Friday, January 20, 2012

Pattaya Village, Kota Bharu

Tempat makan best di Kota Bharu, Kelantan... Negeri yang penuh dengan kepelbagaian makanannya. Kalau bab makan... Tak susah... Terdapat pelbagai genre makanan disini... Salah satu yang sempat saya kunjungi masa balik untuk hari raya haji baru-baru ini ialah di restoran Pattaya Village. Restoran ini amat unik. Ini adalah kunjungan pertama saya ke sini.



Untuk sesiapa yang berminat untuk makan-makan disini, teman sharekan coordinate nye kat bawah nie;

6.12475N, 102.25586E


Kebiasaannya apabila ke restoran, pasti kita akan bayangkan makanannya. Tetapi, restoran ini amat unik sekali. Restoran ini berkonsepkan makanan Thailand seperti tomyam, som tam dan macam-macam lagi la. Yang menariknya, selain makanan restoran ini turut menyediakan majalah untuk pelanggan-pelanggannya sementara menunggu makanan di hidangkan. Sesuatu yang menarikkan. Layanan pekerjanya juga amat memuaskan hati, seperti berada di hotel bertaraf lima bintang.




I'm sorry, maaf puan, boleh saya bantu tuan/puan menjadi skrip pekerja-pekerjanya apabila mendekati pelanggan-pelanggannya.








Semasa kunjungan pertama ini, kami order kailan ikan masin, ayam masak halia, tom yam campur, telur dadar, telur bungkus dan kerabu sotong. Minuman pula kami order air tembikai, air epal dan air suam. Makanannya juga menarik, sedap dan setimpal dengan bayarannya (RM7+.++). Cuma kunjungan kali ini, kami tak dapat merasai som tamnya disebabkan bahan-bahan untuk membuatnya tidak mencukupi.

Next time, pasti teman singgah lagi ke sini :D

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...