Saturday, September 30, 2017

Kuliah : Jom hayati lagu nasyid ini

Banyak cara boleh digunakan untuk berdakwah. Antaranya, melalui nasyid. Kawan kita nie bukanlah seorang penyanyi nasyid yang terkenal. Tapi, masih mampu untuk menyanyikan lagu nasyid ini dengan caranya tersendiri. Syabas. Harap perkongsian ini mampu membuka minda pembaca blog nie untuk berubah menjadi lebih baik...






Friday, September 29, 2017

Akta Perlindungan Data Peribadi

Kome tau tak pasal Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP)? Ni teman kongsikan sedikit berkenaan APDP nie.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Thursday, September 28, 2017

Petua : Merawat masalah kencing tidak lawas

Masalah kencing tidak lawas. Kebiasaannya, kencing tidak lawas ini ada simptomnya dengan masalah buah pinggang. Bagi mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal penyakit batu karang, boleh lah mencuba petua ini.

Kencing tak lawas

Gambar ehsan Google.


Dapatkan bahan-bahan ini;
  1. Beberapa biji lobak putih
  2. Batang kangkung bersama akarnya sekali

Bersihkan kedua-dua bahan ini dan kemudian rebus bersama air dengan kadar sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, keluarkan bahan-bahan ini. Biarkan air rebusan ini sehingga suam. Kemudian minum air rebusan ini. Amalkan selalu.

Selamat mencuba.

Monday, September 25, 2017

Padah akibat menghisap

Inilah padahnya bila tidak mematuhi peraturan. Akibat merokok di kawasan larangan, mereka ini telah di saman oleh pihak berkuasa. Kome di luar sana tu, bila lagi nak try hisap rokok kome tu di tempat larangan nie... Sudah-sudah lah tu buat benda yang tak berfaedah nie... Kalau kome jer yang terjejas... Lantak kome laa... Nie kesihatan orang sekeliling kome pun terjejas sekali di sebabkan kome suka menghisap benda yang bukan nie, memang patut pun kome di kenakan saman yang tinggi... Ada baiknya kalau mereka yang tak dapat bayar saman nie di sumbatkan ke dalam lokap sehari dua...


Thursday, September 21, 2017

Petua : Untuk mengurangkan sengugut

Sengugut sering di alami oleh kaum wanita ketika datang bulan. Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan petua yang boleh amalkan untuk mengurangkan sengugut. Petua ini mengunakan daun betik sebagai ramuan utamanya.

Air rebusan daun betik

Gambar ehsan Google.

Ambil 6 helai daun betik, kemudian rebuskan bersama 1 liter air selama 15 minit, kemudian biarkan sejuk. Tambahkan air rebusan ini bersama apa-apa jus buah-buahan yang disukai dan minum air rebusan ini tiga kali sehari.

Selamat mencuba ya.

Monday, September 18, 2017

10 taufan paling ganas

Kome tau tak, taufan pun ada nama mereka sendiri. Dalam entry nie, teman kongsikan sisipan dari akhbar Mingguan Malaysia berkenaan 10 taufan yang paling ganas pernah melanda dunia ketika ini.

Taufan

Gambar ehsan Google.

1. Taufan Agong
Mengikut rekod, Taufan Agung 1780 adalah taufan yang paling banyak mengorbankan mangsa dalam sejarah. Taufan tersebut juga dikenali sebagai Huracan San Calixto, Great Hurricane of the Antilles dam Bencana 1780. Dikatakan sekitar 22,000 orang terbunuh apabila taufan tersebut melalui Antilles Kecil dari 10 hingga 16 Oktober 1780. Meskipun tidak ada banyak data direkodkan, apa yang diketahui adalah taufan tersebut melanda beberapa kepulauan Caribbean termasuk Barbados, Martinique dan St. Lucia dalam tempoh enam hari. Mengikut catatan seorang saksi kejadian, betapa dashyatnya taufan itu sehingga kulit pokok terc abut. Berdasarkan penerangan itu, sesetengah pihak mengandaikan kelajuan angin melebihi 321.8 kilometer sejam.

2. Mitch
Walaupun Taufan Mitch kurang mendapat Iiputan (11 AS berbandmg Sandy dan Katrina, angka korban dan kemusnahan akibat taufan itu mengatasi taufan-taufan popular lain. Taufan itu mengorbankan 19,325 orang dan menyebabkan kemusnahan prasarana dan tanaman bernilai1 AS$6.2 bilion. Mitch yang merupakan taufan kategori lima, melanda dari 22 Oktober hingga 9 November 1998. Kawasan yang terjejas termasuk Florida, Honduras, Nicaragua, Amerika Tengah dan Semenanjung Yucatan di Mexico.

3. Taufan Galveston Agung 1900
Lebih di kenali sebagai The Great Storm of 1900, Taufan Galveston adalah taufan kategori empat yang melanda dari 27 Ogos hingga 17 September 1900. Taufan itu menyebabkan tanah runtuh di Galveston, Texas, AS pada 8 September 1900. Antara 6,000 dan 12,000 orang terkorban akibat taufan itu dengan nilai kerosakan pada masa itu adalah sebanyak AS$21 juta atau, bersamaan AS$605 juta dalam kadar tukaran sekarang (17 September 2017).

4. Katrina
Taufan Katrina terbentuk pada 23 Ogos dan menyurai pada 31 Ogos 2015. Pada 26 Ogos 2015, Katrina seakan-akan melemah tetap kembali menguat sehingga mencapai kategori lima di Pantai Teluk AS. Apabila Katrina sampai ke New Orleans, paras air meningkat menyebabkan sistem tebatan banjir pecah lalu berlaku banjir sehingga 80 peratus kawasan bandar itu dinaiki air. Secara keseluruhannya, Katrina mengorbankan 1,833 nyawa dan menyebabkan 400,000 orang kehilangan tempat tinggal. Dengan nilai kemusnahan AS$108 bilion, Katrina dianggap sebagai taufan yang menyebabkan nilai kerosakan paling tinggi dalam sejarah AS dan paling ganas dalam abad ke.21.

5. Taufan Hari Buruh Florida 1935
Taufan kategori lima itu merupakan yang paling kuat pernah melanda AS pada abad ke-2O dengan membawa angin selaju 320 kilometer sejam sehingga membunuh 400 orang. Nilai kerosakan di AS, dianggarkan AS$6 juta. Taufan ini dikenali sebagai “Taufan Hari Buruh” kerana amalan menamakan ribut hanya bermula pada 1953.

Kategori taufan

6. Gilbert
Dengan diameter 926 kilometer, Taufan Gilbert mempakan antara taufan terbesar pemah dilihat di Atlantik. Selepas mencapai kategori lima pada September 1988, Gilbert menyelubungi hampir keseluruhan Jamaica dan merosakkan hampir 80 peratus kediaman. Ribut itu kemudian bergerak Kepulauan Cayman dan Mexico sebelum melemah dan menyeberang ke Texas. Taufan itu menyebabkan 318 kematian.

7. Camilie
Selepas terbentuk berhampiran Kepulauan Cayman pada Ogos 1969, ribut pada kategori tiga melalui Cuba dan menguat ketika menuju ke Mississippi, AS. Ia melemah kepada ribut tropika sebelum sampai di Virginia tetapi Camille terus menghamburkan hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh. Camille mengorbankan 256 penduduk dan nilai kemusnahan AS$1.4 billon. Taufan itu memainkan peranan penting dalam penciptaan Skala Angin Taufan Safir-Simpson yang mengkelaskan ribut dan kategori satu hingga kategori lima.

8. Sandy
Taufan Sandy terbentuk pada 22 Oktober 2012 dan menyurai pada 2 November 2012. Walaupun hanya kategori tiga, Sandy memrupakan taufan paling ganas dalam musim taufan Atlantik 2012. Sandy memusnah dan merosakkan kira—kira 650,000 buah rumah di kawasan Tlmur Laut AS dan membunuh 233 orang termasuk 117 orang di AS dan 69 orang di Kanada dan Caribbean. Nilai kemusnahan keseluruhan adalah AS$75 bilion.

9. Hugo
Taufan Hugo terbentuk di timur Lautan Atlantik berhampiran Kepulauan Cape Verde pada 9 September 1989. Taufan itu menyebabkan 107 kematian termasuk 34 orang di Caribbean dan 27 orang di Carolina Selatan manakala hampir 100,000 penduduk kehilangan tempat berteduh. Sebahagian besar mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik dan lemas. Dengan nilai kemusnahan AS$10 bihon, Hugo merupakan taufan yang menyebabkan kerugian paling besar pada masa itu.

10. Andrew
Pada awalnya, Taufan Andrew dianggap sebagai lemah ketika ia terbentuk di Lautan Atlantik pada 16 Ogos 1992. Namun Andrew kemudian mencapai kategori lima dan menyebabkan kemusnahan yang besar di Bahamas dan beberapa kawasan di selatan AS terutamanya Flonda Selatan dan Louisiana. Di seluruh kawasan terlibat, hampir 177,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan nilai kerugian keseluruhan antara AS$26.5 bllion dan AS$34 bilion. Amaran awal yang dikeluarkan bagi mengarahkan penduduk berpindah berjaya meminimumkan - angka korban kepada 65 orang.

*Perkongsian dari petikan Mingguan Malaysia, Ahad 17 September, 2017

Gila orang macam-macam

Ape ke hei laa orang nie... kot ye pun nak keluar parking, tak perlu la sondol kereta nie sampai macam tu sekali... tuan punca kereta tu pun satu hal jugak, kot ye pun kalau ada urusan, jangan la menyusahkan orang lain. Nie pentingkan diri sendiri jerk. Padan muka kereta kena sondol... lain kali, parking kereta tu di tempat yang betul... macam yang selalu teman cakap, gila orang nie macam-macam...


Sunday, September 17, 2017

Kuliah : Solat subuh

Sekadar berkongsi satu nukilan "Beratnya Solat Subuh"

Jika subuhnya sentiasa dipelihara
Tanda akan selamat dari neraka

Jika subuhnya tiada dia tinggal
Allah melindunginya dari aral

Jika subuhnya didahului sunat
Berganda isi dunia dia mendapat

Jika subuhnya bergelapan ke musolla
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya

Jika subuh ke cerah berwirid lagi
Mendapat pahala umrah dan haji

Solat

Gambar ehsan Google.




Namun...

Jika subuhnya tiada dijaga
Pada wajahnya tiada cahaya

Jika subuhnya sengaja terlupa
Tanda imannya tiada bernyawa

Jika subuhnya terasa berat
Tanda munafik sudah mendekat

Jika subuh tiada dipeduli
Tanda iman menghampiri mati

Jika subuhnya tiada berjama’ah
Tanda hidupnya akan hilang barakah

Jika subuhnya tiada ke masjid
Tanda imannya ada penyakit

Jika subuhnya selalu terlewat
Tanda imannya semakin cacat

Jika subuhnya di akhir waktu
Tanda iman semakin kelabu

Jika subuhnya hari dah siang
Tanda rezekinya sudah hilang

Jika di subuh masih berdengkur
Tanda syaitan memeluknya tidur

Dan...
Jika subuh berjama’ah diringan-ringan
Dapatkah dia memimpin perjuangan ..

Saturday, September 16, 2017

Kuliah : Mana yang lebih baik?

Mana yang lebih baik? Kuat beribadat tapi jahat atau kurang beribadat tapi berakhlak mulia. Sekadar perkongsian untuk entry hari ini.

Ibadat

Gambar ehsan Google.

Seorang Guru Sufi ditanya tentang dua-dua keadaan manusia ini;

1. Manusia rajin sekali ibadahnya, namun sombong, angkuh dan selalu merasa suci.

2. Manusia yang sangat jarang ibadah, namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun, lembut dan cinta dengan sesama.

Lalu Sang Guru Sufi menjawab:

Keduanya baik;

Boleh jadi suatu saat si ahli ibadah yang sombong menemukan kesedaran tentang akhlaknya yang buruk dan dia bertaubat lalu ia akan menjadi peribadi yang baik zahir dan batinnya.

Dan yang kedua boleh jadi sebab kebaikan hati-nya, Allah akan menurunkan hidayah lalu dia menjadi ahli ibadah yang juga memiliki kebaikan zahir dan batin.

Kemudian orang tersebut bertanya lagi, lalu siapa yang tidak baik kalau begitu...???

Sang Guru Sufi menjawab:

"Yang tidak baik adalah kita, orang ketiga yang selalu mampu menilai orang lain, namun lalai dari menilai diri sendiri".


(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Thursday, September 14, 2017

Petua : Merawat masalah kulit berjerawat

Masalah jerawat. Betik banyak khasiatnya pada kesihatan. Buahnya boleh dimakan dan baik untuk kesihatan tubuh. Daunnya juga boleh di manfaatkan untuk kecantikan. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan petua merawat masalah jerawat dengan mengunakan daun betik.

Daun betik

Gambar ehsan Google.

Daun betik yang tua yang kering boleh di jadikan skrub dan membantu menghilangkan jerawat pada wajah. Kisar daun betik tersebut sehingga halus bersama sedikit air. Kemudian sapukan pada wajah yang bermasalah dengan jerawat. Biarkan sehingga kering dan kemudian boleh lah di cuci dengan air bersih. Lakukan setiap hari.

Selamat mencuba.

Wednesday, September 13, 2017

Wordless : Bilik merokok?

Perlu ke buat bilik khas untuk perokok hisap rokok? mmm... setakat nie teman tak jumpa pulak bilik untuk menyusu baby... Apa pun bagus juga inisiatif pengusaha stesyen Petronas Karak nie. Bila dah ramai dok merokok dalam tu, pasti berkepul-kepul asap kat dalam bilik tu... Cepat sket mereka nie jalan...๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿค—๐Ÿค—

Bilik merokok



Tuesday, September 12, 2017

13 Hadiah yang terbaik untuk si Dia

Hadiah tidak harus sesuatu berupa wang atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang di antaranya :

Hadiah

Gambar ehsan Google.

1. Hadiah terbaik  untuk seorang sahabat adalah *Doa.*

2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh.  *Pemberian maaf.*

3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah *Penghormatan.*

4. Hadiah terbaik untuk murid adalah *Tauladan.*

5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah *Kasih Sayang.*

6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah *Al-Fatihah.*

7. Hadiah terbaik untuk orang tua adalah *Berbakti.*

8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah *Penghargaan.*

9. Hadiah terbaik untuk suami adalah *Kesetiaan.*

10. Hadiah terbaik untuk anak adalah *Pendidikan.*

11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah *Kejujuran.*

12. Hadiah terbaik untuk orang yang tidak dikenali adalah *Senyuman.*

13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w adalah *Selawat.*

Nabi saw bersabda: "Saling memberi hadiahlah, nescaya kalian akan saling mencintai."

Selalulah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk dunia dan akhirat.


๏ปปَ ุญَูˆْ๏ปَ ๏ปญَ๏ปปَ ๏ป—ُ๏ปฎَّ๏บ•َ ๏บِ๏ปปَّ๏บ‘ِ๏บŽ๏ปŸ๏ป ّ๏ปชِ

Monday, September 11, 2017

Tips peperiksaan

Tips peperiksaan. Minggu nie ramai pelajar akan menduduki peperiksaan. Dalam entry nie, teman panjang perkongsian dari Prof Muhaya. Bukan saja anak-anak sebagai pelajar yang bertungkus lumus untuk menyediakan diri bagi menghadapi peperiksaan, kita sebagai ibibapa juga ada peranannya untuk memberi sokongan dan dorongan pada anak-anak untuk menghadapi peperiksaan tu. Sama-sama la tonton perkongsian video ini dari Prof Muhaya.



Saja cari pasal

Ikutkan hati mati... ikut rasa, binasa... Inilah yang terjadi pada wanita ini. Akibat terlalu mengikut imosi sampai jadi kes Polis. Dah awak parking kat parking yang di khaskan untuk golongan kurang upaya tu buat apa... bayar je la saman... dah awak tu buat salah... tak perlu lah nak bertengkar dengan penguatkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka tu. Nie  pegang steering lock, dok bertengkar dengan penguatkuasa. Pada hal awak tu dah la buat salah, lepas tu lagi nak bertengkar... tak pasal-pasal jadi kes Polis... tak lama lagi masuk mahkamah... dan pasti dapat hukuman yang setimpal... ๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† berbaloi ke dengan tindakan awak tu...???

Ikuti berita penuh di sini...


Sunday, September 10, 2017

Kuliah : Tiang agama

Lakukanlah solat, sebab solat ialah tiang agama. Amalan lain tidak akan di terima jika tidak solat. Harap, perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Jika kita tidak solat, seolah-olah kita meruntuhkan tiang agama. Solat yang sempurna mencegah dari kemungkaran.

Saturday, September 9, 2017

Kuliah : Solat

Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan tentang bab "Solat"

Solat

Gambar ehsan Google.

1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jangan sesekali tinggal solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jangan cakap:"Pergi solat. Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat, Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

Friday, September 8, 2017

Tips untuk mengetahui seseorang itu masih single atau pun sudah berpunya

Macam mana nak tahu seseorang itu masih single atau pun sudah berteman? Tips ini mungkin berguna buat mereka yang masih mencari-cari seseorang untuk mengisi kekosongan di hati. Perlu di ingat perkongsian ini hanyalah dari pemerhatian teman yang prihatin nie...๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—


Tidur lewat
Kebanyakkannya mereka yang masih solo gemar tidur lewat malam. Masa tersebut, mereka isikan dengan menonton rancangan TV atau pun keluar bersama kawan-kawan lepak di kedai mamak.

Telefon jarang berbunyi
Bab telefon nie memang sangat ketara. Orang yang masih single memang telefon sangat jarang berbunyi. Ye la, siapa pulak yang nak selalu call dia kan kalau tak teman special dia.

Menjawab panggilan telefon di dalam bilik
๐Ÿค— Rasanya memang ramai yang kalau berbual dengan teman istimewa mereka di dalam bilik. Kenapa dalam bilik? Mungkin disebabkan dalam bilik lebih privasi.

Senyum sorang-sorang
Senyum sorang-sorang bila menjawab message WhatsApp atau SMS. Nie memang senang nak detect.

Thursday, September 7, 2017

Petua : Untuk menyimpan lebihan minyak masak yang telah digunakan supaya tidak tengik

Biasanya apabila mengoreng akan ada lebihan minyak masak yang masih boleh digunakan semula. Cuma kadang kala, apabila telah di simpan akan terbit pula bau tengik pada minyak tersebut. Dalam entry hari ini, teman nak kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah ini.

Minyak masak

Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja. Untuk mengelakkan minyak tersebut berbau tengik, masukkan sahaja sebatang serai dan simpan di dalam bekas bertutup. Minyak tersebut boleh digunakan semula.

Selamat mencuba ya...๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

Wednesday, September 6, 2017

Wordless : Nampak putih tapi masam

Nampak putih bersih... Tapi masam... ๐Ÿ™„๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ Daunnya selalu dimasukkan di dalam masakan tomyam...


Bunga Limau Purut


Bunga Limau Purut

Bunga Limau Purut



Tuesday, September 5, 2017

Tips untuk mengenal lelaki sebagai calon suami

Suami adalah nakhoda atau ketua dalam satu keluarga. Tidak dinafikan peranan lelaki amat penting sebagai ketua keluarga yang mampu untuk memimpin untuk keluarga bahagia. Dalam entry kali ini, teman ingin kongsikan beberapa tips untuk kaum wanita memilih lelaki sebagai calon suami mereka.




Agama
Macam mana nak tahu ciri-ciri lelaki yang memiliki didikan agama yang baik? Mudah saja, perhatikan saja calon lelaki itu samada mereka menjaga solat mereka atau tidak. Solat adalah tiang agama. Solat adalah hubungan manusia dengan penciptanya, Allah. InsyaAllah, lelaki yang menjaga solat mereka, mereka akan menjaga hubungan mereka sesama manusia.

Akhlak


Akhlak adalah keperibadian seseorang itu yang di bentuk melalui didikan keluarga. Akhlak boleh ditafsirkan sebagai perangai, tabiat, kelakuan. Akhlak yang baik perlu ada pada diri seseorang suami yang akan membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai Allah. “Sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”

Menjaga kebersihan diri
Kebersihan adalah sebahagian dari iman. Bila diri kita bersih, InsyaAllah tubuh badan dan minda akan sihat. Bila semuanya sihat, InsyaAllah dia akan dapat membimbing keluarganya ke jalan kebaikkan. Mereka yang mementingkan kebersihan diri tidak merokok. Umat Rasulullah s.a.w tidak akan merokok. Merokok merosakkan tubuh dan memudaratkan kesihatan. Hindari lah mereka yang merokok.

Berfikiran matang
Cari la lelaki yang berfikiran matang, bijak berfikir, boleh menerima pendapat orang lain serta boleh di ajak berbincang untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Kebanyakkan mereka yang berfikiran matang mempunyai perancangan hidup yang lebih baik.

Mempunyai persamaan
Persamaan ini adalah dari segi kegiatan di masa terluang. Ini dapat mengeratkan lagi ikatan cinta dan memahami di antara satu sama lain. Pasangan kita itu adalah mereka melengkapi kehidupan kita. 

Tidak panas baran dan cemburu buta
Hindari lah lelaki jenis ini. Menurut pemerhatian teman, mereka yang bersifat panas baran dan cemburu buta ini berasal dari keluarga yang mempunyai sifat yang sama. Sifat ini akan berkurangan apabila mereka semakin berusia. Jika kome sanggup menjadi punching bag dia, sila la terima mereka ini.


Monday, September 4, 2017

Imam muda

Bila imam tiada di mimbar, budak nie boleh ambil alih untuk membaca khutbah Edil Adha. Seronok bila tengok kanak-kanak nie membaca khutbah Edil Adha. Kena je gayanya... Kalau di asuh dengan betul, kanak-kanak nie suatu hari nanti boleh menjadi tokoh ulama, InsyaAllah.


Kredit pada orang yang share video nie.

Sunday, September 3, 2017

Kuliah : Kunci untuk mendapat hati senang dan jiwa tenang

Assalamualaikum semua, dalam entry hari ini teman hendak kongsikan tips untuk mendapatkan kesenangan hati dan ketenangan jiwa.

Setenang air

Gambar ehsan Google.

Antara tipsnya seperti berikut.

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI DAN IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan.

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

Saturday, September 2, 2017

Kuliah : Al-Quran dan Umur

Sekadar perkongsian dalam entry kuliah pagi ini berkenaan Al-Quran dan umur.

Al Quran

Gambar ehsan Google



Berkata Abdul Malik bin Umair:
"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".
"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".

Berkata Al-imam Qurtubi:
"Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca"

Berkata Ibnu Solah:
"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-qur'an, maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".

Berkata Abu Zanad:
"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca Al-qur'an".

Berkata sebagian ahli tafsir:
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"KAMI memohon kepada Allah SWT agar memberikan taufiqnya kepada KAMI dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-qur'an dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada Al-qur'an maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-qur'an maka pahala akan mengalir pada anda.

Semoga bermanfaat.

‎ุนูŠุฏ ุงู„ูุทุฑุงู„ู…ุจุงุฑูƒ ูˆูƒู„ ุนุงู… ูˆุงู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)