Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Sunday, June 30, 2013
Saturday, June 29, 2013
Friday, June 28, 2013
Logo halal, tak semestinya halal
Bukan semua logo HALAL adalah halal. Kita dapat lihat pelbagai logo halal yang digunakan. Kome boleh baca entry terdahulu berkenaan logo halal disini. Klik disini untuk membaca entry berkenaan pihak yang berwajib melaksanakan undang-undang berkenaan produk halal. Sampaikan teh tarik berperisa BABI pun ada logo halal juga. Klik disini untuk membacanya.
Macam mana agaknya logo halal yang sebenarnya? Ini la logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.
Thursday, June 27, 2013
Petua : Untuk tumit kaki cantik
Bahagian kaki selalunya kita terlepas pandang dan mengabaikan aspek penjagaannya. Kali ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mendapatkan tumit kaki yang cantik. Kebiasaannya bahagian tumit kaki akan diliputi dengan kulit yang keras dan kesan rekahan.
Gambar ehsan : Google
Teman akan kongsikan petua untuk menghilangkan kesan rekahan ini. Bahan yang diperlukan adalah;
- 5 biji buah kedondong (dihiris)
- 2cm kunyit hidup
- Beberapa helai daun sirih
Gambar ehsan : Google
Caranya mudah saja. Tumbuk sehingga hancur halus kunyit hidup bersama dengan hirisan buah kedondong. Kemudian, letakkan bahan yang sudah ditumbuk diatas daun sirih dan lipatkan. Layurkan lipatan daun sirih tersebut diatas api perlahan (kecil). Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Biarkan selama 15 minit hingga setengah jam. Amalkan sekali seminggu.
Selamat mencuba!
Wednesday, June 26, 2013
Jerebu di sekitar Bangsar
Gambar ini diambil pada 25 June, 2013. Keadaan masih lagi teruk berjerebu. Gambar ini diambil sekitar pukul 7 pagi.
Gambar ini pula di ambil sekitar pukul 2 petang. Banyak bangunan tinggi masih lagi diliputi jerebu tebal.
Tuesday, June 25, 2013
Jerebu montok
Isu jerebu nie semakin hangat sekarang nie... Kuala Lumpur sudah bertukar menjadi seperti Cameron Highland pulak... bukannya dipenuhi kabus dingin... tetapi jerebu, akibat kebakaran hutan di Indonesia. Akibat dari masalah jerebu nie, timbul pula masalah kesihatan akibat menghirup udara yang tidak segar.
Tetapi sedarkah kita, padangan mata kita memang sudah lama di cemar jerebu-jerebu montok... Mulut dan hidung ditutupi untuk menghalang menghirup udara kotor. Tapi sedarkah kita anggota badan yang perlu ditutup tetapi tidak pula ditutup dan mencemari pandangan mata.... Teman sekadar berkongsi... renung-renungkan
Monday, June 24, 2013
Muncul kembali
Setelah hampir 3 bulan menghilang, akhirnya Nuffnang CPUV muncul kembali. Walau pun hanya sebiji yang menempek, tapi ok lah tu dari tiada langsung. Harap-harap selepas ini akan ada lagi CPUV lain yang datang menyinggah.
Hari pertama masuk pun dah ada 0.09 running dah... Kira OK la tu... Syukran...
Hari pertama masuk pun dah ada 0.09 running dah... Kira OK la tu... Syukran...
Sunday, June 23, 2013
Kuliah : 13 'T" To Strengthen Your Marriage
Just sharing some tips how to strengthen your marriage. I hope, this will benefit to others. Thanks for my.youngkhalifah facebook for sharing this with us.
Saturday, June 22, 2013
Kuliah : Dosa tersembunyi dari kamera
Sebagai pedoman bersama. Kadang-kadang kala, kita sangat gemar mengambil gambar untuk dikongsikan pada tatapan umum dengan mengunakan media sosial seperti Facebook, Google +, blog dan sebagainya. Tanpa disedari kita telah pun melakukan dosa. Bagaimana ini terjadi? Ikutilah illustrasi dibawah.
Friday, June 21, 2013
Spotted : PCT 4
Menarik. Semasa drive semalam teman terserempak dengan Mercedes S300 nie. Cantik no platnya PCT 4. Just nice untuk kereta mewah macam nie.
Pssst... Teman nie setakat berkongsi saja la... Kalau kome ada peluang untuk memilih nombor plat kereta kome, apa nombor pilihan kome yer?
Thursday, June 20, 2013
Petua : Untuk mengekalkan cili merah sentiasa segar
Petua kali ini, teman akan kongsikan untuk kegunaan di dapur. Cili atau lada adalah antara bahan yang perlu ada di dapur. Masalahnya, cili ini jika disimpan agak lama kesegarannya akan berkurangan.
Gambar ehsan : blogger riverorchagro
Petuanya mudah sahaja. Kome perlukan bekas yang kedap udara atau pun plastik yang kedap udara. Masukkan cili ini ke dalam bekas atau plastik kedap udara dan simpan seperti biasa.
Cili atau lada akan kekal segar dan tahan lebih lama sehingga tiga atau empat minggu tanpa layu. Petua ini boleh juga di gunakan untuk menyimpan sayur-sayuran lain dan juga buah-buahan.
Selamat mencuba dan jangan lupa tinggalkan komen kome setelah mengunakan petua nie.
Petua : Luruskan rambut secara semula jadi
Ramai wanita yang sukakan rambut panjang dan lurus. Bagi wanita yang berambut kerinting, mereka guna teknik rebonding untuk meluruskan rambut mereka. Kebanyakkan rawatan rebonding yang digunakan adalah mengunakan bahan kimia untuk meluruskan dan melicinkan rambut. Hari ini teman nak kongsikan satu petua tradisional di mana orang melayu dulu-dulu mengunakannya untuk meluruskan rambut mereka.
Gambar ehsan : Google
Antara bahan yang digunakan dalam petua ini ialah dua biji telur dan sedikit tepung gandum. Caranya mudah sahaja. Campurkan bahan-bahan ini dan bancuh sehingga menjadi pes. Dah siap. Mudahkan.
Macam mana nak gunakan? Mula-mula kome lembabkan rambut kome dengan air. Kemudian lumurkan bancuhan itu pada keseluruhan rambut. Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.
Murahkan jika dibanding buat rawatan rambut... Ok, Selamat mencuba! Tinggal lah komen kalau dah cuba petua nie :d
Monday, June 17, 2013
Recycle tayar kereta
Pernah tak tengok perhiasan macam nie. Tak sangka la pulak teman, ianya dibuat dari sebiji tayar kereta. Kalau tahu, buat sendiri pun boleh. Bukannya susah sangat pun. Cuma balut je tayar tu dengan tali. Kemudian sapu jer coated atau cat mengikut kegemaran masing-masing. Mudahkan! Tak payah membazir. Kalau kena gayanya, boleh buat duit :d
Sunday, June 16, 2013
Kuliah : Hukum makan najis dan perut ikan
Pagi ini teman hendak berkongsi berkenaan persoalan hukum memakan najis dan perut ikan kembung rebus atau ikan bilis.
Gambar ehsan : Google
Soalan
Assalamuaikum Ustaz,
Jawapan
"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)
Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus.
Firman Allah:
Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.
Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.
Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:
Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :
KESIMPULAN :
Soalan
Assalamuaikum Ustaz,
Baru-baru
ini saya menerima satu artikel dari forumer ingatan@yahoogroups.com menyatakan bahawa haram memakan ikan yang direbus/digoreng yang tidak
disiang (dibuang isi perutnya). Dengan jelas sekali dalam artikel tersebut,
saudara tersebut menyatakan hukum itu terguna pakai untuk ikan bilis sekali.
Ini amat
baru bagi saya. Dan sememangnya saya jahil tentang ini. Sebelum saya
menwar-warkan kepada rakan-rakan yang lain, saya ingin kepastian tentang hukum. Mungkin
ini di luar bidang kuasa ustaz, tetapi saya amat hargai sekiranya ustaz dapat
mencari sumber-sumber dari jemaah lain yang boleh membantu menyelesaikan
permasalahan ini. Saya kira,
ramai di forum zaharuddin.net ini berminat untuk
mengetahui kerana rata-rata, nasi lemak yang kita makan menggunakan ikan bilis yang
tidak dibuang perutnya.
BabyMerc
5727
Wa'alaikumussalam,
Dari
banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi
kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya saya tidak berminat
menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa'
dibuat oleh orang awam. Maka saya luangkan beberapa minit menjawabnya.
Islam
berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal
larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat
manusia dengan mengatakan:
"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)
Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus.
Firman Allah:
"Hai
orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami
berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu
berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan
binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan
terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa
baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha
Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)
Point
: Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia
mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus,
justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).
Makanan
kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya
tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian
berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu
hanyalah darah yang mengalir.
Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.
Rasulullah
s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab:
"Laut
itu airnya suci dan bangkainya halal." (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)
Dan firman
Allah yang mengatakan:
"Dihalalkan
bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.
Dan kata
Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu', iaitu bangkainya. Dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah
diceriterakan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan,
kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai.
lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih.
Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:
"Makanlah
rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada
sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit.
Kemudian Nabi memakannya." (Riwayat Bukhari)
Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :
Binatang
laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air. Binatang
ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya
itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak.
Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut,
babi laut dan sebagainya. Bagi
yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim
ataupun orang kafir.
Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada
hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang
laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk
menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah
menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya
sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin
untuk tidak menyiksanya.
Firman
Allah:
"Dialah
Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang
lembut." (an-Nahl: 14)
"Dihalalkan
buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan
untuk orang-orang yang belayar." (al-Maidah: 96)
KESIMPULAN :
DARI SUDUT
HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA
OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya
sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan
dagingnya.
Bagaimanapun, jika
adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat
mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya.
Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang
suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan
sahaja.
Justeru
itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah
harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak
makan pun tiada masalah.
Saturday, June 15, 2013
Friday, June 14, 2013
Short Video : Iklan Mc Donald yang tak boleh tahan
Nie iklan McD ke atau iklan cara-cara nak hapuskan isteri anda. Atau pun saja nak tunjukkan McD tu sangat best... sangat mengujakan... Sengat sodap... sehingga ikan pun tak akan lepaskan McD tu... hehehehehehe... Saja entry sekadar hiburan di pagi Jumaat nie.
Thursday, June 13, 2013
Petua : Untuk melembutkan daging
Kali nie teman nak kongsikan satu petua masakkan berkaitan daging. Kadang kala apabila memasak daging, kita mengalami masalah daging yang dimasak sukar empuk.
Jangan risau, teman ada jalan penyelesaiannya. Mudah sahaja caranya. Kome hanya perlukan secawan air kelapa. Mula-mula, rebuskan daging berkenaan dengan secawan air kelapa. Rebus sehingga empuk. Jumlah air kelapa bergantung kepada banyaknya daging yang kome masak. Kalau banyak dagingnya, lebihkan air kelapa tersebut.
Selepas daging tersebut empuk, boleh la kome memasak daging tersebut mengikut kehendak masakan kome. Selamat mencuba!
Petua : Rahsia kulit tegang
Kulit berkedut selalunya menjadi kerisauan kebanyakkan orang, terutamanya bagi wanita yang berada di pertengahan usia. Pastinya bimbang dengan kehadiran kedut di wajah. Usah risau. Kali ini teman akan kongsikan satu petua, jika diamalkan kome boleh melewatkan penuaan dengan petua ini.
Kome hanya perlukan bahan-bahan yang disenaraikan dibawah ini;
- Sebatang lobak merah (di parut)
- Satu sudu tepung jagung
- Sebiji kuning telur
Gambar ehsan : Google
Caranya mudah sahaja. Lobak merah itu hendaklah diparut halus. Kalau hendak dikisar, pastikan tidak dicampur air. Campurkan ke semua bahan diatas. Gaulkan sehingga sebati dan kemudian, sapukan pada keseluruhan wajah serta leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu.
Selamat mencuba!
Tuesday, June 11, 2013
Wordless : Pejabat KWSP, Petaling Jaya
Untuk mereka yang ada urusan KWSP, teman kongsikan koordinat GPS seperti bawah ;
3.109642,101.653372
Kedudukannya adalah bersebelahan dengan lebuhraya Persekutuan.
View Larger Map
Monday, June 10, 2013
Plat condong
Dulu teman buat entry cerita berkenaan plat
kereta nie untuk mengelak saman AES. Klik disini kalau kome nak membacanya.
Hari nie, teman nak buat entry berkenaan plat kereta juga. Tapi idak lah
secanggih plat kereta dalam entry cara mengelak saman AES tuu.
Kali nie, plat kereta yang teman nak
kongsikan disini adalah plat kereta statik. Tak ada apa yang canggih pun. Cuma
setakat aksesori kereta yang biasa jer. Pada pendapat teman, pemasangan nombor
plat macam nie mengundang saman pihak JPJ saje. Apa ke tidaknya, cuba kome
tengok.
Macam mana agaknya nak baca nombor plat kereta nie dari hadapan. Teman
tengok sendiri pun tak berapa jelas. Terlampau condong sangat. Kalau menirap
kat depan tu boleh la bacanya.
Teman ada la juga tengok kereta lain di
pasang dengan nombor plat macam nie. Tapi idak la condong sangat, sampai nak
tengok nombor platnya pun susah.
Sunday, June 9, 2013
Kuliah : Tips melawan hawa nafsu
Bagaimana hendak melawan hawa nafsu? Disini teman kongsikan satu tips yang boleh diamalkan untuk mengawal dan melawan hawa nafsu.
Saturday, June 8, 2013
Friday, June 7, 2013
Spotted : PHH 5213
MYVI berwarna pink yang superb external design nya. Siapa lah agaknya tuan punya MYVI pink yang bernombor plat PHH 5213 nie... Adakah tuan punya nya lelaki atau perempuan? mmm...
Thursday, June 6, 2013
Petua : Mengilatkan cermin
Rumah moden sekarang nie banyak yang mengunakan cermin. Memang nampak cantik. Selain dari itu, cermin juga banyak digunakan dalam hiasan dalaman. Teknik pengunaan cermin ini digunakan supaya ruang di dalam rumah nampak lebih luas lagi. Cermin ini perlu dijaga, jika tidak banyak habuk melekat atau pun kesan-kesan jari atau kotoran melekat di cermin.
Hari ini, teman akan kongsikan satu petua bagaimana hendak membersih dan mengilatkan cermin. Caranya mudah sahaja. Bahan yang diperlukan hanyalah satu sudu cuka dan dimasukkan ke dalam bekas penyembur yang berisi air.
Gambar ehsan : Google
Semburkan cermin dengan air tersebut dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu. Hasilnya cermin akan bersih dan berkilat.
Rajin-rajin tinggalkan komen setelah kome mencubanya. Selamat mencuba!
Sunday, June 2, 2013
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)