Friday, March 9, 2012

Petua - Untuk menghilangkan darah gemuruh

Darah gemuruh satu penyakit semula jadi membabitkan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tidak ada satu rawatan berkesan menghilangkan penyakit ini. Ia juga dianggap penyakit psikologi.



Di sini teman perturunkan satu petua yang pernah teman amalkan dan cukup berkesan. Sudah menjadi kebiasaan orang ramai sukar mandi diwaktu pagi, alasannya terlalu sejuk. Adakalanya mereka terus menyiram air mula dari kepala secara tepat dan mengejut kerana tidak tahan kesejukkan. Langkah ini kurang baik kerana akan mengekalkan perasaan darah gemuruh seseorang.

Cara sebaiknya ialah menyiram mula dari kedua-dua belah kaki hingga ke lutut, seterusnya ke paras pinggang dan barulah ke seluruh badan. Insya-Allah dengan cara ini perasaan darah gemuruh anda akan hilang dengan syarat anda rajin mengamalkan petua ini. Setiap penyakit pasti ada ubatnya.

27 comments :

  1. dlu saya seorang yg darah gemuruh.. tp bila dah selalu latih diri berdepan dgn org ramai..Alhamdulillah dh ok sikit skrg neh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share tak macam mana awak melatih diri utk menghilangkan darah gemuruh nie...

      Delete
  2. cmane nih? drah gemuruh sy x penah hilang,,dh masuk IPT pon still fobia tu ade bila dk depan org rmai,,cuma bezanya skrg, sy gemuruh bile nk start cakap tu, lpas tu oke la,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Wan, memang semua orang ada perasaan macam nie... Its normal... Sebab, perkara yang hendak kita lakukan ini bukan selalu kita buat... Anyway, practice make perfect... Kita kena berlatih, membuat persediaan awal... then perasaan gemuruh ni lama2 akan hilang... anyway, teman pun masih gemuruh juga... terutama bila berhadapan dgn aweks2 nie... :D

      Delete
  3. sampai skrg ada darah gemuruh...hmm...smpai tersasul sasul ckp kekadang huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... td pon ada interview as penyelia asrama. mula2 masuk dah rasa confident, then bila dia soal , terus suara jadi down... x tahu dah nak wat cam mana... setiap kali mesti cam nie..

      Delete
  4. saya nih lagi lah darah gemuruh. jpj test dah amik sampai 3 kali. bila berada kat depan jpj sahaja. kaki tak rasa. tak boleh tekan pedal minyak dan sebagainya. :(. samapai sekarang masih ada lagi darah gemuruh nih. hurmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parah tuu... kena ada keyakinan diri nie... tuh, belum lagi dapat lesen... kalau dah pandu di jalan raya nanti... lagi bahaya...

      Delete
    2. papun misti kna ada cnfident dlu pastu misti disulami perasaan brani dn jgn ada perasaan takut tau malu..joke misti mau ada..bru kita kan rsa selesa dn tdak tertekan..pasti anda akan di ingati seorang yg very selamba serta bjak..

      Delete
    3. Joelabu, kata-kata awak tu memang betul... keyakinan dan ketenangan memang merupakan aset penting bagi mengatasi masalah darah gemuruh nie.

      Delete
  5. Salam..Terima kasih for infomation..ad cara lain lg x?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,sy juga ada darah gemuruh dan boleh dikatakan agak teruk.Saya akan berasa gementar,jantung berdegup kencang,rasa nak termuntah dan kaki menggigil.Rase frust sangat gagal test jpj aritu sbb nervous punye pasal.Yang paling teruk saya akan ingat kesalahan yang sy lakukan tu sampai tak boleh tido.Selera makan juga hilang.Saya harap ada sesiapa yang sudi tolong saya.terima kasih.-aza-

    ReplyDelete
  7. ya allah sama la dgn dya..msa nk test jpj rsa gugup mcm nk pitam...sya gagal dlm parking tp nsb baik ad abg jpj tohwjbaik hati dia tlng sya msa test ats jalan raya...sya bnar2 prlukan petua..klu ad sya sngpp mbyarnya..kerana rsa gemuruh nexh dh byk kli wat sya tension sngt.

    ReplyDelete
  8. Tolong lah! darah gemuruh ni asyik mengganggu pelajaran je! bila guru math yg garang terus ajar gementar sehingga rasa macam nak terkencing! please..dah tak sanggup alminya hari2! ;( macam mana nak buat?

    ReplyDelete
  9. darah gemuruh ni kadang2 menggangu pelajaran! bila guru math garang ajar je dah rasa gementar sehingga rasa nak terkencing! please..banyak petua dah buat satu pon tak jalan! Semoga Allah memberkati!

    ReplyDelete
  10. Salam aku orgye gemuruh sangat2..Tp aku kuatkan semangat aku.. Aku suka berkawan.., 2012 la masalahye skarg time aku nk b ercakapje mulalah jantung aku dh mcm berperang, jd skarg aku nk bercakap rase gementar.. Aku nk ckp panjang 2pn ssh.. Jd pyakit aku makin teruk.., sampaikan hidup aku tertekan.. Kadang 2 aku bercakap seorang diri.. Aku rasa putus asa.. Kadang 2 aku mengeluarkan air mata.. Apa yg aku nk bt skargni.., aku dh ptus asa rseye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. o...rasanya bukan seorang ja yg berkelakuan begini...rupanya ramai...syukur..kerana sy pun begini...

      Delete
  11. ramai juga yg berdarah gemuruh nie yer...ok...sy ad beberapa tips..its so simple(simple bg mereka yg boleh melakukannya)...ok...kita mulakan dgn sebab @ punca kita gemuruh dan bagaimana nk atasinya...lets we start...

    1)TAKUT
    - kita akan mula berasa tkt apabila kita berhadapan dgn org rmi atau seseorg. Sebab ape kita jadi TAKUT??
    a)Persediaan yg kurang
    b)Kurang keyakinan diri
    c)Tahap rendah diri yg keterlaluan
    Bagaimana nk mengatasinya???
    a)Persedian yg kurang
    - kita perlu membuat persediaan yang secukupnya dlm sesuatu tmpoh. Bagaimana pula jika sesuatu itu terjadi didalam kita tanpa persediaan atau spontan??? So simple, kita hanya perlu BERLAKON atau erti kata lain kita tipu diri kita sendiri seolah olah kita ini mmang da cukup persediaan. Just berlakon, mcm kita da ckp persediaan walaupun kita x bersedia pun..KENAPA perlu berlakon???ini kerana dgn berlakon,kita dapat menambah keyakinan dalam diri kita dan menghindar rasa tkt dan gemuruh itu sikit demi sedikit..sbb kita gemuruh kerana takutkan dan takut tu dtg dr kurang persediaan...jd sekiranya kita rasa kita sudah cukup bersedia,segala masalah itu dpt diatasi sikit demi sedikit dan mungkin terus dpt diatasi..
    b)Kurang keyakinan Diri
    - x yakin pada diri ni berpunca dari kurangnya persedian dan rasa ketidaksempurnaan. Tetapi ad juga org yang da all out wat persedian,tiba masa,keyakinan itu tiada. Bagaimana mengatasina??? Yakinlah bahawa yg diri anda sudah pun cukup bersedia dan sentiasa fikir positif bahawa diri anda juga sempurna sama seperti mereka yang lain..Bukankah tuhan sudah menjadikan manusia itu sebaik baik kejadian ciptaanNYA. Jadi tidak yakinkah kita padaNYA??Tepuk dada,tny lah hati anda...
    c)Tahap rendah diri yang keterlaluan
    - ini terjadi kerana anda meletakan jurang perbezaan darjat antara anda dan manusia yg lain. Harus kita igt tiada siapa yg boleh hdup seorg diri tanpa dia memerlukan bantuan dari yg lain. Jadi bukankah kita ini sama sahaja?Masih memerlukan dari yg lain. Mungkin org yg berhadapan dgn anda itu seorg yang begitu arif mengenai sesuatu yang anda ingin bentangkan atau ceritakan tapi harus kita igt selalu bahawa PENGALAMAN seseorg itu berbeza. Jadi dimana kelebihan anda???Pengalaman yang anda lalui. Jadi gunakan kekurangan anda sebagai satu kelebihan.

    2)MALU
    - Kenapa kita malu???sebenarnya malu itu adalah sgt bagus...akan tetapi harus digunapakai pada tempat yg betul.. Biasanya kita salah meletakkan perasaan malu itu ketika kita ingin menyampaikan sesuatu walaupun ianya sesuatu yang baik..Mengapa ini terjadi???Ini mungkin kerana fikiran kita yang negatif yang memikirkan "apelah diorg ni pikirkan aku" atau pun kita berfikir " Mereka mesti anggap ape ak ckpkan ini main hentam jer" dan sebagainya yang lain. Perkara ini yang akan menjadikan confident level kita menurun dan gemuruh kita menjadi jadi. So bagaimana nk atasinya??? Pertama skali yang paling penting adalah kita sentiasa berfikiran positif..jgn berfikir negatif..buang negatif tu jauh2. Kedua adalah kita wajib berfikiran terbuka iaitu sy maksudkan kita boleh terima ape jua bentuk teguran dr sesiapa pun (walaupun makcik tandas yang tegur ckp kita present or gaya kita atau sebagainya)yang mengarah kepada kebaikan pada diri kita selepas dari apa yang kita lakukan. Last skali, pedulikanlah ape pun org nk cakap apa yang sedang @ ketika kita buat yang penting kita hu ape yang kita buat erti kata lain berilmu...

    sekian...mudah2an tips ini dpt membantua anda...sekiranya ad salah da silap,ianya dtg dr sy sendiri...wallahhualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz, terima kasih atas tips dan perkongsian ini. Harap-harap ianya dapat membantu mereka...

      Delete
  12. Hai awak,nice entry walaupun short.
    Btw,saya pun ada buat entry yang hampir sama.
    Tips2 untuk hilangkan nervous and jadi berani untuk performance atas stage.
    Free2,tinjau lahh blog saya.Moga2 ada manfaat :)

    http://swatchoren.blogspot.com/2013/06/cara-untuk-jadi-berani-untuk-stage.html

    ReplyDelete
  13. bole try cara ni... mmg saya ade darah gemuruh skit.... tp bile saya confident, mmg perasaan malu sudah tidak berapa ade-)

    ReplyDelete
  14. saya pun sama.nak test JPJ pun tak lama lagi.pelbagai doa dan selawat sya ikhtiar amal/.apapun selalu berdoa dan berserah je..ingat kalau kite ikhlas, tiada satu pun doa kita yg disia-siakan oleh -Dia

    ReplyDelete
  15. Kalau yg jenis sakit perut setiap kali takut atau gementar mcm mane ye? Kadang2 tetibe je rasa gementar tak bersebab, tak tahu ape yg ditakutkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nie... istighfar banyak-banyak... tarik nafas dengan lancar dan tenang dan baca surah Al-Kawthar... Insya Allah, kita akan tenang... Saya selalu cara nie bila rasa gementar...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...