Saturday, September 7, 2019

Kuliah : Doa elak disihir

Doa untuk mengelak di sihir. Kita sekarang nie berada di abad ke 20. Tahun 2019, pun sudah hampir ke penghujungnya. Ilmu dan segala maklumat semuanya di hujung jari. Kebanyakkan orang, tahu dan ada akses untuk mendapatkan maklumat yang di perlukan. Manusia di kurniakan akal fikiran. Mampu untuk berfikir mana yang yang baik, dan mana yang batil. Namun, bila nafsu menguasai diri dan syaitan menyuntik hati untuk mendorong ke arah kejahatan, manusia tewas atas kejahilan diri dan menuruti kehendak hawa nafsu.

Tak dapat dinafikan di zaman teknologi serba canggih ini, masih ada lagi golongan yang percaya kepada perkara-perkara khurafat dan melakukan perkara-perkara syirik termasuklah melakukan perbuatan sihir.

Dalam entry kuliah hari ini, teman hendak memanjangkan perkongsian doa untuk mengelakkan dari di sihir oleh Anugerah Quran. Doa ini boleh la dijadikan amalan seharian.



Kita hanya mampu berusaha, namun Allah jua yang memnentukan segala-galanya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Friday, September 6, 2019

Kerana 50 sen

Terbatal solat Jumaat. Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat berpuasa hari ini. Adapun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

50 Sen
Gambar ehsan Google.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.

Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu. Semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali, tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya. Risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu, Amat pun berbisik kepada orang di hadapannya..

Amat : "Jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.."

Lalu orang itupun menjawab... 

"Alah, setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu."

Lalu orang di sebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata,

"Eh, korang nie.. Dalam sembahyang mana boleh bercakap?"

Selepas itu, ada seorang yang lain pula bersuara,

"Yang kau bercakap tu aper?"

Sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. Jangan asyik sangat mengadap sosial media nie... Jom kome, pergi masjid untuk solat Jumaat. 


Perihal seorang perempuan

Hari nie teman nak bercerita pasal perempuan. Kalau kome nak tahu, perempuan nie makhluk yang sangat unik. Lahirnya wanita adalah untuk kasihi, di sayangi bukan untuk di sakiti. Sebenar-benarnya, kehadiran seorang wanita lah yang menceriakan dan memberi kekuatan buat seorang lelaki. Macm mana nak fahami perempuan. Apa yang di zahirkan dari kata-katanya, selalunya ada maksud yang lain... Itu lah perempuan...

Perempuan... 🤣

Kalau takde tudung yang match dengan bajunya, maknanya dia TAKDE tudung ok. Walaupun tudungnya penuh almari.

Kalau baju yang sama dia dah pakai selalu selama 3-6 bulan, maknanya dia TAKDE baju ok. Walaupun bajunya dah tak muat almari.

Perempuan

Keronsang yang dia beli RM10 dapat 20 biji tu, boleh habis tau walaupun dia kata dia tak makan keronsang tu. Dan dengan muka macam orang dah ambil keronsang dia,  dia akan kata, tak taulah pegi mana semua keronsang tu.

Beratnya 50kg tapi kawannya 49.5 kg, dia dah rasa dirinya gemooookkkk sangat. Esoknya dia start diet. Kejap je tu... Lepas sehari dua, dia akan ajak makan luar...

Dia yang buat hal, lepas tu dia yang merajuk.

Kalau orang usik tudung yang dia dah gosok cantik licin bagai telur rebus baru dikupas, dia boleh meletup bagai bom atom tersimpan beribu tahun lalu. Walhal boleh je gosok balik. Takpun ejas je elok-elok. Dah pakai kang kedut gak balik.

Dia boleh pakai tudung dengan pelbagai cara lipatan, lilit sana sini, pin sana sini kat kepala dia, siap buat tutorial lagi, takpun dia gigih ikut tutorial orang lain, tapi lipat kain dia malas.

Orang marah anak dia tak boleh, tapi dia marah anak dia sampai hujung kampung boleh dengar, takpe pulak.

Dia tahu sakit bersalin tu macam nyawa dihujung rambut, tapi seriknya sekejap je. Tak lama, dia nak mengandung lagi.

Sakit bersalin dia boleh lalui berulang kali tapi jarinya kena pisau sikit dah meraung macam apa entah.

Di mata lelaki, kaler ada 12, ikut kaler pensil anak kat sekolah. Yakni hijau is hijau, biru is biru dan seterusnya. Tapi di mata perempuan, kaler ada 36++ mcm kaler stabilo yang kotak besar tu, itupun tak cukup tau. Hijau je ada 6-8 warna, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau mint, hijau tua, hijau muda, hijau tua sikit, hijau bla bla bla... Itu baru hijau ok. Itu belum lagi ungu biji kundang, ungu ros, ungu kuat, ungu pelan, arggghhhh macam-macam la... so, jangan silap kaler ok.

Mulutnya kata lain sedangkan hatinya nak lain. Lepas tu bila orang tak paham, dia sedih. Huhuhu....

Dia tahu sakitnya dianiaya orang yang dia sayang, tapi dia tak pernah serik bagi peluang lagi dan lagi walaupun dia tahu dia akan disakiti lagi dan lagi. Sedangkan tak semua yang mengerti.

Dia boleh jadi dragon fly yang comel, boleh jadi dragon fire yang menakutkan, tapi dia adalah dragon ball yang susah nak dapat walaupun dah banyak episod. Dah dapat pun boleh terlepas balik ok...

Itulah perempuan, penghibur terbaik yang Allah kirimkan buat semua kita di dunia. Selagi dia tak minta diluar kemampuan, turutilah. Andai tak mampu, betulkanlah dia secara berhemah. Dia bidadari kamu di syurga nanti. Kat sana nanti, walau hodoh mana dia di dunia, dia akan jadi paling cantik, In Shaa Allah. Love you so much dear...