Thursday, June 27, 2013

Petua : Untuk tumit kaki cantik

Bahagian kaki selalunya kita terlepas pandang dan mengabaikan aspek penjagaannya. Kali ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mendapatkan tumit kaki yang cantik. Kebiasaannya bahagian tumit kaki akan diliputi dengan kulit yang keras dan kesan rekahan. 


Gambar ehsan : Google

Teman akan kongsikan petua untuk menghilangkan kesan rekahan ini. Bahan yang diperlukan adalah;

  • 5 biji buah kedondong (dihiris)
  • 2cm kunyit hidup
  • Beberapa helai daun sirih



Gambar ehsan : Google

Caranya mudah saja. Tumbuk sehingga hancur halus kunyit hidup bersama dengan hirisan buah kedondong. Kemudian, letakkan bahan yang sudah ditumbuk diatas daun sirih dan lipatkan. Layurkan lipatan daun sirih tersebut diatas api perlahan (kecil). Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Biarkan selama 15 minit hingga setengah jam. Amalkan sekali seminggu.

Selamat mencuba!

2 comments :

  1. kalo pakai lotion pun okey kot, pakai elgi plus ke.. cream tumit mahal skit la.. kalo rajin buat cara tradisional pun ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha... zaman sekarang nie senang, beli je krim yang banyak kat famarsi tu...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...