Sunday, March 31, 2019

Kuliah : Amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan di dalam solat

Untuk entry pagi ini, teman memanjangkan perkongsian berkenaan amalan-amalan sunat yang boleh di lakukan ketika solat. Sama-sama lah kita perbaiki solat kita. Semoga amal ibadat kita mendapat keredhaan Allah. Insya Allah



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, March 30, 2019

Kuliah : Ambil gambar bertiga atau dalam jumlah yang ganjil

Pernah tak kome dengar orang-orang tua dulu pesan, jangan ambil gambar bertiga atau dalam jumlah yang ganjil, nanti salah seorang akan meninggal. Ini lah antara perkara-perkara karut atau bidaah yang kerap kita dengar dulu. Tak logik langsung bila di fikirkan sebab ajal, maut semua Allah yang tentukan. Apa kata ustaz berkenaan perkara ini?


Ambil gambar bertiga

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Friday, March 29, 2019

WhatsApp group family

Rasanya kat negara kita nie, ramai yang guna WhatsApp kat smart phone masing-masing. Pasti kome ada join WhatsApp group. Kome ada tak create WhatsApp group untuk family? Secara jujurnya, teman sendiri pun ada WhatsApp group family. Ada yang khusus untuk family teman adik beradik, family MIL dan ada jugak WhatsApp group sepupu sepapat. Tapi, aktif ke WhatsApp group tu?

Tujuan applikasi ini cipta adalah untuk memudahkan untuk kita berkomunikasi melalui telefon pintar dengan mengunakan medium data broadband. Jadi, kita dah dapat penjimatan kos jika membuat panggilan melalui normal voice call. Jadi, tiada alasan lagi untuk kita guna kemudahan ini untuk menghubungi orang tersayang, terutama ayah dan ibu kita.

Jom layan perkongsian video ini.



Thursday, March 28, 2019

Petua : Menyimpan ikan kering supaya tidak berulat

Dalam entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongsian untuk menyimpan ikan kering supaya tahan lebih lama dan tidak berulat. Ada antara kita yang gemar memakan ikan masin atau ikan kering nie. Ikan kering nie biasanya berbau dan mudah sangat di hinggapi lalat. Keadaan sebegini menyebabkan ikan kering ini berulat.

Ikan masin

Gambar ehsan Google.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini. Ikan kering itu hendaklah di jemur di bawah panas matahari untuk memastikan ianya benar-benar kering. Taburkan sedikit lada hitam yang di tumbuk kasar ke atas ikan kering tersebut.

Dengan cara ini, lalat tidak akan hinggap pada ikan kering tersebut.

Selamat mencuba ya!


Wednesday, March 27, 2019

Wordless : Demi cinta

Cinta itu BUTA. Maksudnya, cinta tidak mengenal usia, darjat, bangsa dan sebagainya. Demi cinta juga manusia sanggup buat apa saja untuk menzahirkan perasaan mereka, termasuk lah buat macam gambar di bawah nie...

Luahan cinta

Sunday, March 24, 2019

Kuliah : Menyalahkan takdir atas perbuatan dosa dan maksiat

Dalam entry kuliah hari nie, teman hendak memanjangkan perkongsian ini. Kerap kita dengar orang menyalahkan takdir atas perbuatan dosa dan maksiat yang telah dilakukannya dengan sengaja. Dalam entry sebelum ini, teman ada memanjangkan perkongsian berkenaan “Apakah Allah telah menetapkan hambanya sesat”. Kome boleh klik disini untuk membaca perkongsian tersebut.

Telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa berdalih dengan takdir adalah cara iblis dan orang-orang musyrik untuk membenarkan segala apa yang mereka lakukan.

Surah Al-An’aam, 6:148


Sumber dari portal surah.my

Allah telah mengutuskan Rasul-Rasul dan kitab-kitabnya sebagai panduan buat manusia. Apakah kita memilih untuk menjadi golongan yang mengikut hawa nafsu? Setiap perbuatan dosa dan kemaksiatan adalah merupakan pilihan dan kehendak hamba tersebut untuk melakukannya. Jadi jangan jadikan takdir sebagai alasan untuk kamu berbuat sedemikian.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, March 23, 2019

Kuliah : Apakah Allah telah tetapkan hambanya sesat?

Sering kali kita dengar orang berkata orang berkata tuhan telah tentukan dia untuk menjadi jahat atau menjadi seorang yang fasik. Manusia telah di kurniakan akal fikiran untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Tetapi masih ada juga manusia yang menuruti hawa nafsunya. Ikuti perkongsian video ini, apa kata ulama berkenaan perkara ini.



Perkongsian video oleh Majlis Ta’lim Darul Murtadza

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Insya Allah.

Thursday, March 21, 2019

Petua : Untuk menanggalkan kulit mati

Masalah kulit mati sering kali menghantui sesiapa sahaja termasuk golongan remaja. Masalah ini sering terjadi di bahagian kaki kerana kotoran sering melkat pada tapak kaki ketika berjalan. Usah risau, dalam entry hari ini teman akan kongsikan satu petua untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang penting, kaedah ini lebih mudah dan juga murah. Kome boleh lakukan petua ini di rumah je.

Ubat pencuci mulut

Gambar ehsan Google.


Untuk membuat petua ini, kome perlukan bahan-bahan ini;

  1. Pencuci mulut / Ubat kumur
  2. Cuka makan
  3. Air suam (cukup untuk merendam kaki)

Ambil air suam dalam masukkan ke dalam besen. Saiz besen hendaklah cukup untuk masukkan ke dua-dua belah kaki. Kemudian, ambil pencuci mulut atau ubat kumur sebanyak 1/4 cawan dan campurkan ke dalam besen berisi air suam tadi. Setelah itu campurkan pula 1/2 cawan cuka makan dan kacau sehingga sebati.

Rendamkan kedua-dua belah kaki ke dalam besen tersebut dan biarkan selama 15 minit. Gosok kaki dengan lembut terutama bahagian yang banyak kulit mati. Setelah itu, bilas dengan air bersih dan lap sehingga kering.

Hasilnya, kulit tapak kaki akan bersih dan lembut. Pasti kome teruja dengan hasilnya.

Selamat mencuba ye.


Wednesday, March 20, 2019

Wordless : Awas! Gelombang Haba

Berikutan cuaca panas yang kini melanda Malaysia, semua orang perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu bagi mengelakkan serangan Strok Haba.


Stroke Haba


Klik disini untuk ke portal rasmi MET Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.


Sunday, March 10, 2019

Kuliah : Syukur

Mengikut pengalaman hidup yang singkat ini, kelihatan ramai orang berbuat amal kerana mengharap kurniaan yang AKAN datang dari tuhan. Tetapi tidak ramai yang beramal kerana menghargai kurniaan yang TELAH diberikan tuhan..


Ramai bersedekah, kerana mengharapkan balasan berlipat ganda. Tetapi tidak ramai bersedekah kerana menghargai rezeki harta benda yang telah dikurnia.

Syukur

Gambar ehsan Google.

Ramai solat dhuha, kerana mengharapkan rezeki bertambah. Tetapi tidak ramai solat dhuha kerana mensyukuri segala nikmat yang telah diterima.

Ramai membaca al-Quran, kerana mengharap kehidupan bahagia. Tetapi tidak ramai membaca al-Quran, tanda terima kasih kepada tuhan.

Ramai beramal untuk jadi kaya, untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, untuk mencapai cita-cita, tetapi tidak ramai beramal kerana mensyukuri nikmat kesihatan, nikmat memiliki keluarga, nikmat keamanan, nikmat kebahagiaan, dan berbagai lagi nikmat yang tidak dapat dihitung.



Gambar ehsan Google.


Kenapa begitu? Sedangkan Allah telah berfirman:

ู„ุฆู† ุดูƒุฑุชู… ู„ุฃุฒูŠุฏู†ูƒู…

"Sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahkan lagi ke atasmu..."

Bagaimana mungkin tuhan akan terus memberikan lagi kurnianya kepada kita, sedangkan yang telah diberikan sebelum ini pun kita belum mensyukurinya?

Sebelum minta apa-apa lagi dari tuhan, muhasabah dahulu segala yang telah diberikan sebelum ini. Apakah kita sudah ber'terima kasih' kepadaNya dengan selayaknya..

Renung-renungkan dan selamat beramal...



Saturday, March 9, 2019

Kuliah : Bacaan Al-Fatihah semasa solat

Membaca Surah Al-Fatihah semasa solat adalah sebahagian dari 13 rukun solat. Perbuatan meninggalkan rukun solat menyebabkan solat itu terbatal dan tidak sah. Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan cara pembacaan surah Al-Fatihah semasa solat dan  hukum semasa solat oleh Ustaz Azhar Idrus.


Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat memperbaiki solat kita dan lakukannya dengan sesempurna yang boleh. Selamat beramal.


Saturday, March 2, 2019

Kuliah : Hukum membuat binaan di atas pusara

Dalam entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongsian tentang membuat binaan di atas pusara. Apa hukumnya disisi Islam?

Binaan di atas pusara

Gambar ehsan Google.

Hukum membuat binaan di atas kubur adalah tidak digalakkan. Ini berdasarkan larangan daripada Nabi S.A.W iaitu daripada Jabir bin Abdullah R.A katanya:

“Rasulullah SAW melarang daripada mengkapurkan kubur (binaan), duduk di atas dan membuat binaan di atasnya.” (HR Muslim)

Bahkan baginda pernah memerintah Ali Bin Abi Talib RA untuk meratakan mana-mana kubur yang ditemuinya ada binaan. Baginda berpesan kepada beliau:

“Jangan tinggalkan apa-apa patung berhala melainkan kamu mengubahnya dan jangan tinggalkan mana-mana kubur yang ditinggikan melainkan kamu meratakannya.” (HR Muslim)

Berdasarkan hadith-hadith di atas, para ilmuan Islam melarang daripada membuat binaan di atas kubur. Jika hendak menandakan itu adalah kawasan perkuburan, sebahagian ulama membolehkan meninggikan timbunan tanah sekadar satu jengkal. Ada yang membolehkan binaan sekadar untuk menahan tanah dari dihakis oleh air. Namun jika yang dibuat adalah satu binaan yang berlebih-lebihan, maka ia dilarang.

Imam Nawawi berkata: “al-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Aku telah melihat para imam Mekah memerintahkan untuk menghancurkan bangunan yang ada di atas kubur.

Riwayat yang memperkuatkan tindakan tersebut adalah daripada sabda Nabi SAW, hendaklah kamu tidak membiarkan kuburan yang ada timbunan kecuali kamu ratakan.” (Syarah Sahih Muslim)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.