Sunday, January 27, 2019

Kuliah : Cara mengira zakat emas yang di simpan

Cara mengira zakat emas. Dalam entry pagi ini, teman akan memanjangkan perkongsian dari PPZ berkenaan pengiraan zakat emas yang di simpan. Umum mengetahui antara harta yang di wajibkan zakat adalah zakat emas. Tapi ramai yang masih ragu-ragu tentang pengiraannya.

Jom kita ikuti perkongsian video perkongsian dari PPZ oleh Ustaz Don Daniyal.



Untuk maklumat lanjut sila kunjungi ke Pejabat Punggutan Zakat yang terdekat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, January 26, 2019

Kuliah : Darjat seorang perempuan

Saat Kecil dia membuka pintu Syurga untuk ayahnya...

Saat dewasa dia menyempurnakan agama untuk suaminya

Saat menjadi ibu, Dia menjadi penggerak semua doa

Oleh kerana itu, dia dimuliakan Allah dengan menempatkan syurga di telapak kakinya.

Anak perempuan

Gambar ehsan Google.

Ketika seorang perempuan sudah menjadi IBU, maka ALLAH akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi...

"Tahukah anda apa itu?" Itu adalah Lisannya... Lisannya akan menjadi Berat timbangannya... Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit...

Ucapannya akan diijabah... doanya akan diangkat tanpa penghalang...

Doa ibu akan mampu menjadi penghancur kesulitan bagi anak keturunannya... Dan mengeluhnya_ seorang ibu akan menjadi pemberat langkah setiap anggota keluarganya, termasuk bagi suaminya...

Maka pantang bagi seorang ibu untuk mengeluh, kerana keluhannya pun akan menjadi kenyataan, sebagaimana harapan dan doanya pun akan menjadi kenyataan...

Ucapan buruknya akan menjadi musibah bagi dirinya dan keluarganya. Lisan seorang ibu layaknya seperti “Karomah para wali”...

Maka berhati-hatilah wahai para ibu ketika anda menggunakan senjata terampuh ini... gunakan untuk bermunajat meminta kepada ALLAH agar suamimu dimudahkan dalam _mencari nafkah...

Jangan mengeluhkan tentang dirinya. Itu  akan semakin memberatkan dan menyukarkan kehidupan anakmu... Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan kesolehan  atas anak-anakmu... jangan mengeluhkannya.

Kerana itu akan menjadi benar adanya..

Subhanallah untuk para IBU

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua...


Friday, January 25, 2019

Tektik penipuan terbaru

Zaman sekarang nie, macam-macam cara orang guna untuk menipu. Termasuklah pengunaan online transaksi. Teman panjang-panjangkan perkongsian ini sebagai peringatan buat semua. Berhati-hatilah bila buat transaksi atas talian tu. Kalau kita cuai, kita akan jadi mangsa.

Statistik dari Bernama menunjukkan peningkatan untuk kes-kes sebegini. Jadi, beringat sebelum terkena ya.

Taktik penipuan terbaru

Gambar ehsan Bernama.

SMS yang di hantar itu hanya script untuk mengodam smart phone. Jadi, antara langkah yang boleh di ambil jika menerima SMS TAC sebegini segeralah menghubungi pihak bank untuk pengesahan. Sebagai langkah alternatif, kome boleh juga memeriksa akaun anda melalui mesin ATM atau melalui komputer.


Thursday, January 24, 2019

Petua : Untuk merawat kudis buta

Kudis buta. Penyakit ini merupakan penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis hama. Penyakit ini boleh menjangkiti setiap lapisan umur. Penyakit kudis buta ini juga di kenali sebagai Scabies. Penyakit ini mudah berjangkit dan menyebabkan gatal keterlaluan di bawah kulit.

Penularan kudis buta adalah melalui sentuhan, yang berulang-ulang dan lama dengan seseorang yang mempunyai scabies. Sentuhan yang sekejap seperti bersalaman, jarang akan menyebabkan jangkitan. Kadangkala boleh juga berlaku penularan tidak langsung seperti dari perkongsian tuala, tempat tidur yang sama dan sofa. Selalunya jangkitan ini terjadi di tempat yang ramai orang, dan sentuhan badan yang dekat, seperti di asrama, rumah orang tua, nursery dan penjara.

Kudis Buta

Gambar ehsan Google.

Orang dulu-dulu juga mempunyai cara tersendiri untuk merawat penyakit kudis buta. Teman akan kongsikan petua nie di bawah;

  • Daun jambu batu (5-6 helai)
  • Segenggam kelapa parut (di ambil santannya)
  • Kain (dari jenis yang jarang)
Langkah pertama untuk membuat petua ini, giling daun jambu batu sehingga lumat. Kemudian campurkan bersama santan kelapa parut yang telah diperah. Setalah itu, bungkuskan bahan ini dengan kain dan digosokkan pada kudis buta tersebut.

Selamat mencuba ya!


Wednesday, January 23, 2019

Wordless : Taman Merdeka

Word beside the road... Taman Merdeka, Kangar, Perlis Indera Kayangan. Apa yang menarik di sekitar Kangar, Perlis ya?

Taman Merdeka, Kangar, Perlis


Monday, January 21, 2019

Resiko bila guna WiFi free atau public WiFi

Bila ada benda free je... Mesti ramai yang suka, walau pun mereka tidak memerlukannya. Semuanya nak... Dalam entry nie, teman kongsikan pasal barang free ke apa... Teman nak kongsikan pasal access WiFi free... Maklum la, rakyat Malaysia nie mati kutu kalau tak dapat access ke internet... deme lebih rela tak ada air atau elektrik... Kalau tak ada access ke internet, habis dihambatnya sampai ke menteri.

Itu yang sekarang nie harga broadband semakin menurun dan murah. Sekarang semua orang boleh dapat access ke internet. Tarif air dan elektrik pulak semakin naik dengan alasan kos semakin meningkat dan perlu di kongsikan bersama. Kos untuk operasi rangkaian internet murah je, guna cahaya matahari... itu yang semakin menurun tu. Ajer giler dema nie.

Ok, back to topic... Kome perlu tahu tau risiko bila gunakan public AP. Nie teman kongsikan risiko bila guna public WiFi. So, kome fikir sendiri lah ye...




Sunday, January 20, 2019

Kuliah : Halal & Haram

Untuk entry kuliah pagi ini, teman akan memanjangkan perkongsian ilmu oleh Ustaz Don Daniyal berkenaan soal "Halal dan Haram". Soal halal dan haram ini bukan saja berkenaan makan dan minum kita. Malah, ianya adalah lebih dari itu.

Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan.

Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Malah, ada lagi sumber lain yang perlu kita elak dari bercampur dengan darah daging kita.

Halal dan Haram

Gambar ehsan iluvislam

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu...  atau pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet offis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke offis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah datang tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri.


Saturday, January 19, 2019

Kuliah : Mencari keberkatan

Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian tentang bagaimana kita boleh mendapat pahala sehingga setelah mati. Untuk perkongsian kali ini, teman hanya dapat kongsikan 6 cara iaitu ;

Keberkatan

Gambar ehsan Google.

  1. Beli Al-Quran dan kemudian, wakafkan kepada masjid, surau atau kepada seseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akan mnerima pahala. Sebagai contoh, kita menyumbang senaskah Al-Quran pada pusat tahfiz.
  2. Sedekah kerusi roda atau kerusi kepada hospital, surau atau masjid. Setiap kali orang sakit yang uzur mnggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
  3. Turut serta menyumbang dalam pembinaan masjid, sama ada dari segi kewangan, tenaga mahu pun akal fikiran.
  4. Meletak watercooler di tempat awam. Contohnya di masjid.
  5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibawahnya atau makan darinya.
  6. Cara yang terakhir dan paling mudah adalah memanjangkan perkongsian ilmu kepada semua orang. Walau pun diri tidak sebaik mana, tetapi dengan memanjangkan perkongsian ilmu oleh para ulama atau tokoh-tokoh agama akan mendapat pahala juga.

Sebenarnya, ada banyak lagi cara yang dapat menyumbang pahala berterusan kepada kita. Cuma buat masa ini, 6 cara ini sahaja yang dapat teman fikirkan buat masa ini. Tapi, jika solat tidak di jaga, tiada guna juga, sebab solat adalah amalan pertama yang akan di hisab di akhirat nanti.

Semoga perkongian ini memberi manfaat kepada semua.


Friday, January 18, 2019

Caterpillar meratah bunga

Nie la cik Caterpillar yang dengan rakusnya meratah bunga-bunga di Impiana Palace. Nie baru seekor. Kalau ada sekumpulan kawan-kawan Caterpillar nie, mau gondol bunga-bunga di taman larangan nie di buatnya...


Tengok la tu, rakus kemain makan pokok bunga tu... Padan la badan buntal... Geli-geleman pulak teman tengok si caterpillar nie...




Thursday, January 17, 2019

Petua : Untuk menghilangkan kesan getah (pisang)

Getah pisang. Dalam emtry petua pagi ini, teman hendak kongsikan satu petua untuk membersihkan pakaian dari kesan getah pisang. Getah pisang nie kalau terkena pakaian memang susah nak di hilangkan walau pun guna serbuk pencuci.

Pisang

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari nie, teman hendak kongsikan satu petua untuk menghilangkan getah pisang yang terkena pada pakaian. Untuk membuat petua ini, bahan utama yang di perlukan adalah kapur sirih.

Caranya mudah je. Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada bahagian pakaian yang terkena getah pisang tersebut. Kemudian, biarkan seketika dan cucilah seperti biasa.

Mudahkan... Nanti, kalau pakaian tu terkena getah pisang, cuba lah petua nie ye...


Saturday, January 12, 2019

Kuliah : Empat perkara yang perlu di ingat

Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian tentang "Empat yang perlu kita ingat". Entry ini juga sekadar memberi peringatan kepada diri ini, semoga dapat muhasabah dari dan merenungkan diri untuk menjadi umat yang terbaik.

Empat orang ini janganlah engkau jauhi:
  1. Ayahmu
  2. Ibumu
  3. Saudara lelaki mu
  4. Saudara perempuan mu

Empat perkara ini hendaknya kamu berlindung daripadanya:

  1. Buntu (fikiran)
  2. Sedih
  3. Lemah
  4. Kedekut

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka :

  1. Anak yatim
  2. Orang miskin
  3. Orang Faqir
  4. Orang sakit

Empat perkara yang memperindah dirimu :

  1. Sabar
  2. Tabah
  3. Tinggi ilmu (spiritual dan fizikal)
  4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati :

  1. Orang yang Ikhlas
  2. Orang yang setia
  3. Orang yang Dermawan
  4. Orang yang jujur

Empat orang yang hendaknya jangan kamu jadikan teman:

  1. Tukang bohong
  2. Tukang curi/rasuah
  3. Tukang Hasud
  4. Tukang Adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:

  1. Isteri
  2. Anak-anak
  3. Keluarga
  4. Sahabat

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:

  1. Makan
  2. Tidur
  3. Bermalas-malas
  4. Bicara berlebih2an/gosip

Empat hal yang jangan kamu putus :

  1. Sholat
  2. Qur'an
  3. Zikir
  4. Silaturrahim

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Friday, January 11, 2019

Loghat Orang Perak

Aje bebeno kome – Dilema seorang Doktor Muda  

Seorang Doktor Muda yang baru selesai pengajian telah ditugaskan di Klinik Bota kanan. Hari pertama beliau bertugas, berlaku satu fenomena yang dia sendiri tidak tahu penyelesaiannya…. Pesakit pertama ditemuinya telah mendatangkan fobia yang tidak berkesudahan. Sketsanya begini:

Doktor  : “Pak Cik sakit apa?”. 

Ngah Lebo : “Entah le Dokto…. Darghi semalam badan awak ni dedo je! Libang libu dibuatnye!”.

Doktor : “Dedo? Libang libu? Pertama kali saya dengar sakit ni?”.

Ngah Lebo : “Itu le yang tak pahamnye…. Dade ghase debuk debak je! Mate pun bepino-pino… Bekelemayo!”.

Orang Perak

Gambar ehsan Google.

Doktor : Mengambil buku direktori perubatan sambil membeleknya dan mencari jenis penyakit mengikut senarai. “Penyakit apa ni Pak Cik? Tiada langsung dalam senarai buku ni?”.

Ngah Lebo : “Taktau le nak cerghite macam mane ghedatnye Dokto… Bile bangkit je ghase goyo! Jalan pun condong ghoyong… Lepeh tu terghuih tejombab ateh lantei! Sebab itu deme dudukkan ateh besika tolak ni (Wheel Chair)!”.

Doktor : Sambil menggaru kepala yang tak gatal. Doktor juga sudah pening lalat tak faham lalu doktor pun menyambung pertanyaan  “Makan minum Pak Cik macam mana?”.

Ngah Lebo : “Makan? Nasik pun dikonyah ghase macam semba je! Kerghongkong udah sendat. Nogok ayo…. Tawo lesyio!”.

Doktor: ?????


Thursday, January 10, 2019

Petua : Untuk menghilang batuk berterusan

Petua untuk menghilangkan batuk. Rasanya banyak juga petua-petua untuk merawat batuk nie teman pernah kongsikan dalam blog teman nie. Kome boleh search petua untuk batuk kat tepi tu. Dalam entry petua untuk hari ini, teman akan kongsikan dua lagi petua untuk merawat batuk yang berpanjangan. Bukan apa, kadang-kadang petua-petua nie ada yang tak sesuai dengan orangnya. Itu yang tak menjadi.

Batuk dan sakit tekak

Gambar ehsan Google.

Untuk petua pertama, kome perlu dapatkan bahan-bahan di bawah;


  1. Gula batu
  2. Getah anggur
  3. Buah kembang semangkuk

Ok, caranya begini. Ambil jag dan campurkan kesemua bahan di atas. Kemudian isi air dan biarkan bahan ini terendam semalaman. Kemudian, minum air ini sekerap yang mungkin sehingga sembuh.

Untuk petua kedua pula, kome perlu dapatkan bahan-bahan ini;


  1. Dua tangkai cili atau lada kering
  2. Beberapa titis minyak kelapa

Untuk membuat petua ini, mula-mula bakar lada kering tersebut sehingga hangus. Kemudian, campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa sehingga sebati. Ok, sudah siap. Cara untuk mengunanya, mudah je. Sapukan di sekitar kerongkong. Insya Allah, batuk dan sakit kerongkong akan berkurangan dan hilang.

Selamat mencuba.


Wednesday, January 9, 2019

Wordless : Black Out Day

Hampir 10 tahun teman bertugas di Menara TM, inilah pertama kalinya seluruh bangunan ini terputus bekalan elektrik . Seluruh operasi bangunan ini terjejas termasuk lif. Ada juga terperangkap dalam lif dan pihak Bomba dan Penyelamat telah di kejarkan untuk mengeluarkan mereka yang terperangkap. Bekalan elektrik kembali pulih beransur-ansur selepas 2 jam.

Menara TM black out


Sunday, January 6, 2019

Kuliah : Berbakti kepada Ayah dan Ibu

Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan insan yang sangat penting dalam hidup kita. Insan itu adalah Ayah dan Ibu kita. Tanpa mereka, siapa lah kita di dunia ini. Mereka sanggup mengorbankan apa saja demi untuk melihat kita membesar, sihat, mendapat ilmu dan kebahagiaan kita. Bila kita sudah dewasa dan mampu untuk berdikari sendiri, tibalah masanya untuk kita untuk berbakti kepada mereka.


ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ุงู„ุฏَّุฑْุฏَุงุกِ ุณَู…ِุนَ ุงู„ู†َّุจِูŠَّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ุงู„ْูˆَุงู„ِุฏُ ุฃَูˆْุณَุทُ ุฃَุจْูˆَุงุจِ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ูَุฃَุถِุนْ ุฐَู„ِูƒَ ุงู„ْุจَุงุจَ ุฃَูˆْ ุงุญْูَุธْู‡ُ

Dari Abu Ad Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu (jika kamu mahu) kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh jaga ia baik-baik."
(Sunan Ibnu Majah No: 3653) Status: Hadis Sahih

Ayah & Ibu
Gambar ehsan Google.


Pengajaran:

1.  Ibu bapa ibarat pintu syurga bagi setiap anak.

2.  Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nescaya Allah akan memberikan ganjaran syurga.

3.  Al-Qadhi Baidhawi menyatakan; Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya. Ada juga ulama yang mengatakan, ‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke syurga melalui pintu tengah itu adalah dengan berbakti kepada orang tua.’

(Tuhfatul Ahwadzi, 6/21).

4.  Anak-anak yang tidak berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, akan terlepas peluang ke syurga.

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฑَุบِู…َ ุฃَู†ْูُู‡ُ ุซُู…َّ ุฑَุบِู…َ ุฃَู†ْูُู‡ُ ุซُู…َّ ุฑَุบِู…َ ุฃَู†ْูُู‡ُ ู‚ِูŠู„َ ู…َู†ْ ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ู‚َุงู„َ ู…َู†ْ ุฃَุฏْุฑَูƒَ ูˆَุงู„ِุฏَูŠْู‡ِ ุนِู†ْุฏَ ุงู„ْูƒِุจَุฑِ ุฃَุญَุฏَู‡ُู…َุง ุฃَูˆْ ูƒِู„َูŠْู‡ِู…َุง ุซُู…َّ ู„َู…ْ ูŠَุฏْุฎُู„ْ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu baginda ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)."  (HR Muslim No: 4628) Status: Sahih

Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa.


Saturday, January 5, 2019

Kuliah : Sunnah ketika minum air

Dalam segmen kuliah pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian tentang sunnah-sunnah ketika minum air. Bila dikatakan sunnah, maksudnya melakukannya akan mendapat pahala manakala jika meninggalkannya tiada dosa bagi kita.

Sunnah ketika minum air

Gambar ehsan Google.

Antara sunnah ketika minum air adalah;

  1. Minumlah dengan tangan kanan.
  2. Minum air dengan duduk.
  3. Mulailah minum air dengan mengucapkan Bismillah.
  4. Lihat air sebelum minum.
  5. Minumlah air dalam 3 teguk.
  6. Setelah selesai setiap tegukan, katakanlah Alhamdulillah
  7. Setelah 3 teguk air minum, katakan akhirnya Alhamdulillahi Wasshukru lillaah.

MANFAAT SUNNAH AIR MINUM dengan duduk dan 3 teguk;

  1. Ginjal tidak pernah gagal.
  2. Lutut selalu berfungsi.
  3. Tulang punggung selalu kuat.
  4. Katup Jantung tidak pernah berhenti.
  5. Fikiran selalu aktif.

Setiap sunnah pasti akan ada manfaatnya bagi kita yang mengamalkannya.
Subhanallah, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Friday, January 4, 2019

Twin Damia, Dania and Rayyan Thalassemian Journey

Umat Islam adalah bersaudara. Saudara kita ini sedang di landa dugaan yang berat sekali. Bak kata pepatah, "Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul". Naluri seorang ayah, terdetik untuk turut membantu seorang kenalan yang teman kenali di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) semasa mendapatkan rawatan untuk permata hati teman,

Teman faham sangat bagaimana perasaan "Ayah" ini sebab teman pernah merasai perasaan ini. Naluri seorang "Ayah" sanggup gadaikan nyawanya andai kata dengan cara itu mampu untuk memulihkann kembali kesihatan anakanda tersayang. Tapi, apakan daya... Itu adalah ujian dari yang maha esa untuk menguji iman dan kesabaran hambanya.


Allah berfirman dalam surat Al Baqarah ayat 286 :

ู„َุง ูŠُูƒَู„ِّูُ ุงู„ู„َّู‡ُ ู†َูْุณًุง ุฅِู„َّุง ูˆُุณْุนَู‡َุง ۚ ู„َู‡َุง ู…َุง ูƒَุณَุจَุชْ ูˆَุนَู„َูŠْู‡َุง ู…َุง ุงูƒْุชَุณَุจَุชْ ۗ ุฑَุจَّู†َุง ู„َุง ุชُุคَุงุฎِุฐْู†َุง ุฅِู†ْ ู†َุณِูŠู†َุง ุฃَูˆْ ุฃَุฎْุทَุฃْู†َุง ۚ ุฑَุจَّู†َุง ูˆَู„َุง ุชَุญْู…ِู„ْ ุนَู„َูŠْู†َุง ุฅِุตْุฑًุง ูƒَู…َุง ุญَู…َู„ْุชَู‡ُ ุนَู„َู‰ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ِู†َุง ۚ ุฑَุจَّู†َุง ูˆَู„َุง ุชُุญَู…ِّู„ْู†َุง ู…َุง ู„َุง ุทَุงู‚َุฉَ ู„َู†َุง ุจِู‡ِ ۖ ูˆَุงุนْูُ ุนَู†َّุง ูˆَุงุบْูِุฑْ ู„َู†َุง ูˆَุงุฑْุญَู…ْู†َุง ۚ ุฃَู†ْุชَ ู…َูˆْู„َุงู†َุง ูَุงู†ْุตُุฑْู†َุง ุนَู„َู‰ ุงู„ْู‚َูˆْู…ِ ุงู„ْูƒَุงูِุฑِูŠู†َ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Dengan itu, teman memanjangkan perkongsian "Ayah" ini bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk rawatan anaknya. Bagi kome yang berada di sekitar Lembah Klang, boleh la datang untuk ziarah mereka di wad NICU SJMC. Kome boleh juga berkunjung ke laman Facebook milik keluarga ini disini untuk mengikuti perkembangan Damia dan menyalurkan sumbangan.

Sama-samalah kita bantu keluarga ini untuk mengumpul dana bagi rawatan anak mereka. Insya Allah, infak yang kita buat ini ada ganjarannya di sisi Allah. Teman harap, kome boleh panjang-panjangkan perkongsian ini untuk membantu keluarga ini ya...