Saturday, April 30, 2016

Kuliah : Tahap kemanisan iman

"Iman tak dapat di warisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli. Ia tiada di tepian pantai." Ini adalah sebahagian dari lirik lagu 'Iman Mutiara' dari Raihan. Dalam entry kuliah pagi ini, teman hendak kongsikan beberapa tahap kemanisan iman.

Iman 
Gambar ehsan Google.

MURAQOBAH - Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menjadikan Allah sentiasa dihati.

MUJAHADAH - Berusaha dan bersusah-payah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

MUHASABAH - Sentiasa menghitung diri, melihat kekurangan diri yang melakukan ibadat tetapi sering melakukan dosa.

MU'AQABAH - Berusaha memperbaiki kesalahan yang dilakukan dan menghukum diri atas kesalahan yang dilakukan.

Selamat beramal.
 

Thursday, April 28, 2016

Petua : Untuk mengeluarkan duri atau serpihan kaca dari kulit

Tertusuk duri atau kaca. Pasti menyakitkan bila cedera tertusuk duri atau kaca. Bertambah perit pula jika duri atau serpihan kaca tu susah untuk di keluarkan dari tubuh. Entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk memudahkan duri atau serpihan kaca itu keluar.

Kaki tercucuk jarum

Kaki tercucuk jarum

Gambar ehsan blogger aizahmawaddah

Petuanya macam nie. Mula-mula, bersihkan kawasan yang cedera akibat tusukan duri atau kaca itu. Selepas itu, dapatkan sedikit baking soda atau serbuk penaik. Kemudian, campurkan dengan sedikit air. Sapukan campuran baking soda dan air ini pada tempat yang cedera itu.

Biarkan beberapa minit. Serpihan duri atau kaca itu akan timbul di permukaan kulit. Gunakan penyepit untuk mengeluarkan duri atau serpihan kaca itu. Bersihkan luka cedera itu dan sapukan ubat.

Selamat mencuba petua ini.

Thursday, April 21, 2016

Petua : Untuk mengatasi kaki bengkak

Kaki bengkak ketika bersalin. Biasanya ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami masalah sebegini. Ada ketikanya kaki akan berasa sakit dan lemah. Dalam entry sebelum nie, teman ada kongsikan petua untuk merawat kaki sembab, kome boleh bacanya disini dan rawatan secara Islam untuk mengatasi bengkak kaki disini.



Gambar ehsan Google.

Sayur bayam

Gambar ehsan Google.

Jika ini terjadi, kome boleh cuba petua ni. Dapatkan secekak sayur bayam, kemudian rebus. Tak perlu tambah apa-apa bahan tau. Kemudian, ambil air rebusan bayam ini dan minum untuk setiap pagi dan petang. Insya-Allah, bengkak di kaki akan surut dan pulih seperti sedia kala.

Tuesday, April 19, 2016

Wordless : Sekolah Kebangsaan Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan

Sekolah Kebangsaan Sabak. Sekolah Nie terletak betul-betul di tepi pantai... Mesti seronok belajar sambil di hembus bayu laut... Nama pun entry wordless, so tak payah lah teman cerita panjang pasal sekolah nie... Sebagai perkongsian, nie teman kongsikan koordinate GPS sekolah nie kat bawah...

6.174135, 102.326358



Sekolah Kebangsaan Sabak nie ada blog sendiri. Klik la kat sini kalau kome nak baca blog sekolah nie.

Monday, April 18, 2016

Ala hi ayam

Kisah ayam. Hari nie teman tak dek modal nak buat entry. Semua idea nak menulis, masuk kelaut. Mood blogging ke laut jugak. Bukan apa, sejak akhir-akhir nie sibuk sket dengan kerja. Bila balik rumah, penat sangat. Itu yang tak ada masa sangat nak buat entry baru. Kat draft, berlambak tak publish lagi.


Gambar ehsan Google.

So, dalam entry kali nie teman kongsi kisah pasal ayam. Dulu ada Jalil Hamid buat lagu pasal ayam. Teman pun nak jugak buat entry pasal ayam. Kisahnya macam nie.

Anak ayam bertanya pada ibunya.

Anak ayam : Mak, kita semua kenapa namanya sama jer, iaitu ayam. Tak macam manusia. masih kecil sudah punya nama. Abdul, Badul, Caca, Denny, Jery dan macam-macam lagi lah nama.

Ibu ayam : Nak! Manusia yang masih hidup namanya memang banyak, tapi nanti kalau sudah mati, namanya satu. iaitu "Mayat". Berbeza dengan kita. Kalau kita sudah mati, baru nama kita banyak. Ada yang namanya ayam goreng, ayam bakar, nasi ayam, ayam penyet, ayam panggang, sate ayam, ayam madu, ayam dara, kari ayam, rendang ayam banyak lagi.

Anak ayam: Oooo... macam tu ke mak...

Kalau pegi pasar tu, lagi la macam-macam ayam ada. Ada ayam daging, ayam kampung. Tapi bile terjumpa ayam macam nie, pelik lah pulak... Yang confirm, jangan beli ayam kat kedai-kadai nie. Confirm ayamnya tak halal.

Nak ketawa pun ada... Kome baca la sendiri... :d

Ayam local

Nie pulak ayam sunat... Apa ke bendanya laa ayam sunat nie... Dimana yang nak disunatkan tu...

Ayam sunat

Macam-macam lah depa nie... Nie tak kira lagi mak ayam kat lorong-lorong belakang tu lagi... Dia orang pun jual ayam juga... Kesiankan ayam... Ayam jugak yang dikaitkan... Tapi bila di fikir-fikirkan semula... Kenapa pilih ayam...? Kenapa tak letak ikan ke? Kucing ke? mmm... Siapa ada jawapan untuk persoalan nie? Tolong komen sket...๐Ÿ˜‹

Saturday, April 16, 2016

Kuliah : Nabi Muhammad SAW Dalam Kitab Hindu - Dr Zakir Naik

Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa ramai golongan tidak senang duduk dengan kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia untuk menyampaikan ceramahnya di negara kita. Apa yang hendak di takutkan sangat dengan Dr Zakir Naik nie... Kalau tak nak hadir, sudah la. Duduk diam-diam kat sana. Negara kita mengamalkan kebebasan beragama. Masing-masing bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Mana kala Islam adalah agama rasmi negara dan ianya termaktub di dalam perlembagaan serta undang-undang negara.

Mungkin ini adalah salah satu faktor mengapa masyarakat bukan Islam sangat gusar dengan kehadiran insan bernama Dr Zakir Naik. Geram jugak dengan kaum-kaum nie... Kita orang Islam tak pernah ganggu aktiviti keagamaan mereka... Lawan la dengan hujah dan kebijaksanaan masing-masing... Apa nak takut jika kamu berada di jalan yang benar... Tiada paksa... Kamu bebas untuk membuat keputusan dan pilihan masing-masing... Cuma, jangan cuba ganggu Islam... Itu saja...


 

Thursday, April 14, 2016

Petua : Untuk mencantikkan kuku

Petua untuk mencantikkan dan mengilatkan kuku. Wanita memang suka menjaga keterampilan dan kecantikkan diri. Ada yang sanggup memperuntukkan sejumlah wang semata-mata untuk kecantikkan. Begitu juga ada yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya semata-mata mahu kelihatan cantik dalam segenap aspek termasuk kuku dengan mendapatkan perkhidmatan manicure pedicure.

Kuku sihat berkilat

Gambar ehsan Google.

Di sebabkan entry nie, teman pun baru je tau rupanya kecantikkan kuku pun ada pertandingan dunia. Kalau kome tak percaya, klik la kat sini untuk laman Facebook Global Nail Cup. Ok la, sudah mula ke laut pulak... Teman bukan nak bercerita pasal pertandingan kuku... Tapi nak kongsikan satu petua untuk mencantikkan dan mengilatkan kuku cara tradisional.


Caranya mudah saja. Kome hanya perlu dapatkan belimbing buluh. Kalau tak tau macam mana rupa buluh, gambarnya macam kat bawah nie.

Belimbing buluh

Gambar ehsan Google.

Apa nak buat dengan belimbing buluh nie. Senang je. Mula-mula belah belimbing buluh ini kepada beberapa bahagian. Kemudian, dengan mengunakan bahagian dalam belimbing buluh tu, gosokkan pada kuku. Hasilnya kuku akan kelihatan bersih, sihat, berkilat dan cantik berseri.

Belimbing buluh boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah darah tinggi dan tumit kaki pecah. Klik disini untuk masalah darah tinggi dan disini untuk masalah tumit kaki pecah.

Selamat mencuba.

Friday, April 8, 2016

Wak Kentut

Kentut...? eeiii... kenapa la pilih nama kentut... Punya banyak nama kenapa kentut jugak yang menjadi pilihan hati. Wak Kentut nie rupa sangat popular dengan Nasi Lemak Wak Kentut di Kulaijaya. Dengar cerita Nasi Lemak Ayam Goreng nya sangat marvelous... Siap masuk ASTRO AWANI lagi... Klik kat sini kalau nak baca laporan dari ASTRO AWANI tu...

Nasi Lemak Ayam Goreng Wak Kentut

Gambar ehsan Google

Kalau kome nak follow FB Nasi Lemak Wak Kentut, boleh kat sini jugak. Kalau teman berkesempatan berjalan ke selatan tanah air nanti, teman pun nak try test taste Nasi Lemak Wak Kentut nie laa...

Thursday, April 7, 2016

Petua : Mengatasi masalah resedung

Masalah resdung. Resdung ialah merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Terdapat dua kaedah rawatan samada melalui perubatan moden dan juga rawatan secara tradisional. Dalam entry petua kali ini, teman kongsikan satu kaedah atau petua tradisional untuk merawat masalah resdung.

Gejala resdung

Gambar ehsan Google.

Dapatkan bahan-bahan di bawah;
  1. Limau nipis 8 biji.
  2. Daun pandan 10 helai
Cara-caranya;

Hiris daun pandan halus seperti membuat bunga rampai. Kemudian, perah limau nipis tadi. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian biar sebentar. Tidak lama kemudian, satu sebatian akan terbentuk. Ambil sebatian ini dan sapu pada muka. Jika ia bersesuaian dengan kulit wajah kome tu, tak sampai 5 minit ulat-ulat resdung akan keluar mengikut liang-liang kulit muka. Paling banyak akan keluar dari bahagian kening.

Hirisan daun pandan



Gambar ehsan Google.

Jika ia berhasil, lakukanlah 3 kali seminggu. Di sarankan untuk melakukan petua ini antara jam 10 pagi - 3 petang kerana waktu tersebut ulat-ulat resdung itu sedang aktif. Sebatian campuran ini boleh di simpan di dalam peti sejuk. Tetapi campuran sebatian baru adalah lebih efektif lagi.

Teman kongsikan video rawatan resdung secara tradisional di bawah.



Video ehsan dari YouTube.

Sunday, April 3, 2016

Kuliah : Doa merawat sakit jantung

Untuk merawat sakit jantung, anda boleh membaca kombinasi doa-doa berikut sebagai ikhtiar selain daripada rawatan hospital:

1. Baca Surah al-Fatihah 1 kali
2. Baca selawat syifa'.
3. Surah al-Hasyr ayat 21-24.



Perkongsian dari AnugerahQuran

Saturday, April 2, 2016

Kuliah : Doa membetulkan baby yang songsang

Amalkan doa ini untuk ibu-ibu yang mengandung. Juga boleh dibaca oleh orang lain sambil memegang perut ibu mengandung dengan niat untuk membetulkan kedudukan bayi yang songsang.


Perkongsian dari portal AnugerahQuran

Insya-Allah, kedudukan bayi akan berubah dengan kepalanya ke bawah dengan izin Allah.

Friday, April 1, 2016

First anniversary GST

Pejam celik... Pejam celik... Hari nie GST sudah pun genap setahun di kuatkuasakan di Malaysia... "Selamat Ulang Tahun buat GST". Apa macam? Ada apa-apa perubahan tak...? mmm... Untuk teman, tak ada apa-apa perubahan yang baik pun... Makin membebankan adalah...

Gambar ehsan Google.

Nak dikatakan harga barang turun... Tidak jugak... Harga barang makin naik ada laa... Sekarang nie kalau nak buat budget perbelanjaan rumah, GST pun perlu di ambil kira... Teman tak ada buat analisa perbandingan harga barang... Tapi, kawan blogger teman ada buat analisa perbandingan harga yang agak detail jugak... Kome boleh klik kat sini ye...

PM Najib sibuk mencanang BR1M kat dalam kempen dia... Bila orang yang layak dapat BR1M tu belanja kat duit tu... Mereka pun kena GST jugak... hahahaha... lawak betul... Dah bagi, lepas tu ambik semula...

Bagi diri teman nie, dah la tak dapat BR1M... Kena pulak GST yang melampau tu... Kena pulak cukai pendapatan... Kesian kan... Kiri-kanan kena... Keluar duit kat mesin ATM lebih dari 4X pun kena charge...

Cukup haul, kerajaan melalui pihak Kastam akan declare kutipan GST berjuta-juta RM... Apa yang rakyat dapat... nak dapat lebuhraya percuma pun... jauh sekali... Tapi kat Sarawak tu, boleh pulak kerajaan luluskan lebuhraya tanpa tol... Nampak sangat gula-gula pilihan raya... :d

Hampeh betul ada orang macam nie... mmm... nampaknya makin ramai orang yang bengong nanti menyokong... :d

Wordless : Hisap-hisap terus cantik

Besarnya iklan... "Hisap-hisap, terus cantik"... betul ke semudah dan secepat itu...

Hisap-hisap