Kisah ayam. Hari nie teman tak dek modal nak buat entry. Semua idea nak menulis, masuk kelaut. Mood blogging ke laut jugak. Bukan apa, sejak akhir-akhir nie sibuk sket dengan kerja. Bila balik rumah, penat sangat. Itu yang tak ada masa sangat nak buat entry baru. Kat draft, berlambak tak publish lagi.
So, dalam entry kali nie teman kongsi kisah pasal ayam. Dulu ada Jalil Hamid buat lagu pasal ayam. Teman pun nak jugak buat entry pasal ayam. Kisahnya macam nie.
Anak ayam bertanya pada ibunya.
Anak ayam : Mak, kita semua kenapa namanya sama jer, iaitu ayam. Tak macam manusia. masih kecil sudah punya nama. Abdul, Badul, Caca, Denny, Jery dan macam-macam lagi lah nama.
Ibu ayam : Nak! Manusia yang masih hidup namanya memang banyak, tapi nanti kalau sudah mati, namanya satu. iaitu "Mayat". Berbeza dengan kita. Kalau kita sudah mati, baru nama kita banyak. Ada yang namanya ayam goreng, ayam bakar, nasi ayam, ayam penyet, ayam panggang, sate ayam, ayam madu, ayam dara, kari ayam, rendang ayam banyak lagi.
Anak ayam: Oooo... macam tu ke mak...
Kalau pegi pasar tu, lagi la macam-macam ayam ada. Ada ayam daging, ayam kampung. Tapi bile terjumpa ayam macam nie, pelik lah pulak... Yang confirm, jangan beli ayam kat kedai-kadai nie. Confirm ayamnya tak halal.
Nak ketawa pun ada... Kome baca la sendiri... :d
Nie pulak ayam sunat... Apa ke bendanya laa ayam sunat nie... Dimana yang nak disunatkan tu...
Macam-macam lah depa nie... Nie tak kira lagi mak ayam kat lorong-lorong belakang tu lagi... Dia orang pun jual ayam juga... Kesiankan ayam... Ayam jugak yang dikaitkan... Tapi bila di fikir-fikirkan semula... Kenapa pilih ayam...? Kenapa tak letak ikan ke? Kucing ke? mmm... Siapa ada jawapan untuk persoalan nie? Tolong komen sket...😋