Thursday, February 21, 2019

Petua : Terlekat tulang ikan di tekak

Pernah tak kome mengalami situasi di mana kome tercekik atau terlekat tulang ikan semasa makan. Kebanyakkan ikan yang sedap mempunyai banyak tulangnya. Walau pun kita berhati-hati semasa makan ikan tersebut, perkara terlekat tulang ikan ini akan terjadi juga. Teman sendiri pun ada juga beberapa kali mengalami situasi sebegini. Ada beberapa petua orang lama untuk mengatasi masalah terlekat tulang ikan nie.

Tulang ikan

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan dua petua tersebut. 

Mengunakan madu lebah
Petua ini mengunakan madu sebagai pemudah cara. Bila terlekat tulang ikan, celup jari ke dalam madu lebah. Kemudian selawat sebanyak tiga kali (3x), masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari tersebut perlahan-lahan. Insya Allah tulang ikan yang terlekat itu akan keluar dengan mudah.

Mengunakan nasi
Petua ini mengunakan nasi putih. Nasi putih tersebut hendaklah di kepal menjadi bebola nasi kecil. Kemudian selawat tiga kali (3x) dan telan bebola nasi tersebut. Insya Allah tulang ikan tersebut akan keluar dengan mudah.

Selamat mencuba ya!


7 comments :

  1. Pernah juga tercekik tulang ikan.
    Itulah guna petua telan nasi kepal

    ReplyDelete
  2. Kalau gunakan madu PC belum pernah cuba..tapi kalau gunakan nasi,pisang dan roti PC dah pernah cuba.

    ReplyDelete
  3. pernah. trauma penah jugak dekat setengah tahun x makan ikan.. tapi tula fevret hehe nak x nak kena makan jugak. selalu cuba yang nasi tu.. memang teliti sungguh lepas tercekik ikan. lagi2 ikan terubuk. halus2 tapi kalo sangkot nayaa juga..

    ReplyDelete
  4. Bagus petua Ni. Bahaya tercekik tulang sepupu mama sampai Kenna bust operation aritu

    ReplyDelete
  5. x penah cuba yg madu tu. sepupu mak saya antara org yg pandai mengubat kalu ada yg terkecik tulang. sesiapa yg kena masalah ni selalu jumpa dia. tp hanya kalangan keluarga kami je laa yg tau psl ni... org lain x tau pun hehe

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian.
    Yg pakai madu tu, baru 1st time dengar.

    ReplyDelete
  7. Mcm2 petua ada kalu tercekik tulang ikan. Sy pnh guna beberp petua. Ada yg jd ada yg x..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...