Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Saturday, November 30, 2013
Friday, November 29, 2013
Bukit Gambang Water Park
Tempat menarik di Pahang. Gambang Water Park di Bukit Gambang City Resort. Ini merupakan kunjungan pertama teman dan keluarga ke Gambang Waterpark. Kami menginap di Caribean Suite. Klik disini untuk membaca entrynya.
Taman tema di sini memang menarik. Manakan tidak, setiap kali hujung minggu taman tema ini mesti penuh dengan pengunjung. Kebanyakkan gambar adalah ehsan dari Google. Teman tak bawa camera masa dok berendam disini.
Gambar ehsan Google
Satu tips teman kongsikan disini untuk mereka yang bercadang nak Bukit Gambang Water Park nie. Kalau berkunjung disini pada hari public holiday yang bersambung dengan cuti hujung minggu, tempat nie sangat ramai orang. Sama juga kalau waktu cuti sekolah. Silap hari bulan, kome tak nampak air kolam. Yang nampak hanya lautan manusia yang bermacam ragam. Sebelum masuk ke water park, kome kenalah beli tiket dulu. Nie rate harga tiket untuk masuk water park tahun 2013
Nampak tak? Tiket water park boleh di beli samada di pintu masuk water park atau pun di lobi Bukit Gambang City Resort. Kalau beli tiket di pintu masuk water park, ramai sangat orangnya walaupun counternya banyak, dah rupa beli tiket bola kat stadium pulak. Kat lobi hotel, hanya ada satu counter jer. Siapa yang stay di Bukit Gambang City Resort ada pilihan lah sama ada nak beli di lobi hotel atau di pintu masuk water park. Kalau beli secara online pun boleh juga. Tapi kome masih juga perlu beratur panjang. So, no point lah kan. Ramai juga orang merungut, ingatkan beli online senang tak payah nak beratur panjang. Rupanya sama jee... Mungkin harga la beza sket. Budak-budak dibawah paras nie masuk free je. Tak payah bayar.
Gambar ehsan blogger budak bakong
Untuk pengetahuan, kita tidak boleh membawa sebarang makanan atau minuman dari luar. Makanan dan minuman hendaklah dibeli dalam kawasan water park. So, adalah lebih baik kita mengambil E-Value credit untuk membuat sebarang pembelian semasa berada di dalam water park. Baki E-Value boleh dituntut semula di kaunter tuntutan semasa keluar.
Dari hotel, kami ambik buggy nie untuk pergi dan balik dalam RM5 seorang. Kalau drive sendiri pun boleh. Tapi, tau je la dah ramai-ramai nie parking pun mesti jauh. Lebih baik naik buggy nie, senang tak payah fikir pasal parking. Lagi pun Aisar nie teruja sangat naik buggy nie.
Gambar ehsan blogger budak bakong
Sebaik je melangkah masuk, kome akan nampak benda nie. Menarikkan deconya.
Apa pun sebelum masuk dalam air, kenalah sewa pelampung dan loker untuk simpan barang. Rate untuk sewa loker, pelampung dan pondok (cabana) teman kongsikan disini;
Kalau nak mandi kolam tu, kenalah pakai pakaian yang bersesuaian. Yang ko bogel pulak, terutama anak-anak kecil... no bogel-bogel... no... no... no...
Gambar ehsan blogger mamatisya
Gambar ehsan blogger mamatisya
Nie antara yang best kat sini... boleh gelungsur, siap melambung-lambung lagi... :d and kalau nak rileks sambil dihanyutkan atas pelampung boleh main kat canal nie... siap masuk gua gelap yang sejuk... tu yang best tu...
Gambar ehsan Google
Nie la guanya...
Gambar ehsan Google
Kebanyakkan gambar yang teman kongsikan dalam entry nie adalah melalui carian di Google dan blog yang teman follow. Bukan apa, teman tak ada camera yang water proof. So, tak boleh la nak bawak camera masuk kolam. Lagi pun kalau bawa juga, nanti hilang pulak. Maklum la dok leka berenang dan jaga si Aisar nie... Apa pun, memang seronok cuti bercuti disini sambil mandi manda dengan family :d
Kalau berminat datang sini, boleh download flyernya disini atau melayari Bukit Gambang Resort City disini untuk mendapatkan promosi terkini.
Thursday, November 28, 2013
Petua : Untuk menyegarkan tubuh ibu dalam pantang
Teman nak kongsikan lagi petua untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu pasti melelahkan. Apatah lagi sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu. Orang-orang terdahulu mempunyai cara mereka tersendiri untuk mengatasi kelesuan dan menyegarkan tubuh selepas bersalin.
Petua orang lama ini ada memberikan satu kaedah yang mudah untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Kome hanya perlukan bahan dibawah;
- Beberapa helai daun sirih (bergantung kepada air rebusan)
- Beberapa helai daun pandan (bergantung kepada air rebusan)
- Sedikit halba (bergantung kepada air rebusan, secukupnya)
- Bunga cengkih (bergantung kepada air rebusan, secukupnya)
- Garam (secukup rasa)
Kesemua bahan di atas hendaklah direbus sehingga mendidih. Kemudian mandi dengan mengunakan air rebusan ini setiap pagi sehingga hari ke-40 selepas bersalin. Insha-Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas.
Petua : Melegakan batuk berpanjangan
Batuk berpanjangan pastinya meresahkan kome. Betul tak? Sudahkah kome mencuba beberapa petua mengunakan madu lebah yang teman kongsikan dalam entry yang lepas. Kome boleh klik disini untuk membacanya. Ada jugak petua berkenaan batuk yang teman kongsikan mengunakan pucuk ubi dan kapur sirih. Kalau kome nak membacanya, klik disini.
Kadang-kadang bahan untuk petua itu tiada, dan sebagai pilihan teman kongsikan satu lagi petua untuk melegakan batuk berpanjangan. Kali ini bahan utama yang perlu ada ialah pisang. Tak kisah lah apa pisang pun, janji pisang itu telah masak.
Caranya, rebuskan beberapa biji pisang yang telah masak ini sehingga lembik. Kemudian campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Biarkan selama 20 minit. Setelah siap, campurkan sedikit gula dan makan.
Insya-Allah batuk kome tu akan berkurangan.
Tuesday, November 26, 2013
Hotel Review : Bukit Gambang City Resort - Caribean Suite, Kuantan
Bukit Gambang
City Resort - nie first time check in di sini. Untuk kali pertama nie, kami menginap di Caribean suite.
Penginapan pertama nie, kami diberi block N dengan bilik bernombor N2-12-02, bersebelahan
pulak dengan funfair. Di ground floor pulak ada indoor game, sebahagian dari
fun fair tu jugak. Untuk sesiapa yang ingin mencari kedamaian dan ketenangan disini, mungkin Caribean Suite ini tidak lah sesuai. Untuk pengetahuan, funfair ini akan hanya berhenti operasinya pada pukul 12.00 malam. Sudah menjadi kebiasaan, mereka yang menginap disini pasti akan ke Bukit Gambang Water Park yang terletak tidak jauh dari resort ini.
Gambar ehsan Google
Gambar ehsan Google
Di sebab percutian kali nie termasuk family
member yang lain, teman tak dapat nak kongsikan gambar keadaan bilik di
Caribean Suite nie. Kedua-dua bilik dilengkapi dengan air cond, katil bersaiz
queen, bathroom serta wardrob. Setiap katil hanya ada 2 biji bantal sahaja dan
setiap permintaan untuk bantal tambahan dikenakan RM5 sebiji.
Dibahagian ruang tamu, seperti biasa ada satu set sofa dan TV. TV biasa je, bukannya yang flat screen tu. Bahagian dapur pula disediakan meja makan bersaiz 4 orang, peti sejuk kecil, cerek kecil, set cawan berserta beberapa pek minuman segera. Lebih kurang dalam gambar dibawah nie.
Gambar ehsan dari Google,
Di bahagian entrance bilik ditingkat 2,
diruang laluan masuk lampunya ada tapi tidak pula dipasang. Dengan hanya
berpandukan cahaya dari tempat menunggu lif, terpaksalah kami berjalan dalam
keadaan samar-samar tu bila hendak balik ke bilik di waktu malam. Nombor bilik kena lah tengok
betul-betul, takut tersalah bilik. Di waktu malam agak kelam juga dilaluan masuk ke bilik nie.
So, overall bolehlah setakat nak tidor je. Untuk makan malam, tak banyak pilihan yang ada. Sama ada makan di restoran yang telah disediakan atau makan di luar. Jika memilih untuk makan diluar, terdapat beberapa restoran dalam jarak 1.5KM sahaja. Atau pun jika hendak yang lebih adventure, boleh berkunjung ke Tanjong Lumpur. Banyak pilihan tempat makan bagi mereka yang inginkan makanan laut. Jarak perjalanan dari Bukit Gambang City Resort ke Tanjong Lumpur adalah lebih kurang 40KM.
Untuk sarapan, pilihannya tetap sama samada makan di restoran yang disediakan atau sarapan di luar sahaja. Untuk pakej bilik yang teman ambil, kami disediakan dengan 4 kupon untuk sarapan. Untuk hari pertama, teman sarapan di restoran saja.
Menu untuk sarapan pagi agak biasa sahaja dan agak terhad pilihan menunya. Untuk hari kedua, teman bersarapan diluar sahaja.
Monday, November 25, 2013
Warisan Anggoi Cafe
Tempat makan best di Saujana Utama Sungai Buluh. Pernah tak kome makan pisang goreng cheese? Haa, inilah keunikan dan kelainan di Warisan Cafe nie. Sebenarnya, Warisan Cafe nie baru sahaja dibuka pada awal November 2013. Kiranya tak sampai sebulan lagi lah cafe ini beroperasi di sini. Selain dari tu, di Warisan Anggoi Cafe nie, ada jugak menu lain. Yang teman dah cuba steamboat dan laksa. Laksa nya best jugak, menepati cita rasa teman. Tapi, yang paling best sekali pisang goreng cheese.
Haa, kalau nak tahu sejak dibuka hari tu, dalam seminggu dah tiga kali teman ke Warisan Cafe nie. Sebab apa? Sebab teman nak makan pisang goreng cheese nie la. Rasanya... mmm... pisang gorengnya ranggup, lemak, manis, berkrim dan disukai ramai :)
Harganya satu set hanyalah RM5.00 jer. Ada lebih kurang 5-6 potong pisang. Lagi best menikmatinya sewaktu panas-panas. Sekali ngap, pergh... bestnya... Untuk pengetahuan, goreng pisang cheese nie hanya akan disediakan apabila ada tempahan. Maksudnya, kome akan menikmatinya panas-panas.
Haa, kalau nak tahu sejak dibuka hari tu, dalam seminggu dah tiga kali teman ke Warisan Cafe nie. Sebab apa? Sebab teman nak makan pisang goreng cheese nie la. Rasanya... mmm... pisang gorengnya ranggup, lemak, manis, berkrim dan disukai ramai :)
Harganya satu set hanyalah RM5.00 jer. Ada lebih kurang 5-6 potong pisang. Lagi best menikmatinya sewaktu panas-panas. Sekali ngap, pergh... bestnya... Untuk pengetahuan, goreng pisang cheese nie hanya akan disediakan apabila ada tempahan. Maksudnya, kome akan menikmatinya panas-panas.
Warisan Anggoi Cafe nie terletak betul-betul bersebelahan dengan Shell Saujana Utama. Untuk lebih spesifik, nie alamatnya ;
No.17-G
Jalan Bidara 6/1
Saujana Utama Sungai Buluh
4700 Sungai Buluh
Selangor
Ok, nie adalah koordinate GPS untuk mereka yang mengunakan GPS
Kalau ikutkan, Warisan Anggoi Cafe nie beroperasi pagi dalam pukul 8 sehinggalah malam. Setakat nie, pisang goreng cheese yang teman order tak pernah lah pulak kehabisan stoknya. Mungkin selepas entry nie di publish stok pisang goreng cheese nie cepat habis... hehehehehe... tak apalah, teman sekadar membantu sesama Islam.
Kalau kome ada rasa nak belanja teman makan pisang goreng cheese nie, rogger-rogger lah ye... 10 minit nanti teman sampai... :d
Ok, nie adalah koordinate GPS untuk mereka yang mengunakan GPS
3.204701, 101.486831
Kalau ikutkan, Warisan Anggoi Cafe nie beroperasi pagi dalam pukul 8 sehinggalah malam. Setakat nie, pisang goreng cheese yang teman order tak pernah lah pulak kehabisan stoknya. Mungkin selepas entry nie di publish stok pisang goreng cheese nie cepat habis... hehehehehe... tak apalah, teman sekadar membantu sesama Islam.
Kalau kome ada rasa nak belanja teman makan pisang goreng cheese nie, rogger-rogger lah ye... 10 minit nanti teman sampai... :d
Sunday, November 24, 2013
Saturday, November 23, 2013
Friday, November 22, 2013
Thursday, November 21, 2013
Petua : Cairkan lendir di tekak
Teman pasti ramai diantara kita pernah mengalami batuk-batuk. Ada kalanya batuk akan menyebabkan tekak berlendir. Sama ada batuk yang kering atau pun berkahak pastinya mengganggu aktiviti harian kita. Kali ini teman hendak kongsikan satu petua atau cara untuk melegakan tekak dari lendir yang mengakibatkan ketidakselesaan. Cara ini akan memudahkan anda mengeluarkan lendir tersebut. Sangat-sangat mudah.
Gambar ehsan Google.
Apa yang perlu kome buat, beli buah anggur dan makan. Tak kisah buah anggur yang macam mana. Janji buah anggur. Mudahkan. Dengan ini kome akan mudah keluarkan lendir itu.
Klik disini untuk membaca petua mengatasi masalah batuk.
Petua : Untuk melicinkan wajah dan kulit berseri-seri
Siapa tak nak wajah yang menarik, betul tak? Tapi, wajah yang menarik bukan lah segala-galanya. Setiap orang semestinya mengambil berat tentang permasalahan yang melibatkan wajah. Semestinya mereka ini mengunakan pelbagai jenis produk penjagaan wajah. Orang dulu-dulu pun ada cara mereka tersendiri dalam penjagaan wajah. Ada beberapa petua berkenaan penjagaan wajah nie. Kesemuanya hanya mengunakan bahan-bahan yang mudah didapati and tiada pengunaan bahan kimia :). Ok, banyak pilihan dibawah, so boleh lah yang mana senang dan mudah didapati bahannya itu.
Gambar ehsan Google
Gambar ehsan Google
Pilihan 1: Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
Pilihan 2: Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.
Pilihan 3: Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkannya setiap hari.
Pilihan 4: Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkankan ia kering dan cuci dengan bersih.
Pilihan 5: Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
Pilihan 6: Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Amalkan selalu sehingga kulit muka anda kelihatan licin.
Pilihan 7: Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Wednesday, November 20, 2013
Tips untuk memikat hati wanita
Teman pernah buat entry tips bagi wanita untuk memikat hati lelaki idaman mereka. Kali ini, teman nak kongsikan tips bagi lelaki untuk memikat hati perempuan. Teman nie bukan la expert sangat, cuma sekadar berkongsi info dan pengalaman saje... :) manalah tau kot ada follower blog nie masih single mingle macam +Azlan Strider nie... Ada juga anak-anak dara follow blog teman nie tau... :d
Tidak merokok - Merokok itukan merbahayakan kesihatan. So, kalau diri sendiri pun tak sayang, macam mana nak sayang orang lain. Lagi pun merokok nie akan mengundang kepada bau-bau yang tidak menyenangkan.
Yakin Pada Diri Sendiri - Keyakinan pada diri sendiri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Lelaki kena perlu menjadi fighter. Baru dipanggil sifat lelaki sejati. Jika ada masalah, bawa berbincang dan kome harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.
Pandai Buat Lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat, untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh. Belajar buat lawak secara spontan dan bersahaja, kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terus merindui kerenahmu.
Romantik - Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. Namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.
Bijak - Wanita sering mengimpikan seorang lelaki yang berpendikan dan pandai. Jika anda berasakan anda kurang bijak, mungkin anda boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa anda mendengar berita dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti anda adalah seorang ahli akademik. Caranya, baca ulasan buku seolah-olah anda telah membaca keseluruhan buku tersebut. Kalau perlu, pakailah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan anda bergaya seperti seorang intelek.
Caring - Wanita sering impikan seorang lelaki yang caring. Wanita mahukan lelaki yang mampu mendengar luahan hati dan menjadi pendengar yang setia. Mungkin lelaki itu tidak mampu menyelesaikan masalah wanita tersebut, tetapi cukuplah sekadar mendengar luahan dan berkongsi rasa. Lelaki yang mampu mengingati detik-detik hari bahagia wanita seperti hari lahir, hari pertemuan pertama (first date) juga menjadi idaman wanita.
Teman ada buat entry tips untuk wanita memikat hati lelaki idaman mereka. Klik disini untuk membacanya.
Caring - Wanita sering impikan seorang lelaki yang caring. Wanita mahukan lelaki yang mampu mendengar luahan hati dan menjadi pendengar yang setia. Mungkin lelaki itu tidak mampu menyelesaikan masalah wanita tersebut, tetapi cukuplah sekadar mendengar luahan dan berkongsi rasa. Lelaki yang mampu mengingati detik-detik hari bahagia wanita seperti hari lahir, hari pertemuan pertama (first date) juga menjadi idaman wanita.
Teman ada buat entry tips untuk wanita memikat hati lelaki idaman mereka. Klik disini untuk membacanya.
Monday, November 18, 2013
Mana kau nak lari...
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Syabas diucapkan pada PDRM atas kejayaan mereka memberkas penjenayah kejam dan tidak berperikemanusian ini. Kepada mereka yang suka sangat mengkritik dan mempertikaikan tindakan PDRM dalam membenteras kegiatan jenayah, apa agaknya perasaan mereka jika perkara seperti ini berlaku atas diri atau keluarga mereka. Teman nak juga membuat entry ini walaupun kejayaan ini telah pun diwar-warkan dua tiga hari yang lalu. Teman busy sket. So, entry nie terperap di draft. Bukan apa, kadang-kadang timbul perasaan geram dan tidak puas hati bila tindakan pasukan keselamatan dalam membenteras jenayah dan menjaga keselamatan negara sering sangat dipertikaikan dan dipolitikkan. Mungkin mereka gunakan alasan ini untuk menonjolkan diri masing-masing sama seperti artis dan gossip mereka tu.
Gambar ehsan Google
Apa pun, tahniah diucapkan kepada PDRM dan perlu diingat, perjuangan masih belum selesai lagi. Teman sangat berharap PDRM akan meneruskan siasatan keatas isu MyKad pada golongan pendatang ini. Siatan perlu dilakukan segera kerana ia melibatkan isu keselamatan negara. Mudah sangat negara kita ini diceroboh sampaikan pendatang asing juga boleh memiliki MyKad dan mengundi dalam pilihan raya. Itu baru kes rompakan, belum lagi kes pengintipan oleh negara asing. Tidak mustahil, golongan pendatang yang memiliki MyKad ini boleh mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat sulit negara. Bila memiliki MyKad, mereka ini boleh menikmati segala kemudahan dan faedah sebagai warga negara Malaysia.
Kalau warga Nigeria memiliki MyKad kita mungkin mengenal pasti mereka dengan mudah. Tapi bagaimana pula golongan pendatang dari Vietnam, Thailand, China, Indonesia, India, Philippines, Singapore. Tidak mustahil, mereka ini juga boleh membeli MyKad secara haram. Kemudian mereka belajar berbahasa melayu dan budaya Malaysia. Kan sukar untuk kita mengenal pasti mereka ini. Nampak macam warga negara Malaysia, tapi mereka ni pendatang haram. Kan bahaya tu...
Bagaimana agaknya mereka ini berjaya memperolehi MyKad? Bukankah MyKad itu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan sukar dipalsukan? Teman berharap sangat PDRM berjaya menangkap dalang kepada kegiatan menjual MyKad ini.
Ini petikan dari akhbar Berita Harian bertarikh 18 November 2013,
Ini petikan dari akhbar Berita Harian bertarikh 18 November 2013,
Tengok tu kakitangan JPN sendiri dalangnya. PDRM perlukan siasatan, kalau boleh JPN perlu di siasat. Tak mungkin kakitangan itu berkerja seorang diri. Pasti ada lagi yang terlibat. Teman harap, senarai MyKad yang dijual itu boleh diperolehi dan PDRM dapat meneruskan siasatan mereka.
Cayalah PDRM. We all support you. Keep up the good work!
Sunday, November 17, 2013
Thursday, November 14, 2013
Petua : Mengelak kelesuan ketika haid
Petua hari adalah berkenaan perihal wanita. Setiap bulan pasti mereka akan mengalaminya. Mungkin ada antara mereka tiada masalah, mungkin juga ada di antara mereka yang mempunyai masalah.
Ok, teman akan kongsikan satu petua orang terdahulu bagaimana mereka mengatasi masalah ini. Menerusi pembacaan dari beberapa majalah, kedatangan haid akan mengakibatkan kelesuan dan keletihan. Untuk mengatasi masalah orang-orang lama mempunyai cara mereka tersendiri.
Macam mana mereka melakukannya? Cukup dengan hanya mengunakan bahan-bahan yang sangat mudah didapati dan boleh dilakukan di dapur rumah kome sendiri. Kome perlu dapat bahan-bahan ini :
Gambar ehsan dari blogger oursimplegarden
- Ketumbar
- Kunyit hidup
- Asam jawa
- Sedikit gula merah
Gambar ehsan dari blogger pinkynaiena.
Kome hanya perlu rebuskan semua bahan diatas sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan amalkan meminumnya dua kali sehari.
Selamat mencuba.
Monday, November 11, 2013
Spotted : XXX IDB 52
First time teman jumpa nombor pendaftaran kenderaan macam nie XXX IDB 52. Lain bebenor no plat nie, tak macam yang selalu kita lihat di jalan raya. Ada sapa-sapa yang tahu tak pasal nombor pendaftaran kenderaan macam nie? Share la sket info tu kat ruangan komen yer...
Sunday, November 10, 2013
Saturday, November 9, 2013
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)