Tempat makan best di Melaka. Makan signature di Melaka mestilah Asam Pedas Melaka. Selepas berjalan-jalan menikmati keindahan di Taman Botani Ayer Keroh, Melaka. Sejam lebih menjelajah di taman Botani tu, perut pun dah mula terasa lapar. Maklum lah, jam di tangan pun dan menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Nak makan kat mana yer. Teman pun bukannya biasa sangat dengan Bandaraya Melaka nie. Search kat map dan Foursquare tengok apa pilihan yang ada. Berdasarkan komen di Foursquare, nampaknya Hajah Mona asam pedas nie mendapat rating tertinggi. Teringin pulak teman mencubanya. Maklum la, asam pedas nie memang favorite teman. Apa lagi, ambik koordinatenya terus lock ke nokia map teman nie. Ok, teman kongsikan koordinatenya dibawah,
Lokasi kedai ini adalah berhampiran dengan Casa Blancaa Guest House.
Berpandukan arahan dari Nokia Map, akhirnya sampai jugak teman ke Hajah Mona asam pedas nie. Perut pun memang dah lapar. Apa lagi, terus saje pesan menu yang ada.
Apa ye menu yang ada. Confirm la asam pedas. Ok nie la menu makan tengahari kali nie... Set asam pedas, sekali dengan telur asin... Memang sedap... lagi pun teman nie memang peminat asam pedas... Lauk hari nie adalah asam pedas ikan kembung dengan sayur kobis jer... teman order air suam jer... maklum la, kejap lagi nak pekena Coconut Milk Shake pulak...
Siap ada no telefon lagi tu... boleh la buat pesanan sebelum sampai kesini untuk dibungkus bawa balik.
Apa macam, ada yang terliur tak... :d
mmm.... nampak tak hasilnya... licin... mana tak, ikannya sangat segar... dan teman dah merancang, kalau datang ke Melaka lagi, pasti teman akan datang makan disini.
Untuk pengetahuan, selain ikan kembung, kat sini ada juga menyediakan asam pedas ikan pari, ikan merah bergantung pada stock yang ada. Masakan asam pedas disini hanya akan disediakan apabila mendapat tempahan.