Wednesday, July 22, 2020

Wordless : Subuh di surau office

Memang dah jadi kebiasaan teman keluar office awal sebelum subuh untuk mengelak traffic jem di laluan Saujana Utama menjerit. Kalau traffic sesak di laluan Saujana Utama menjerit nie mau sampai ke stesyen Shell Saujana Utama. Entah bila la agaknya laluan alternatif Saujana Utama nie nak di buka. Teman kalau ke office biasanya akan solat subuh di surau Shell exit PLUS highway Subang. Tapi nak di jadikan cerita, pagi nie pintu surau tak boleh di buka. Ada tetamu yang solat dan tak serahkan semula kunci surau tu. So, nak buat macam mana, teman lajak terus ke office dan solat subuh di surau office. Alhamdulillah, urusan teman pagi nie di permudahkan.

Sambil berjalan ke surau, tengok langit pagi cantik sangat.

Menara Annexe 1 and 2




Tuesday, July 7, 2020

Apa implikasi bila Bank Negara turun OPR?

Apa itu OPR? OPR itu maksudnya, Overnight Policy Rate iaitu Overnight Interest Rate yang di uruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Apa impaknya bila BNM turunkan OPR kepada penguna seperti kita ini. Inilah yang teman kongsikan kat bawah nie...


Gambar ehsan Google.

Kesan kepada pengguna
  1. Floating rate loan/financing akan jadi lebih murah.
  2. Kebanyakannya ialah ASBf dan loan rumah.
  3. Jadi pengguna akan ada extra duit untuk berbelanja dan menjana ekonomi.

Kesan kepada bank
  1. Earning makin berkurang
  2. Kebarangkalian besar harga saham bank akan jatuh.

Kesan kepada syarikat
  1. Untuk syarikat yang berhutang, impaknya lebih kurang sama seperti pengguna
  2. Syarikat akan ada lebihan wang yang membolehkan mereka berbelanja seperti expansion ataupun R&D
  3. Kesannya, harga saham saham syarikat akan naik, good news for stock investor. 

Timbul pula pertanyaan... Kenapa BNM turunkan OPR? Tujuannya tidak lain ialah untuk stimulate ekonomi recovery. Maklum la, ekonomi negara kita terjejas teruk jugakan akibat Covid-19 tu.

Teman harap sangat ekonomi negara cepat pulih. Kita sangat-sangat bertuah ada Dato Sri Mahyuddin Yassin sebagai Perdana Menteri kita. Kalau tak tau macam mana. Ayoh kita sama-sama support PM kita.


Friday, July 3, 2020

Amalan untuk pendinding diri dan keluarga

Untuk entry hari ini, teman nak panjangkan perkongsian kisah ini.

Saya nak share sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat. Saya ibu kepada 2 orang anak. Saya dan suami bekerja shif (perhotelan). Kami bekerja nun di atas bukit Genting. Tapi kami tinggal di batang kali. Setiap hari kami berulang, 30-35 minit setiap hari. Cara bekerja di Genting ni lain. Kami bekerja 3 minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus. Tiap bulan begitu.

Saya, suami dan anak-anak memang dah biasa rutin kami memang begitu. Tiga minggu bekerja dan  satu minggu cuti. Selalunya cuti seminggu tu kami akan tinggalkan rumah, pergi bercuti. Sebab tak ada banyak masa dengan anak-anak. Time cuti saja lah boleh nak spend time bersama.

Ceritanya begini, rumah kami memang ada cctv, suami pasang sebab kami bekerja shif dan selalu tinggal rumah lama-lama hampir setiap bulan untuk bercuti. Nak dijadikan cerita, satu hari lepas kami balik bercuti, saya bukak saja pintu rumah saya, nampak ada lelaki dalam rumah saya. Keadaan dia tak bermaya. Boleh dikatakan separuh sedar.

Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak-anak, dan saya nak telefon polis. Tapi suami cakap tak perlu telefon lagi. Biar dia jumpa lelaki tu dulu. Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.

Suami saya bagi lelaki itu minum air, lepas tu bagi pulak makanan yang kami bungkuskan tadi sebelum balik kepada lelaki tu. Lepas dia selesai makan, suami mula menyoal. Buat apa di rumah kami??? Dia kata dia memang mark rumah kami. Tiap bulan mesti akan kosong lama. So dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak... Ye rompak...

Menggigil tangan saya, nak telefon polis. Suami tak izinkan.Suami saya tanya apa yang terjadi? Kenapa tak rompak? Kenapa masih di dalam rumah? Kenapa lemah tak bermaya? Lelaki tu kata dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung. Dia cari jalan nak keluar tak jumpa-jumpa. Dah 3 hari dia dalam rumah saya. Tak jumpa jalan keluar. Kaki tangan macam dipasung langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum.

Suami saya kata niat di hati memang nak sumbatkan saja dalam penjara tapi dia masih kasihan. Suami saya kata dia pernah terbaca. Kalau kita nampak seseorang tu susah,dilanda musibah, sebenarnya Allah tu bukan saja sedang uji dia, tapi sedang menguji kita juga. Bagaimana kita tangani perkara tu. Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa-apa barang pun lagi.

Selesai semuanya, suami saya bukak cerita... Dengan wajah gembira dia kata malam ni dia nampak kuasa Allah. Dan dia ingat pesan arwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah, bacalah satu ayat dari surah yasin (ayat 9)... Bukan saja nak keluar rumah, tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya. Anak-anak pun suami saya ajar doa ni... Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi... Disini saya kongsikan sekali ayatnya... Semoga bermanfaat. Semoga diri kita dan orang-orang kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada... Amin...

Nak bina pendinding sebagai benteng untuk pertahanan diri? Boleh amalkan petua ini.

Surah Yasin Ayat Ke 9



Baca ayat ini setiap kali selepas solat. Di tiup di telapak tangan dan diusap ke seluruh badan dengan niat untuk pendinding benteng pertahanan diri dari segala gangguan.

Boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dan ditabur atau direnjis ke sekeliling rumah dengan niat sebagai benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahupun manusia.

Terjemahan ayat: “Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.(9)

Waulahualam, Sekadar berkongsi.


Wednesday, July 1, 2020

Wordless : Botol pati jus delima meletup

Itulahkan namanya kalau sudah tiada rezeki. Hampir dua tahun setengah, teman dah amalkan permakanan sunnah. Sebenarnya pati jus delima nie teman beli dua minggu sudah di restoran Al-Diafah di Sri Petaling dan di simpan dalam kabinet dan masih tidak di buka lagi. Bila bangun dari tidur pagi tadi, teman lihat ada cecair berwarna gelap meleleh di bahagian bawah kebinet. Bila buka pintu kabinet, barulah dapat lihat keadaan sebenar.

Rupanya botol pati jus delima tu dah meletup. Habis terpercik merata-rata kesan letupan jus delima tu di dalam kabinet. Nak buat macam manakan... Dah namanya tiada rezeki... Tapi tak pernah pulak teman dengar botol jus delima meletup.

Pati Jus Delima

Pati Jus Delima



Wordless : Kereta Jenazah Vs Kereta Mayat