Showing posts with label Spotted. Show all posts
Showing posts with label Spotted. Show all posts

Friday, January 13, 2017

Spotted : KAM 1

Petang khamis hari masa on the balik dari office, macam biasa kalau Federal Highway tak jem teman akan guna laluan Federal Highway untuk balik ke rumah. Tengah syok layan lagu-lagu kat sinar.fm, dengan cik fiya dan abang Salleh dok bercoleteh di petang tiba-tiba terpandang KAM1 nie. Hebat betul padanan nombor plat kereta nie. Disuaikan pulak dengan kereta BMW 3 series berwarna hitam nie, memang nampak owsome betul laa.

KAM 1 
Hitam itu menawan. Gaya mutu dan keunggulan. Terserlah status pemilik kereta ni. Apa pun, seronok teman bila dapat menambah koleksi entry spotted untuk kereta yang mempunyai nombor plat unik nie. Lepas kereta bertuah mana pulak yang menjadi sasaran koleksi spotted nie ye. Sama-sama la kome tunggu ye 😆🤣😆🤣

Wednesday, March 30, 2016

Spotted : TJ32

Tengah-tengah seronok memandu di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan layan selekoh semasa mendaki dan menuruni Banjaran Titiwangsa di Lebuhraya Karak, tetiba ter spotteed kereta yang sangat rare dari jenis KTM nie. Sapa lah tuan empunya sport care nie ye... Plat keretanya TJ 32. Kalau tengok dari belakang, kereta nie dari model KTM X-Bow series. Nak tau lebih lanjut, klik kat portal KTM nie ye...




Monday, September 7, 2015

Spotted : AJA18

Spotted kereta bernombor plat AJA 18. Sekali tengok dah jadi AJAIB pulak daa...

AJA18

Friday, September 4, 2015

Spotted : WRY 7

Teman terserempak dengan kereta Ferrari nie di Bukit Gambang City Resort pada 31 Ogos lepas. Cukup sporty. Tred mark kereta Ferari nie memang selalu warna merah yer. hehehe... Cute la kereta nie... Nombor pun cantik... WRY 7. Pergg... tak sapa nak bagi teman duduk kat ruang driver tu... :(

WRY 7

Apa pun, kereta Ferrari nie memang sangat ohhsome... Kalau kome nak tahu pengasas kereta Ferrari nie bernama Enzo Ferrari. Kalau nak baca mengenai tokoh, sila la klik disini ye. Kalau nak tahu bagaimana sejarah Ferrari bermula, kilangnya di bom ketika perang dunia kedua... klik la disini ye... Betapa hebatnya kereta Ferrari nie di mana kereta pertamanya adalah dari model Ferrari 125S yang di keluarkan pada tahun 1947 sehingga la menjadi kereta yang termahal di dunia dari model 1962 Ferrari 250 GTO yang dijual pada harga $38,115,000.

Teman tak pasti kereta nie dari model yang mana. hehehehe... rare type agaknya...

Tuesday, August 18, 2015

Spotted : QAYB0

Gambar nie teman ambil masa on ke open house di Menara Kuala Lumpur. Unik plat kereta Lexus CT F Sport nie di padankan dengan nombor plat QAYB0. QAYB0 ke atau QAY80. Mungkin ownernya saja buat begitu agaknya.

QAY80


Ok, gambar nie teman ambil di area Bangsar, berdekatan dengan Bangunan TNB menghala ke arah station LRT Bangsar. Kereta Lexus CT F Sport nie berharga MYR 320,864.58 on the road, termasuk GST tidak termasuk insurance Teman kena fikir banyak kali kalau nak beli kereta nie. Ikut keadaan semasa, lebih baik lah teman beli rumah.

Ok, untuk kome yang suka kereta sport macam nie... apa kata kunjungi web site rasmi Lexus Malaysia untuk spesifikasi lengkap Lexus CT F Sport di sini.

Friday, March 27, 2015

Spotted : ETA 31

Spotted Volkswagon GTI bernombor plat ETA 31. Teman terspott kereta nie di plaza tol NKVE Shah Alam pada 25 Mac lepas. Cantik la nombor plat tu. Actually, nie first time teman jumpa nombor plat Tawau di Semenanjung Malaysia. Rasa pelik la pulak. Ada ke nombor kereta start dengan huruf E. Lepas research kat pakcik Wiki, baru lah teman tahu nie no plat kereta Sabah dan lebih tepat lagi daerah Tawau. Jelas sangat teman nie tak pernah pergi Sabah. Actually, adalah sekali je teman pegi ke Sabah. Itu pun di sekitar Kota Kinabalu saja. Itu yang macam jakon sangat tuh... :d

Volkswagon GTI

Apa pun nombor plat ETA nie memang owsome. Lebih-lebih lagi kalau satu atau 2 digit. Sekali sebut, dah macam nick name pulak... untung la sapa yang ada nama ita tu... :)

Wednesday, January 28, 2015

Spotted : QKD 7

Kereta bernombor pendaftaran QKD 7. Teman nie memang fanatik bila terjumpa kereta bernombor pendaftaran unik. Biasa la, teman nie penguna setia lebuhraya persekutuan. Walau pun kadang tu azab, tapi sebagai manusia kita perlu bersabar. Itukan cubaan. Apa yang penting, rancangkan perjalanan kome tu. Hari isnin lepas (26 Januari, 2015) masa on the way balik dari office tu, tetiba terpandang satu kereta Merz nie... Wow cunn la nombor plat kereta nie. Apa lagi since jalan pun tak berapa nak smooth, sempat lagi teman ambik iPhone 5s teman untuk capture gambar kereta nie untuk tatapan segment spotted kat apakehei.blogspot.com


Mengikut semakan kat pakcik wiki QKD nie nombor pendaftaran bandar Kuching, Sarawak. Apa pun, nombor pendaftaran satu digit nie sangat owhsome...

Wednesday, December 3, 2014

Spotted : MX 11

Audi A4. Petang nie best je masa drive balik. Bukan apa, time cuti sekolah nie la jalan kat KL nie tak sesak. Masa menghampiri tol NKVE Shah Alam, tetiba kereta nie melintas di hadapan kereta teman. Teman nie, memang fan bebenor kereta Audi nie. Tambahan pula plat kereta nie sangat cun, MX 11. Di  padankan pula dengan kemasan cat berwarna merah. Agak-agaknya la, berapa ye harga plat kereta nie. Apa pun Audi A4 nie memang sangat sporty.

Audi A4

Tak apa... teman simpan duit dulu... mana lah tau esok lusa boleh beli model Audi terbaru. Bila la agaknya boleh drive kereta Audi...

Friday, October 17, 2014

Spotted : WKW3

Masa buat site visit, tetiba terpandang kereta Fararri nie... perh... sporty betul... tapi malangnya, teman tak boleh nak amik gambarnya banyak-banyak...

Ferarri - WKW-3

Friday, October 3, 2014

Spotted : JKN 4

Kereta Mercedez bernombor plat JKN 4 nie, teman ter spotted kat R&R Ayer Keroh masa on the road to Kota Tinggi pada 26 September 2014 hari tu. Kereta nie menarik perhatian lensa Iphone teman sebab plat kereta nie unik. :)

JKN4

Monday, July 21, 2014

Spotted : SD1Q

SD1Q. Cantik nombor plat kereta nie. Sekali tengok boleh tersebut SIDIQ pulak. :)

Spotted SD1Q


Kereta nie teman ter spotted semasa menapak ke parking kereta teman hari tu. Apa lagi, terus halakan lensa camera hand phone teman yang tak seberapa nie ke arah kereta nie. Maka jadilah ia tajuk entry teman untuk post entry hari nie. Sekian.

Wednesday, May 28, 2014

Spotted : WBW 1

Masa dok jalan-jalan kat area Petaling Jaya hari tu, tiba-tiba terspot pulak kereta bernombor plat WBW 1 nie. Ohsem betul plat nombor kereta nie. Keretanya pun rare type. Jarang-jarang sekali terserempak dengan kereta macam nie. Melalui research di internet, kereta ini adalah dari jenis Maserati, model Maserati Coupe tahun 2010. Bunyinya namanya pun dah pelik. Kalau ikutkan model Maserati yang terbaru, harga pasarannya dalam MYR1.3 juta gitu. So, teman nie hanya mampu bermimpi untuk drive kereta macam nie.


Nie teman sempat snap gambarnya semasa mengekor kereta nie dari belakang. Apa macam? Cantik tak?



Gambar kat bawah nie ehsan dari FB Gurpal Singh yang dia share kat FBnya. Rupanya ada jugak orang lain yang sama hobi dengan teman nie suka ambik gambar super car and kereta yang unik kat Malaysia nie :) 




*psss... at least ada jugak orang lain yang sama hobi dengan teman... idak lah hobi teman nie rare :d

Tuesday, January 7, 2014

Spotted : SS55U

Teman ter spot kereta BMW bernombor plat SS55U nie di Saujana Utama Sungai Buluh. Masa tu terfikit SU1, SU2 or SU3 jer. Maklumlah, nombor mengikut kawasan perumahan. Apa pun nombor plat memang unik.


Monday, November 11, 2013

Spotted : XXX IDB 52

First time teman jumpa nombor pendaftaran kenderaan macam nie XXX IDB 52. Lain bebenor no plat nie, tak macam yang selalu kita lihat di jalan raya. Ada sapa-sapa yang tahu tak pasal nombor pendaftaran kenderaan macam nie? Share la sket info tu kat ruangan komen yer...


Friday, October 4, 2013

Spotted : PAL 8282

Segment Spotted kali ini bersiaran dari Hospital Pakar Ampang Puteri. Kebetulan pada hari itu, teman menziarah anak seorang sahabat yang mengalami demam denggi. Entry hari nie, bukan lah nak bercerita berkenaan anak sahabat teman itu. Tetapi, lebih kepada kereta antik dari model Morris Oxford nie. Kereta ini adalah model tahun 1960an. Masih lagi tegap, utuh dan masih lagi boleh  berjalan di jalan raya. Lupa pulak teman nak snap gambar road taxnya.

Mengikut padangan luaran, tiada modifikasi dan kereta ini masih mengekalkan spesifikasi asal. Kome boleh Google untuk melihat kenderaan model ini. Antaranya kome boleh klik disini dan klik disini untuk melawat portal rasmi Oxford.


Wednesday, September 25, 2013

Spotted : WTY 9

Spotted WTY 9. Cantik nombor plat nie. Padan pula dengan keretanya BMW 7 series.

Wednesday, August 28, 2013

Spotted : No plat baru wilayah (W 1688 A)

Spotted today, new car with new Wilayah number plat.


Thursday, July 11, 2013

Spotted : AU 1989

Nombor bertuah untuk kereta yang sangat hebat AU 1989 Volkswagen van. Kereta ini juga turut dikenali sebagai Volkswagen Kombi. Model ini dipasarkan ke serata ceruk dunia dan masih lagi relevant serta mendapat tempat di kalangan peminatnya.

Friday, June 21, 2013

Spotted : PCT 4

Menarik. Semasa drive semalam teman terserempak dengan Mercedes S300 nie. Cantik no platnya PCT 4. Just nice untuk kereta mewah macam nie.


Pssst... Teman nie setakat berkongsi saja la... Kalau kome ada peluang untuk memilih nombor plat kereta kome, apa nombor pilihan kome yer?

Friday, June 7, 2013

Spotted : PHH 5213

MYVI berwarna pink yang superb external design nya. Siapa lah agaknya tuan punya MYVI pink yang bernombor plat PHH 5213 nie... Adakah tuan punya nya lelaki atau perempuan? mmm...