pula.

Kat kedai ini selain menu sotong, ada juga kerang rebus dan kerang bakar. Tak la bosan sangat makan-makan di Penang nie. Asyik makan nasi kandar je... Sesekali tu, boleh la perkena menu lain pulak. Sambil-sambil pekena pasembur Gani yang famous tu, teman order sekali sotong kangkung dan sotong bakar.


Kedai Sotong

Yang best kat Medan Selera Padang Kota Lama nie, kome boleh je order dari mana-mana kedai, nanti depa tolong hantarkan. Kan best gitu, boleh try makan menu kat kedai lain sekali. Kedai nie dalam medan selera berhampiran dengan Gani Famous Pasembur tu.


Kedai Sotong

Apa yang best kat kedai nie? mmm... kedai nie menyediakan kudapan makanan laut dengan sos dan kuahnya yang tersendiri... Harga telah di pamerkan... Jangan la buat-buat terkejut komplen harganya mahal pulak... Bagi teman, harga yang di pamerkan tu, boleh la... Tak la mahal sangat...


Sotong

Sotong yang digunakan pun adalah sotong segar. Maklum la kan, Penang nie kan di kelilingi laut... Tak rugi kalau nak mencuba rasa Sotong Kangkung kat Penang nie... Mai cuba rasa dulu... Jemput tengok ye...


Sotong Kangkung

Memang best Sotong Kangkung kat Penang nie. So, untuk pengemar makanan laut... Mai la cuba rasa...

Gani Famous Pasembur, Penang

Tempat makan best di Pulau Pinang. Bila mai Penang jer, mesti nak cari makanan yang lain dari lainkan... Nie kali pertama teman singgah makan kat sini. Tengok board kedai, bukan main lagi... mai pekena pasembor Penang, macam-macam ada...


Gani Famous Pasembur


Gani Famous Pasembur

So, teringin jugak la teman nak try test rasa... Kalau mengikut komen kat foursquare... Banyak betul komen negatif pasal harganya yang melampau mahal... Kalau tak percaya, tengok je laa print screen kat bawah nie...


Gani Famous Pasembur

Gani Famous Pasembur

Gani Famous Pasembur

Teman sebenarnya saja nak rasa... sedap macam mana la agaknya... nie untuk lunch sebelum teman bertolak balik ke KL. Teman ambik seketul cucur dan seekor udang jer tau....

Gani Famous Pasembur

Jeng-jeng... nak tau harganya berapa... RM9.00 tau.... tu tak masuk air lagi... Untuk minuman kena order kat gerai depannya la pulak... Si tokey kedai nie tolong orderkan... Teman order fresh Oren je... Harganya pulak RM3.50.

Gani Famous Pasembur

Gani Famous Pasembur

mmm... memang mahal untuk hidangan makan tengahari yang tak seberapa nie... patut la banyak sangat komen negative pasal harga... apa pun, pasembur kat kedai nie memang sedap... dan teman mengidam, kalau pegi Penang nanti, teman nak makan kat sini lagi... lain laa, kalau teman jumpa ada kedai pesembur lain yang lagi sedap, then tak nak la support kedai nie lagi...

Gani Famous Pasembur

Gani Famous Pasembur

anyway, kalau kawan-kawan ada option  untuk teman, kedai pasembur mana yang best kat Penang nie... boleh la tinggalkan komen kat sini... Next time kalau datang Penang lagi, boleh laa teman terjah... Jalan-jalan Makan-Makan... :D

Sapa-sapa yang nak pegi try test rasa... nah amik awak koordinatenya kat bawah nie...


Koordinate GPS - Google Maps


5.422892,100.340517




View Larger Map

Wordless : The Cenotaph War Memorial

The Cenotaph War Memorial nie adalah tugu peringatan Peperangan Dunia ke dua yang terletak di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

The Cenotaph War Memorial

Wordless : Char Koay Teow Gitu-gitu

Gerai nie terletak di Medan Selera Padang Kota Lama, Pulau Pinang. mmm... tertanya-tanya juga, owner kedai nie Apek Senario ke?

Char Koay Teow Gitu-gitu

Tuesday, May 15, 2012

Petua - Untuk mendapatkan gorengan cempedak lebih garing dan ranggup

Saja jer, teman nak sharekan macam mana nak buat cempedak goreng yang ranggup... memang laa sedap makan cempedak goreng nie... lagi best kalau isteri tersayang yang gorengkan... :D



Untuk tambahkan kerangupannya, cuba lah petua ini. Senang jer... Campurkan sebiji telur ayam, sedikit kelapa kedalam bancuhan tepung dan sedikit garam. Celupkan cempedak itu ke dalam tepung tadi dan goreng didalam minyak yang banyak dan panas. Cempedak goreng puan akan lebih garing, rangup dan tidak terlalu berminyak.

Monday, May 14, 2012

500 tahun terkubur di pergunungan

Cuba bayangkan tubuh badan anda ditemui 500 tahun akan datang... macam mana laa rupanya yer...

Ini laa yang ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi di sebuah pergunungang Peru pada tahun 1999. Ekspedisi ini dibiayai oleh National Geographic Society dan di ketuai oleh anthropologist Johan Reinhard dan archaelogist Argentina, Constanza Ceruti. Mereka telah menemui tiga mayat (mumi) kanak-kanak dari zaman Empayar Inca yang sempurna tubuh badannya yang telah dikorbankan 500 tahun dahulu.



Penemuan ini telah dibuat di sebuah kawasan pergunungan, gunung berapi Llullaillaco. Llullaillaco merupakan gunung berapa tertinggi didunia dan masih lagi aktif. Ketinggiannya mencecah 22,100 kaki atau 6,700 meter. Ketinggiannya menyebabkan puncak gunung ini di liputi salji bila musimnya. Penemuan nie merupakan tapak arkeologi tertinggi didunia yang pernah dibuat.




Mengikut kajian dari penulisan sami-sami Sepanyol, kanak-kanak ini adalah mangsa yang di korbankan dalam capacocha, iaitu suatu istiadat keagamaan yang disambut semasa Empayar Inca.

Mummy ini terdiri dari seorang mummy perempuan berumur 15 tahun yang lebih dikenali dengan panggilan "La doncella" atau "The Maiden", seorang mummy kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun yang dikenali sebagai "La nina del ravo" atau "The Lightning Girl" dan seorang mummy kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun. Nama samaran atau nick name ini adalah simbolik atas fakta bahawa mummy ini telah berada selama 500 tahun di kemuncak pergunungan tersebut. Sebahagian dari mummy ini ada yang telah terbakar sebahagian akibat panahan petir dan turut ditemui ialah artifak upacara pemujaan bersama mummy tersebut.

Ketiga mummy ini di pamerkan di Museo de Arqueologia de Alta Montana di Salta, Argentina secara bergilir, supaya mummy ini tidak terlalu terdedah kepada perubahan persekitaran. Kebiasaannya mummy ini akan digilirkan setiap 6 bulan.



"La doncella" atau "The Maiden" - Mummy remaja perempuan

Ketika ditemui, mummy remaja perempuan ini memakai mahkota kebesaran yang mana memungkinkan dia adalah aclla atau Sun Virgin.




Itu bermaksud, remaja ini adalah gadis yang terpilih dan disucikan sebagai gadis kecil yang tinggal bersama gadis-gadis lain dan wanita yang akan menjadi permaisuri, sami dan untuk di korbankan. Ketika di temui, remaja perempuan ini memakai baju berwarna perang atau coklat bersama beberapa patung.




Rambutnya disiratkan dengan teliti dan dia mempunyai beberapa rambut putih (uban), mungkin menunjukkan tekanan emosi. Remaja ini dan kanak-kanak yang lain dipercayai sejenis dadah iaitu Chicha, a maize beer (jus Jagung) bersama daun Coca sebelum di tinggalkan di kemuncak gunung itu.


Daun Coca


Gambar : Ehsan dari Wikipedia


Mummy budak lelaki

Pakaian mummy budak lelaki ini terdapat kesan muntah bercampur darah, yang memungkinkan kanak-kanak ini menderita akibat edema pulmonari (pulmonary edema). Adalah dipercayai, kanak-kanak ini mati akibat kelemasan. Kanak-kanak ini, satu-satunya mummy yang terikat dengan sehelai kain dengan cukup ketat sehingga menyebabkan keretakkan tulang rusuknya dan terkehel tulang pinggulnya.


"Lightning Girl", mummy remaja perempuan.

Tubuh kanak-kanak telah dipanah petir pada masa yang sama selepas kematiannya. Mungkin juga kematiannya adalah disebabkan panahan petir. Dia memakai suatu hiasan di kepalanya dan satu plat logam di atas dahinya.



Dia telah dikebumikan bersama dengan balang-balang yang telah dibuat di sekitar Tasik Titicaca dan Cuzco. Kanak-kanak ini satu-satunya antara mereka bertiga dimana mukanya telah dipusingkan keatas.