Friday, October 28, 2011

Muzium Angkatan Tentera, Port Dickson

Tempat menarik di Port Dickson. Untuk entry hari ini http://apakehei.blogspot.com/ nak kongsi pengalaman ketika melawat Muzium Angkatan Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sebenarnya entry ini adalah rentetan dari hari Keluarga PERKESO di Bayu Beach Resort, Port Dickson hari tuh... Since dah stay lama sket kat PD, kami pun merayau lah untuk mencari tempat-tempat menarik untuk di jelajahi... Muzium Tentera Darat adalah salah satu yang menarik untuk di kunjungi di Port Dickson. Sekurang-kurangnya, dapat mendidik kita untuk lebih mengetahui perjalanan, pahit getir para pahlawan negara kita memerangi musuh negara di era kegemilangan Kesultanan Melaka hingga lah ke hari ini.



Simbol Tugu Pahlawan... Disini tercatat nama-nama pejung tanah air yang gugur mempertahankan tanah air tercinta dari PENJAJAH.



Nie adalah simbolik semangat pejuang tanah air kita... HARIMAU MALAYA menyambut pengunjung di pintu masuk utama. 



Ini pula adalah tengkorak gajah. Ia digunakan sebagai peti surat oleh pihak Komunis.



Didalam ruang pameran, selain pakaian dan senjata terdapat juga terowong Komunis untuk di lawati. Disebabkan masa tidak mengizinkan tak dapat laa untuk dikongsikan dalam entry kali ini.


Apa pun, dalam banyak-banyak pameran, hati ini terpanggil untuk berkongsi kisah Adnan Bin Saidi atau lebih di kenali sebagai Leftenan Adnan.



Leftenan Adnan yang gagah berjuang menentang Jepun. Sebak hati ini bila dapat tahu bagaimana Leftenan Adnan mati di bunuh. Di ruang pameran ada diletak simbolik bagaimana pejuang negara ini dibunuh. Tapi, teman tak mampu untuk mengambil gambarnya. Entah laa kenapa...

Apa pun, hanya ini lah yang dapat di kongsikan berkenanaan Adnan Bin Saidi...




Di sekitar bangunan berbaris kenderaan berperisai ATM Sibmas...












Sibmas 4 X 4 APC






Selain kenderaan berperisai, terdapat juga helikopter Nuri, Helikopter tempur, pesawat Hercules dan jet pejuang HAWK




nie helikopter Aloutte


dan ada jugak gerabak kereta api kegunaan raja-raja dan para pemimpin untuk bermasyuarat....



Sebenarnya banyak lagi benda yang menarik disini tapi masa tidak mengizinkan untuk berada lebih lama disini. Apa pun, lain kali kalau berkesempatan, pasti saya akan singgah disini lagi untuk meneroka keseluruhan muzium ini.

Jangan lupa, masuk adalah PERCUMA sahaja... :)

Ini koordinate GPS bagi kawan-kawan yang ingin berkunjung kesini.
2° 29'47.64N  101° 50'52.31E

Klik untuk Google Map

2 comments :

  1. menarik jugak nih. haritu dah pegi muzium TUDM kat sg besi. next boleh pegi muzium tentera darat ni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak tu GB... teman pun tak habih round lagi kat situ...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...