Thursday, September 19, 2013

Petua : Mengatasi masalah gastrik

Ada masalah gastrik? Selalunya dalam bulan ramadhan, ramai yang tak ada masalah gastrik mengaku ada masalah gastrik. Saja cari alasan tak nak berpuasa. Macam-macam alasan dicari. Ok, mereka yang memang ada masalah gastrik nie, teman ada satu petua yang boleh kome amalkan. Harapan teman, semoga petua ini dapat membantu kome.

Sakit gastrik

Gambar ehsan Google.

Ok, caranya begini. Dapatkan kunyit hidup kemudian kunyit ini perlu dikisar seperti membuat jus buah-buahan. Bahan ini kemudiannya perlu ditapis.

Kunyit hidup

Gambar ehsan Google.

Tambahkan sedikit madu secukup rasa dan sebiji kuning telur. Untuk telur, tak kisahlah guna telur ayam kampung atau telur biasa tu. Kemudian minum jus campuran ini. Amalkan sehingga penyakit gastrik kome sembuh.

Madu lebah Telur ayam

Gambar ehsan Google.

Selamat mencuba dan tinggallah komen kome tu bila dah amalkan petua ini. Nanti boleh jadi panduan untuk pengunjung blog ini. :d Tq

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...