Friday, November 30, 2012

Wordless : 30 November 2012

Tak dapat diungkap dengan kata-kata apabila menikmati keindahan alam ciptaan yang maha  ESA.


Thursday, November 29, 2012

Petua : Masalah gatal-gatal kulit

Anda mengalami masalah gatal-gatal kulit? Anda telah mencuba pelbagai cara dan masih lagi mengalami masalah ini. Ok, kali ini teman terjumpa satu petua untuk masalah gatal-gatal kulit ini. Tak salah kalau kita hendak mencubanyakan... Ok, untuk mengunakan petua ini... Anda memerlukan bahan-bahan seperti dibawah :

  1. Daun jambu (beberapa tangkai)
  2. Segenggam garam kasar
  3. Air dalam periuk (untuk rebusan)



Caranya ada seperti dibawah ;

Rebuskan daun jambu tadi bersama segenggam garam kasar sehingga mendidih. Setelah mendidih, angkat dan biarkan sejuk sedikit. Kemudian, gosok air rebusan suam itu di tempat gatal tadi. Anda juga boleh gunakan daun jambu tadi untuk menyental bahagian anggota badan anda yang gatal. Air rebusan itu juga dibuat sebagai air mandian.

Wordless : 29 November 2012

Tuesday, November 27, 2012

Blog post error

Blog post error... Kadang-kadang, teman ada membuat entry blog tetapi tak sempat untuk disiapkan dan disimpan sebagai draft di server. Bila ada masateman log in dan edit balik. Kebiasaanya tak ada masalah pun. Cuma kali ini, ada masalah sikit. Bila nak save je dapat error. Bila publish pulak, formatnya tungang langgang dan merapu jer...


Macam mana nak buat yer... Tension dah teman, dok edit tapi tak jugak boleh save atau publish dalam format yang di kehendaki. Last-last, apa yang teman buat, copy balik cerita yang teman dah siapkan dalam post entry tersebut. Paste ke notepad atau word. Lepas tu, entry post yang error tu teman delete dan kemudian create post entry yang baru. Copy balik dari notepad atau word tadi ke entry post, perbetulkan format dan publish. Taraaaa... settle dah masalah error nie.

Kome pernah tak mengalami masalah macam nie. Macam mana ye kome settlekan masalah nie? Ada cara lain tak? Teman harap, kome sudi kongsikan bersama disini macam mana nak mengatasi masalah error blog post nie... Kalau kome ada cara lain laa...

Monday, November 26, 2012

Wordless - Bangsar view 26th November, 2012

Wordless entry for today...


Pesawat Air Asia menembusi bangunan

Gempar! Kejadian ini benar-benar berlaku. Sebuah pesawat Air Asia telah merempuh dan menembusi sebuah bangunan di Damansara. Kelihatan orang ramai bertempiaran melarikan diri.

Air Asia

hahahaha... jangan risau... Memang itu adalah replika pesawat Air Asia... Tapi, ia bukannya menembusi bangunan tersebut.

Baucer membeli belah bernilai RM1000 untuk di menangi

Untuk follower dan reader blog teman nie... Moh kita jejak bas Yellow Pages nie... Ada rezeki, boleh dapat hadiah menarik.

Kalau berminat moh le kita bersiap sedia. Perkara yang diperlukan ;


  1. Kamera (apa pun boleh, janji dalam bentuk digital)
  2. Akaun Facebook (akaun sendiri yer)
  3. Like Facebook Malaysia Yellow pages
  4. Kemudian kongsikan gambar anda dan 3 frasa kat badan bas tuh...
Senangkan... Nak detail lagi, sila baca dibawah... tapi perlu ingat, tarikh tutupnya sehingga 7 Disember ini... apa lagi tunggu... moh ler kita...


Sunday, November 25, 2012

Kuliah : Jadilah isteri keredaan suami, bukan isteri nusyuz yang dimurkai Ilahi

Saturday, November 24, 2012

Kuliah : Kenapa anak-anak mirip ibu bapa mereka?

Segala makhluk ciptaan Allah s.w.t ada hikmah mereka tersendiri. Begitu juga dengan manusia yang dicipta dengan pelbagai rupa paras dan sifat. Secara saitifiknya, anak-anak akan mewarisi gen-gen dari ibu-bapa mereka. Tapi, pernahkah kita fikir dari sudut agama atau spritiual?



Friday, November 23, 2012

Dugaan... Sabar yer...

Setiap dugaan haruslah kita tempuhi dengan tenang dan sabar. Perbanyakkan berselawat keatas nabi. Insyallah, segala dugaan dapat kita tempuhi dengan jiwa yang tenang.

mmm... tengok kucing dibawah nie... Apakah yang difikirkannya yer... Sabar, kalau ngap ikan tu... confirm kena ketuk...


Bolehkah kita anggap ianya suatu penderaan pada kucing ini? mmm... renung2kan dan selamat beramal... :d

Lawak pagi Jumaat

Saje teman buat lawak di pagi Jumaat nie... Maklum la, semalam kan malam Jumaat... :)

Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv.suami die suke tengok bola...manakala isteri die suka tengok masak2 oleh Chef Liza...Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar...kejap bola kejap cite masak-masak... bunyi tv tu jadi tak menentu mcm ni..


Gambar : ehsan Google

" satu kilo daging ayam DI TENDANG SAFEE SALI MASUK GOL...5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE....daging di rebus oleh REFREE sampai empuk....masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk.. BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak....GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "

*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu...pelik bebenor bunyinya...dunia2. hahaha :D

Thursday, November 22, 2012

Petua : Menghilangkan kesan dakwat dari pakaian

Pernah tak pakaian anda terkena dakwat pen. Terutamanya pada golongan lelaki dimana kebanyakkan mereka menyelitkan pen di poket kemeja. Perkara hendak terjadi tanpa dapat kita duga. Kadang-kadang, pen tersebut mengalami kebocoran, menyebabkan pakaian anda kotor terkena dakwat pen tersebut.



Sekiranya pakaian anda terkena dakwat dan tidak boleh ditanggalkan dengan bahan pencuci, cubalah petua ini. Ambil sedikit cuka makan, titikkan pada bahagian terkena dakwat itu dan gosok. Insya-Allah dakwat tersebut akan hilang dengan mudah.

Klik disini untuk membaca petua untuk memutihkan pakaian.

Save Palestine


 " Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin 

Wednesday, November 21, 2012

Meatball di IKEA

Tempat makan best di Damansara. IKEA merupakan satu jenama terkenal yang menyediakan kelengkapan rumah dengan produk yang begitu unik dan inovatif. Hanya terdapat satu sahaja IKEA di Malaysia nie yang terletak di Mutiara Damansara. Memang biasanya orang akan berkunjung ke IKEA untuk mendapatkan perabot atau kelengkapan rumah. Dan ada juga orang yang berkunjung ke IKEA untuk mendapatkan idea macam mana nak hiaskan rumah mereka atau tengok bagaimana nak design kabinet dapur.

IKEA

Tapi, tahukah anda ada juga orang yang berkunjung ke IKEA semata-mata untuk makan. Mula-mula memang la teman tak percaya sangat. Tapi, memang betul ada orang yang macam tu.

mmm... apa yang best sangat makan kat IKEA tu sampai ada yang sanggup datang kesini semata-mata untuk makan... haaaa.... nie signiturenya meatball... sampai orang beratur panjang-panjang semata nak makan benda nie... memang lah makan kat sini murah... tapi tengok la crowded giler...

Berkunjung ke IKEA

Nak mengorder pun kena berbaris, dah order pulak nak kena carik meja kosong. Kalau datang berdua senang la sket... Sorang pergi order, sorang lagi pergi book meja. Kalau tak nanti, makanan dah beli nak makan pulak tak ada tempat.

Ok, its time for lunch... what's special menu here?


IKEA

Nie la dia meat ball yang menjadi kegilaan tu... Gila ker? Betul ke statement nie...


IKEA

IKEA

Aisar pulak makan spagetti kegemarannya bersama sos strawberry... sedap jugak... tapi, teman tak dapat nak sharekan gambarnya sebab tak sempat snap gambar spagettinya dah habis... Lapar katanya... maklum lah lama menunggu...

Apa pun, meatball di IKEA nie memang sedap dan harganya pula berpatutan. Patut la ramai yang sanggup berbaris panjang semata-mata nak makan benda nie.

Tak apa, next time boleh datang lagi.

Monday, November 19, 2012

Captain T Restaurant, Kota Bharu

Tempat makan best di Kota Bharu, Kelantan. Kali ini, Jalan-jalan Makan-makan bersiaran di Captain T Restaurant, Kota Bharu sempena  cuti balik beraya. Mula-mula niat di hati nak bawak Aisar dan mama belayar menyusuri sungai Kelantan nie. Maklum laa, dari jauh lagi dah nampak kapal nie di atas sungai Kelantan.

Captain T, Restaurant

Ingatkan boleh la berlayar, rupa-rupa hiasan semata-mata, nak bergerak pun tak boleh. Sebenarnya, ada dua buah replika kapal berada disini. Sebuah terletak diatas Sungai Kelantan dan sebuah lagi diatas tebing Sungai Kelantan. Kapal di atas nie yang teman nampak dari atas jambatan semasa menyeberangi Sungai Kelantan.


Captain T Restaurant

Gambar nie ehsan dari blogger Prints Of My Heart


Kapal nie rupanya sebuah restoran terapung. Punah la harapan nak belayar di sungai Kelantan nie. Ingatkan macam di Melaka River Cruise tu, boleh belayar di sungai. Check entry berkenaan Melaka River Cruise disini.

Disebabkan kami sudah pun berada disini setelah mengharungi kesesakkan lalu lintas untuk menyeberang sungai Kelantan nie. Maka terpaksa la diubah rancangan dari belayar di sungai Kelantan ke sesi mengisi perut di tebing sungai Kelantan. Lagi pun Aisar dah teruja bebenor nak naik kapal nie. Nie la gambar-gambar yang sempat teman ambil semasa berkunjung disini. Untuk pembaca yang ingin kesini, dibawah teman ada kongsikan koordinate GPS bagi panduan anda.


6.114185,102.228651



View Larger Map

Bila dah sampai, macam nie la rupanya restoran tu... Dari kejauhan, kita boleh nampak jambatan yang menyeberangi sungai Kelantan. Jambatan baru pula sedang dalam pembinaan. Kapal yang berada diatas sungai Kelantan tu bentuknya tak berapa menarik sangat.


Captain T Restaurant

Gambar diatas pula diambil dari atas replika kapal di tebing sungai Kelantan. Nie la rupanya kapal yang berada diatas tebing sungai Kelantan tu. Nampak seperti kapal sebenarkan...


Captain T Restaurant


Selain dari menikmati hidangan diatas kapal, pengunjung juga boleh menjamu selera di tebing sungai sambil menikmati keindahan alam suasana petang sambil di hembus angin petang.

Captain T Restaurant

Captain T Restaurant

Apa keistimewaan makanan disini... mmm... Restoran ini menyediakan makanan ala seafood dan western, ala carte menu seperti nasi goreng, mee goreng dan sebagainya. Tetapi menu ala-carte agak terhad. Harga makanan disini juga agak mahal tetapi berbaloi sebab ianya dihidangkan dalam kuatiti yang banyak. Jom kita lihat antara senarai menunya...


Captain T Restaurant - Menu

Captain T Restaurant - Drink & Desert

Captain T Restaurant - Menu

Untuk kali ini, teman pesan Nasi Goreng Ketam untuk dikongsi bersama wife tercinta dan anakanda Aisar. Harga nasi goreng nie dalam RM30.++ add in pulak kangkong goreng. Untuk minuman pula, teman pesan air jus tembikai susu dan wife teman pesan air epal. mmm... tentang rasanya... boleh la... tapi masakkan sayur kangkongnya tak berapa best la...


Captain T Restaurant - Nasi Goreng Ketam

Captain T Restaurant - Nasi Goreng Ketam

Captain T Restaurant - Nasi Goreng Ketam

Biasa la kan... dah nama pun nasi goreng ketam... so, ada la seekor ketam dok bertenggek kat atas nasi tu... macam yang teman storykan diatas, nasinya pun agak banyak setara dengan harganya... sepinggan nasi goreng ketam makan bersama isteri tercinta... romantik gitu... hehehehehe...


Masa menghadap makan tenghari lewat nie, kami duduk di dalam kabin kapal atau pun main bridge tempat kapal di kemudikan. Apa yang ada dalam kabin utama nie yer... tengok jer la kat gambar dibawah nie... Kabin utama nie ada aircond, so tak la panas sangat.


Captain T Restaurant

Captain T Restaurant

Disebabkan cuaca agak redup, tapi suhu agak panas, tekak pula cepat kering... teringin pulak pekena banana split... apa lagi order semangkuk, share berdua dengan wife tercinta... romantiknya... Aisar pun share sekali... tak cukup dengan banana split, teman pesan jus tembikai dan fresh oren... tu dia, sekali datang dua gelas sorang kami pesan... :)

Captain T Restaurant - Banana Split

Captain T Restaurant - Banana Split

Captain T Restaurant - Banana Split


Kali nie, teman duduk di anjungan pula. Di luar bahagian hadapan kabin utama. Memang best lepak-lepak disini pada waktu petang sambil dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Pekena pulak jus buah dan banana split... memang best la...

Sambil duduk menikmati keindahan alam, terman terfikir teruk jugak ye kerja pelayan disini. Dapur tempat memasak terletak agak jauh. Jenuh juga la para pelayan nie naik turun kapal tiga tingkat nie untuk ambil order dan hantar makanan.

Macam mana pula nak hantar bekalan makanan untuk kapal yang diatas sungai tu...kita tengok gambar kat bawah nie, macam mana mereka hantar bekalan makanan dan pinggan mangkuk ke kapal tu...

Captain T Restaurant


Tuu dia, depa hantar guna bakul la... dalam bakul tu ada segala peralatan untuk makan dan minum. Selain dari menjadi tumpuan pelanggan untuk menikmati hidangan disini, Captain T Restaurant juga menjadi tumpuan juru gambar sebagai lokasi pengambaran mereka. Kebetulan pulak, ada pengantin tengah buat photoshoot kat sini... mmm... romantik betul depa...


Captain T Restaurant

Captain T Restaurant

Pihak pengurusan restoran turut menyediakan surau yang selesa untuk pengunjung menunaikan kewajipan ibadat. Sebelum berangkat pulang, sempat juga teman ambil beberapa gambar menarik untuk dikongsikan disini.

Antara landskap menarik disini...


Captain T Restaurant

Captain T Restaurant


Klik disini untuk membaca entry makan-makan di Kota Bharu, Kelantan.

Sunday, November 18, 2012

Kuliah : Solat Jemaah

Imam sebagai pemimpin didalam solat berjemaah. Tetapi, kebiasaannya mereka lupa menitik beratkan persoalan penting yang dianggap remeh semasa mengimamkan solat jemaah.

Saturday, November 17, 2012

Kuliah : Malas dan Nafsu

Friday, November 16, 2012

Tayar dan lori

Gambar nie teman ambil pada hari Isnin, 12 November yang lepas di jalan Batu Tiga, Shah Alam. Semasa menunggu lampu isyarat berhampiran persimpangan Lebuhraya KESAS, bila teman toleh ke kanan, teman terpandangkan lori dibawah nie. Apa lagi, terus amik gambarnya. Biasa la, tag line teman "Once Blogger, Always Blogger".



Teman berfikir, dengan keadaan tayar macam tu dan ditambah dengan muatan yang penuh diatasnya, sampai kemanakah lori nie dapat bergerak sebelum tayarnya pecah. Semasa lampu isyarat bertukar hijau, teman lihat lori ini bergerak dengan lajunya.

Cuba bayangkan kalau tayar hadapan lori nie pecah... pasti lori nie akan terbabas dan boleh mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa. Agak malang sebab teman tak dapat nak ambil no platnya. Kalau tidak, tentu teman dah laporkan kepada pihak berkuasa.

Thursday, November 15, 2012

Petua : Bagaimana nak mencegah ketuat?

Anda masih ada lagi masalah ketuat? Mencegah lebih baik dari merawat. Pastikan anda mengmalkan tips ini.



  1. Balut ketuat dengan kain supaya ia tidak merebak ketempat lain terutama dijari.
  2. Pastikan kawasan yang dijangkiti ketuat tidak lembab dan sentiasa kering.
  3. Elakkan daripada menyentuh ketuat orang lain. 
  4. Jangan gigit atau guna ketip kuku kerana ia menyebabkan virus pada ketuat merebak dengan lebih cepat.
  5. Pakai selipar ketiKa berada dikawasan lembab terutama di bilikmair.
  6. Elakkan berkongsi stoking, kasut, tuala dan pisau cukur dengan orang lain.
  7. Sentiasa pastikan kaki anda berada dalam keadaan kering dan tidak basah.


Klik disini untuk membaca beberapa petua mengatasi masalah Ketuat.

Tuesday, November 13, 2012

Spotted : KAD 11

Mungkin kah no plat nie hanya untuk Tok Kadi sahaja... :) Siapa la tuan empunya...


Monday, November 12, 2012

Promosi Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah tiba... Ada perancangan nak luangkan masa bersama anak-anak? Apa kata luangkan masa anda bersama keluarga di Menara Kuala Lumpur dari 10 November hingga 31 December ini sempena promosi cuti sekolah. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda dan keluarga. Layari web site Menara Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut.



Sunday, November 11, 2012

Wordless : END and ILY