Monday, September 29, 2014

CPUV : Sime Darby LPGA 2014

SIME Darby LPGA 2014. Alhamdulillah, blog teman yang tak seberapa nie masih lagi mendapat tempat di Nuffnang. Ini adalah CPUV yang ke enam untuk bulan September 2014 nie.

SIME Darby LPGA 2014

SIME Darby LPGA 2014

Apa kah benda LPGA tu? LPGA tu ialah ringkasan untuk Ladies Professional Golf Association. Secara umumnya LPGA adalah sebuah sebuah organisasi Amerika untuk pemain golf profesional wanita yang beribu pejabat di Daytona Beach, Florida. LPGA menganjurkan siri kejohanan golf setiap minggu untuk pemain golf elit wanita dari seluruh dunia.

SIME Darby LPGA 2014

Di Malaysia, kejohanan LPGA ini di taja oleh SIME Darby dan buat pertama kalinya di anjurkan kejohanan ini di Malaysia pada October 2010. Tahun ini, LPGA akan berlangsung pada 9 hingga 12 October 2014. Juara bertahan LPGA ketika ini ialah Lexi Thompson dari United State of America.

Klik disini untuk like facebook SIME Darby LPGA.

mmm... tiba-tiba saja nak latih Aisar main golf :d

Mana lah tau, bila besar nanti Aisar boleh jadi pemain golf profesional macam Lexi Thompson tu. Sekarang nie pun dok main golf kat dalam IPad :d.

Saturday, September 27, 2014

Kuliah : Doa Nabi Zakaria memohon zuriat

Doa Nabi Zakaria memohon zuriat

Friday, September 26, 2014

CPUV : Proton PCC @ Proton IRIZ

Proton IRIZ. Sebelum pelancarannya pada 24 September yang lepas, Proton IRIZ juga di kenali sebagai Proton PCC. Ini adalah CPUV Nuffnang yang ke tujuh untuk bulan September dan CPUV ke lapan untuk bulan October. Ada dua CPUV untuk Proton IRIZ nie dari Nuffnang. Syukur alhamdulillah.


Proton IRIZ

Proton IRIZ adalah kereta compact kedua yang di keluarkan oleh PROTON. Sebelum nie PROTON ada mengeluarkan Proton TIARA pada tahun 2000 sehingga di hentikan pengeluarannya pada tahun 2006. Untuk info lebih lanjut berkenaan Proton Tiara, kome boleh klik disini.

Proton IRIZ adalah strategy terbaru PROTON untuk bersaing dalam segment kereta compact di Malaysia yang ketika ini di kuasai oleh PRODUA melalui model MyVi. Klik disini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Proton IRIZ.


Proton IRIZ


Proton PCC

Dari segi reka bentuk, Proton IRIZ nampak biasa saja. Tapi spesifikasinya mengatasi kereta kompact yang lain. IRIZ di datangkan dengan dua varian injin iaitu 1.3 dan 1.6. Apa yang best pada Proton IRIZ? Untuk model 1.6 Premium CVT, Proton IRIS di lengkapi dengan Keyless Entry, PUSH START button, GPS, USB Charger, AIR BAG, rear view camera, Immobilizer, Day Time Running light dan 4G in car WIFI. Spesifikasi yang teman highlight kan di sini kebiasaannya terdapat pada kereta import.




Gambar ehsan themalaysianreserve.com

Memang mengujakan. Pada mereka yang memasang niat untuk memandu kereta baru, boleh la masukkan Proton IRIZ dalam senarai tu. Tak rugi memandunya.

Apa pun, terima kasih Nuffnang untuk CPUV Proton PCC nie.

CPUV : SENHENG Online Store One

SENHENG Online Store One. Ini adalah CPUV yang ke lima untuk bulan September 2014 nie. Alhamdulillah, blog teman yang tak seberapa nie masih lagi mendapat tempat di Nuffnang.


Senheng Online Store

Zaman sekarang nie, kebanyakkan retailer dan wholesaler telah melonjak di atas talian untuk menemui pelanggan mereka. Begitu juga dengan SENHENG. Sekarang penguna boleh saja membeli barangan elektrik mereka di atas talian tanpa perlu lagi mengunjungi pusat pameran mereka.


CPUV - Senheng Online Store

Senheng Online Store

Mudah sajakan. Pelanggan hanya perlu duduk di hadapan komputer atau tablet mereka. Layari portal SENHENG untuk melihat produk yang di tawarkan, buat bayaran di atas talian dan tunggu di rumah untuk penerimaan barang yang di pesan. Barangan yang di beli di SENHENG Online Store One juga ada warantynya. Sama seperti kebiasaan kita membeli barangan elektrik di kedai.

Daftar disini untuk menjadi PlusOne member dan anda akan mendapat extra waranty selama setahun. Klik disini untuk menyertai facebook SENHENG.

Wordless : Legoland, Malaysia

Legoland

Thursday, September 25, 2014

Petua : Untuk menguatkan tenaga batin wanita

Petua kewanitaan. Yes, hari nie sudah hari khamis. Esok hari Jumaat. Hari sabtu dan ahad kita cuti la. Hari-hari kita sibuk. Terutama buat kaum wanita. Celik mata je dah sibuk. Time rehat hanyalah masa tidur. Itu pun selalu kena kacau. Kalau dah penat mesti selalu tak bermaya dan bertenaga.


Gambar ehsan Google.

Ok, kali nie teman nak kongsikan satu petua untuk menguatkan tenaga batin kaum wanita. Petua ini perlu di amalkan selama 3 pagi berturut-turut.

Perkara pertama yang perlu dilakukan, dapatkan 3 jenis daun bunga yang berlainan warna. Kuantitinya agak-agak lah sendiri sekadar cukup untuk satu baldi air mandian.

Ok, perkara kedua yang perlu dilakukan, bangun awal sebelum suami bangun. Menurut orang dulu-dulu kata, petua nie tak mujarab kalau suami sudah terjaga.

Caranya begini ye. Masukkan air suam di dalam baldi secukupnya untuk mandian. Kemudian campurkan sedikit madu asli. Lepas tu rendam daun-daun bunga tiga warna itu selama 30 minit. Kemudian, mandi dengan air tersebut. Amalkan selalu.

Tuesday, September 23, 2014

Legoland

Legoland, Johor Bharu, Malaysia. Team building kali ini berlangsung di Legoland, Johor Bahru. Teman memang dah lama plan nak bawa family datang ke sini, cuma masih lagi tak kesampaian sebab Aisar masih kecil lagi dan syarat ketinggian pun masih tak lepas lagi. Rezeki datang bergolek, bila department pulak buat team building kat sini. Apa lagi, memang teruja sangat la, pucuk di cita, ulam mendatang. Cuma keseronokkan tu tidak la seseronok bila bersama keluarga. Sebenarnya, teman tak la enjoy sangat, sebab si buah hati tiada di sisi.

Pihak jawatan kuasa bersama Pulai Spring Resort and SPA telah menguruskan pengangkutan dari hotel penginapan ke Legoland. Klik disini ye kalau nak baca review tentang Pulai Spring Resort and SPA. Perjalanan dari Pulai Spring Resort and SPA ke Legoland hanya mengambil masa dalam 30-40 minit saja. Tak la jauh sangat. Kalau kome nak mengembara secara virtual melalui Google Street Maps, kome boleh bermula disini ye.


Legoland

Sewaktu tiba di Legoland, kaunter tiketnya pun masih tak beroperasi lagi. Masih lagi gelap... Dalam pukuk 10 pagi baru start operation... Sementara menunggu AJK settelkan entrance pass, sempat jugak la ronda-ronda di luar Legoland tu...


Legoland

Tickets Legoland

Urusan entrance selesai... Dapat tiket entrance dan voucher makanan sekali... Pergg... best berjimba-jimba kat sini... all in... by company... 


Legoland tickets and vouchers

Ok, jom terjah masuk... Tapi sebelum masuk tu, kena lalu pak guard nie dulu...


Legoland

Teman tak pasti sangat sempat atau tidak untuk explore keseluruhan Legoland nie di sebabkan ada task "Explore Race" yang perlu di selesaikan dulu. Selepas entrance nie di kiri dan kanan ada kedai barangan cendera mata Legoland dan cafe. Set permainan lego pun ada di jual disini.

Sebelum menjelajah Legoland, dapatkan peta explorasi di kaunter tiket. Jadi lebih mudah untuk menjelajah disini. Ok, kalau kome nak view online Legoland maps, klik disini ye.


Rasanya memang tak sempat nak jelajah keseluruhan Legoland nie. Teman ada task yang perlu di selesaikan. So, penjelajahan untuk completekan task bermula.

Legoland - Train

Sempat jugak la menyusuri landasan keretapi Lego nie. Kalau ada Aisar tentu dia mengajak naik keretapi. Landasan keretapi nie meliputi hampir keseluruhan Legoland. So, malas nak jalan, boleh je naik keretapi nie.

Kalau nak belajar berkayak atau naik bot tu, sila la daftarkan diri di Boating School ye... Nanti kome boleh belajar cara-cara kendalikan kayak atau perahu kecil.


Legoland - Boating School

Masa teman lalu depan Boating School nie, masih belum bukak lagi... tak ada orang pun kat situ. Maklum la, masih lagi awal nie...


Legoland - Boating School

Tak jauh dari Boating School nie ada Rescue Academy. Boleh la train jadi bomba sekejap. Jenuh weiii nak completekan task di Rescue Academy nie. Mengah teman di buatnya dok pam air untuk padam api... Maaf la, tak dapat nak share gambarnya disini... kikikiki


Legoland - Rescue Academy

Di bahagian tengah Legoland ada Miniland. Apa yang menarik di Miniland? Miniland nie adalah taman yang mempamerkan bangunan-bangunan iconic di Malaysia. Bukan sekadar bangunan, malah sekecil-kecil item seperti orang dan kenderaan juga termasuk dalam item yang di pamerkan disini. Miniland ini terletak di bahagian tengah Legoland.


Legoland - Miniland

Legoland - Miniland


Legoland - Miniland


Legoland - Miniland

Legoland - Miniland

Logoland - Dragon Boat

Legoland - Miniland

Legoland - Miniland

Kebanyakkan bangunan di Miniland Town ini terletak di sekitar Johor Bharu. Ini pula adalah Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Seronok betul tengok model lego nie. Nanti teman kongsikannya dalam video pendek sebab ada movement dan sound effect. Itu membuatkan pameran nie nampak hidup.


Legoland - Miniland

Legoland - Miniland

Tidak ketinggalan juga simbol ikon Malaysia, bangunan pencakar langit Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan KL Tower di belakangnya.


Legoland - Miniland

Menara Taming Sari di Melaka juga turut di pamerkan di Miniland.


Legoland - Miniland

Turut di bina dari bungkah lego adalah bangunan Taj Mahal.


Legoland - Miniland

Banyak lagi bangunan-bangunan iconic serantau yang di bina di sini dengan mengunakan bungkah lego. Kretif sungguh mereka yang membina bangunan nie. Entah berapa lama la agaknya masa di ambil untuk membina bangunan-bangunan nie.

Ok, puas sudah meronda-ronda di Miniland sambil menyelesaikan task. Next destination ialah Star Wars. Teman memang teruja benor nak tengok figures-figures Star Wars nie especially pesawat-pesawatnya.

Di pintu masuk, Darth Vader sudah sedia menunggu dengan pedang laser yang terhunus di tangan... Siap la kome, di penggalnya nanti dengan pedang laser tu... hati-hati masa nak masuk tu...


Legoland - Dark Vader

Jom kita tengok, apa lagi yang menarik di dalam Star Wars indoor exhibition nie. Di bawah ada droid yang menjadi simbol Star Wars.

Ini adalah Droid R2-D2. Robot bijak yang banyak membantu pejuang Rebel Alliance melawan Imperial.

Legoland - Star Wars R2-D2

Ini pula adalah robot humanoid yang di kenali sebagai C-3PO. Robot yang hampir menyerupai manusia yang menjadi teman pejuangan R2-D2

Legoland - Star Wars C-3PO

Jom layan indoor exhibition Star Wars kat dalam Legoland nie...


Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition


Star Wars Exhibition

Ini pula adalah kapal angkasa Millennium Falcom...


Star Wars Exhibition

Star Wars Exhibition

Nanti share kan video di Legoland di akhir entry nie... Star Wars di Legoland exhibition nie lighting dan sound effect sekali.

Habis sudah touring kat Star Wars Exhibition nie. Sambung jelajah Legoland kat luar pulak. Dari Star Wars Exhibition, teman ke Dino Island pulak. Group teman ada task yang perlu di selesaikan disini. Teman naik benda tu, tapi duduk belakang sekali, selamat sket. Kalau tak lenjun laa jawabnya.... kikikikiki....


Legoland - Dino Island

Legoland - Dino Island

Dari platform kat atas tu, kita boleh view pemandangan Legoland nie. Memang luas. Jenuh kalau nak teroka satu persatu...


Legoland

Legoland - The Dragon

Settle task di Dino Island, group teman bergerak pula ke The Dragon. On the way ke The Dragon tu, group teman melepasi 4D Studio. Tak sempat nak menjengok apa ada kat dalam tu. Sempat ambik gambar kat luar je. Team member sibuk bergegas ke The Dragon.


Legoland - 4D Studio

Ini la The Dragon. Rupanya macam istana inggeris zaman dulu-dulu...


Legoland - The Dragon

Legoland - The Dragon

Legoland - The Dragon

Legoland - The Dragon

Apa yang menarik di The Dragon...? Selain seni bina dan decoration yang menarik, di The Dargon nie ada roller coaster... Teman idok la berminat sangat nak naik roller coaster nie... Pening kepala teman di buatnya weiii... Kome yang berminat naik roller coaster nie,  boleh la cuba ye... Track roller coasternya pun agak mencabar...


Legoland

Untuk baby dragon yang tak berapa nak challenging tu, boleh la cuba roller coaster di Dragon Apprentice... Tracknya tak la setinggi The Dragon roller coaster tu... Tapi ok la, still can have fun here...


Legoland - Dragon Apprentice


Legoland - Dragon Apprentice

Untuk menambahkan ecitement dan kepeningan, kome boleh cuba Project X... Project X nie pun sama macam roller coster... tapi lebih mencabar dari The Dragon... Bezanya, kalau di The Dragon, roller costernya lebih panjang, tapi di Project X, kereta track hanya boleh memuatkan 4 penumpang sahaja. Kalau kome yang suka pening-pening nie, boleh la cuba Project X.


Project X, Legoland


Project X, Legoland

Penat weiii... jelajah Legoland Theme park nie... Sampai ke petang... Nie pun banyak tempat yang teman skip... Tak masuk ke Studio 4D... Tak naik bot kat Boating School... Tak pegi main air kat Water Park... Kalau masuk ke Water Park, confirm seharian dok main air je... Jadi kalau plan nak ke Legoland nie, better rancang masa untuk dua hari kot kat sini... Baru lah berbaloi... dan puas main-main di Legoland nie...

Di bawah nie teman kongsikan video pendek yang sempat teman ambil masa menjelajah Legoland tu...



Apa pun, kalau nak spent masa dengan anak-anak di Legoland nie, kena plan betul-betul. Barulah berbaloi dan harga tiketnya. Dalam masa 6 jam di Legoland nie pun teman tak sempat nak terjah water park... Kalau dah spent masa di water park, confirm tak sempat nak pusing-pusing di theme park nie.

Oklah, terima kasih sudi membaca entry yang tak seberapa nie...