Sunday, November 3, 2013

Taman Tamadun Islam - Taman Monument @ Monument Park

Selesai sudah entry TTI River Cruise, teman continue pulak dengan entry Taman Monument @ Monument Park. Apa pun sebelum meneruskan jelajah di Taman Monument, perut kena reload dulu. Maklum lah, dah lunch time.

Taman Monument

Nie teman kongsikan sekali lagi harga tiket untuk melawat ke Taman Tamadun Islam.


Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam


Kalau nak makan tu, di Taman Tamadun Islam nie ada di sediakan Food Court dan Bbenteng Restoran. Jadi mudah bagi pengunjung untuk menjamu selera. Nak cepat dan mudah, teman order saja nasi ayam untuk semua.

Nasi Ayam TTI


Selesai lunch, we all continue jenjalan di Taman Monument. Taman Monument nie terbahagi kepada dua bahagian. Satu adalah pemeran indoor dan satu lagi outdoor. Kita start dulu dengan pameran indoor. Lagi pun, tempat pameran nie dekat sangat dengan cafe nie.

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam

Sejuk sket bila masuk dalam ruang pameran indoor nie. Selesai melawat ruang pameran nie, kami mula bergerak untuk melawat tapat-tapak pameran di geleri monument pula. Taman Monument nie agak luas, jadi pelawat perlu ada stamina yang tinggi untuk menjelajah keseluruhan taman nie. Kome boleh juga menjelajah dengan menaiki basikal, tram atau buggy dengan berkonsepkan Hop-On Hop-Off.


Taman Tamadun Islam

Peta Taman Tamadun Islam

Jenuh jugak kalau nak expelore dengan berjalan kaki. Mau berpeluh ketiak di buatnya. Untuk jalan selamat, teman sewa buggy untuk 5 pax saja la. So, kita naik buggy aje la... Ini adalah antara monument-monument unik Islam iaitu masjid yang terdapat di seluruh dunia...

Ini adalah Masjid Kudus Al-Minar. Masjid ini juga di kenali sebagai Masjid Menara Kudus. Masjid ini terletak di Desa Kauman, Kecamatan Kota, Kabupaten Kudus, Jawa Tengah, Indonesia. Keunikkan binaan masjid ini kerana terdapat binaan menara yang bercirikan budaya Hindu dan Budha. Menurut catatan sejarah, masjid ini telah di bina pada tahun 956 Hijrah atau 1549 Masihi. Klik disini untuk menjelajah Masjid Kudus Al-Minar menerusi platform Google Maps.


Monument Park

Gambar di bawah nie adalah replika Masjid Pattani. Masjid ini juga di kenali sebagai Masjid Wadil Husen atau Masjid Teluk Manok oleh masyarakat setempat. Masjid ini terletak di Kampung Teluk Manok, wilayah Bacho, Narathiwat, Thailand. Reka bentuk masjid nie nampak macam moden je, tapi sebenarnya Masjid Pattani telah di bina pada kurun ke 17 di zaman kerajaan Pattani tanpa mengunakan sebarang paku. Masjid ini adalah merupakan masjid tertua di bumi Thailand. Klik disini untuk menjelajah Masjid Pattani melalui platform Google Maps.

Taman Monument

Ini adalah replika Masjid Sultan Omar Ali Saifudin. Masjid ini terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei Darulsalam. Masjid ini telah di bina pada tahun 1954 di zaman pemerintahan Sultan Umar Ali Saifuddin Saidul Khair Waddin dan siap dibina pada tahun 1958. Semasa teman disini, struktur monument Masjid Sultan Omar Ali Saifudin ini masih lagi dalam pembinaan. Klik disini untuk menjelajah Masjid Sultan Omar Ali Saifudin melalui platform Google Maps.

Monument Park

Di bawah pula adalah monument Masjid Negara. Masjid Negara telah di bina pada tahun 1963 dan siap pada 1965. Masjid Negara terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut berkenaan Masjid Negara, kome boleh klik disini ye. Klik disini untuk menjelajah Masjid Negara melalui platform Google Maps.

Monument Park

Dalam gambar di bawah pula, dari jauh kelihatan Masjid Sultan, Singapore.

Monument Park

Ada di antara monument tersebut yang boleh di masuki dan terdapat pameran di dalamnya.

Gambar dibawah adalah Taj Mahal. Taj Mahal terletak di tebing sungai Junma, Agra, India. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Mengikut catatan sejarah Taj Mahal telah di bina pada 1632 dan siap pada tahun 1648 oleh Maharaja Shah Jahan untuk memperingati isterinya, Mumtaz Mahal.

Di bawah monument Taj Mahal terdapat ruang pameran seperti pakaian dan kelengkapan raja-raja di zaman Shah Jahan. Klik disini untuk menjelajah Taj Mahal melalui platform Google Maps.


Monument Park

Monument Park


Monument Park


Dari kejauhan, ada beberapa lagi monument yang perlu di jelajahi... Monument berkubah emas itu adalah Qubat As-Sakhrah yang terletak di Baitulmuqaddis.


Monument Park

Mudah untuk menjelajah dengan menaiki buggy nie... Dari dari jauh kelihatan monument yang unik binaannya...

Monument Park

Monument Park

Di bawah pula adalah Masjid Sultan. Masjid ini terletak di Kampung Glam, Singapore. Masjid ini telah di bina pada 1824 dan siap sepenuhnya pada tahun 1826. Untuk maklumat lebih terperinci, kome boleh klik disini ye. Klik disini untuk menjelajah Masjid Sultan melalui platform Google Maps.

Monument Park

Di bawah adalah Masjid BadshahiMasjid Badshahi ini terletak di Lahore, Pakistan. Masjid ini juga di kenali sebagai Masjid DiRaja Aurangzeb AlamgirMasjid ini telah di bina semasa pemerintahan Kesultanan Mughal, Raja Aurangzeb pada tahun 1671 dan siap di bina pada tahun 1673.

Di katakan, terdapat beberapa barangan peninggalan Rasulullah s.a.w dan juga beberapa arifak peninggalan sahabat-sahabat rasullullah dan tokoh-tokoh penting Islam telah di simpan di masjid ini. Masjid ini pernah bertukar fungsinya apabila bertukar pemerintah. Klik disini untuk menjelajah Masjid Badshahi melalui platform Google Maps.

Monument Park

Ini adalah Qubbat As-Sakhrah atau pun juga di kenali sebagai Kubah Batu dan The Dome of Rock dalam bahasa Inggeris yang menjadi rebutan oleh kaum Yahudi laknatullah itu. Qubbat As-Sakhrah yang paling dikenali sebagai simbol Baitulmuqaddis yang menjadikannya istimewa.

Monument Qubbat As-Sakhrah ini boleh di masuki. Lihat lah betapa halus dan hebatnya seni bina tamadun Islam ini. Klik disini untuk menjelajah Qubbat As-Sakhrah melalui platform Google Maps.


Monument Park

Monument Park

Tak muat frame kamera phone teman nak mengambil keseluruhan bangunan Qubbat As-Sakhrah ini secara dekat.


Monument Park

Tak sabar rasanya nak terokai bahagian dalam Qubbat As-Sakhrah nie. Sememangnya kita sebagai umat Islam tahu, bahawa Baitulmuqaddis  adalah lokasi yang tercatat dalam peristiwa Israk dan Mikraj. 


Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Pada pendapat teman, batu dan pasir nie hanya lah sample. Mana mungkin segala apa yang berada di tanah haram di bawa keluar dari tempatnya.

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Monument Park

Tak jauh dari Qubbat As-Sakhrah, terdapat satu replika bangunan masjid yang sangat unik. Ini adalah replika Masjid Agung Samarra, yang terletak di Iraq. Ini adalah sebahagian daripada keseluruhan bangunan masjid tersebut yang di bina se-awal kurun ke 9. Menara ‘Malwiya’ berbentuk kon berlingkar ini berketinggian 52 meter tinggi dan 33 meter lebar pada tapak paling bawah. Masjid ini pernah menjadi mangsa kemusnahan pada tahun 1278 dan terakhir sekali pada 2005. Kini, ia termasuk dalam senarai tempat bersejarah yang perlu dijaga UNESCO.


Monument Park


Dari sisi Masjid Agong Samarra di kejauhan kelihatan Taj Mahal tersergam indah. Walau pun hanya replika, tapi sekurang-kurangnya kita dapat menghayati seni bina Islam yang indah.



Monument Park



Di bawah pula ada sebahagian dari replika bangunan Masjid Abu Nasr Parsa yang terletak di Afghanistan. Menurut catatan sejarah, Masjid Abu Nasr Parsa telah di bina sekitar tahun 1598. Masjid ini juga di kenali sebagai Masjid Besar Herat oleh masyarakat tempatan. Monument nie hanya sebahagian sahaja dari bangunan Masjid Besar Herat. Dalam monument nie ada ruang pameran indoor.


Monument Park

Nie adalah sample batu dari Mekah... 


Monument Park

Ini adalah sample serban putih yang di pakai oleh masyarakat Arab

Monument Park

Ini adalah sample serban yang digunakan oleh Rasulullah.

Monument Park


Selepas melewati Masjid Besar Herat, tersergam indah pula Monument Masjidil Haram yang terletak di Kota Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Masjidil Haram juga di panggil Masjid Al-Haram atau Masjidilharam (Arab: المسجد الحرام, al-Masjid al-Ḥarām). Masjid ini adalah masjid yang paling suci bagi umat Islam. Masjidil Haram telah dibina menggelilingi Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Di monument Masjidil Haram ini, kedengaran laungan talbiah oleh jemaah haji ketika melakukan tawaf. Klik disini untuk menjelajah Masjidil Haram dengan mengunakan platform Google Maps.



Monument Park

Monument Park


Berdekatan dengan Masjidil Haram adalah monument Masjid Aleppo Citadel. Masjid Aleppo Citadel ini terletak di Syria. Masjid Aleppo Citadel ini juga di kenali sebagai Umayyad Mosque of Aleppo. Masjid Aleppo Citadel ini adalah merupakan antara binaan tertua didunia. Kini masjid ini berhadapan dengan ancaman kemusnahan akibat peperangan. Klik disini untuk menjelajah Masjid Aleppo Citadel melalui platform Google Maps.

Masjid Aleppo Citadel


Perjalanan di teruskan lagi ke monument berikutnya. Cuaca pun agak panas, letih pun sama. Monument di bawah nie adalah Masjid Mohammad Ali yang terletak di Kairo, Egypt. Masjid ini dinamakan sempenan nama pemerintah ketika itu, Raja Muhammad Ali Pasha iaitu pemimpin Mesir moden yang memerintah pada abad ke 19. Klik disini untuk menjelajahi Masjid Mohammad Ali melalui platform Google Maps.

Taman Monument @ Monument Park

Bersebelahan dengan Masjid Mohammad Ali adalah adalah Masjid Nabawi. Terlupa pulak nak ambil gambar keseluruhan bentuk monument nie. Letih sudah berjalan menjelajah keseluruhan Taman Monument nie. Masjid Nabawi terletak di Saudi Arabia. 


Masjid al-Nabawi (Bahasa Arab: المسجد النبوي‎ al-Masjid al-Nabawīy), disebut "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Harammerupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.



Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba. Klik disini untuk menjelajahi Masjid Nabawi melalui platform Google Maps.


Taman Monument @ Monument Park


Penat berjalan, hilang sebentar bila terlihat monument di bawah yang agak unik ini. Binaan ini adalah Kalyan Minaret. Kalyan Minaret ini terletak di Uzbekistan. Binaan ini hanyalah sebahagian dari Kompleks Kalyan Minaret. Kome boleh klik disini untuk melihat keseluruhan binaan masjid ini. Mengikut catatan sejarah, Kalyan Minaret ini telah dibina tahun 1127 dengan ketinggian 48 meter digunakan untuk melaungkan azan solat ketika itu.

Ada ketikanya fungsi menara ini bertukar sebagai menara tinjau ketika peperangan dan juga tempat melaksanakan hukuman mati ketika revolusi Rusia. Klik disini untuk menjelajahi Kalyan Minaret melalui platform Google Maps.


Taman Monument @ Monument Park

Perjalan seterusnya melintasi monument di bawah nie. Binaan monument ini agak unik. Ini adalah Masjid Besar Agadez atau lebih di kenali sebagai Grande Mosquée d'Agadez. Masjid ini terletak di Agadez, Nigeria. Masjid ini merupakan masjid utama di Nigeria. Ia dibina pada tahun 1515 dan di baik pulih semula pada tahun 1844. Grande Mosquée d'Agadez ini di bina dari tanah liat yang di panggil "banco" setinggi 27 meter dan ianya merupakan bangunan tertinggi di Agadez. Klik disini untuk meninjau keseluruhan binaan ini.


Taman Monument @ Monument Park


Taman Monument @ Monument Park

Monument seterusnya ialah Masjid Kul Shariff. Masjid ini terletak di Kazan, Kremlin, Rusia. Ia merupakan masjid terbesar di Rusia dan juga satu-satunya masjid di Eropah yang berada di luar Istanbul. Apa yang unik sangat pasal masjid nie? Masjid nie dinamakan sempena seorang tokoh Islam yang berjuang mempertahankan wilayah Kazan dari pendudukan Rusia. Binaan masjid ini bercirikan seni bina Bulgaria Volga serta berunsur Renaissance awal dan seni bina Uthmaniyyah. Klik disini untuk jelajah Masjid Kul Shariff melalui Google Maps.


Taman Monument

Monument dibawah adalah Masjid Besar Xian. Masjid ini juga di kenali sebagai The Great Mosque of Xi'an. Bagaimana pun masyarakat setempat memanggilnya sebagai Masjid Huajue. Masjid ini merupakan masjid terbesar di China. Sebahagian besar masjid ini telah di bina semasa pemerintahan Hongwu, Dinasti Ming.

Minaret of Xian ini adalah sebahagian dari struktur binaan Masjid Besar Xian. Keseluruhan binaan masjid ini mengabungkan seni bina tradisional Cina dan memasukkan unsur-unsur islamik dalam kaligrafik tulisan Cina dan Arab.

Klik disini untuk menjelajah Masjid Xian melalui platform Google Maps. Monument ini di kenali sebagai "Meneliti Menara Jantung" yang terletak di halaman ke tiga Masjid Besar Xian.


Taman Monument @ Monument Park


Taman Monument @ Monument Park

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke penghujung penjelajahan Taman Monument nie. Memang best berkunjung kat sini. Especially untuk mereka yang gemar melihat seni bina Islam di seluruh dunia.

Teman sendiri berasa takjub apabila dapat memasuki Qubbat As-Sakhrah. Walau pun ia hanya sebuah monument, tapi ianya sangat memberi kesan buat teman. Itu belum lagi dapat ziarah Qubbat As-Sakhrah yang sebenar. Insya Allah, ada rezeki nanti harap teman dapat menziarah ketiga-tiga masjid suci Islam ini, insya Allah. Semoga Allah beri kesempatan itu buat teman.

1 comment :

  1. menarik monumen2 ni semua..sayang tk gi masa ke TTI..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...