Thursday, November 7, 2013

Petua : Elakkan rambur gugur

Masalah rambut gugur lagi. Last week teman ada kongsikan petua untuk masalah rambut gugur nie. Klik disini kalau hendak membacanya. Kebelakangan ini, ramai betul yang mengalami masalah ini.  Sebagai pilihan alternative, teman kongsikan disini amalan atau petua orang-orang terdahulu bagaimana mereka mengatasi masalah ini. Jika kome masih lagi mengalami masalah ini, pergi lah merujuk kepada mereka yang lebih arif dalam bidang ini. Rawat sebelum terlambat.



Ok, ada tiga pilihan petua disini.

Pilihan 1: Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dahulu kulitnya. Gunakanlah bahagian kulit tembikai dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda. 


Kemudian, biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam masa 25 hingga 35 minit dan cucilah sampai bersih. Jika anda ingin biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tidak meleleh pada bantal tidur anda. Amalkan petua ini hanya sekali dalam seminggu

Pilihan 2: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.




Pilihan 3: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.


Gambar ehsan Google

Selamat mencuba.

12 comments :

  1. Replies
    1. sharing is caring kan... anyway, terima kasih sebab sudi tinggalkan jejak...

      Delete
  2. petua tembikai tu macam menarik..tapi elok kalau buat kat rumah..tembikai pun tak melekit rasanya..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe... cuba lah... jangan bersemut sudah laa... :)

      Delete
  3. perkongsian yang berguna. nanti boeh guna bunga raya kat rumah buat petua ni.

    ReplyDelete
  4. bagus ni....jimat ..xpayah nak habis beribu²...biar cara lambat tapi berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah cuba dulu... barulah tahu hasilnya macam mana... kadang-kadang petua orang lama nie hanya berkesan pada orang tertentu saja...

      Delete
  5. Terima kasih kerana sharing. Good info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen...

      Delete
  6. Hehehe.. post nie nak kena email kat hubby nie.. :D

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...