Sunday, October 30, 2016

Kuliah : Wajib lengkapkan Surah Al-Fatihah

Entry kuliah pagi ini hanyalah ingin berkongsi kan satu persoalan yang diajukan berkenaan bacaan Surah Al-Fatihah semasa solat. Soalannya ada di kongsikan di bawah;

SOALAN INBOX:

Salam ustaz, sebagai contoh kalau imam baca Surah Al-Fatihah lepastu baca surah pendek saya tak sempat habiskan surah Al-Fatihah. Adakah saya perlu rukuk atau habiskan Surah Al-Fatihah baru rukuk?

Surah Al-Fatihah 

JAWAPAN:

1) Asasnya wajib membaca Surah Al-Fatihah pada setiap rakaat solat, jika tidak membaca Surah Al-Fatihah pada salah satu rakaat maka solat tidak sah kerana didasari oleh Hadith Rasulullah -sallallahu 'alaihi wa sallam- yang menyatakan, "Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Al-Fatihah", riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

2) Begitu juga menurut asas mazhab Syafi'ie, jika seseorang itu lewat mengikuti imam sebanyak 2 rukun fi'li maka solatnya terbatal. Sebagai contoh mereka yang tiada keuzuran melambatkan bacaan Al-Fatihah dan surah sehingga imam sudah lengkap rukuk dan iktidal maka batal solatnya.

3) Namun bagi makmum yang mempunyai keuzuran iaitu masalah bacaan Al-Fatihah dalam tempoh yang terlalu lambat, maka menurut mazhab syafi'ie ini diberi kelonggaran untuk menghabiskan Al-Fatihah dalam tempoh TIGA RUKUN solat yang panjang iaitu 'rukuk' dan 'dua sujud'(manakala 'iktidal' dan 'duduk antara dua sujud' adalah rukun yang pendek).

4) Makmum diberi keuzuran agar tidak mengikuti imam sebanyak tiga rukun yang panjang pada keadaan-keadaan tertentu(rujuk no. 6), di mana makmum mesti rukuk sebelum imam bangun dari sujud kedua untuk qiyam pada rakaat atau bangun untuk tasyahhud. (Rujuk: al-Majmu', Imam Nawawi)

5) Jika makmum itu tidak rukuk setelah imam selesai dari sujud kedua, maka dia wajib berniat mufaraqah ATAU berniat untuk mengikuti pada had itu, ini bermakna dia tertinggal satu rakaat dan wajib ditambah setelah imam memberi salam. (Rujuk: Taqrirat Sadidah)

6) Jika dapat menghabiskan Surah Al-Fatihah dan rukuk sebelum imam habis sujud kedua maka dia tidak perlu berniat mufaraqah bahkan dia mendapat rakaat itu bersama imam, oleh tidak perlu menambah rakaat setelah imam salam.

7) Dalam kitab "Taqrirat Sadidah" menjelaskan keuzuran-keuzuran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

i. Jika makmum lembab bacaannya disebabkan kekurangan diri, seperti gagap.

ii. Syak samaada sudah membaca Surah Al-Fatihah atau tidak.

iii. Makmum yang lupa membaca Surah Al-Fatihah.

iv. Makmum yang muwafiq yang menyibukkan diri dengan sunat seperti doa iftitah, tiba-tiba imam rukuk.

v. Imam tiada saktah selepas membaca Surah Al-Fatihah atau tidak membaca surah selepas Al-Fatihah dan ini menyebabkan makmum tidak sempat membacanya.

8) Perlu diingatkan, mereka yang was-was sehingga menyusahkan diri untuk menghabiskan Al-Fatihah tidak dikira sebagai keuzuran seperti di atas(No. 7). Dia dikira sebagai normal maka tidak diberi keuzuran menghabiskan Al-Fatihah selama tiga rukun yang panjang (Rujuk: al-Majmu', Imam Nawawi). Malah dia diwajibkan agar menghabiskan Al-Fatihah sebelum imam menghabiskan rukun yang kedua, jika tidak maka batal solatnya (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, Imam Ibn Hajar).

9) Berlainan pula jika seseorang itu masbuq iaitu terlewat mengikuti imam iaitu tempoh yang ada tidak memungkinkan dia menghabiskan bacaan Al-Fatihah  Dalam situasi ini apabila imam sudah mula rukuk maka dia tidak wajib melengkapkan Al-Fatihah, namun hendaklah rukuk bersama-sama imam walaupun Al-Fatihah tidak sempurna kerana ini kelonggaran bagi makmum yang lewat. (Rujuk: al-Majmu', Imam Nawawi)

10) Jika dia memilih untuk menghabiskan Al-Fatihah juga sehingga melepasi dua rukun fi'li yang dilakukan oleh Imam maka batal solatnya. Ini kerana melewatkan diri untuk mengikuti imam sebanyak 2 rukun fi'li, sedangkan dia tidak diwajibkan menghabiskan Al-Fatihah.

11) Makmum yang lewat masuk jemaah tidak disunatkan membaca doa iftitah dan ta'awwuz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) kerana keutamaan perlu berikan kepada yang wajib iaitu bacaan Surah Al-Fatihah  Melainkan meyakini bahawa dia berkesempatan untuk menlengkapkan Surah Al-Fatihah setelah membaca doa iftitah dan ta'awwuz.

Wallahu A'lam
Abu Ruqayyah Ba 'Alawi

Saturday, October 29, 2016

Kuliah : Kesilapan semasa solat Jumaat yang ramai kaum lelaki tidak sedar

Kesilapan yang sering dilakukan ketika solat Jumaat. Manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.

Solat 
Gambar ehsan Google

Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.

1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)

2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)

4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)

5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)

6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)

7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.

Friday, October 28, 2016

Dimanakah silapnya?

Gambar nie teman ambil semasa berkunjung ke Klinik Menara, Bukit Jelutung. Lebih specific di kawasan parking Jalan Pelapik B U8/B, Seksyen U8, Shah Alam. Ada orang parking kereta tak betulkah? Atau mungkin kereta besar dari parking atau mungkin juga parking lot tu tak mengikuti standard saiz yang sepatutnya.


Entry nie bukan pasal teman nak salahkan tuan punya kereta nie. Tapi mengikutkan saiz keretanya dan parking lot tu, memang muat-muat kereta tu jer. Apa pun harap pihak MBSA mengambil perhatian pasal parking lot yang tidak standard ini dan menyusahkan orang ramai.

Apa pun, kalau teman masuk juga dalam parking lot tu, confirm tak boleh bukak pintu kereta... 👮🏻👮🏻👮🏻👮🏻

Thursday, October 27, 2016

Petua : Mengatasi masalah cagu atau cekam

Kome pernah dengar tak perkataan cagu atau di kenali juga sebagai cekam. Teman biasa dengar perkataan nie masa sekolah di asrama dulu. Selalu kawan-kawan sebut bau cekam bila terhidu sesuatu yang busuk😷. Cagu atau cekam nie biasanya terjadi pada ibu jari kaki. Faham-faham saja la, jari kaki dah sakit, tentu nak pakai kasut pun tak boleh.

Cekam 
Gambar ehsan Google

Dalam entry kali ini, teman akan kongsikan satu petua untuk merawat masalah cagu atau cekam nie. Senang je nak buat petua nie. Mula-mula perahkan beberapa titis air limau pada bahagian kuku yang mencengkam daging jari itu. Kemudian, biarkan untuk beberapa minit.

Jika boleh, potong lah bahagian kuku yang mencengkam bahagian jari tersebut. Lakukan ini dua kali sehari dengan menitiskan air limau pada cagu atau cekam itu. Ini dapat menyembuhkan masalah cekam itu.

Harap petua ini dapat membantu melegakan masalah cekam itu.

Sunday, October 23, 2016

Kuliah : Ciri pemimpin yang baik

Nasihat Imam Ghazali

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.

Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.





Saturday, October 22, 2016

Kuliah : Jangan sehingga terbatal solat

Sekadar perkongsian ilmu. Solat hendak lah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jangan ambil mudah setiap rukun didalam Solat. Jika tidak sempurna, maka terbatal lah solat itu.

Salam dalam solat 
Gambar ehsan Google.

Soalan;

Ketika memberi salam di hujung solat, adakah kita memberi salam dulu baru berpaling ke kanan atau ke kiri, atau kita berpaling bersama-sama memberi salam?


Jawapan:

Mula-mula kita lafazkan

 "Assalamu alaikum" dengan muka masih menghadap ke kiblat, kemudian bila menyebut "Wa rahmatullah" barulah kita memalingkan muka ke kanan atau ke kiri. Dengan cara ini kita dapat mengelak dari berpaling ketika masih dalam solat kerana selagi belum melafazkan salam, selagi itu kita dikira masih dalam solat.


Maka apabila kita melafazkan salam terlebih dahulu, kemudian baru berpaling, kita berpaling setelah menyelesaikan solat dengan melafazkan salam.

Solat 
Gambar ehsan Google.

Mengenai larangan berpaling dalam solat, ia disebut oleh hadis dalam Soheh al-Bukhari dari 'Aisyah RA yang menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpaling di dalam solat, lalu baginda menjawab;

«هُوَ اخْتِلاَسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ العَبْدِ»

"Perbuatan itu adalah salah satu cara Syaitan mencuri tumpuan seorang hamba dari solatnya" 
(Soheh al-Bukhari; 751).

Rujukan;

1. Syarah 'Umdatil Ahkam, Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha.
2. al-Mughni, Imam Ibnu al-Qudamah, 1/399.

Koleksi kuliah Tn guru Dato' Dr Harun Din.

Tuesday, October 18, 2016

Mutiara kata Prof Muhaya

Sekadar perkongsian... Sedap pulak kata-kata Prof Muhaya ni...

Bait-bait ayat Prof Muhaya menarik untuk dijadikan pedoman buat kita.

Prof Dr Muhaya
 
Gambar ehsan Google 

👉Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

👉Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

👉Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

👉Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

👉Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

👉Waktu kita "Miskin" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

👉Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

👉Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

👉Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai,

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita

- Peringatan kepada diri sendiri juga....💕💕

Sunday, October 16, 2016

Kuliah : Rahsia surah Al-Fatihah

Segmen kuliah hari ini akan berkongsi berkenaan fadilat membaca Surah Al-Fatihah.

1. Al fatihah - *Seringkali di baca untuk arwah.*
2. Al fatihah - *Tanpa membacanya solat kita tidak sah*
3. Al fatihah - *Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.*
4. Al fatihah - *Jika merindui seseorang, maka bacalah.*
5. Al fatihah - *Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.*
6. Al fatihah - *Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.*
7. Al fatihah - *Terjemahannya indah, hafalnya mudah.*
8. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.*
9. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.*
10. Al fatihah - *Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.*

Surah Al-Fatihah 

*FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH*

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Buat pengunjung blog ini;
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah hadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yang berterusan hingga ke jannah.

Mudah-mudahan  perkongsian ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.

Saturday, October 15, 2016

Kuliah : Tertipu dengan dua nikmat

Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya..

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.huma, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya : Sihat dan kelapangan (masa lapang)" [HR Al Bukhari]

2 Nikmat 
Gambar ehsan Google

Ibnu Al Jauzi berkata "Adakalanya seseorang berada didalam keadaan sihat namun tidak memiliki waktu lapang kerana disibukkan oleh urusan dunia. Ada yang berkecukupan (waktu lapang) tetapi tidak sihat. Bila kedua keadaan ini berkumpul, sementara diri lebih dikuasai oleh rasa malas, bererti dia telah tertipu. Dunia ini adalah ladang akhirat, didalamnya ada perniagaan yang keuntungannya akan diperolehi diakhirat. Orang yang mampu memanfaatkan waktu lapang dan sihat untuk mentaati Allah, maka dia akan bahagia, sedangkan orang yang menggunakannya untuk maksiat terhadap Allah, maka dia telah tertipu kerana setelah kesenangan akan datang kesibukan dan setelah sihat akan datang sakit."

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Friday, October 14, 2016

Orang buta dan sudu

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu.

"Encik, saya kan buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah digunakan pengunjung restoran ini, saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tau masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta.

Orang buta 
Gambar ehsan Google

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yang belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut.

"Saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap, sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan. Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya!

Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah digunakan untuk makan menu lainnya. Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta tersebut. "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan kerabu sotong dan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.

Tepat sekali!

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula ke restoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia datang pada waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu oleh lelaki buta.

Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati, garu sudu ni kat ketiak awak tu."

Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut je!" kata Yati, tidak faham. "Alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh- gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata...

"Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?"

Cinta itu buta...

Thursday, October 13, 2016

Petua : Untuk mengurangkan dengkuran

Masalah tidur berdengkur. Tidak mengira lelaki atau perempuan, memang ramai yang mengalami masalah tidur berdengkur nie. Sehingga kini, tiada penyelesaian yang betul-betul berkesan untuk mengatasi masalah tidur berdengkur nie. Masalah dengkuran ini ada pelbagai tahap. Jika di tahap kronik sehingga bergegar rumah dan mengganggu seisi rumah serta jiran tetangga perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut.


tidur berdengkur

 Gambar ehsan Google

Antara pilihan alternatif kome boleh cuba petua ini.

Badam 
Gambar ehsan Google

Dapatkan tujuh biji badam atau almond. Kemudian, tumbuk sehingga halus dan campurkan kedalam segelas susu panas. Minum lah susu ini beberapa minit sebelum tidur.

Selamat mencuba.

Tuesday, October 11, 2016

Lain macam pulak bacaan doa tawaf nie

Kejadian tu dikatakan berlaku semasa musim haji yang lepas. Biasanya ketika jemaah haji mengelilinggi Kaabah ada zikir dan doanya tersendiri seperti dilakukan oleh Rasulullah. Tapi bila tengok video nie, lain macam pulak bacaannya. Teman pun tak pasti nie jemaah dari negara mana. Mungkin orang yang lebih arif boleh bagi pandangan mengenai penrkongsian ini.




Sunday, October 9, 2016

Kuliah : Keberkatan di waktu pagi

Waktu pagi ni adalah waktu pembuka rezeki. Ditambah pula dengan hari Jumaat yang penuh barokah...

So apa nak buat? Mulakan pagi kita ni dengan amalan berikut ;

1. Istighfar sebanyak mungkin. Sebab selain daripada dosa kita yang melambak-lambak hasil dari kita bertangguh taubat, istighfar juga boleh membuka pintu rezeki.

Rezeki di awal pagi 
Gambar ehsan Google.

Tapi niat utama kita istighfar memang untuk taubat dan rasa menyesal sebab dosa kita.

2. Baca Quran. 1 muka surat pun jadilah. kalau tak sempat sangat, baca 1/2 muka surat pun boleh.

Kalau betul-betul tak sempat, baca apa yang ingat je. Lagi bagus, baca al kahfi.

3. Baca al mathurat. Kalau hafal, memang boleh baca sambil drive.

4. Sedekah dalam bentuk duit. Bagilah kat anak yatim ke, tabung masjid ke, jumpa orang miskin tepi jalan ke, dan lain-lain.

5. Kalau ada anak isteri, cium ubun-ubun anak lalu doakan anak kita moga Allah kurniakannya Syurga Firdaus. Kalau ada suami, cium tangan suami dan doakan dalam hati moga Allah kurniakan suami Syurga Firdaus.

6. Nanti solatlah dhuha 4 rakaat 2 salam kalau ada kesempatan masa. Waktu Dhuha habis ada banyak pendapat ulama'. Tapi kami ambil pendapat yang menyatakan 15 minit sebelum zohor baru waktu Dhuha habis.

Lagi?

Buatlah dulu 6 ni dan istiqomahlah. Jangan tergopoh-gopoh. Allah suka amal yang sedikit, tetapi istiqomah (konsisten).

 semoga Allah pelihara dan mudahkan urusan kita hari ini....Aamiin ya Rabbal alamiin😋😋😋🤗🤗

#Subhanallah
#alhamdulillah
#Allahuakhbar

Saturday, October 8, 2016

Kuliah : Padang Mahsyar

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. Para sahabat rasulullah s.a.w bertanya, mahsyar kat mane? Jawab rasulullah s.a.w, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tidak ada pokok, tidak ada sungai, gunung-ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi apabila malaikat israfil meniup sangka kala pada pertama kali. Pada kali kedua malaikat israfil meniup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesame sendiri, dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. Rujuk surah yasin ayat 52-54. Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah r.a pernah bertanya rasulullah s.a.w, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.  Lalu dijawab nabi s.a.w dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a'basa ayat 37 (80:37).

 
Gambar ehsan Google.

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Bila sampai di mahsyar,  perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam a.s hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab nabi Adam a.s dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad s.a.w, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita je, dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kite akan turun dari arash. Mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab itu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. Kemudian Allah panggil sorang-sorang untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite baca semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. Tak de satu pun tertinggal. Lepas habis baca Allah akan tanye kita 3 soalan.

1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)tak ingat
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, etc. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tapi effect jugak orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang... Bukan jugak simply boleh masuk dengan baik sorang-sorang... so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan... Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin.. ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...

Thursday, October 6, 2016

Petua : Mengatasi masalah rambut beruban

Masalah uban di kepala. Sesetengah orang mengganggap uban sebagai suatu masalah besar yang menjejaskan penampilan mereka. Sebahagiannya pula beranggapan tiada masalah. Mereka mengganggap uban sebagai kitaran kehidupan yang memaparkan kematangan individu tersebut. Apa pun, bagi mereka yang berasa tertekan dengan masalah rambut beruban ini, boleh mencuba petua yang teman kongsikan hari nie.

Rambut beruban 
Gambar ehsan Google

Bahan utama yang di perlukan ialah air kelapa. Dapatkan air kelapa kemudian campurkan bersama satu sudu kecil garam. Mula-mula basuh rambut seperti biasa.

Air kelapa 
Gambar ehsan Google

Kemudian basuh rambut dengan air kelapa yang telah di campurkan dengan garam. Biarkan seketika, selepas itu boleh lah di bilas dengan air bersih. Jadikan petua ini sebagai amalan. Rambut beruban akan kembali terserlah kehitamannya.

Teman belum lagi cuba petua nie 🤗.... Rambut teman tak beruban lagi... kalau kome pernah cuba petua nie, harap boleh lah tinggalkan komen untuk rujukan sahabat penggunjung lain ye.

Wednesday, October 5, 2016

Wordless : Racun

Untuk mereka yang berkebun, mungkin boleh guna tips letak tanda nie untuk menghindar hasil tanaman dari pencuri.

Tanda racun

Sunday, October 2, 2016

Kuliah : Ikhtiar kita untuk menjemput rezeki

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

Rezeki 
Gambar ehsan Google

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR - Ya Wahhab ( Maha Pemberi ) 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTU, Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Kuliah : Jika kita tidak redha...

Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pd kita?"

Jawapan ustaz ringkas je,
tapi agak menyentap jiwa :

"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."

Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT.

Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke?

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu. Seorang-seorang akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?

Redha 
Gambar ehsan Google

Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.

Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.

Biarlah Allah menghakimi.

Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.

Kita akan lebih tenang.

Inshaa Allah.

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH & SILAP YG SENGAJA @ X DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DGN SAYA.*

*ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN*

SALAM MAAL HIJRAH 1438

Saturday, October 1, 2016

Kuliah : Jadi mayat

Baru kelmarin dia cantik , tampan dan jadi rebutan ...
Sekarang ? , meskipun dia masih cantik dan masih tampan tetapi tidak ada yang sudi mendekatinya , apalagi memilikinya ... ! ,

Baru kelmarin dia memikat, mempesona dan menarik simpati ...
Tetapi sekarang , orang yang paling dekat hendak memendamkan jasadnya ke dalam tanah secepatnya ... !

Mayat 
Gambar ehsan Google.

Baru kelmarin dia selalu dinanti nanti , ditunggu tunggu ...
Sekarang keluarga pun tidak mau dia ada dirumah lama lama ...

Baru kelmarin dia lincah , gagah dan perkasa ...
Tetapi sekarang , mengelipkan mata pun dia tak sanggup ... !

Baru kelmarin dia beli pakaian fesyen terbaru ...
Sekarang dia pakai pakaian fesyen lama , model zaman Nabi Nabi ... !

Baru kelmarin dia beli perfume berjenama ...
Sekarang tubuhnya wangi pandan dan kapur barus ... !

Baru kelmarin dia mencuci rambut di saloon ...
Sekarang dia mencuci dengan tanah ... !

Baru kelmarin dia selesaikan pinjaman kendaraan baru milik nya...
Sekarang dia pakai kenderaan jenazah dan kemudahan masjid ... !

Baru kelmarin dia makan enak di restoran mewah ...
Sekarang dia yang jadi makanan para cacing dan ulat dan sebagainya ...

Baru kelmarin dia beli lampu kamar eksklusif 24 watt ...
Sekarang dia dalam ruang gelap 24 jam ... !

Baru kelmarin sewa rumahnya dibayar habis ...
Sekarang dia tinggal percuma di lubang tanah ... !

Baru kelmarin dia minum jamu awet muda ...
Sekarang daging di tubuhnya meleleh leleh ... !

“ ... APA YANG KINI DIA HARAPKAN ...? ” ,

Baru kelmarin dia tidur lelap ketika azan subuh ...
Sekarang dia sangat berharap dapat ke masjid waktu subuh walau merangkak ...

Baru kelmarin dia lantang menentang dakwah Agama ...
Sekarang ini dia sangat berharap ada yang mengajak dia amalkan Agama ..

... SubhanAllah ...

Perkongsian dari kuliah Ustazah Khairus Saadah.