Ada satu ruang belakang di office teman nie. Polisi syarikat terang-terang dah bagi tau dalam bangunan no smoking area. Sign no smoking ada kat area belakang nie. Tapi dema tu buat nohiiiinn je sign nie... Baik lelaki atau perempuan... Sama je... Kalau dah kaki menghisap tu... memang menhisap juga lah yang dema tau...
Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Wednesday, September 30, 2020
Wednesday, September 16, 2020
Wordless : Angkut-angkut
Pernah tak kome tengok serangga nie. Orang kampung teman panggil serangga nie Angkut-angkut. Nama saintifiknya pula Potter wasps. Apa yang unik pasal serangga nie. Kalau kome nak tahu, Angkut-angkut membina sarangnya dengan mengunakan tanah. Hebatkan! Entah berapa lama la agaknya di ambil untuk Angkut-angkut nie bina sarang tu. Sarang Angkut-angkut nie ada banyak bilik tau. Masa kecik-kecik dulu, teman suka benor musnahkan sarang Angkut-angkut. Jahatkan teman nie...!
or reload the browser
or reload the browser
or reload the browser
Kesian Angkut-angkut tu, kena buat sarang dia semula. Biasanya Angkut-angkut nie akan buat sarangnya pada permukaan rata yang tak terkena air. Macam di pintu, tingkap. Masa PKP hari tu pun ada angkut-angkut buat sarangnya kat nombor plat kereta teman. Ye la kan, masa tu kereta teman kurang sangat di gunakan.
Nie Angkut-angkut yang tengah cari port baru nak buat sarang. Tapi awas, ada juga Angkut-angkut yang berbisa, menyengat jika di ganggu ya.
or reload the browser
or reload the browser
Hebatkan makhluk kecil nie...
or reload the browser
Tuesday, September 8, 2020
Arnab dan Kura-kura
Bila sebut pasal Arnab dan Kura-kura nie, apa kisah atau cerita berkenaan kedua-dua haiwan ini yang kome masih ingat lagi? Tentu kome pernah terbaca atau dengar kisah perlumbaan kedua-dua haiwan ini. Dulu-dulu, teman ingatkan kisah nie kisah dongeng je. Rupanya betul la. Arnab nie nampak je pantas tapi dia tak focus. Kura-kura pula nampak je lambat, tapi dia fokus dengan apa yang di buat. Pepatah mengatakan, "Biar lambat, asalkan SELAMAT".
or reload the browser
Ikuti perkongsian video kisah benar perlumbaan Sang Arnab dan Sang Kura-kura.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)