Saturday, August 31, 2013

Kuliah : Best ke kahwin?

Galeri Ceritera Tanah Airku : Berjuang Sehingga Ke Titisan Darah Terakhir

Bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 56, pihak Telekom Malaysia telah menganjurkan pameran Galeria Tanah airku : Merdeka bermula 26 August sehingga 16 September bertempat di ruang lobi Menara TM. Pengunjung yang berkesempatan ke Menara TM boleh melawat ke galeri ini untuk mengetahui perjalanan kemerdekaan negara kita Malaysia.

Teman kongsikan disini beberapa gambar yang sempat teman ambil untuk dikongsikan bersama. Perlu diingat semua kaum di Malaya ketika itu bersatu padu menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah. Oleh itu, semua kaum perlu bersatu dalam mengekalkan kemerdekaan dan keamanan negara kita.


Logo kemerdekaan yang ke 56





Main entrance ke Galeri Ceritera Tanah Airku




Antara wira-wira kemerdekaan dari pelbagai kaum yang berjuang menuntut kemerdekaan



Rundingan Baling




Pertempuran di Bukit Chandu. Klik disini untuk membaca entry Muzium Angkatan Tentera Malaysia



Peristiwa serangan di Bukit Kepong oleh Komunis





Wasiat raja-raja melayu





"The unsung Heroes from other race" yang bersama berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah






Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Friday, August 30, 2013

Senarai dan identiti gangster di Malaysia

Banyak juga yer gangster di Malaysia nie... Macam-macam nama gengster ada... Patut la, filem berunsur gangster mendapat sambutan... Tak tahu lah teman apa motif sebenar penerbit filem di Malaysia nie membuat filem berkenaan gangster... nak mempromote budaya gangster ke? Berdasar tontotan free filem-filem gangster nie, teman lihat kebanyakkannya memperlihatkan budaya gangsterism  Ada faedah ke menonjolkan budaya ini kepada masyarakat? Perlu ke masyarakat ambil tahu budaya gangster nie?

Bagi teman, apa yang perlu ialah kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti gangsterism ini kepada pihak berkuasa untuk di ambil tindakan. Dibawah adalah senarai kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dalam banyak-banyak senarai ini, Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 adalah kumpulan kumpulan kongsi gelap yang paling merbahaya.



Senarai dari Utusan Malaysia


Statistik PDRM berdasarkan pecahan kaum, orang India paling banyak menyertai kongsi gelap iaitu 28,926 orang diikuti kaum Cina (8,214 orang) dan Melayu (1,923 orang).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130830/je_04/Geng-36-04-08-paling-bahaya#ixzz2dPIqWjnA
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tahukah kome, semua gengster diatas mempunyai indentiti mereka tersendiri. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai panji-panji atau lambang kumpulan mereka sendiri. Antaranya ada dalam gambar dibawah,

Gambar ehsan Facebook VAT 69

Macam mana nak tahu mereka nie anggota gengster. Kebanyakkan anggota kongsi gelap ini ada tatoo ditubuh mereka. Ini antara mereka yang berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.




Gambar ehsan Facebook VAT69

Teman menyokong penuh usaha pihak berkuasa dalam memerangi kumpulan kongsi gelap ini. Syabas kepada pihak PDRM. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, sama-samalah kita menyokong usaha pihak PDRM dalam membenteras kegiatan jenayah ini. Harapan teman, semoga Malaysia akan kekal aman dan rakyatnya hidup bersatu dan hormat menghormati diantara satu sama lain.

Thursday, August 29, 2013

Petua : Kewanitaan

Petua kali ini khas untuk golongan wanita yang sudah berkahwin. Dalam hubungan suami isteri, ada baiknya lah mengikuti petua orang lama. Malas nak cerita panjang, kome baca je petua nie.


Bahan-bahannya tak lah susah sangat nak dapat. Cuma perlukan manjakani dan halia kering.

Nak tahu khasiat manjakani. Klik disini untuk membacanya.

Manjakani

Dapatkan bahan-bahan ini;
  • Manjakani (tiga atau empat biji)
  • Halia yang sudah dikeringkan
Halia kering
Gambar ehsan Google

Kesemua bahan diatas perlulah ditumbuk sehingga hancur. Kemudian campurkan didalam air panas. Biarkan air tersebut suam-suam kuku. Amalkan meminum air ini sekali seminggu. Kesannya... mmm... hanya mereka yang mencubanya saja yang tahu... :d

Kalau tidak keberatan, sesiapa yang mencuba petua nie sudi-sudilah tinggalkan komen anda untuk panduan pengunjung lain yer... :d


Wednesday, August 28, 2013

Spotted : No plat baru wilayah (W 1688 A)

Spotted today, new car with new Wilayah number plat.


Tuesday, August 27, 2013

Atasi ketidak selesaan ketika beraya

Sebulan telah kita berpuasa, sebulan jugalah nampaknya kita beraya. Sampai ada yang lupa untuk berpuasa sunat 6 hari. Maklumlah jemputan untuk OPEN house banyak sangat. Beraya dari rumah ke rumah boleh menyebabkan perut bagaikan hendak 'meletup' akibat terlalu banyak menikmati juadah yang disediakan.

Gambar ehsan Google

Malah badan juga terasa letih dan lesu dengan cepat walaupun tak buat apa-apa kerja berat pun. Kalau kome mengalami masalah ini, cubalah petua dibawah;

Masalah perut sebu. Klik disini, dan disini juga.

Untuk segarkan tubuh anda yang lesu. Klik  disini untuk membaca petua tersebut.

Haa... kalau sakit tekak pulak, klik disini untuk membaca petuanya. Maklumla, di musim open house nie, banyak sangat minum air berais.

Sunday, August 25, 2013

Kuliah : 6 perkara yang boleh menyebabkan manusia menjadi sombong

Saturday, August 24, 2013

Kuliah : Tips dan doa dari Al-Quran

Segment kuliah hari ini ingin berkongsi ilmu dari ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Amalkan surah Al-Baqarah, ayat 102 - doa untuk mengelakkan suami, isteri serta anak-anak bergaduh sesama sendiri.

Amalkan surah Al-Anbiyaa, ayat 79 - doa untuk anak-anak pandai dan rajin belajar

Amalkan surah Al-Anbiyaa, ayat 69 dan surah Al-Hasyr, ayat 22-24 - doa untuk melembutkan hati @ mengelakkan panas baran

Amalkan surah Toha, ayat 1-5 - doa untuk anak-anak yang malas kesekolah atau belajar supaya mereka rajin belajar

Amalkan surah Toha, ayat 39 - doa untuk suami isteri supaya sentiasa bahagia dan tidak curang

Amalkan surah Taubah, ayat akhir - doa pendinding diri

Kuliah : Jangan kamu hampiri zina

Jauhi Zina

Thursday, August 22, 2013

Petua : Segarkan badan anda

Cuaca tidak menentu pada masa kini membuatkan sesiapa sahaja mudah berasa letih. Keadaan ini boleh membuatkan kome mengalami demam panas terutamanya ketika di musim perayaan ini.

Dapatkan buah-buahan seperti dibawah;

  • Sebiji buah oren
  • Sebiji buah Kiwi
  • Setengah biji buah mangga





Gambar ehsan Google

Bagi mengekalkan kesegaran badan,  kisarkan sebiji oren,  buah kiwi dan setengah biji mangga. Jus tropika ini kaya dengan vitamin C dan A yang mana pengambilan vitamin itu dapat memantapkan lagi antibodi tubuh kome untuk melawan penyakit.

Petua : Sakit tekak di musim perayaan

Pengambilan minuman bergas dan makanan berminyak secara berlebihan boleh mengakibatkan sakit tekak. Sebelum ini, teman ada kongsikan petua mengatasi masalah sakit tekak ini. Klik disini untuk membacanya dan disini juga.





Selain minum air asam jawa untuk mendapatkan kelegaan, kome juga boleh meminum jus daripada perahan sebiji buah oren, lemon dan sedikit madu. Jus ini juga baik untuk sistem pencernaan.

Petua : Mengatasi masalah perut sebu

Makan dalam kuantiti yang banyak selepas sebulan berpuasa boleh mengakibatkan sakit perut dan sebu. Sebelum ini, teman ada berkongsi petua mengatasi masalah perut sebu. Klik disini untuk membacanya.

Kali ini, teman akan kongsikan satu lagi petua berkenaan sakit perut dan perut sebu. Petua nie memerlukan bahan-bahan seperti dibawah;

  • Sebiji timun
  • Tiga batang Celeri
  • Setengah inci halia (jangan lebih pulak)


Timun

Batang Celeri

Halia


Ketiga-tiga bahan ini dikisar bersama sedikit air suam sebagai jus. Kome juga boleh menambah sedikit madu jika perlu.

Minum jus tersebut untuk melegakan ketidakselesaan perut, disamping membuang angin.

*Penting! Jauhi mereka yang meminum jus ini. Jika tidak, kome akan di BOM :d

Petua : Rahsia untuk rambut lebat

Rambut adalah mahkota wanita. Memiliki rambut yang lebat dan sihat dan berseri adalah impian setiap orang. Penjagaan rambut amat penting, baik bagi kaum wanita mahu pun kepada kaum lelaki. Sebab itulah penjagaan rambut perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Klik disini untuk mengetahui petua penjagaan rambut supaya sihat berseri.

Gambar ehsan Google

Hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk melebatkan rambut. Bagi mereka yang memiliki rambut yang tak berapa nak lebat tu, boleh lah mencuba petua ini. Caranya mudah sahaja. Kome perlu ada bahan yang disenaraikan dibawah;

  • Minyak bijan
  • Bunga melur atau bunga melati
  • Daun pandan



Gambar ehsan Google

Bunga melur atau bunga melati dan daun pandan perlulah dihiris halus / cincang atau pun ditumbuk sehingga hancur. Bahan ini kemudiannya dicampur bersama minyak bijan. Sebatikan campuran ini dan kemudian disapukan pada keseluruhan bahagian kepala (rambut). Biarkan selama 20 minit sebelum rambut dicuci bersih. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.

Selamat mencuba. Bila dah mencuba, tinggal lah komen ye.

Wednesday, August 21, 2013

Tips untuk kenaikkan pangkat dan interview

Macam mana nak naik pangkat? Haa... nie laa satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran para pekerja. Baik di pihak kakitangan kerajaan atau pun yang berkerja dengan pihak swasta. Kalau duduk ditempat yang sama saja dari masuk kerja hinggalah saat dipencenkan pun boring jugakkan. Atau pun mungkin ada yang bercadang untuk menukar kerjaya, boleh la cuba tips ini.

Ok, teman akan kongsikan satu tips bagaimana penilaian untuk kenaikkan pangkat dibuat. Kriteria ini hanya terpakai pada peringkat pengurusan pertengahan. Tetapi working level pun boleh juga diguna pakai. Cuma peratusannya mungkin akan berbeza sedikit.

Kriteria yang diambil kira dan dinilai adalah seperti berikut;


  • Networking
Networking disini lebih merujuk kepada personal networking. Dengan kata lain, personal networking adalah satu rangkaian peribadi, bagaimana individu tersebut dikenali oleh individu yang lain dan dengan siapa individu tersebut akan berinteraksi dengan individu yang lain dalam menyokong aktiviti berkonsep bekerja dalam satu kumpulan.
Rangkaian peribadi ini adalah bertujuan untuk menjadi lebih bermanfaat bersama-memperluaskan konsep kerja berpasukan. Rangkaian peribadi sering di galakkan oleh pertubuhan-pertubuhan besar, dengan harapan untuk meningkatkan produktiviti, dan sebagainya

Dalam penilaian untuk kenaikkan pangkat 80% adalah berdasarkan networking.


  • Image

Image disini merujuk kepada self image atau pun penampilan individu tersebut. Image disini adalah rupa, solekan, rambut dan cara berpakaian serta raut wajah individu. Tidak kira siapa anda atau apa yang anda lakukan, cara anda berpakaian dan penampilan diri anda mempunyai kesan yang besar kepada kejayaan anda. Apabila anda penampilkan imej yang berkeyakinan, anda lebih cenderung untuk berjaya dalam hubungan perniagaan dan sosial.

Dalam konteks penilaian kenaikan pangkat, 10% adalah dari penilaian image.




  • Performance

Performance yang dinilai disini adalah pencapaian individu dalam kerjayanya. Performance yang diambil kira adalah 3 tahun kebelakang pencapaian kerjaya individu tersebut.




Dalam konteks kenaikkan pangkat 10% adalah berdasarkan kriteria Performance.


Gambar ehsan Google

Tuesday, August 20, 2013

Teknik pengiraan darab

Kome boleh tak selesaikan pengiraan darab tanpa mengunakan kalkulator? Nie bukan kira-kira setakat dua tiga digit.... nie kira-kira yang melibatkan juta-juta... lebih dari 7 digit... Apa macam? Ada cadang nak praktik guna cara nie tak?


Sunday, August 18, 2013

Kuliah : Doa pembuka 12 pintu