Thursday, November 1, 2012

Petua : Hilangkan ketuat

Ketuat adalah sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkitinitu akan menjadi timbul dan keras.

Kawasan yang dijangkiti ketuat akan membentuk bonjolan kecil yang menggerutu dan kasar pada kulit. Kebiasaanya akan dijangkiti dibahagian tangan, jari atau kaki. Ketuat disebatkan melalui sentuhan dan selalunya merebak melalui kulit yang pecah atau kulit yang lembab.

Ketuat tidak memilih mangsa. Ia boleh dialami oleh lelaki dan perempuan. Tahap umur yang sering mendapat ketuat ialah diantara 12 dan 16 tahun kerana penjagaan kesihatan diri yang masih lemah.

Jika anda ingin membuang ketuat, berhati-hati kerana darah yang keluar setelah kita mengeluarkan ketuat itu memang banyak. Malah, ketuat juga boleh dijangkiti melalui darah yang dikeluarkan setelah mengeluarkan ketuat itu.

Jadi, sentiasalah berhati-hati ketika mengeluarkan ketuat itu.

Petua menghilangkan ketuat



Bawang putih
Kikis ketuat terlebih dahulu dan kemudian lekatkan atau sental ketuat pada kaki.




Abu ubat nyamuk
Bancuh abu ubat nyamuk dan sapu pada bahagian ketuat setiap hari sehingga hilang.




Kapur sirih
Sapu kapur sirih pada ketuat sebelum tidur dan biarkan ia kering. Ia akan mematikan ketuat semasa tidur.



Getah betik / pisang
Kikis ketuat terlebih dahulu dan kemudian titiskan getah pada ketuat.




Vitamin C
Tumbukkan vitamin C hingga hancur kemudian sapukan dibahagian terkena ketuat dan balut dengan kain.




Cuka
Basahkan kapas dengan cuka kemudian letakkan kapas itu kebahagian yang terkena ketuat.

Petua-petua yang teman kongsikan disini hanyalah sebagai ikhtiar. Jika masih juga mengalami masalah tersebut, berjumpalah dengan doktor yang lebih pakar berkenaan penyakit ini.

5 comments:

  1. Vitamin c tu mcm buah oren ke... X fhmlah pasal vitamin c

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Vitamin C yang disebut kan atas adalah pil vitamin C tu... boleh didapati di farmasi... ambil pil vitamin C tu, di tumbuk halus kemudian sapukan pada ketuat tuu... nie salah satu cara lah... cara lain boleh guna getah betik... yg diambil dari daun betik, buah atau batang pokok betik tu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...