Monday, October 30, 2017

First time join reunion

Buat yang akan mengadakan acara reunion biasanya ada yang janji untuk datang sekali pergi ke majlis itu. Diharap janganlah sampai terjadi seperti pengalaman yang dialami kawan teman masa dia mula-mula join reunion nie.

Ceritanya Reunion sekolah Sekolah tahun 73 - 74 setelah 42 tahun terpisah cuma dapat berbicara dalam telefon saja. Yahya mahu berangkat ke reunion bersama-sama teman sekolah seangkatannya dan janji nak bersama empat teman-teman perempuan semasa sekolah dulu melalui telefon dan WhatsApp.


Gambar ehsan Google.

Yahya : Nanti pergi sama ya, korang semua berempat tunggu, aku jemput korang di depan kedai Roti Maniam yang masih ada sampai sekarang.

Masa hari majlis Yahya menjemput ke empat teman-teman perempuan semasa sekolahnya itu.

Sekali dia pusing kedai roti tak ada. Dua kali pusing pun tak ada, di mana mereka. Kali ketiga pusing tetap juga tidak ketemu. Yahya mulai kesal, lalu dia menghubungi salah satu teman perempuan tu.

Yahya : Hai, korang di mana? Aku dah pusing sampai 3 kali, tapi tak jumpa  korang bertiga?

Kawan perempuan : Kami  sudah berada di depan kedai Roti Maniam dari tadi. Kamu dimana?

Yahya : Laa....., aku  ke situ la tadi. Di situ yg ada cuma 3 orang nenek-nenek bertudung satu orang yang rambut putihnya agak lebat!

Kawan perempuan : Ya,  itu kami lerr oi!! Kamu ingat kami masih sama macam zaman Sekolah dulu ke? Tadi kami juga lihat ada orang tua botak ke hulu ke hilir, jadi itu kamu ke Yahya...

๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜Š๐Ÿค—๐Ÿค—

Sunday, October 29, 2017

Kuliah : Fitnah Ilmu

Kita biasa dengar fitnah sesama manusia. Tapi pernah dengar tak pasal fitnah ilmu? Kalau tak pernah, sama-samalah kita hayati perkongsian video ini. Di akhir zaman, manusia akan melihat perkara baik akan nampak buruk, perkara jahat manusia akan nampaknya baik.


Saturday, October 28, 2017

Kuliah : Sempurnakah solat kita?

Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus. Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita.

Rukun solat ada 13

  1. Niat
  2. Berdiri dengan betul
  3. Takbiratul ihram
  4. Membaca Al Fatihah
  5. Rukuk
  6. I’tidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara 2 sujud
  9. Bacaan tahiyat akhir
  10. Duduk tahiyat akhir
  11. Selawat dalam tahiyat akhir
  12. Salam
  13. Tertib
Solat

Gambar ehsan Google.

Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu;

  1. Rukun Qalbi* iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
  2. Rukun Fi’il* iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
  3. Rukun Qauli* iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu *Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il* dan ramai yang melanggar *Rukun Qauli* terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati. Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya *bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan* (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat;

  1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*
  2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz*
  3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*
  4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*
  5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz*

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz”?

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri. Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat.

  1. Semasa Takbiratul Ihram
  2. Semasa membaca Al Fatihah
  3. Semasa Tahiyat Akhir
  4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir
  5. Semasa lafaz salam

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna. Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:

Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulangi lagi kesalahan yang sama
Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

"Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun"

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.

#kongsikankebahagiaan

Thursday, October 26, 2017

Petua : Untuk menyimpan hirisan bawang supaya tahan lama

Macam mana hendak menyimpan hirisan bawang supaya tahan lebih lama. Sejak dah beli Phillip food processor nie, segala kerja menjadi lebih mudah. Kalau dulu, nak guna bawang baru kupas dan hiris. Sekarang tidak lagi, time weekend je beli sekilo dua bawang, kupas dan terus hiris guna food processor. Lepas tu, simpan dalam bekas kedap udara dan terus letak dalam fridge. Senang time nak masak nanti, terus ambik je. Tak perlu nak hiris lagi.

Hirisan Bawang Merah

Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan satu petua untuk menyimpan hiris bawang nie supaya sentiasa segar dan tahan lebih lama.

Hirisan bawang putih

Caranya macam nie, bila dah hiris bawang tu, masa hendak masukkan ke dalam bekas, spraykan sedikit minyak masak. Kemudian barulah di masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge. Dengan cara ini hirisan bawang tersebut akan lebih segar dan tahan lebih lama.

Selamat mencuba.

Wednesday, October 25, 2017

Wordless : Serambi

Macam mana rupa serambi rumah kome di kampung ye?



Tuesday, October 24, 2017

Short Video : Rockers menyanyi sampai tertonggeng

Stress punya pasal, rockers nyanyi sampai tertonggeng... Apa pun, suara lu brother sangat rock laa... Ok bro, jangan stress sangat ye...



Monday, October 23, 2017

Lapan negara yang telah lenyap

Dulu, negara-negara nie wujud di dunia. Tapi, sekarang tidak lagi. Bukan lah negara ini musnah atau lenyap dari muka bumi, tetapi hanya bertukar nama dan pemerintahan.

Soviet Union

Gambar ehsan Google.

KESATUAN SOVIET (1922-1991)
Susulan Revolusi Rusia pada 1917 yang membawa kepada kejatuhan Empayar Rusia dan pengulingan Tsar Nicholas II. Kesatuan Soviet ditubuh  pada 1922.

Kesatuan Soviet menggabungkan 16 republik iaitu Rusia, Ukraine, Moldova, Estonia, Latvia, Lithuania, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Armenia, Azerbaijan dan Georgia yang kini menjadi negara berasingan selepas kejatuhan Soviet pada 1991.

Mikhail Gorachev mempakan presiden kelapan dan terakhir Kesatuan Soviet. Meskipun beliau  melakukan  reformasi dengan memberikan lebih banyak kuasa kepada republik pada1980-an tetapi langkah itu sudah terlewat selepas sekian lama mengamalkan totalitarian.

Selain itu, kelemahan ekonomi antara faktor kejatuhan Kesatuan Soviet. Dalam ucapan pengundurannya, Gorbachev menyatakan “...sistem lama runtuh sebelum yang baharu mempunyai masa untuk bermula”. Melihat masa depan yang suram, negara-negara ahli Kesatuan Soviet mangambil keputusan untuk  mengisytiharkan kemerdekaan bagi menyelamatkan apa yang ada sebelum terlambat.


Republik Arab Bersatu

Gambar ehsan Google.

REPUBLIK ARAB BERSATU (1958-1961)
Republik Arab Bersatu mempakan negara gabungan antara Mesir dan Syiria yang terbentuk dalam tempoh singkat iaitu antara 1958 hingga 1961. Kaherah adalah ibu negara Republik Arab Bersatu. Negara tersebut merupakan langkah pertama usaha mewujudkan sebuah negara Pan-Arab iaitu gagasan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser.

Namun, rampasan kuasa oleh tentera di Syria pada 1961, menyebabkan Syria keluar dari Republik Arab Bersatu. Mesir terus kekal menggunakan mama Republik Arab Bersatu sebelum kembali menukar namanya kepada Mesir pada 1971. Amara punca Syna keluar danpada Republik Arab Bersatu adalah kerana pemimpin negara itu dipaksa menerima struktur satu parti dan tentera Mesir, selain memperoleh gaji lebih rendah daripada sebelumnya.


Czechoslovakia
Gambar ehsan Google.

CZECHOSLOVAKIA (1918-1993)
Pernah wujud di Eropah Tengah di kelilingi Austria, Jerman, Poland, Ukraine dan Hungary, Czechoslovakia berpecah kepada dua negara - Republik Czech dan Slovakia pada 1993. Czechoslovakia ditubuhkan selepas Empayar Austna-Hungary runtuh pada 1918, dengan menggabungkan wilayah- wilayah yang tinggal terutama tanah Czech dan Slovak. Negara itu pemah menjadi antara negara Eropah yang paling makmur, aman dan mengamalkan demokrasi sebelum dijajah oleh Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Selepas kekalahan Jerman, Czechoslovakia diduduki oleh Soviet Union pula. Meskipun ekonomi negara itu kembali makmur, perpecahan tidak dapat dielakkan kerana orang Czech dan Slovak mempunyai sejarah dan budaya yang berbeza.


Yugoslavia
Gambar ehsan Google.

YUGOSLAVIA (1918-1992)
Yugoslavia wujud selepas tamat Perang Dunia Pertarna pada 1 Disember 1918 dan bertahan sehingga selepas tamat Perang Dingin pada 1992. Ia merupakan sebuah negara persekutuan dengan menggabungkan enam republik yang rnengekalkan identiti bahasa, etnik dan budaya masing-masing iaitu Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia dan Slovenia. Dua wilayah tambahan di dalam Serbia iaitu Vojvodina dan Kosovo kemudian diwujudkan untuk menyertai Yugoslavia. Yugoslavia menikmati kedudukan ekonomi yang baik dan kestabilan politik di bawah kerajaan persekutuan yang diketuai Presiden Josip Broz Tito. 

Namun, selepas kematian Tito, pada1980, kelemahan sistem kerajaan  persekutuan tidak mampu untuk menangani cabaran ekonomi dan politik yang menyaksikan berlakunya  pelbagai tuntutan dan ketegangan etnik.

Perpecahan Yugoslavia menyaksikan kewujudan lapan negara ini iaitu Serbia, Croatia, Bosnia, Herzegovina, Slovenia, Montenegro, Macedonia dan Kosovo.


Tibet
Gambar ehsan Google.

TIBET (1912-1950)
Tibet pernah wujud dalam Republik China atau lebih dikenali sebagai Taiwan dari 1912 sehingga 1950. Negara tersebut menikmati kuasa autonomi yang meluas tetapi kewumdan negara itu tidak bertahan lama. Selepas berbulan- bulan gagal dalam rundingan dan ketegangan ketenteraan di sepanjang sempadannya, Republik Rakyat China, (tanah besar China) menakluki Tibet bagi merampas wilayah itu pada 1950. Pada 1959, Dalai Lama, Tenzin Gyatso melarikan diri ke India. Walaupun tanpa negara, Dalai Lama terns memainkan peranan sebagai simbol bagi keamanan dunia.


Ceylon
Gambar ehsan Google.

CEYLON (1948-1972)
Asalnya dinamakan Ceilao oleh Portugis pada 1505, Ceylon menjadi tanah jajahan British antara 1802 dan 1948. Pada awalnya, Kerajaan Kandy yang terletak di timur dan tengah Ceylon tidak termasuk dalam tanah jajahan British tetapi menjadi protektorat selepas Konvensyen Kandy pada 1815. Namun, dari 1817 hingga 1948, seluruh Ceylon termasuk Kandy menjadi tanah Jajahan British. Ceylon memperoleh kemerdekaan daripada Bntish pada 1948 dan menukar namanya kepada Sri Lanka pada 1972.


East Germany
Gambar ehsan Google.

JERMAN TIMUR (1949-1990)
Sebelum penyatuan Jerman pada 1871, Jerman yang ada sekarang terpecah kepada 300 wilayah. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua, negara tersebut berpecah kepada dua blok iaitu Jerman Barat yang dikuasai Great Britain, Perancis dan Amerika manakala Jerman Timur dikuasai Kesatuan Soviet. Walaupun Jerman  Timur- merupakan negara paling maju dalam Blok Timur yang menyebelahi Soviet, ekonominya tetap tidak dapat menandingi Jerman Barat. Keadaan itu menyebabkan ramai cerdik pandai melarikan diri ke Jerman Barat atau nama rasminya Republik Persekutuan Jerman. Kejatuhan komunis di Eropah Tengah dan Eropah Timur mempercepatkan penyatuan kembali Jerman. Pada 3 Oktober 1990, Jerman Timur atau mama rasminya Republik Demokratik Jerman dibubarkan dan bersatu kembali dengan Republik Persekutuan Jerman yang kini dikenali dengan mama Jerman sahaja.


Siam
Gambar ehsan Google.

SIAM (1238-1939)
Siam menjadi kerajaan monarki selama tujuh kurun dari 1238 hingga 1939. la mempakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pemah dijajah oleh penjajah Eropah. Semasa Perang Dunia Kedua, Siam berpihak kepada Jepun kerana melihat negara itu sedang menang dan berharap dapat mengambil balik wilayahnya di Laos, Kemboja dan Burma. Jadi, apabila Jepun meminta laluan masuk bagi menawan Tanah Melayu dan Singapura, Siam tidak menolak. Pada 20 Julai 1948, Parlimen Siam meluluskan untuk menukar nama Siam kepada Muang Thai atau Thailand yang bermaksud negara bebas. Pertukaran nama itu berkuat kuasa pada tahun berikutnya. Sebenarnya, pada 1939, Siam pernah menukar namanya kepada Thailand tetapi tidak diiktiraf oleh negara-negara antifasis kerana Siam menyebelahi Jepun.

Sunday, October 22, 2017

Kuliah : Bila umur mencecah 50 tahun

Umur hanyalah angka yang mengambarkan pertambahan usia dan kematangan berfikir. Di fasa-fasa kehidupan sebegini, sebaik-baiknya kita perbanyakkan muhasabah diri untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk menjadi umat yang sebaik mungkin. Sama-samalah kita mengambil manfaat dari perkongsian ini.


Saturday, October 21, 2017

Kuliah : Bila tiada mak

Bila ibu atau mak sudah tiada, baru lah kita tau betapa besarnya kasih sayang seorang insan bernama IBU atau MAK. Sayangi lah mereka... Kasihi lah mereka, Hormati lah mereka... sehabis mungkin... 


Friday, October 20, 2017

Kari Manaf, Bagan Datuk, Perak

Tempat makan best di Bagan Datuk. Kome pernah pegi tak Bagan Datuk? Teman yang orang Perak nie pun, tak pernah lagi jejak kaki kat Bagan Datok tu. Bukannya tak nak pegi, tapi tak ada saudara atau kenalan kat Bagan Datuk nie. Lagi satu, pekan Bagan Datuk nie agak di hujung sket tersasar dari laluan utama Sabak Bernam - Teluk Intan - Sitiawan. Kalau nak ke Bagan Datuk nie, kena mengarah ke Teluk Intan dulu, baru la mengarah ke pekan Bagan Datuk nie.

Memang la teringin nak ke Bagan Datuk nie, cuma tak berkesempatan lagi. Insya Allah, ada rezeki sampai la nanti. Tambah-tambah pulak ada tempat makan menarik di pekan Bagan Datuk nie. Tempat makan best yang teman maksudkan nie Kari Manaf, atau pun lebih di kenali Mydin Corner Kari Kepala Ikan juga lebih di kenali sebagai Gulai Manaf oleh penduduk setempat. Macam best je kan... Mesti cuba nie. Nanti, kalau ada plan nak bercuti di Lumut nanti boleh la lajak ke pekan Bagan Datuk nie. Kome pun tonton la perkongsian video nie ye... Mana lah tau tersesat kat pekan Bagan Datuk nie, boleh la singgah pekena Gulai Manaf nie.


Thursday, October 19, 2017

Petua : Untuk mudah membersihkan siput sedut

Bersihkan siput sedut untuk di masak. Kome sukan makan siput sedut tak? Teman memang tak makan siput sedut nie. Jangan la tanya mengapa, kenapa... teman memang tak sio nak makan benda-benda macam nie. Untuk membersihkan siput sedut nie bukan lah satu tugas yang mudah. Dalam entry hari ni, teman nak kongsikan satu tips dan petua untuk mudah membersihkan siput sedut nie dengan mudah dan cepat. Petua ni mungkin dapat membantu kome.

Siput Sedut

Gambar ehsan Google.

Ambil sebekas hampas kelapa dan kemudian gaul bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah kome memotong bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum dimasak. Selain dari menghilangkan bau lumpurnya, rasa lemaknya juga akan bertambah apabila di masak nanti.

Selamat mencuba ya.

Wednesday, October 18, 2017

Wordless : Kampung Padang Berliku

Kampung Padang Berliku nie terletak di Perak Tengah... Jenuh betul nak pegi ke kampung nie... berliku-liku betul jalannya...

Kampung Padang Berliku

Monday, October 16, 2017

Short Video : You Tu Be

Saya tak nok youtube... Saya nak You Tu Be, yang boleh tengok hari-hari tu... Hahahaha... lawak betul la..., Jenuh buat sale kalau ramai customer macam nie... Apa pun salute pada staff call center tu... Mereka tetap melayan customer dengan baik...



Sunday, October 15, 2017

Kuliah : Jangan miskin SOLAT

Sekadar perkongsian. Biar kita miskin harta di dunia, jangan kita miskin solat di akhirat nanti. Ketahuilah, amalan pertama yang akan di hitung adalah solat. Kemudian, barulah di ikut dengan amalan yang lain. Sebagai peringatan buat semua.


Saturday, October 14, 2017

Kuliah : 4 tips kesihatan berlandaskan sunnah Nabi

Wahai umat Rasulullah s.a.w... Marilah sama-sama kita beramal dengan sunnah nabi.

Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Nabi juga melarang meniup air yang panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah S.A.W. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.

Friday, October 13, 2017

Kome stress ke?

Janganlah stress sangat. Dalam entry hari nie, teman kongsikan teman kongsikan tips untuk menanggani masalah stress di tempat kerja. Tak elok untuk kesihatan kalau memanjang je stessnya tu...

Pengurusan tekanan.

Thursday, October 12, 2017

Petua : Mengatasi masalah selsema

Mengatasi selsema. Selsema adalah antara penyakit yang kerap melanda kita. Dalam setahun, mungkin 3-5 kali kena selsema. Bila kena selsema, memang semua aktiviti akan terganggu. Malah, merimaskan juga bila kena selsema nie.

Selsema

Gambar ehsan Google.

Selsema nie juga mudah berjangkit, jika kita tidak mengamalkan amalan kebersihan yang baik. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah selsema.

Bahan utama yang di perlukan untuk membuat petua ini hanyalah halia hidup. Elakkan selsema dari berterusan. Ambil halia hidup yang telah di bersihkan, kemudian hidu. Hidu halia hidup ini sekerap mungkin sehingga sembuh.

Selamat mencuba ye...๐Ÿค—

Wednesday, October 11, 2017

Wordless : PM tepi boleh di denda

Jangan kome main PM tepi lagi. Laa nie dah ada mata-mata yang dok memerhati kome. Cer baca berita nie...


Tuesday, October 10, 2017

Kome tau tak tong gas untuk memasak itu pun ada tarikh luput?

Jom baca sebagai perkongsian bersama. Kejadian kebakaran akibat tong gas bocor dan meletup sering berlaku. Malang tidak berbau tetapi kita boleh elakkan kejadian ini dengan memastikan tong gas yang dibeli selamat digunakan.

Tong Gas

Untuk memeriksa tong gas, lihat di salah satu sisi selinder gas yang mana tarikh luput akan dikodkan secara alpha-numerical,

Contohnya D-17. Huruf A, B, C atau D bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun.

A untuk March (Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk September (Suku ketiga)
D untuk December (Suku keempat)

Digit dibelakang huruf itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa tong gas itu selamat digunakan. Jadi D 17 bermaksud tong gas itu selamat digunakan sehingga December 2017 sahaja.

Tong Gas

Langkah kecil ini boleh memastikan keselamatan jiwa keluarga tersayang. C21 tu ,tong gas tu masih selamat diguna sehingga bulan jun tahun 2021.

Sunday, October 8, 2017

Kuliah : Rahsia sujud ketika solat

Sekadar memanjang perkongsian ini berkenaan kekuatan bersujud ketika kita solat. Seorang pakar neorologi Dr Fidelma O'Leary telah membuat kajian berkenaan saraf otak manusia sehingga beliau mendapat hidayah untuk menerima Islam sebagai pegangannya. Alhamdulillah.

Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, yaitu:
 - dahi
 - hidung
 - kedua telapak tangan
 - lutut
 - kedua hujung kaki (jari).

Sujud adalah konsep
- merendahkan diri,
- memuji Allah SWT  dan
- memohon segala macam hajat kepada Allah s.w.t.

Sekaligus, mengikis :
- sifat tercela seperti sombong, riya', ujub, takabur dan lain-lain.

Sujud

Gambar ehsan Google.

Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University, telah menjadi mu'allaf, kerana mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi manfaat kesihatan.

Dalam kajiannya ditemukan bahwa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud.

Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, yaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya').

SubhanAllah...

Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal. Salah satu indikasinya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yang tidak solat saat ini.

Kerana letak otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu menyalurkan 20% darah ke otak manusia, maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar dapat menambah kekuatan aliran darah ke otak.

Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah saw, supaya kita sujud berlama-lama pada raka'at terakhir.

Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:

1. Mencegah pening
2. Terhindar migrain
3. Menyegarkan otak
4. Menajamkan akal dan fikiran (lebih sensitif)
5. Melonggarkan sistem pernafasan
6. Memperbaiki kandung rahim yang turun
7. Menjaga dan    menguatkan kedudukan bayi dalam kandungan
8. Menghindarkan kandungan sungsang dan lain lain.

Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud...

SUBHANALLAH..........

Saturday, October 7, 2017

Kuliah : Jom perbaiki cara solat kita

Sekadar perkongsian. Jom sama-sama kita perbaiki solat kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.



Friday, October 6, 2017

Kompaun JPJ untuk kesalahan memandu dengan lesen tamat tempoh

Sebagai peringatan untuk kome, nie teman kongsikan kadar kompaun baru yang di kenakan untuk kesalahan memandu dengan lesen tamat tempoh. Naya kome kalau tetiba JPJ tahan, dan lesen kome pulak dah lama tak renew.

Kompaun baru JPJ

Thursday, October 5, 2017

Petua : Untuk menghalau cicak

Bila cicak banyak sangat di rumah, terutaman di syiling rumah pun kadang-kadang mengundang masalah juga buat kita. Maklum la, bila dah banyak cicak tu, mula la tahi cicak tu bersepah merata-rata. Ada yang melekat syiling tu jugak. Kita mungkin boleh memasang syiling kapur untuk menghalau cicak, mungkin petua ini juga dapat membantu anda.

Cicak

Gambar ehsan Google.

Mula-mula, dapatkan bahan-bahan ini;

  1. Serbuk kopi
  2. Serbuk tembakau
  3. Sedikit air
  4. Lidi atau kayu pencungkil gigi

Caranya, camburkan serbuk kopi dan serbuk tembakau itu bersama sedikit air. Kemudian, bentukkan adunan ini menjadi bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung kayu pencungkil gigi. Kemudian, letakkannya pada tempat gelap di mana cicak itu selalu kelihatan. Cicak tersebut akan memakan adunan ini dan kemudiannya mati.

Selamat mencuba ye.

Monday, October 2, 2017

Tips penjagaan kereta

Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara-perkara penting ini. Sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta, pastikan kome ambil tahu perkara ini dulu... Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.

Penjagaan kereta

Gambar ehsan Google.

1. Minyak hitam – Mengikut paras had dan jenis minyak. Adalah di syorkan untuk mengunakan minyak pelincir jenis fully synthetic untuk penjagaan enjin yang lebih baik dan penjimatan wang. Biasanya, pengunaan minyak jenis fully synthetic ini memberi kelebihan KM sehingga 10,000.

2. Oil filter – Tukar semasa membuat penukaran minyak hitam

3. Spark plug – Bergantung pada jenis kereta. Pastikan hanya menukar spark plug di pusat servise kereta kome tu. Kalau beli sendiri kat luar, sekarang nie banyak yang di kitar semula dan boleh mengakibatkan kerosakkan pada enjin kereta.

4. Bateri – Tambah air setiap kali servis. Adalah disyorkan mengunakan bateri dari jenis free maintenance. Untuk prestasi yang lebih baik, adalah disyorkan untuk menukarkan bateri kereta setelah lebih setahun mengunakannya. Kome juga boleh minta untuk membuat pemeriksaan bateri semasa membuat servise.

5. Belting – Tukar setiap 80,000 kilometer. Tak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. (Bergantung pada jenis kereta). Jimat duit, jimat belanja. Kita kan orang susah

6. Clutch plate – Mengikut keadaan

7. Fuel filter – Bergantung kepada jenis kereta. Sebaiknya masa hantar kereta service tu, minta sekali check fuel filter nie.

8. Air filter – Minta service sekali masa hantar kereta untuk di service.

9. Gear oil – Bergantung kepada jenis kereta juga. Boleh refer dengan service center bila kali terakhir menukar minyak gear.

10. Brake fluid – Minta service sekali masa hantar kereta untuk di service.

11. Brake pad – Minta service sekali masa hantar kereta untuk di service.

12. Power steering fluid - Minta service sekali masa hantar kereta untuk di service.

13. Radiator coolant – Minta service sekali masa hantar kereta untuk di service.

14. Wiper – tukar sekurang-kurangnya setahun sekali.

15. Air conditioner – Setahun sekali

16. Tyre – Pam pada setiap bulan

17. Radio – Memastikan ditutup pada setiap enjin dimatikan

18. Radiator – Pastikan dibersih menggunakan air paip

19. Fan radiator + aircond – Pastikan kipas hidup bila temp 1/2

20. Lamp bulb – Periksa lampu setiap hujung minggu

21. Steering alignment – servis setiap 20,000 kilometer

22. Power window – Check setiap suis power window

23. Beli kereta mahal-mahal kalau membelok tak reti bagi signal, sila pergi meninggal

24. Angin spare tyre dan spanar buka tayar serta jack pastikan sentiasa ada

25. Kalau park kereta di tengah panas, pastikan lubang angin aircond itu menggunakan udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas

26. Untuk kereta-kereta injection, pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning sudah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkan begitu

27. Sentiasa rajin check fan belt dan pastikannya berada dalam keadaan baik

28. Untuk pengguna kereta auto, pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak

29. Jangan main tambah minyak hitam jika enjin sudah mempunyai penyakit makan minyak hitam

30. Untuk enjin jenis yang guna kaburator, pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang menggunakan kaburator memang susah sikit nak hidupkan enjin. Nak senang hidupkan enjin, pump padel minyak sekali sahaja sebelum hidupkan enjin. Kebaikannya, starter motor tahan lama.

31. Enjin yang susah hiduplah punca starter cepat rosak

32. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk bengkel untuk servis, minta tolong abang-abang pomen periksa kereta anda dari A to Z agar anda mudah tahu kalau ada masalah lain yang timbul atau perlu ditukar.

Sunday, October 1, 2017

Dobi mesra Muslim

Kedai dobi khas untuk orang Islam. Baru-baru nie, di Johor kecoh pasal kedai dobi yang di khaskan untuk masyarakat Islam. Inisiatif nie bagus. Tapi mendapat tentangan la pulak. Teman sendiri pun tak faham apa masalahnya sampai inisiatif nie mendapat tentangan orang bukan Islam. Bukannya tak ada kedai dobi lain kat area tu. Islam adalah agama rasmi Malaysia. Klik disini dan disini Jika kome nak baca antara laporan berita pasal isu nie.

Dobi Mesra Muslim

Gambar ehsan The Malay Mail Online.

Sepatutnya kita bebas untuk melakukan segala urusan agama selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. Pada pendapat teman, dobi mesra Muslim nie tak lebih dari strategi perniagaan. Pada pendapat teman, penguatkuasaan undang-undang Islam negara kita nie sangatlah lemah. Tengok saja la isu halal, senang-senang saja mereka campurkan benda haram dan kemudian di jual kepada umat Islam. Mungkin undang-undang kita nie tak cukup tegas untuk membendung perkara ini berulang.

Sebenarnya kita sebagai penguna Islam memang sangat memerlukan pilihan seperti ini. Setidak-tidaknya pilihan yang di buat ini tidak lah meragukan. Cuba kome bayangkan jika ada la bulu anjing tersangkut kat filter mesin basuh tu. Macam mana lah agaknya ibadat kita nanti ya?

Sepatutnya, biarkan saja pengusaha tu meneruskan inisiatif dia. Biar penguna yang menentukan pilihan mereka.

#islamituindah

Kuliah : Bila umur 40 tahun

Umur 40 tahun... itu hanya angka yang mengambarkan pertambahan usia dan kematangan fikiran... di usia 40 tahun ini, kita mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Bila umur mencecah 40 tahun, penting untuk kita lihat kembali arah tuju hidup kita, keluarga kita dan di usia 40 tahun ini sepatutnya menjadi garis penamat untuk kita berubah. Disinilah titik persimpangan arah tuju hidup dan amalan kita. Jika tersilap pilih arah tuju, takut-takut kita akan kekal sesat sampai akhir hayat.