Showing posts with label Wordless. Show all posts
Showing posts with label Wordless. Show all posts

Wednesday, November 18, 2020

Wordless : ELMINA 8

Sejak laluan ke tiga dibuka dari Saujana Utama Sungai Buluh ke Guthrie Highway melalui ELMINA, makin ramai pula yang aktif berbasikal dan melakukan aktiviti berjogging. Kawasan yang menjadi tumpuan ialah di sekitar ELMINA Valley Rainbow Bridge dan bulatan ELMINA 8. Sama la dengan teman, tak lepaskan peluang.

Biasanya, di hujung minggu selepas solat subuh, mula la gerak ke sini... tak jauh mana pun dari rumah... dalam 5-10 minit drive je...


Apa pun, "Stay Safe" and "Keep the Distance". We still on war and fighting the Covid-19.

#kitajagakita


Wednesday, November 11, 2020

Wordless : Smart Tunnel

Sejak PKPB di Wilayah Persekutuan nie, tak ada nampak traffic langsung. Bagus la rakyat Malaysia nie. Patuh pada arahan kerajaan. Macam nie la rakyat yang baik. Bukan senang nak ambil gambar kat Smart Tunnel nie kosong, tiada traffic... kikikiki...

Kome kalau nak tau pasal Smart Tunnel nie, boleh la klik kat sini ye... Kat Wikipedia semuanya ada...

Smart Tunnel




Wednesday, November 4, 2020

Wordless : RailBus

Sebelum wujudnya Komuter.. LRT semua, dulu inilah satu-satunya yang ada, RailBus (disebut relbas). First time teman naik railbus ni dari Kampar ke Slim River... Sewaktu form 4 untuk balik ke asrama. Memang nie kenangan yang tak boleh dilupakan sebab yang naik keretapi KTM memang ramai, tapi tak semua dapat merasa naik railbus. Tambahan pulak, waktu tu ramai kawan-kawan sekolah kat dalam RailBus tu. Macam-macam perangai ada. Maklum la, budak-budak baru nak UP... Kemo pernah naik RailBus tak?

RailBus


Rinduuuuuuu..... tauu...

Nie teman kongsikan sedikit fakta berkenaan perkhidmatan RailBus nie.


Info mengenai perkhidmatan RailBus

  • Perkhidmatan relbas telah dilaksanakan bagi enam laluan iaitu:
  • Kulai / Singapura / Kulai mulai 27hb Ogos, 1988,
  • Ipoh / Kuala Lumpur/Ipoh mulai 29hb September, 1988.
  • Ipoh / Butterworth/Ipoh mulai 26hb Oktober, 1988.
  • Gemas / Mentakab / Gemas mulai lOhb Disember, 1988.
  • Pelabuhan Klang / Kuala Lumpur/Sentul mulai 18hb April,1989.
  • Butterworth / Arau / Butterworth mulai 15hb Mei, 1989.

Sayang kan, perkhidmatan yang baik nie dah tak ada pulak sekarang nie...



Wednesday, October 21, 2020

Wordless : Air sebagai nama tempat

Air Tawar terletak di Perak. Air Hitam pula di Johor. Air Hangat di Langkawi. Air Keroh di Melaka. Air Takde pula di Selangor... Sabor aje la ya orang Selangor. Orang politik nie, dema tu pandai bercakap je. Kadang-kadang tu deme bercakap ikut sedap mulut je tak fikir langsung pasal orang lain. Dah tu, kome yang memilih deme tu sebagai wakil kome. Nak buat macam mana kan... Bertaboh lee kome yee... Dalam dok meroyan tak ada air tu, jangan pulak kome pegi hambat lori nie dan tadah baldi pulak... Lori nie bukan lori bawak air kome oooiiii... Nama je lori nie "Indah" sama macam janji-janji orang politik tu... Indah je kata-kata deme tu... Kalau kome geram, sumbat je orang politik mulut longkang tu kat dalam lori nie... kikikikiki... Memang level mereka tu sama macam benda dalam lori nie pun...



Bersabor je la ye Orang Selangor oooiii


Wednesday, September 30, 2020

Wordless : No smoking

Ada satu ruang belakang di office teman nie. Polisi syarikat terang-terang dah bagi tau dalam bangunan no smoking area. Sign no smoking ada kat area belakang nie. Tapi dema tu buat nohiiiinn je sign nie... Baik lelaki atau perempuan... Sama je... Kalau dah kaki menghisap tu... memang menhisap juga lah yang dema tau...


Jagalah kesihatan kita bersama dengan tidak merokok.


Wednesday, September 16, 2020

Wordless : Angkut-angkut

Pernah tak kome tengok serangga nie. Orang kampung teman panggil serangga nie Angkut-angkut. Nama saintifiknya pula Potter wasps. Apa yang unik pasal serangga nie. Kalau kome nak tahu, Angkut-angkut membina sarangnya dengan mengunakan tanah. Hebatkan! Entah berapa lama la agaknya di ambil untuk Angkut-angkut nie bina sarang tu. Sarang Angkut-angkut nie ada banyak bilik tau. Masa kecik-kecik dulu, teman suka benor musnahkan sarang Angkut-angkut. Jahatkan teman nie...!

Kesian Angkut-angkut tu, kena buat sarang dia semula. Biasanya Angkut-angkut nie akan buat sarangnya pada permukaan rata yang tak terkena air. Macam di pintu, tingkap. Masa PKP hari tu pun ada angkut-angkut buat sarangnya kat nombor plat kereta teman. Ye la kan, masa tu kereta teman kurang sangat di gunakan.

Nie Angkut-angkut yang tengah cari port baru nak buat sarang. Tapi awas, ada juga Angkut-angkut yang berbisa, menyengat jika di ganggu ya.



Hebatkan makhluk kecil nie...





Wednesday, July 22, 2020

Wordless : Subuh di surau office

Memang dah jadi kebiasaan teman keluar office awal sebelum subuh untuk mengelak traffic jem di laluan Saujana Utama menjerit. Kalau traffic sesak di laluan Saujana Utama menjerit nie mau sampai ke stesyen Shell Saujana Utama. Entah bila la agaknya laluan alternatif Saujana Utama nie nak di buka. Teman kalau ke office biasanya akan solat subuh di surau Shell exit PLUS highway Subang. Tapi nak di jadikan cerita, pagi nie pintu surau tak boleh di buka. Ada tetamu yang solat dan tak serahkan semula kunci surau tu. So, nak buat macam mana, teman lajak terus ke office dan solat subuh di surau office. Alhamdulillah, urusan teman pagi nie di permudahkan.

Sambil berjalan ke surau, tengok langit pagi cantik sangat.

Menara Annexe 1 and 2




Wednesday, July 1, 2020

Wordless : Botol pati jus delima meletup

Itulahkan namanya kalau sudah tiada rezeki. Hampir dua tahun setengah, teman dah amalkan permakanan sunnah. Sebenarnya pati jus delima nie teman beli dua minggu sudah di restoran Al-Diafah di Sri Petaling dan di simpan dalam kabinet dan masih tidak di buka lagi. Bila bangun dari tidur pagi tadi, teman lihat ada cecair berwarna gelap meleleh di bahagian bawah kebinet. Bila buka pintu kabinet, barulah dapat lihat keadaan sebenar.

Rupanya botol pati jus delima tu dah meletup. Habis terpercik merata-rata kesan letupan jus delima tu di dalam kabinet. Nak buat macam manakan... Dah namanya tiada rezeki... Tapi tak pernah pulak teman dengar botol jus delima meletup.

Pati Jus Delima

Pati Jus Delima



Wednesday, February 5, 2020

Wordless : Bursa Malaysia

Disini untuk bercerita itu ini... Menjawab pelbagai persoalan... Harap dihujung perjalanan nanti kita temui apa yang kita usahakan selama ini...

Dah namanya wordless... So, pendek saja la ye entry hari nie...

Bursa Malaysia


Wednesday, January 29, 2020

Wordless : Al-Sakinah Eco Resort

Nie percutian pendek pertama tahun 2020 nie. Sempena cuti raya cina CNY, adinda plan short break di Al-Sakinah Eco Resort di Janda Baik, Pahang. Stay disini dua hari satu malam. All in termasuk diner and breakfast. Lama dah tak berendam dalam sungai. Seronok betul la sampai sehari suntuk dok main air sungai.

So, that's all today entry... Dah nama pun wordless... kikikikikiki...

Al-Sakinah Eco Resort

Al-Sakinah Eco Resort

Al-Sakinah Eco Resort

Al-Sakinah Eco Resort



Wednesday, January 22, 2020

Wordless : Suatu ketika dahulu

Suatu ketika dahulu bila terima telegram dari Jabatan Telekom Malaysia (JTM), pasti hati berdebar-debar. Biasanya berita kematian di hantar melalui telegram ke saudara mara terdekat. Maklumlah, hand phone dan kemudahan telefon tiada dan agak terhad ketika itu.


Jabatan Telekom Malaysia


Wednesday, January 8, 2020

Wordless : NOVUM @ Bangsar South

Sudah menjadi kebiasaan, teman bila berjalan mesti akan abadikan gambar-gambar yang teman rasa unik. Lebih-lebih lagi bila dah guna Iphone 11 Pro, memang suka bebenor la mengambil gambar. Ini adalah antara bangunan master piece yang terdapat di Bangsar. Seni binanya agak unik, moden dan menarik.Bila kita tengok sekitar, bangunan ini akan lebih menonjol.

Bangunan ni adalah Tower A, Novum @ Bangsar South.

Novum @ Bangsar South

Novum @ Bangsar South


Wednesday, December 18, 2019

Wordless : Kuih Janda Kaya

Ajee... nama kuih, pelik benor... Janda kaya letaknye pada kuih... Kalo didengar orang rumah, mau berperang jawab nye... Ate, kome tau tak kat mana boleh dapat kuih janda kaya nie... nak juge try...


Kuih Janda Kaya



Tuesday, December 10, 2019

Wordless : Fraser's Hill

Fraser's Hill juga di kenali sebagai Little England. Kalau pergi ke Fraser's Hill, clock tower nie satu tempat yang wajib pergi untuk bergambar. Clock Tower nie adalah icon dan mercu tanda Fraser's Hill. Kenapa Fraser's Hill di kenali sebagai Little England? Kome boleh rujuk disini dan disini ye.


Wednesday, November 20, 2019

Wordless : Dubor

Bila baca tajuk entry "dubor"  bunyi je dah lain macam jer kan. Saja la nak tanya kat kome yang suka baking nie... Pernah cuba tak benda dubor nie...

Dubor


Wednesday, November 13, 2019

Wordless : Hospital Kuala Lumpur

First time teman ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) nie untuk urusan peribadi. Sebelum datang ke sini untuk ziarah saudara mara je. Agak pack juga la HKL nie. Apa pun, segala kemudahan disini terbaik juga.

Hospital Kuala Lumpur (HKL)


Wednesday, November 6, 2019

Wordless : Stranded bicycle

Kalau kome jenjalan sekitar KL nie, mesti akan jumpa basikal nie. Basikal nie disediakan oleh oBike Malaysia Sdn Bhd untuk di sewakan melalui mobile apps. Initisiatif tu, bagus. Tapi itu, mentality masyarakat dunia ke tiga. Habis ranap basikal nie buatnya oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab. kome boleh baca pasal company nie kat sini.

oBike



Wednesday, October 30, 2019

Wordless : Never loss hope

We are in the middle of the journey and there still far need to go. Keep strong , we always be with you baby.

Never loss hope



Wednesday, June 26, 2019

Wordless : Mati ditimpa durian

Sekarang nie musim buah durian. Raja segala buah ini memang sedap dan harganya pun boleh mencapai ratusan ringgit. Dalam mencari buah durian yang luruh di kebun tu, keselamatan perlu juga dijaga. Teman pernah tengok orang ditimpa buah durian yang luruh. Tapi setakat nie tak pernah lagi dengar kejadian mati di timpa buah durian.


Cuma kejadian ini mungkin satu-satunya kejadian yang meragut nyawa, berada pada tempat yang salah, pada waktu yang salah.

Mati ditimpa durian


Wednesday, June 12, 2019

Wordless : Baju raya dan karpet

Bila karpet dan baju raya sama. Boleh main sembunyi-sembunyi di karpet tu... Macam manalah boleh sama yer... Cuba kira, ada berapa orang baju sama atas karpet tu?