Thursday, November 28, 2013

Petua : Untuk menyegarkan tubuh ibu dalam pantang

Teman nak kongsikan lagi petua untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu pasti melelahkan. Apatah lagi sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu. Orang-orang terdahulu mempunyai cara mereka tersendiri untuk mengatasi kelesuan dan menyegarkan tubuh selepas bersalin.

Petua orang lama ini ada memberikan satu kaedah yang mudah untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Kome hanya perlukan bahan dibawah;

  • Beberapa helai daun sirih (bergantung kepada air rebusan)
  • Beberapa helai daun pandan (bergantung kepada air rebusan)
  • Sedikit halba (bergantung kepada air rebusan, secukupnya)
  • Bunga cengkih (bergantung kepada air rebusan, secukupnya)
  • Garam (secukup rasa)



Kesemua bahan di atas hendaklah direbus sehingga mendidih. Kemudian mandi dengan mengunakan air rebusan ini setiap pagi sehingga hari ke-40 selepas bersalin. Insha-Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas.

4 comments :

  1. Cara tradisional juga yg best..walaupun dah ada produk yg dimodenkan..tapi tetap xsama...

    ReplyDelete
  2. thanks bro..menambahkan lagi general knowledge aku dan mungkin berguna jika aku dah ade isteri satu hari nanti...insyallah...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Dulu masa ros berpantang, asben rebus daun. 7jenis jer..myang ni mungkin tbaru kan.. Mesti lg fresh sbb ada halba :)

    ReplyDelete
  4. Lepas berpantang boleh rebus lagi? Berkesan tak.nak cuba

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...